Thursday, January 14, 2010

Dahsyatnya Doa Part 1

Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

Bismillah,

DOA & HARAPAN BUAT ANAK YANG DIKASIHI
Bertemu lagi musim persekolahan 2010 telahpun bermula.Pelbagai persediaan kelengkapan pastinya berikan buat putera dan puteri yang tersayang. Besar sekali harapan ibubapa yang mengharapkan anak yang dikasihi mencipta kejayaan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga kehidupan seluruhnya. InsyaAllah bukan sahaja bahagia dan berjaya di dunia tetapi juga berkekalan hingga ke akhirat dan sesungguhnya juga DOA dari anak-anak yang soleh inilah SAHAM ibubapa yang menjadi bekal apabila pulang dijemput Ilahi.

JANGAN DIPANDANG SEPI…
Dalam sibuk-sibuk memberikan PERSEDIAAN yang bersifat lahiriah jangan
sesekali dipandang sepi peranan doa, sokongan, kasih sayang dan menghidup RUH iman mereka yang mendaulatkan Allah dalam aturcara kehidupan mereka. Pentingtu!Bahkan PALING PENTING sebenarnya maklum sahaja tuntutan dunia hari ini terkadang boleh membuatkan para ibu mahupun bapa terleka mengejar kemewahan, wang ringgit, pangkat. Masa yang ada banyak diisi dengan memenuhi tuntutan
kerjaya dan hubungan social…HATI-HATI dengan perangkap syaitantu! Dikhuatiri sibuk mencari dunia SAHAM AKHIRAT yang satunie lupa nak disemai…lupa nak ditanam…risikotu!

IKHTIBAR KEHIDUPAN…DAHSYATNYA DOA!
Pentas kehidupan menyaksikan banyak ikhtibar...baru-baru saya berkesempatan membaca buku Dahsyatnya Doa Ibu. Memang dahsyat! Memang tepat sekali JANJI ALLAH keredhaan Allah berada di dalam di dalam keredhaan ibubapa , jika ibubapa tidak redha dikhuatiri terkadang jalan sukar ditemui anak-anak dalam mencipta kejayaan mahupun membina kesejahteraan dan kebahagiaan yang dicari. Keramat doa ibubapa ini hebat, DOA mereka laju macam roket tiada tapisan! Maka rebutlah hati ibubapa...raihlah perhatiannya mudah-mudahan mereka mendoakan YANG TERBAIK buat kita.
Secara jujurnya itu jugalah yang saya pelajari, tidak dinafikan segelintir masalah yang hadir ke sesi , ada bersangkutan dengan hubungan dengan ibubapa. Baru-baru ini saya dihadirkan dengan satu lagi kes yang sangat MENARIK PERHATIAN saya…HIKMAH UNTUK DITELADANI ~ betapa pentingnya mendoakan keturunan yang mendirikan solat dan menjadikan Islam dan memburu keredhaan Allah sebagai matlamat kehidupan. Kisahnya ujian seorang ibu yang pening kepala dan hamper sahaja putus harapan dengan tingkahlaku dan akhlak anaknya…anak yang punya potensi tidak tahu mana silapnya akhirnya tegah melakukan perkara yang tidak pernah terfikir oleh ibubapa. Dan apabila diterokai hatinya memang kering…kering bagaimana? Hati si anak seolah tiada deria dan perasaan apabila melihat kesusahan dan kesedihan hati ibu dan bapa yang tercalar akibat tingkah dan sikapnya. Kenapa jadi begini? Apabila diselidiki rupa-rupanya ada hubungkait dengan hubungan dengan Allah, dalam usia yang sudah menjengah alam dewasa bila diajukan bagaimana dengan solat? Katanya solat dan hubungan dengan Allah baginya tidak penting ada yang lebih penting mahu dibereskan…seolahnya memenuhi masa dengan kawan-kawan, mencari keseronokan lebih penting. Solat hanya sesekali ikut mood nak buat…buatlah, kalau rasa tak nak buat tak perlu nak buat jika hanya sekadar tempelan kepura-puraan menipu diri sendiri mahupun ibubapa. Wahh! Baru saya mengerti memang PENINGlaa si ibu dibuatnya….lelah dibuatnya!Nauzubillahminzalik…

DOA TULUS DAPAT MENGELAKKAN INDIVIDU DARIPADA DIBAHLULKAN!
Dan dari situ saya belajar…sememangnya peranan DOA sangat penting bukan sahaja bila dah terantuk baru nak terngadah tetapi lebih advance dari itu setiap detik…setiap saat DOAKANLAH YANG TERBAIK untuk diri sendiri, ibubapa, anak-anak dan keturunan agar MENDIRIKAN DAN MEMELIHARA SOLAT! Penting sekali jangan lupa mudah-mudahan dengan doa tulus yang dipanjatkan pada Ilahi dapat memelihara diri kita begitu insan-insan yang kita kasihi daripada mudah terjeremus dalam perangkap syaitan yang durjana. Hati yang lalai dan jauh dari Allah takkan tenang…bila hati kotor…tidak tenang syaitan akan lebih mudah MEMBAHLULKAN diri manusia mengikut perangkapnya…Itu yang hati jadi kering, kontang…hitam apa juga nasihat, peransang, teguran pastinya sekadar mencurah air ke daun keladi. Dan PALING DIKHUATIRI hati ibu mahupun bapa yang tercalar akan LEBIH MEMUDARATKAN kehidupan anak tadi kerana setiap kepercayaan, kata-kata, lontaran minda ibubapa adalah DOA dan gelombang yang dicerap dengan baik oleh alam dan Allah swt…Maka untuk itu, disini juga INGATAN DAN PERKONGSIAN untuk kita semua agar lebih ikhlas, suci hati dan bersangka baik dengan setiap ujian Allah dan YANG PASTI ikhtibar hari ini JANGAN LUPA MENDOAKAN YANG TERBAIK untuk insan-insan yang kita kasihi terutamanya dalam kupasan kali ini…zuriat yang kita kasihi!

KUASA DOA…
Mudah-mudahan DOA kita mampu menjadi PENYELAMAT, PENAWAR DAN PENCETUS KEJAYAAN, KEGEMILANGAN, KESEJAHTERAAN, KEHARMONIAN dan tidak lupa pastinya iringan REDHA & RAHMAT ILAHI serta KESELAMATAN darINYA mengiringi setiap detik dan langkah…untuk diri kita, ibubapa dan insan-insan yang dikasihi…pasangan, putera, puteri dan saudara Islam seluruhnya.Begitu HEBAT peranan dan penangan DOA boleh mengubah realiti insan…

Ingin mengetahu dan menelusuri RAHSIA KEAJAIABAN KUASA DOA, SAINS MINDA dan bagaimana pengaruh kepercayaan minda atau Law Of Attraction mengesani kehidupan dan cara mengubahnya? Temui saya dalam pembongkaran eksklusif Life Coaching Program Klinik Sukses!
Tarikh : 30hb Januari 2010
Masa : 10pagi hingga 5.30petang
Lokasi : Nur Qudrah Holistic Solutions, Sec. 18, Shah Alam
Bayaran : RM280
Dapatkan info lanjut dan PREVIEW percuma di http://kliniksukses.anizanwar.com

Relief…Make Peace…Enjoy and RE-LIVE your journey… Jangan sesekali berputus asa atas rahmat Allah!!!…DIA MAHA BERKUASA…DIA MAHA AGUNG…setiap
detik-setiap saat keajaiban TERUS berlaku…KUNCI KEBENARAN
DALAM DIRI UNTUK MENIKMATI TRANSFORMASI…I’ve been, I’ve
SEEN…MasyaAllah…LOVE ALLAH…LOVE LIFE…LIVE LIFE ~ LIFE CAN BE
PHENOMENAL FOR US IN MAGNIFICENT WAY…Unsangkarable…tiada
yang mustahil jika Allah mengizinkanNYA…

TEROKAI KEINDAHAN…NIKMATI KEAJAIBAN…temui anda di dalam Klinik Sukses… !
Jumpa Lagi!

Salam Rahmat ;
Pn Aniz Hj Anwar
EFT Practitioner
Counsellor/Therapist
YM : nizwar75
H/P : 012-3915362

Subscribe & dptkan Ebook RAHSIA AURA & INSPIRASI KEHIDUPAN percuma di http://anizanwar.com
Personal Life Coaching KLINIK SUKSES di http://kliniksukses.anizanwar.com

No comments: