Tuesday, October 14, 2014

Inspirasi Jejak Cinta Jannah ~ Mahu Disayang Suami Part 1

Bismillah...




Petikan entri kali ini merupakan salah satu artikel yang pernah saya kupas lebih kurang 9 tahun yang lalu, waktu diri masih rancak menimba ilmu mengikuti kuliah Sarjana. Penemuan artikel oleh Dr Ikmal ini menemukan saya sedikit sebanyak jawapan yang ketika itu sedang mengkhusus pengajian dalam Kaunseling Perkahwinan Dan Keluarga, satu bidang pakar yang jarang dipelopori dan diikuti di kalangan para pelajar Melayu di UPM sebab utama masalah bahasa. Sayang juga ramai adik-adik yang berminat untuk mengikuti program ini tetapi dek kerana lingua francanya Bahasa Inggeris dan Pensyarah yang agak tegas masing-masing redha memilih pengkhususan yang lain. Waktu itu saya tercari-cari KENAPA konflik perkahwinan yang sering berlaku , APAKAH peranan yang boleh dimainkan oleh seorang isteri dalam menyelamatkan rumahtangga...Subhanallah! Allahu Akbar...PERTANYAAN saya dijawab Allah menerusi artikel ini. Hari ini Oktober 2014 saya kongsikan kembali. Semoga memberikan PENCERAHAN dan MANFAAT, In shaa Allah.

Bacalah dengan MURNI HATI didoakan moga bertemu KUNCI Untuk Menjemput Kebahagian, Kerukunan dan Keberkahan Dalam Rumahtangga.


MAHU DISAYANG SUAMI
=====================

Kalau adalah seorang isteri mengatakan dia tidak 
mengharap kasih sayang dari suaminya, itu bermakna dia 
telah berbohong. Sebab, memang tidak ada seorang 
manusia pun yang tidak ingin dikasihi oleh orang lain 
kecuali orang gila. 

Tapi sayang, suami isteri hari ini kebanyakannya 
renggang hati mereka, tipis kasih sayang mereka dan 
selalu bermasam muka. Malah perceraian menjadi perkara 
biasa. Ertinya ramai sekali wanita kita yang sedang 
menderita. 

Kenapa isteri gagal menjadikan suami sangat 
menyintainya hingga tidak mahu berpisah dengannya? 

Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh semua wanita 
hari ini. Mudah-mudahan jawapan ini dapat memberi 
jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam 
keamanan di dalam rumahtangga. 

Mula-mula sekali tanya kenapa seorang lelaki sanggup 
berbelanja beratus malah beribu ringgit atau 
berjuta-juta Rupiah semata-mata untuk mendapatkan 
seorang isteri? tentu kerana untuk mengisi permintaan 
hati (fitrah)nya yang ingin kepada belaian dan 
penyerahan seorang wanita, layanan dan kemanjaan serta 
pengurusan dirinya oleh isteri dan lebih jauh dari itu 
untuk mendapatkan anak dan keriangan dalam 
rumahtangga. Semua itu adalah tuntutan semulajadi yang 
ada dalam diri semua lelaki dan tidak boleh tidak, 
wajib dipenuhi. 

Kalau tuntutan itu tidak diisi, jadilah kekosongan dan 
kesyunyian dalam ruang dada si suami itu. Kalau begitu 
tiadalah bermakna lagi rumahtangga, isteri dan 
anak-anak padanya. Suami tidak akan bahagia dan 
hatinya tidak akan tenang sekalipun rumahnya besar, 
wangnya bertimbun dan dililiti dengan segala 
kemewahan. 

Untuk mengisi dan menunaikan kemahuan hati suami, para 
isteri perlu menjawab soalan ini; 

1. Setiap masa ketika suami di rumah, adakah anda 
melayan keperluan dan kemahuannya serta memberi 
sepenuh perhatian dalam urusan itu? 
2. Setiap kali ketika suami pulang ke rumah, adakah 
anda menantinya dan menyiapkan untuknya apa sahaja 
yang diperlukan? 
3. Rumahtangga dan anak-anak, sudahkah anda jaga 
begitu teratur dan kemas hingga tiada satu sudut di 
dalamnya yang boleh mencacatkan hati suami bila 
memandangnya? 
4. Sikap anda, percakapan anda, kasih sayang dan 
gerak-geri anda, adakah semuanya menampakkan pada 
suami bahawa anda benar-benar merelakan dan 
menyerahkan sepenuh ketaatan dan kesetiaan hanya 
padanya? 

Kalaulah anda gagal untuk mengiakan semua pertanyan di 
atas, bermakna anda seorang isteri yang sedang atau 
telah gagal. Sesungguhnya tiada seorang suami pun di 
dunia ini yang suka hati kalau isteri tidak melayani 
kehendaknya. Tidak ada seorang suami pun yang suka 
hati bila didapati isteri tiada di rumah ketika dia 
keletihan pulang dari kerja. 

Tidak akan terhibur hati suami kalau rumahtangga dan 
anak pinak berkecamuk, tidak terurus. Tidak akan 
bahagia suami yang berdepan dengan sikap dan 
cakap-cakap isteri yang tidak menumpukan sepenuh kasih 
sayang padanya. Bertambah-tambah tidak bahagia lagilah 
bagi seorang suami itu bila isterinya lebih menjaga 
kepentingan diri sendiri dari memenuhi kehendak dan 
kemahuan suami. 

Dalam keadaan itu isteri mesti memuliakan suami dan 
memandang tinggi padanya, di samping merasakan diri 
sendiri “memerlukan” suami dan rela untuk berkhidmat 
serta taat sepenuhnya padanya. Pandangan dan sikap 
begini amat penting kerana darinya akan lahir sikap 
tolak ansur, kerjasama dan kasih sayang antara suami 
isteri. 

Sebaliknya kalau isteri beranggapan suami setaraf 
dengannya, tiada keistimewaan apa-apa, tidak perlu 
dimulia dan dipandang tinggi, apalagi untuk diberi 
dimulia dan dipandang tinggi, apalagi untuk diberi 
perkhidmatan dan ketaatan sepenuh masa. Maka itulah 
punca utama terjadinya ketegangan dalam rumahtangga. 

Bila isteri mahu bertindak macam suami, terjadilah 
cerita dalam satu kapal mempunyai dua orang nakhoda. 
Saling tarik-menarik dan akhirnya pecah lalu karam. 
Adalah mustahil suami akan reka dia di “control” oleh 
isteri. Bukan hati lelaki namanya kalau suami meminta 
dia diarah dan diperintah oleh isteri. 

Sedangkan perempuan hatinya kalau bersih dari nafsu, 
memang rela menyerahkan apa saja khidmat pada suami. 
Tanyalah hati masing-masing adakah suka berhias untuk 
suami? Tentu “ya” jawabnya. Maka begitulah dalam soal 
yang lain, hati perempuan memang rela untuk dia 
digunakan oleh suaminya. 

Tiada pilihan lain bagi isteri untuk dapatkan kasih 
sayang suami dan kebahagiaan rumahtangga, kecuali 
meletakkan dirinya sebagai “hak” suami dan rela untuk 
berkhidmat pada bial-bila masa. Untuk itu, mungkin 
berbagai-bagai pengorbanan perlu dibuat misalnya: 

Memasak sendiri di rumah, dengan masakan yang boleh 
memuaskan hati suami. Menjaga anak-anak dengan 
pendidikan yang sebaik-baiknya. Menjaga kesihatan 
diri, kemudaan dan kebersihan badan supaya sentiasa 
diminati suami. Membina akhlak yang mulia semoga 
dengannyalah suami akan terhibur dan terelak dari rasa 
marah dan tawar hati. 

Pendek kata, isteri mempunyai peranan yang cukup besar 
dalam membina rumahtangga bahagia. Isteri yang bijak, 
berilmu dan tahu cara-cara membentuk kebahagiaan 
sahaja yang berjaya. 

Perlu sangat diinsafi bahawa kasih sayang dan 
ketenangan hati suami isteri adalah kurniaan Allah 
swt. Ertinya, ia bukan bikinan manusia yang boleh 
dibuat-buat, direka dan dirancang-rancang. Sebab soal 
kasih sayang dan ketenangan adalah soal hati, yang 
bergerak dan hidup tanpa kawalan lahiriah dan 
kebendaan. Ia dikawal sendiri oleh Allah swt, secara 
ghaib dan menggunakan syarat-syarat yang Allah sendiri 
tentukan. 

Jadi, untuk mencetuskan kasih sayang dan ketenangan 
rumahtangga, faktor-faktor hubungan dengan Allah 
adalah wajib diambil kira. Yakni dengan beriman, 
beramal dengan syariat Islam serta membanyakkan 
ingatan (zikir) kepada Allah swt. Suami isteri yang 
membelakangkan Allah swt adalah pasangan yang sukar 
untuk memperolehi ketenangan dan kasih sayang. 

Hati mereka berpecah, kepercayaan antara satu sama 
lain hilang dan rasa persefahaman kian luput hari demi 
hari. Walaupun usaha-usaha lahir yang mungkin sudah 
cukup dilakukan untuk membina kebahagiaan tetapi 
selagi hati masih kosong dari mengingati Allah, cuai 
menjalankan perintah-perintah Allah maka selama itu 
kasih sayang tidak tumbuh dalam erti kata yang 
sebenarnya. Sebab kasih sayang adalah pemberian Allah, 
dimasukkan ke dalam hati suami isteri yang benar-benar 
taat dan patuh padanya. 

Barangkali sukar untuk diakui hakikat ini memandangkan 
realiti kehidupan rumahtangga yang berbagai-bagai dan 
tidak terikat pada kenyataan di atas. Orang kafir yang 
tidak percayakan Allah itu kekal rumahtangganya. Orang 
Islam yang tidak sembahyang pun ada yang berbahagia 
nampaknya. Sementelahan rumahtangga ahli agama pun 
kadang-kadang berkecai. Jadi apa bukti bahawa punca 
ketenangan dan kasih sayang ialah ketaatan kepada 
Allah? 

Sebenarnya, untuk mengukur benar tidaknya sesuatu 
kenyataan itu tidaklah boleh hanya menggunakan satu 
kaedah saja. Sebab Allah swt telah mentakdirkan 
sesuatu, bukan dengan satu maksud sahaja. Setengah 
orang kafir beroleh bahagia di dunia kerana Allah mahu 
merasakan nikmat yang tidak mungkin mereka dapat di 
akhirat. Orang Islam yang tidak sembahyang dan tidak 
fikir halal dan haram nampak bahagia juga. Ini adalah 
kemurkaan Allh sudah tertimpa ke atas mereka dan 
dengan nikmat itu Allah mahu melalaikan mereka terus 
menerus hingga mati betul-betul dalam dosa dan terus 
ke neraka. Manakala ahli agama kadang-kadang pecah 
rumahtangga mereka, Allah bermaksud menguji dan mahu 
menghapus dosa-dosa mereka. 

Maka saya tegaskan sekali lagi, bahawa sumber kasih 
sayang yang abadi ialah ketaatan kepada Allah oleh 
suami dan isteri serta anak-anak mereka. Perceraian 
yang menjadi-jadi dewasa kini adalah berpunca dari 
tidak taatnya pasangan suami isteri kepada Allah swt. 
Allah jadikan hati mereka berpecah belah hingga mereka 
takut pada perceraian tetapi mereka tidak dapat lari 
darinya. Biarpun rumah besar, harta banyak, kesihatan 
sempurna dan dunia serba lengkap meliputi mereka, tapi 
kalau hati berpecah, semua itu tidak boleh mengikat 
suami isteri itu lagi. 

Mahu tidak mahu mereka kenalah mengadap Allah swt. 
Mengaku taat setia padanya dengan tawadhuk. Memohon 
ketenangan dan kasih sayang untuk hati mereka.. 


dalam membina rumahtangga bahagia. Isteri yang bijaisteri perlu menjawab soalan ini; 

No comments: