Saturday, February 27, 2010

Salam Maulidur Rasul & Aspirasi




Glitter Text @ Glitterfy.com

Bismillah...


Selawat dan salam buat NUR penyuluh alam, Nabi Muhammad saw beserta keluarga dan para sahabatNYA...Salam Maulidur Rasul buat para sahabat yang dikasihi "Semoga Al-Qur'an dan Sunnah menjadi aturcara hidup kita...Jadikanlah kami sebagai hamba Allah yang mentaati perintahMU, memuliakan junjungan RasulMU dan menghindari laranganMU. Jadikanlah kami Ya Allah hambaMU yang mensyukuri pemberianMU, mengingatiMU selalu dan memperelokan ibadah kami kepadaMU Ya Allah...Jadikanlah Ya Allah setiap denyut nadi kami, hidup dan mati untuk memburu pengiktirafan & keredhaanMU...Kurniakanlah kejayaan, kebahagiaan, kesejahteraan , keimanan, ketaqwaan , kemuliaan dan kekayaan juga keberkatan dalam limpahan RAHMAT & KASIH SAYANGMU di dunia dan di akhirat buat kami juga para Muslimin dan Muslimat yang dikasihi sekalian...Amin...Amin Ya Rabbal Alamin...


Bertemu lagi para sahabat semua...begitulah fitrah kehidupan insan yang tidak dapat lari daripada KEBERGANTUNGAN & HARAPAN pada YANG MAHA AGUNG...Allah swt! Setiap yang hidup pasti akan diuji namun hati yang DEKAT & HAMPIR denganNYA pasti akan merasa indah, pasti akan merasa asyik, TENANG dan terhibur dengan jutaan rahmat dan bantuan Allah khususnya dalam mengharungi cabaran. Sesungguhnya tiada siapa yang hebat antara kita apa yang kita NIKMATI adalah pinjaman daripada Allah...setiap kelebihan mahupun kekurangan yang hadir adalah SUATU KEINDAHAN untuk di nikmati bersama ...UNTUK KITA SALING LENGKAP-MELENGKAPI antara sama lain tanpa mengira pangkat, darjat, harta, ras mahupun gender. Begitulah juga dalam konteks KEHIDUPAN BERUMAHTANGGA, adakalanya pergeseran berlaku, salah faham, konflik mahupun ujian melanda ada HIKMAH untuk dipelajari!

Kebahagiaan itu MILIK ALLAH maka untuk memiliki kebahagian itu menangilah HATI PEMILIK KEBAHAGIAAN itu! Saya yakin dan percaya kalian pasti akan meraihnya walau saat ini kalian sedang diuji...ganjaran sabar dan ikhlas pasti buahnya harum dan manis untuk dinikmati!InsyaAllah MASA bakal menjadi PENAWAR buat segalanya...Percayalah akan JANJI ALLAH ini! Meminjam kata-kata sahabat saya Salina TEGURAN Allah dalam bentuk ujian, masalah dan musibah adalah tanda kasih Allah pada hambaNYA agar TIDAK terus leka, lena dan alpa dalam kemurkaan Allah.


Merupakan RAHMAT sebenarnya!Pembuka KEINDAHAN perjalanan baru yang lebih indah, penuh murni dan BERMAKNA! Dengan syarat sebagai individu KITA YANG MEMILIH untuk membenarkan diri ini untuk meraih RAHMAT Allah...memperbetulkan kesilapan lalu...memperkemaskan kelemahan yang hadir atas platform PENGIKTIRAFAN & REDHA bukan semata-mata pengiktirafan dan perhatian manusia mahupun insan-insan signifikan di sekeliling kita sama ada kerana suami, isteri, ibubapa, teman, masyarakat dan sebagainya. LETAKKAN PAKSI IKHLAS MEMPERBAIKI KOREKSI DIRI KERANA ALLAH ~ lambang SYUKUR atas anugerah, nikmat dan amanah Allah dalam kehidupan.


Islam itu sejahtera...Islam itu membawa maksud AMAN...aman dalam konteks diri sendiri dan orang lain. Kita tidak seharusnya tega mengguris sendu insan lain, menyakiti insan lain dalam mencipta kebahagiaan mahupun kejayaan diri kita apatah lagi insan-insan tersebut adalah mereka yang hampir dengan kita...insan yang seharusnya kita sayangi dan hargai kehadiran mereka dalam hidup kita. Menzalimi insan lain, menidakkan HAK & AMANAH yang harus diberikan sama maknanya kita menganiayai kehidupan kita sendiri....MR TAN yang bertanduk and the ministry memang sukerlaa kalau kita tewas dan alpa disitu kerana mereka telah berjaya dalam MISI muslihat menghuru-harakan manusia!


Maka JANGAN TERUS-TERUSAN MEMBENARKAN DIRI DIMANUPULASI OLEH KEMENTERIAN MR TAN INI natijahnya huru-hara di dunia haru biru di akhirat ...Nauzubillahminzalik! Haa DIRI SENDIRI dan juga untuk insan-insan yang DISAYANGI jangan dilupa DOAKAN...MOHON pada Allah utk kebaikan, kesejahteraan dan KEREDHAAN Allah buat semua, insyaallah bila Allah redha Allah sayang kehidupan kita akan lebih terasa keindahan, rahmat dan sangat bermakna!(Hee PESANAN PENAJA ini ditujukan untuk peringatan diri sendiri dan para sahabat yang dikasihi sekalian agar sama-sama kita tidak terlepas untuk menikmati hikmah & RAHMAT yang Allah anugerahkan dalam kehidupan...sama-sama kita ingat-memperingati!)


P/S : Dapatkan tips, inspirasi dan ikhtibar kehidupan perkahwinan, keluarga, stress juga motivasi dengan MENDAFTAR di http://anizanwar.com "LOVE LIFE ~ LIVE LIFE...STOP STRESSING START LIVING!!"



Khidmat Konsultasi Kaunseling kini lebih mudah hanya di hujung jari shj...Heal Life, LIVE Life!!!Life can be a MAGNIFICIENT Rahmat insyaallah with my online counselling clinic. Sebarang pertanyaan dan temujanji sila
Glitter Text @ Glitterfy.com

Jumpa nanti untuk perkongsian indah penuh murni penuh rahmat, insyaallah!



Take Care!


Salam Maulidur Rasul!


Aniz Hj. Anwar
Kaunselor/ Therapist
Pengamal EFT
HP: 012.391.5362

Dapatkan hadiah EKSKLUSIF - RAHSIA AURA - Personaliti dan
Signal Tubuh, di http://anizanwar.com - percuma!

Kenali diri - bangkit potensi diri...Personal Life Coaching di
http://kliniksukses.anizanwar.com

Daftar dan dapatkan inspirasi langsing di http://anizanwar.com/jomlangsing

Monday, February 22, 2010

Tips Langsing & Inspirasi Kehidupan...




Bismillah…

NAK LANGSING KENA BERESKAN “HALANGAN DALAMAN” DAHULU…
Alhamdulillah…akhirnya bertemu kembali setelah lama menyepikan diri lantaran kesibukan menguruskan kehidupan dan disamping membantu para sahabat YANG INGIN “MENGKURUSKAN” BADAN demi menjayakan kehidupan yang lebih sihat, cergas, bertenaga dan harmoni pastinya, insyaAllah. Tempoh hari kita berkongsi tentang TIPS menjayakan transformasi penguncupan secara semulajadi…bagaimana ingin MENGURUSKAN KEKANGAN DAN HALANGAN DALAMAN…konflik, dilemma dan tekanan yang mampu sahaja menjadi penghalang kepada pelaburan tenaga, wang ringgit dan masa yang dilakukan semata-mata nak kurus…

BARULAH PELABURAN TIDAK SIA-SIA…
Tidak kira sama ada ingin mendapatkan berat idaman secara semulajadi mahupun dengan bantuan produk, program pelangsingan atau apa sahaja tetapi YANG PASTI kekacauan dalaman itu harus dibereskan terlebih dahulu. Pendek kata…NAK PERANG DENGAN FAT…LEMAK DAN TOKSIN dalam tubuh juga perlukan strategi dan strategi memerlukan ilmu…InsyaAllah di dalam ebook ~ http://jomlangsing.com para sahabat akan bertemu dengan RAHSIA menyusun strategi dengan pendekata yang cukup mudah, praktikal dan semulajadi. Bagaimana membereskan HALANGAN-HALANGAN MINDA dan EMOSI yang sering menjadi penghalang keterujaan para sahabat mendapat berat idaman. Malah LEBIH ISTIMEWA…POTENSI MINDA yang selama ini seakan nyanyak, lena dibuai mimpi mampu dibangkitkan dengan strategi-strategi dan teknik yang diketengahkan. InsyaAllah apabila MATLAMAT, TEKAD , AZAM dan KEJUJURAN mampu dinikmati secara total barulah MISI dapat dijayakan dengan lancar!!! Dan dari sinilah nanti para sahabat akan diketemukan dengan sumber-sumber yang dapat membantu menjayakan MISI LANGSING para sahabat! Haa…bila KESEDARAN, CELIK AKAL SERTA KEPERCAYAAN TERHADAP POTENSI DAN KEYAKINAN DIRI UNTUK MERUBAH MIMPI INDAH LANGSING KEPADA REALITI TELAH HADIR BARULAH KENYATAAN DAPAT DINIKMATI!!!InsyaAllah apa juga pelaburan yang diberikan tidak akan lagi menjadi mimpi ngeri atau usaha yang sia-sia ibarat mencurah air ke daun keladi.

NAK LANGSING PUN KENA PROGRAMKAN MINDA KE???Never perasan haa…
SEGALA MISI DAN CITA-CITA BERAT IDAMAN SERTA SASARAN MASA YANG DITETAPKAN PERLU DIPROGRAMKAN DI DALAM MINDA…namun sebelum mencapai FASA PROGRAM MINDA ini ada stage yang perlu dibereskan… Haa! Kalau nak tahu ???Kenalaa dapatkan ebook jom langsing semuanya ada dikupas lebih terperinci di situ…malah bukan itu sahaja…TIPS-TIPS INSPIRASI juga dikongsikan, apa yang perlu dilakukan individu hanya perlu mendaftar di http://jomlangsing.com

InsyaAllah dengan PROGRAM MINDA yang diterapakan…dimainkan selalu inilah yang akan membantu KELANCARAN, KEPANTASAN DAN KEJAYAAN LUAR BIASA DAN HEBAT yang mungkin tidak pernah kalian sangkakan…itu KEAJAIBAN “POTENSI DIRI” sebenarnya!!! Kekuatan sumber semulajadi yang sebenarnya TELAH DIPACKAGEKAN di dalam setiap dari kita…so selamat menikmat ilmu di http://jomlangsing.com dan SELAMAT MENEROKAI KEINDAHAN DALAM KEHIDUPAN!!!
Selamat Menjayakan Impian Langsing 2010!!!Jumpa disana…

TIPS SEMULAJADI MENANGANI STRESS…
Oklaa…enuff on cerita bab langsing…hari ini saya nak sambungperkongsian ilmu tentang TIPS MENANGANI STRESS yang sangat mudah, ringkas dan sangat dekat dengan kita! Kuasa PENAWAR SEMULAJADI yang ada di sekeliling kita…Dah namanya kehidupan pastinya tidak lepas daripada ujian dan cabaran, betul tak???Ada ketika sangat-sangat menduga emosi dan fikiran. Saat diuji fikiran boleh sahaja hilang tumpuan, hati jadi tidak keruan…diselubungi rasa benci, sedih, duka, marah, kesal, putus asa dan sebagainya. HILANG KEYAKINAN terhadap kemampuan dan potensi diri yang dimiliki untuk berhadapan dengan ujian dan cabaran tersebut! Harao-harap ianya hanyalah bersifat sementara sahaja…hemmm nak menjadikannya sementara ataupun tidak…SATU LAGI PERSOALAN PENTING sebenarnya yang mungkin individu terlepas pandang!

MEMILIH???Yup…maka jadilah PEMILIH yang bijak dan adil!!! Adil untuk diri sendiri dan insan-insan yang disayangi…
Dalam kehidupan kita yang MEMILIH untuk sama ada membenarkan kehidupan terus dillingkari suka, duka, benci, tangis, gembira, syukur, kejayaan, kemuliaan, keindahan dan sebagainya…KITA YANG MEMILIHNYA!!! Allah tidak pernah menzalimi manusia seringkali manusia itu sendiri yang menzalimi dirinya dengan PILIHAN DAN TINDAKAN yang dilakukan. Ada insan mengambil sikap untuk LARI DARIPADA MASALAH, ada insan pula mengambil sikap untuk MEMENDAMKAN MASALAH…sebetulnya inilah bukanlah suatu tindakan yang tepat dalam melayari kehidupan!!!Yang sakit, yang luka itulah yang PERLU KITA BERESKAN agar tidak menjadi nanah, luka mahupun barah yang akhirnya merosakkan kefungsian insane dalam kehidupan.Memang benar sekiranya anda ingin menikmati kehidupan yang SIHAT, SEJAHTERA…bukan sahaja aspek pemakanan yang harus dititikberatkan tetapi juga KESEJAHTERAAN DALAMAN kerana apa tuan, puan, adik, abang, kakak-kakak…makcik dan pakcik…lontaran minda kalian, mainan emosi kalian…dan segala yang bermain dalam INTERAKSI DALAMAN kalian adalah DOA sebenarnya!!!

MAKANAN & AIR sebenarnya mampu menjadi PENAWAR bila kita memiliki ilmu & strateginya!
Maka KESIMPULANNYA jika dalaman itu kurang sejahtera…apa yang kita makan, apa yang kita minum…apa yang kita lakukan akan mengesani KESEJAHTERAAN KEHIDUPAN kita…mainan emosi dan lontaran minda kalian sudah cukup untuk mengubah molekul makanan yang anda nikmati! Hemmm…BETAPA HEBAT DAN BESAR IMPAK KESEJAHTERAAN DALAMAN sebenarnya dalam kehidupan. Kalau dah hidup bergelumang sedih, duka, putus asa, merungut, marah, benci…berpandangan negatif segala sudut harus bagaimana maka terbenamlah segala POTENSI DIRI…tambah mengadap rezeki yang ditelan yang dimakan jadilah YEAST DAN PEMANGKIN segala kemudaratan yang dicipta dan dibina sendiri tanpa sedar! Haa….ini baru sebahagian RAHSIA dikongsikan…nak tahu selanjutnya BAGAIMANA MERAWAT DIRI…BAGAIMANA INGIN MENJAYAKAN TRANSFORMASI IMPIAN YANG DIINGINI DENGAN SUMBER-SUMBER KEKUATAN DAN POTENSI DIRI YANG DIMILIKI???

Temui saya secara eksklusif dalam Life Coaching Program Klnik Sukses yang bakal diadakan :
Tarikh : 6hb Mac 2010
Masa : 10.00 pagi hingga 5.30petang
Tempat : Nur Qudrah Holistic Solutions , Shah Alam
Yuran : RM280 ~ diskaun diberikan kepada peserta yang mendaftar secara berpasangan sama ada suami isteri, sahabat atau kenalan.

Maklumat lanjut sila lawati http://kliniksukses.anizanwar.com dimaklumkan TEMPAT HANYALAH EKSKLUSIF untuk 5 orang sahaja..maka siapa cepat dia dapat! Usah berlengah lagi…BONGKAR RAHSIA…TEMUI KEAJAIABAN!!! KEINDAHAN DAN KEKUATAN POTENSI DIRI UNTUK MENGUBAH MIMPI MENJADI REALITI…

RELIEF AND RE-LIVE YOUR JOURNEY!!! Stop stressing START LIVING ~ Temui anda di dalam Klinik Sukses!!!

Tuesday, February 9, 2010

Berita GUMBIRA ~ Ingin Langsing Selamat, Sihat & Semulajadi???Jom...

Bismillah...

Salam kasih sayang buat para sahabat semua. Apa khabar? Harapan saya semoga semuanya indah, ceria dan sejahtera hendaknya dalam meneruskan perjalanan 2010 ini. Diam tak diam kita sudahpun masuk bulan Februari, bagaimana resolusi yang ditetapkan ada nampak SINAR kejayaannya?? Haa...bagi para sahabat yang mensasarkan MISI PENURUNAN berat badan pada tahun ini, saya ada BERITA GEMBIRA!!! Alhamdulillah janji saya pada semua akhirnya dapat direalisasikan dengan perkongsian ebook terkini saya yang kini telahpun dilancarkan. Bagaimana "MENGURUSKAN" BERAT BADAN dengan pendekatan yang SELAMAT, SEMULAJADI DAN BERKESAN dengan hanya menggunakan POTENSI@ ASET DIRI yang dimiliki. YA BENAR!!! "SEMULAJADI" tanpa produk, tanpa dadah, tanpa perlu menyeksa diri terpaksa menahan lapar dan PALING MENARIK ianya bakal menyingkap PENEROKAAN DIRI individu yang cukup indah & penuh dengan keajaiban yang UNSANGKARABLE!!!

Suatu pendekatan yang julung-julung kali dikupas secara terperinci di dalam versi Bahasa Malaysia. Antaranya :

1) Pembongkaran EKSKLUSIF yang mengupas bagaimana pengaruh emosi, minda dan kesannya terhadap tubuh.

2) Bagaimana impak PERSEPSI TUBUH iaitu masalah berat badan dan KONSEP KENDIRI @ SELF ESTEEM?

3) Bagaimana menguruskan tekanan @ lebih sinonim STRESS dan KELAZATAN MAKANAN??? Lebih stress lagik terasa nak makan...macam mana nak buatnie??? Hee masalah lama tak selesai masalah baru pulak yang datang kena tukar saiz lagikkk...Aarghhh! :)

4) Bagaimana PENGARUH "Law Of Attraction" dan MISI pelansingan ini yang julung kali dikupas dalam versi Bahasa Malaysia???Ahaa…sangat menarik sekali selama hari ini mungkin kita pernah mendengar, selalu mendengar RAHSIA ~ The “SECRET” yang hangat diperkatakan di seluruh dunia tapi kali ini jelajahinya sendiri bagaimana THE SECRET VERSI BAHASA MALAYSIA dalam menjayakan impian langsing!!!

5) Bagaimana menyuntik INSIGHT dan MOTIVASI DALAMAN yang berterusan dalam menjayakan misi pelangsingan ini???

6) Apakah KOD RAHSIA menjayakan impian indah ini???

7) Bagaimana menggunakan KEKUATAN POTENSI MINDA dalam menjayakan misi pelangsingan...indoktrin SEMULAJADI, SELAMAT, RINGKAS & MUDAH!!! ~ mind setting ~ mind programming!!! Hasilnya MENAKJUBKAN!!! Anda yang bakal menjadi pencetus kejayaan impian anda!

8) Ahaa!!! Para sahabat…PERLU DIINGATKAN juga disini….mind setting...mind programming pun perlu ada ILMU! Bagaimana RAHSIA untuk mengindoktrin…memprogrammekan MINDA pada gelombang yang tepat bagi menjayakan IMPIAN LANGSING yang pantas dan berkesan…semua ini dikupas di dalam ebook ini secara eksklusif!!!

9) Bukan itu sahaja peluang untuk menjana pendapatan yang mudah tanpa perlu mengeluarkan modal dengan menyertai affliate program yang ditawarkan!!!

10) Mimpi indah impian langsing tidak akan jadi kenyataan tanpa ada KEBERANIAN!!!

~ Keberanian dari dalam diri untuk menikmati kehidupan yang lebih sejahtera, bertanggungjawab, amanah dan BIJAK …adil untuk diri sendiri dan adil untuk insan-insan yang kita sayangi!

~ Jangan biarkan diri kita menjadi BOM JANGKA mahupun medan magnet yang menjadi daya tarikan perkampungan penyakit-penyakit kronik diabetis, darah tinggi, serangan jantung, ketidakstabilan hormone dan banyak lagi.

~ Hari ini mungkin kegagalan KEFUNGSIAN organ dalam tubuh badan kita…tetapi…esok bagaimana pula???Jangan biarkan kealpaan diri untuk lebih BERTANGGUNGJAWAB dengan PILIHAN dan TINDAKAN yang dilakukan, memelihara dan memulihara KEBAJIKAN tubuh sebagai suatu AMANAH yang sangat beharga akhirnya menjerat diri. KONSEKUENNYA tidak mustahil mengesani KEFUNGSIAN individu dalam kehidupan!!! Hilang fungsi sebagai suami, hilang fungsi sebagai isteri…ibu…bapa …terkapai-kapai mencari RUANG untuk meneruskan kehidupan…putus asa, buntu dan tertekan…Nauzubillahminzalik!!!Bukan sama sekali ingin menakutkan tetapi inilah REALITI KEHIDUPAN agar sama-sama dapat kita insafi dan teladani…renung-renungkan sejenak…fikir-fikir???



Ketahui RAHSIA menikmati kesejahteraan tubuh dan berat idaman

secara holistik dengan melayari ~ http://jomlangsing.com

(DAFTAR untuk dapatkan tips & inspirasi langsing secara

percuma!)



Lakukan PILIHAN BIJAK, MUDAH, SELAMAT & SEMULAJADI....



Salam Rahmat!

Aniz Hj. Anwar

Kaunselor/ Therapist

Pengamal EFT

012.391.5362

Subscribe & dptkan Inspirasi Kehidupan & Ebook RAHSIA AURA PERCUMA di http://anizanwar.com

Personal Life Coaching KLINIK SUKSES di http://kliniksukses.anizanwar.com

Daftar dan dapatkan INSPIRASI LANGSING di http://jomlangsing.com