Thursday, December 17, 2009
Inspirasi Maal Hijrah & Transformasi
Inspirasi Maal Hijrah & Transformasi ~ New Life Begin...
Bismillah…
Kehidupan dan perjuangan takkan pernah terpisah daripada menempuh pelbagai onak dan cabaran. Selagi namanya kita HIDUP kita pasti akan diuji yang membezakannya hanyalah isu tetapi PERJUANGAN memerdekakan diri, mengutip HIKMAH memberi MAKNA pada suka duka perjalanan yang ditempuhi tetap sama, diakui sememangnya bukan mudah bukan dan bukan juga sukar…memberi MAKNA PENUH MURNI pada warna-warni pengalaman yang dilewati.
Mungkin bagi yang SUDAHPUN melepasi FASA KRISIS @ ZON GELAP mampu menarik nafas kelegaan namun yang masih terus bergolak, berjuang…konflik…dilemma saban waktu melingkari diri semoga TIPS INSPIRASI ini membantu perjuangan kalian dalam menyahut PENGHIJRAHAN MURNI lebih-lebih lagi sempena MAAL HIJRAH 1431 ini.
RAHMAT HARI INI…
Kerjaya RAHMAT ini memberi saya kesempatan mengutip HIKMAH dan PENGAJARAN yang TERSENDIRI dan sangat beharga sesungguhnya…saya belajar tentang tingkahlaku manusia ada yang menyentuh perasaan, sedih, suka, gembira tak kurang juga pelik dan kelakar kadangtu. Begitu juga diri saya sendiri…UJIAN & CABARAN pengalaman diri guru-guru dan rakan-rakan sangat-sangat saya HARGAI. Terima kasih pada semua yang pernah hadir dalam kehidupan saya dan mengajar saya tentang HIDUP. INI SEMUA adalah KEINDAHAN yang CUKUP SEMPURNA dalam mewarnai kehidupan andai kita seandainya kita menjadikan ia aspirasi. Kehidupan merupakan PROSES PEMBELAJARAN…dan DISITU JUGALAH sebenarnya PEMBELAJARAN LANGSUNG TERUS ~ DIRECT daripada Allah swt. Daripada alam kanak-kanak menjengah alam remaja, dewasa , usia emas dan semua ini melibatkan TRANSISI juga PERUBAHAN dalam perjalanan insan. Dan disinilah ujian-ujian serta cabaran mula diteroka…tambah pula hidup di dalam dunia akhir zaman yang serba mencabar. Serba canggih, serba HIGH TECH dan paling serba-serbi juga tak kena gaya mudah terperangkap dengan STRESS. Kenapa yer?
INSPIRASI PENGHIJRAHAN MURNI & TRANSFORMASI…
Itu jugalaa yang SERING MENJADI PERSOALAN di awal waktu meneruskan pengajian saya. Tetapi setelah terjun dalam dunia realiti ini sedikit sebanyak satu persatu persoalan saya temui jawapannya. Antaranya :
i) Jika kembali pada perspektif Islam UJIAN & CABARAN dalam kehidupan merupakan tanda kasih Allah pada hambaNYA dan BERSYUKURLAH kita antara insan TERPILIH mendapat perhatian Ilahi. Maka jangan sia-sia INGATA, HADIAH dan PERHATIAN Allah ini, jika hari ini Allah uji dengan hanya mencampakkan sebutir batu untuk INGATAN jangan pula disia-siakan sehingga Allah murka campakkan BATU MENGHEMPAP diri..lagutu bimbang sekali Allah murka…marah tempatnya di neraka beristirehatnya…Nauzubillahminzalik!
ii) Ada pelbagai isu yang dikenalpasti yang SERING MENYEBABKAN TRANSFORMASI @ PENGHIJRAHAN yang cuba dilakukan melalui JALAN SUKAR yang PALING KETARA adalah “KEBENARAN DARI DALAM DIRI UNTUK BERUBAH” ~ ramai yang tersangkut di sini adatu berpuluh-puluh tahun lamanya. Bukan mudah untuk BERLAKU JUJUR dengan diri sendiri rupanya…di hati mungkin lain, di bibir mungkin lain dan di minda juga lain…teknologi dalaman yang namanya emosi, minda & spiritual kurang harmoni. Apabila keadaan ini berlaku ingin berubah tetapi sebahagian DIRI tidak membenarkannya HIDUP harus sahaja menjadi MEDAN PEPERANGAN DIRI yang menakutkan, mengerikan, meletihkan dan melemaskan…ada di antara sahabat dalam fasa ini???Natijahnya, individu cenderung MEMBENCI DIRI SENDIRI…inilah sakit yang tidak Nampak hanya yang melaluinya sahaja tahu betapa peritnya melalui pengalaman ini. Emm…JANGAN BAZIRKAN WAKTU…membiarkan diri terperangkap amat merugikan…hidup sangat singkat sebenarnya untuk diisi dengan KONFLIK sebegini, kalian juga BERHAK untuk menikmati BAHAGIA, SEJAHTERA, KETENANGAN sama seperti insan-insan lain di luar sana!
iii) Dan TIDAK KURANG JUGA saya kenalpasti RAMAI YANG TERPERANGKAP dalam LAPANGAN MEMORI SILAM yang mungkin baginya MENYAKITKAN…perasaan benci, terluka, marah, KESAL, sukar memaafkan, berdendam…selalukan kita dengar ayat ini… “memaafkan mungkin mudah tetapi untuk melupakan tidak sama sekali”…adakah KEADAAN seperti ini OK???Soalan yang BAIK sekali…sebenarnya KURANG OK…sebabnya masih ada nada yang kurang harmoni di dalamnya…parut luka masih terasa…masih aku terasanielaa kesannya yang KURANG OK ini dibawa bersama-sama meneruskan perjalanan…inilah “excess baggage” yang akan membuatkan hidup terasa kurang adil, suram, kelam, PENAT sangat…LETIH…haa inilah juganya peranan minda separa sedar..law of attraction yang bakal mengesani kehidupan seterusnya! Jangan tak tahu…INILAH KEAJAIBAN yang saya temui…ini AFFIRMASI MINDA juganie sebenarnya tetapi affirmasi minda yang negatif…kesannya tak nampak boleh memudaratkan diri
iv) Memori silam gagal dalam pengajian, putus cinta, putus tunang, derhaka pada ibubapa, kahwin lari, berzina…childhood isu seperti anak yang tidak diinginkan…tereksiden, pilih kasih, pencabulan, rogol, mangsa penceraian…melalui pengalaman penderaan emosi dan mental, trauma lazimnya mempunyai kecenderungan memiliki SIFAT KRITIK DIRI yang tinggi.Dengan lain perkataannya juga KURANG BERSYUKUR dan KURANG REDHA dengan ujian dan cabaran yang dihadirkan…
v) Konsekuennya…PENERIMAAN KENDIRI @ SELF ACCEPTANCE tu mungkin kurang dan TIADA. Inilah antara PRA SYARATNYA untuk PENGHIJRAHAN sebenarnya…
a) Perlu dimulai dengan MENYAYANGI & MENGHARGAI DIRI SENDIRI
b) Menerima ujian dan cabaran yang dihadirkan Allah dengan PENUH REDHA ~ bila self acceptance dah ada barulah insyaAllah KESEDARAN..INSIGHT ~ celik akal akan muncul
c) Bila CELIK AKAL dah muncul insyaAllah mudahlah nak bereskan perjalanan seterusnya BERTANGGUNGJAWAB atas kehidupan yang dilalui…STOP BLAMING others…TAKE INCHARGE …RESPONSIBLE…orang lain TIDAK BOLEH MENOLONG KITA HANYA DIRI KITA SENDIRI SAHAJA…
d) IKHLAS, JUJUR, AMANAH DAN ISTIQAMAH dalam usaha mengecapi PENGHIJRAHAN @ TRANSFORMASI DIRI yang diimpikan…jangan sesekali MENSABOTAJ DIRI…
e) NIKMATILAH “HIDUP” sayangi diri..sayangi insan-insan di sekeliling kita…HARGAI setiap detik dan ruang dalam kehidupan ini dan BERSYUKUR!
e) Dan RAHSIA AJAIB & PALING POWER juga adalah ~ letakkanlah paksi PENGHIJRAHAN @ TRANSFORMASI ini kerana Allah…KITA BERANI MELAKUKAN KOREKSI DIRI menuju PENGHIJRAHAN MURNI ini atas platform memburu pengiktirafan dan keredhaanNYA bukan atas nama manusia…nak berubah kerana suami, isteri, nak berubah kerana ibubapa, nak berubah kerana girlfriend…tunang dan sebagainya…bukan apa takut-takut mudah terperangkap menjadi lapangan syaitan mempermainkan diri. Itu yang mungkin bila diuji dengan perpisahan , kegagalan dan sebagainya terus kecundang…merosakkan diri…SIAPA YANG RUGIK???Sendiri jugak membenarkan diri dibahlulkan dek spesis bertandukkan…Nauzubillahminzalik! Itu yang kita tak nak…
Tapi JIKA KITA MELETAKKAN PENGHIJRAHAN MURNI ini atas platform Allah juga ISLAM yang kita cintai…ingin sejahtera di dunia dan berehat dengan tenang di akhirat…PASTI penemuan dan perjalanan ini akan lebih TERUJA, HEBAT, MANIS ,INDAH DAN LANCAR kita lewati…
Sampai berjumpa lagi…dapatkan TIPS-TIPS dan INSPIRASI KEHIDUPAN PERCUMA dengan mendaftar di http://anizanwar.com
~ Enjoy! Zakat ilmu dari saya…mudah-mudahan bertambah keberkatannya & jangan lupa panjang-panjangkannya…ilmu pinjaman tiada hakcipta terpelihara sama-sama kita kongsikan pahalanya…insyaAllah.
MY WISH FOR YOU...
May Allah bless us with beautiful journey ahead…full of RAHMAT & BERAKAH…further great IMAN, HAPPINESS, HEALTH & WEALTH…dan pastinya tidak lupa semoga Allah mengiring PENGHIJRAHAN MURNI para sahabat yang dikasihi…Ameen..InsyaAllah
Love & Gratitude…
Aniz Hj Anwar
Millennium Counselor ~ http://anizanwar.com
YM :nizwar75
H/P : 012-3915362
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment