Wednesday, March 24, 2010

My RAHSIA @ Gratitude Jurnal ~ Perjalanan Rahmatku...



Salam buat para sahabat yang dikasihi…bertemu lagi ~ sekadar CATATAN REFLEKSI DIRI betapa perencanaan Allah itu SANGAT HEBAT & LUAR BIASA…Allah Maha Pengasih Allah Maha Penyayang…Syukur…REDHA dan terus meraih PERHATIANNYA insyaAllah hati lebih tenang dan lebih manis menikmati setiap bait HIKMAH dan KEINDAHAN akan ditemukan dalam perjalanan ini…kita ini hanya hambaNYA yang tidak berdaya…tiada yang lebih sempurna selain DIA diatas sana ~ sama-sama kita berkongsi HIKMAH…sama-sama kita berkongsi RAHMAT…saling ingat-meperingati…saling LENGKAP-MELENGKAPI memakmurkan bumi Allah dengan medium dan wacana memegang “AMANAH” yang diberikan sbg tugas khalifah di muka bumi…!InsyaAllah…Semoga “PERTEMUAN KITA” nanti menjadi pertemuan rahmat yang akan membuka lembaran-lembaran KEINDAHAN DAN KEAJAIBAN…KEAGUNGAN ILAHI!…Amin…InsyaAllah..
Dan sesungguhnya YANG BAIK itu datangnya dari Allah dan YANG BURUK itu datang dari kelemahan diri yang kerdil ini…

Selamat Menikmati Perjalanan Indah ini…

TAK NGANTUK PULA...
Ntah nape mata malam kurang mengantuk pula tempat baru kot sukar melelapkan mata...semua dah belayar ibu juga masih melayan jari jemari sementara ilham diberi Allah. Percutian kali ini membawa kami sekeluarga ke Pulau Pinang...dah lama tak ke mari last datang ke sini tahun 2005 saat meletup dgn sales aura seri, Prof Ibrahim sponsor sebab sales yang meletup-letup waktutu.
Pantas masa berlalu...kini semua tinggal sejarah yang indah untuk ku kenang. Suka duka, keriangan, kesedihan, kecekalan dan ketabahan.

DOA IBU ~ PEMANGKIN KEJAYAAN
Sememangnya DOA ibu sungguh keramat...itulah sebahagian "keramat doa ibu" yang pernah ku nikmati satu ketika dahulu. Multiple ROLES bergelar pelajar, ibu, isteri, pekerja dan menguruskan bisnes online mampu ku uruskan serentak berkat doa dan kasih tulus insan mulia bergelar ibu sehinggalah aku diuji dengan berita insan mulia yang aku sanjung di serang kanser paru-paru peringkat advance. DUNIA SEAKAN BERHENTI seketika...aku hilang arah, terpaku, buntu tidak tahu ke mana untuk ku adukan betapa berat dan sukarnya saat ini...insan yang aku kasihi bakal pergi buat selama-lamanya gara-gara serangan kanser. Hampir sebulan juga aku mencari kekuatan mujurlah saat itu sedang cuti semester sekurang-kurangnya fikiran aku tidak dibebani dengan kuliah, tugasan dan peperiksaan hanya sekadar internship mengendalikan kes-kes klien.

TENANG DI PERSEMADIAN ABADI...
Alhamdulillah hari ini hampir 3 tahun peristiwa ini berlalu sejak ibu kembali ke rahmahtullah, apabila aku menoleh ke belakang...Masyaall ah...betapa perencanaan Allah itu cukup hebat...cukup LUAR BIASA!!!Tiada lagi sedih, duka, sunyi, kosong, hampa, keliru menguasai diri yang hanya masih berbaki hanya rindu itupun sekali-sekala datang menjenguk ~ Al-Fatihah buatMu bonda Almarhummah Hajjah Halimah Binti Fatimah semoga ruhMu tenang di persemadian abadi. AspirasiMu kini menjadi nadi untuk aku bawakan kepada semua, itulah janjiku kini memakmurkan bumi Allah memanjangkan ukhwah saling lengkap-melengkapi sesama Islam.

WARISAN ILMU ABAH ~ PEMANGKIN REZEKI
Selaku anak tunggal tidak banyak cabaran sukar yang aku lalui, aku dididik dengan penuh kasih sayang, displin dan ketegasan. Segala yang aku inginkan alhamdulillah aku cuba memperolehinya sendiri dan tak kurang juga dengan "OFFER" dari ayah dan bonda tanpa perlu diminta. Pendek kata bertuahlaa "my another half"...pinjaman dan sponsorship tak terhitung sudahhh...ratus ribu diam tak diam, abah sememangnya pemurah! Berkat pemurahnya, rezeki dan wang ringgit bukan masalah baginya, bersama abah banyak yang aku pelajari dalam mencari tiket dan rezeki yang berkat...kuasa doa dan amalan yang membuka pintu-pintu RAHMAT dan kelancaran dalam mencari rezeki. Pendek kata kita MENANGI HATI PEMILIK BANKERS seluruh dunia gitu! Alhamdulillah is a BLESS from Allah indeed!Syukran. ..

Jujur harus aku akui jika dahulu andai ada sahabat mahupun klien yang mengadu kesedihan mahupun ujian berat yang dialami aku sekadar mampu bersimpati dan melahirkan empatiku paling tinggi pun pada SKALA 4 sahaja. Tetapi hari ini dengan cabaran dan ujian yang aku lalui alhamdulillah aku lebih JUJUR DAN TELUS dalam menyelami suara hati klien kerana aku juga pernah melewati fasa getir itu yang mungkin membezakanya hanyalah isu shj. Namun perjuangan untuk "MEMBAWA DIRI" keluar dari fasa getir itu tetap sama sama ada ingin terus larut dalam ujian atau BERTINDAK dengan lebih adil dan bijaksana berusaha meraih kembali kesejahteraan diri yang hilang...merawat kembali luka hati yang dilalui.

IMPLIKASI KRISIS DIRI & HIKMAH
Aku sememangnya sungguh bertuah dengan pengajian ilmu tingkahlaku manusia yang aku terokai memberikan aku sedikit-sebanyak inspirasi dan kekuatan merawat diri...dan seterusnya membawa diri keluar dari fasa getir ini. Pelbagai kesan yang turut aku nikmati daripada "grieving"ku 3 tahun lalu...depressi. ..kesihatan merudum...migrane, sinus,inbalance hormon, cyst, anemia, empayar bisnes online yang aku bina aku biarkan tanpa ada semangat untuk menguruskannya, peningkatan berat badan...haa inspirasi pengalaman ini, hasil kajian sarjana maka lahirlah ebook langsing holistik...banyak rahsia yang aku temui di dalam perjalanan ini dan kaitannya dengan berat badan. Pasti ramai yang NAK tahu bagaimanakan interaksi STRESS, BERAT BADAN, EMOSI dan PERMAINAN MINDA mampu mengesani kefungsian tubuh dan keterujaan menikmati berat idaman. Semua ini dibongkar di dalam ebook ini, INGIN MENGETAHUI RAHSIANYA sudi-sudi lawati http://jomlangsing. com

Insyallah ini baru satu HIKMAH yang berjaya dirangkumkan dalam bentuk ebook...ada banyak lagi sebenarnya, insyaallah bakal menyusul lagi. Para sahabat tolong doa-doakan mudah-mudahan aspirasi cara saya untuk memberi peransang, semangat dan motivasi agar tidak tewas dalam ujian diberikan kelancaran oleh Allah swt.

PENGALAMAN GURU YANG SANGAT MENGAJARKAN. ..
Emm MEMANG HEBAT hari ini datanglah masalah klien macam mana sekalipun insyaallah saya berani dan mampu berhadapan dengannya tidak seperti awal dulu ada perasaan gentar dan ragu tambah pula dengan bantuan EFT, kupasan pembentukan personaliti, pengurusan stress, depressi juga perkaitan LAW OF ATTRACTION dan kehidupan bagaimana pengaruh interaksi minda, lekatan gaya asuhan...pengalaman boleh menjadi rencatan keterujaan insan melewati kehidupan. Di samping kekuatan POTENSI MINDA dan KEHEBATAN KUASA DOA dan juga MEDITASI ISLAM yang dikupas dari segi perspektif Islam dan sains minda. Pengalaman secara TEORI dan PRAKTIKAL saya rumuskan menjadi MODULE Life Coaching Program Klinik Sukses.

BETTER LIFE COACH
Klinik yang akan membawa penemuan aspirasi diri yang tenggelam, pudar, hilang akibat ujian hidup. Strategy memerlukan ILMU dan ILMU memerlukan keterbukaan, keyakinan dan kesungguhan serta istiqamah untuk mengamalkannya insyaallah transformasi impian dan cita-cita mampu dizahirkan secara REALITI dengan mudah , lancar dan pantas. Perjalanan ini sememangnya perjalanan yang sungguh indah buat diri ini...pengalaman merawat diri...pengalaman mengendalikan kes-kes para klien menemukan saya dengan pelbagai lagi HIKMAH dan RAHMAT Allah...sememangnya cukup indah, cukup HEBAT dan SANGAT BERMAKNA.

Yang luka kini sembuh, yang dendam kini luntur malah benih kasih sayang dan harmoni mulai berputik kembali, yang benci kini sayang, yang kesal kini bahagia, yang seorang kini berdua, yang berdua kini bertiga ~ ha tangnie bukan tang poligami tetapi penantian zuriat jangan pula salah maksud pulak dalam sejarah seorang kaunselor menyokong poligami ada pula para isteri yang kecam saya nanti...pendek kata bermacam-macam lagilaa...yang migrane kini sembuh, yang stiffneck kini lega...yang hilang keyakinan diri kini berani, yang kurang harmoni kini lebih sejahtera, yang dulu mengeluh rezeki mahal sekarang tudia murah bagai mencurah-curah dinikmati dan macam-macam lagilaa.

DALAM HATI ADA TAMAN ~ BERBUNGA RIANG & SYUKUR
Pendekkan cerita secara conclusion onputih cakap kalau dulu senyum tawar, payau, pahit, kelat ibarat takde nafsu nak senyum tapi kini waduh...waduh jangan terkejut kalau dibilang di hati berbunga riang...harmoni dan sejahtera ibarat taman bunga dihiasi pemandangan yang cukup menenang dan menambat hati sesiapa sahaja yang melihatnya ~ haa tangnielah kalau jodohtu dulu liat macam selipar jepun but now after life coach program Subhanallah! Allah bagi tudia nak lawyer, bujang, ada degree...handsome, beauty, gorgeous, beragama, ganteng, kaya...sebutjertlaa insyaAllah Allah perkenankan.

KESEJAHTERAAN DALAMAN ~ KECANTIKAN SEMULAJADI YANG TULEN
Apatidaknya kalau dah hidup menyimpan stress , sedih, duka, luka, marah, kesal dan dendam harus bagaimana ingin LEBIH MENIKMATI hidup ini yang kadang pesona diripun tenggelam walaupun make up ditempek 5 inci. KECANTIKAN YANG LAHIR dari kesejahteraan diri tidak mampu menyerlah kerana terselindung di sebalik duka perjalanan yang dilewati.

LANGKAH 1 ~ MERAIH MANISNYA TRANSFORMASI
Dan inilah yang saya TERAPKAN dalam setiap klien saya...ORANG LAIN takkan mampu menolong kita HANYA DIRI SENDIRI! Ianya harus bermula dari dalam..."KEBENARAN DARI DALAM DIRI UNTUK BERUBAH"!

Keberanian untuk berubah dan menikmati kesejahteraan dari dalam diri inilah yang akan membangkitkan potensi diri, membuka pintu-pintu RAHMAT kasih sayang, kejayaan, keharmonian, kekayaan dan keberkatan dengan syarat meletakkan Allah sebagai paksinya...KEREDHAA N ALLAH insyaallah hati pasti akan lebih tenang walau hebat diuji semalam dan mungkin berterusan hari ini. Inilah yang seharusnya dinikmati dalam setiap langkah perjalanan insan...DON' T WORRY BE HAPPY!

CHANGE FROM WITHIN WE CAN BRING CHANGE TO OTHERS
Begitulah juga buat individu yang sedang diuji dengan krisis contoh dalam perkahwinan, konflik keluarga dan sebagainya. Just remember ~ Kita takkan mampu mengubah insan lain tetapi apa yang boleh kita lakukan adalah dengan KITA MENJADI "AGEN PERUBAHAN" itu ~ Change from within YOU can bring change to others, insyaallah!

Heal live...LIVE life...magnificient RAHMAT will come to you, insyaallah! Temujani sesi kaunseling lebih mudah di hujung jari sahaja ~ http://anizanwar. com

Life Coaching Klinik Sukses ~ http://kliniksukses .anizanwar. com

Jumpa lagi di pertemuan rahmat yang lain, insyaallah!

No comments: