Wednesday, February 13, 2008

Pengenalan

Pengenalan
Sesungguhnya ILMU ITU PELITA HIDUP…tepat sekali ugkapan kata-kata ini hanya dengan ilmu insyaAllah dapat menjadi kompas ajaib dalam melayari kehidupan yang penuh dengan cabaran...Teringat saya dengan SIRAH NABI SULAIMAN...beliau pernah diberi pilihan oleh Allah swt...diantara HARTA, TAKHTA dan ILMU yang mana jadi pilihan beliau...Nyata Nabi Allah ini menolak nikmat harta dan takhta lantaran khuatir akan tipu daya yang ada di situ...Nabi Sulaiman memilih ILMU sebagai penyelamat beliau....DAN LANTARAN KEBIJAKSANAAN Nabi Sulaiman memilih ILMU...Subhanallah...Nabi Sulaiman telah berjaya MEMILIKI KETIGA-TIGA PILIHAN YANG DIBERIKAN ALLAH...

Begitu jugalah dalam konteks kehidupan kita...harta dan takhta hanya bersifat sementara jika tiada tonggak ILMU di dalamnya nescaya kita akan terperangkap dengan tipu muslihat syaitan yang durjana. Pengalaman jatuh bangun dalam kehidupan, melewati cabaran HAMBA-NYA , persekitaran dan penerokaan dalam bidang kaunseling, teknologi SAINS MINDA dan rawatan alternatif Islam yang diterokai menemukan saya dengan khazanah ilmu dan pengalaman yang cukup HEBAT & LUAR BIASA AJAIBNYA...Lebih dalam saya teroka saya menemui KEAJAIBAN-KEAJAIBAN ALLAH dan jawapan yang saya cari-cari selama ini...Satu persatu terungkai dan menjadi PENCETUS untuk saya meneruskan perkongsian ini untuk kemakmuran semua...

Sememangnya PENGALAMAN merupakan GURU YANG TIDAK BERCAKAP TETAPI SANGAT MENGAJAR...itulah sebahagian suka duka kehidupan yang saya lalui yang mana membentuk KEYAKINAN & KEMATANGAN saya dalam meneruskan perjuangan sebagai KHALIFAH di bumi Allah. Tanpa segan silu saya mengakui namanya kita manusia waimah hebat mana sekalipun kita adalah hamba Allah...begitu jugalah dengan status sebagai seorang ibu, isteri, anak, kaunselor, therapist dan seorang usahawan Muslim yang beroperasi secara internet. Penerokaan bidang perniagaan menemukan saya dengan salah seorang GURU yang saya kira dikagumi ramai dalam bidang sains minda...iaitu Prof. Ibrahim disokong dengan pengajian kaunseling juga perubatan alternatif dan Islam yang menjadi sebahagian darah daging saya...menjadi platform untuk memperkemaskan lagi kelompongan-kelompongan yang wujud.

Dan sebagai hambaNYA, hari ini saya bersyukur atas ujian dan cabaran yang ditakdirkan pada saya...HARI INI SAYA BOLEH MENYATAKAN DENGAN PENUH YAKIN, IKHLAS, BERANI, JUJUR DAN GENUINE kerana saya juga sama dengan anda di luar sana...pernah melewati FASA-FASA GETIR DALAM KEHIDUPAN...pernah terperangkap dalam ujian hidup dan paling hebat pengalaman berjuang membawa diri KELUAR dari kepompong yang menjerat emosi dan minda.

Kenapa Aku Diuji???
Satu ketika dahulu saya pernah terdetik di hati saya...dengan latar belakang keluarga terlibat dalam perawatan Islam....pengajian kaunseling membantu para klien untuk berhadapan dengan cabaran kehidupan...berjuang untuk menghadapi maut...tetapi kini kami diuji dengan arwah ibu mengidap kanser paru-paru peringkat akhir...WHY Me???Saya terpempam berjuang dengan semester akhir pengajian sarjana saya...merawat ibu yang dikasihi...menguruskan keluarga dan perniagaan saya tiada pilihan hidup perlu diteruskan...Dan setelah hampir setahun melewati UJIAN HEBAT ini, hari ini saya mampu mengukir senyuman...sesunggguhnya di sebalik UJIAN HEBAT ini ...itulah DETIK INDAH & PALING BERMAKNA DALAM KEHIDUPAN SAYA...PELUANG BERBAKTI PADA IBU YG SAYA KASIHI...bagaimana DIA menatang saya dan menjaga saya begitu jugalah sehabis daya saya berusaha memberikan TERBAIK untuknya...sungguhpun bergelar anak tunggal saya tidak pernah kesal malah bersyukur dengan komitmen dan pengorbanan wang ringgit, tenaga, buah fikiran dan doa saya lengkap mengiringi kasih saya buat beliau.

Dan paling bermakna SAYA DIBERI KEIZINAN MENIKMATI KEAJAIBAN DOA & KASIH ALLAH yang cukup-cukup beharga...dan insyaAllah keajaiban inilah akan saya panjangkan untuk kemakmuran semua...tentang TERTIB DAN SENI MELONTARKAN HAJAT BERSAMA GELOMBANG MINDA YG TEPAT & VISUAL YANG DISERTAI DGN KONTRAK DIRI...SECARA SERENTAK....macam manatu???Bersama kilinik sukses kita terokai...

UJIAN...PENGALAMAN & PENGETAHUAN MERUPAKAN ASET
Dan lantaran ujian-ujian inilah menyediakan saya bukan sekadar MODULE mahupun MANUAL semata-mata tetapi PRAKTIKAL bagaimana saya mengapllikasi ini semua untuk melayari kehidupan saya...Dan inilah hasilnya...REALITI yang juga merupakan UNIVERSITI UNGGUL di dunia...Jika boleh disimbolikkan ujian itu tadi ibarat LATIHAN INDUSTRI untuk saya sebenarnya...takdelah jadi kaunselor mahupun therapist sekadar pandai bercakap tetapi dari segi ilmu & pengalaman praktikalnya...outtt. Kurang genuine disitu...

UJIAN ITU SATU HIKMAH
....
Melewati perjalanan....kini saya mampu melihat semua itu satu HIKMAH. Dan insyaAllah HIKMAH ini jugalah akan saya bawakan dalam perjuangan dan hak saya sesama Muslim dalam fardhu kifayah yang diamanahkan....Dan menerusi pemerhatian dan pengalaman menyaksikan UNIVERSITI KEHIDUPAN, inilah antara ASET PALING MAHAL DI DUNIA...malah mungkin tidak ternilai harganya...kerana apa???Adakalanya anda orang hebat...ada Phd...Ustaz...Ustazah...ada Master...Tan Sri...Tokoh Konglemerat...dsbgnya tetapi bila HKMAH tidak mengiringi perjalanan anda...manis kehidupan itu sukar untuk diungkapkan...MAKA BERSYUKURLAH waimah latar belakang bagaimanapun sekalipun anda...sekiranya anda pernah melewati fasa menzalimi diri sendiri dengan dunia maksiat yang ditegah oleh agama bekas pelacur, GRO, bekas banduan, lesbian, homoseks, berzina, kehilangan insan tercinta ~ putus cinta, putus tunang, penceraian, kematian, gagal dalam pengajian, berjuang dalam melawan penyakit, ditimpa musibah, kegawatan ekonomi, hilang sumber rezeki dan sebagainya...TETAPI BILA HARI INI ANDA TELAH DIBERI IZIN OLEH ALLAH SWT UNTUK MELIHAT HIKMAH YANG BERLAKU...INSYAALLAH ITULAH SEBAHAGIAN MANIS & INDAHNYA IMAN YANG DICARI-CARI DAN SENJATA PALING BEHARGA DALAM MENGHARUNGI PENTAS KEHIDUPAN...

DAN PALING PENTING "HADIAH" yang pemberian istimewa dr Allah swt untuk hambaNYA YANG TERPILIH SHJ...jangan disia-siakan...bukan semua menikmati perhatian dan kasih Allah..SYUKUR seandainya kita di kalangan yang terpilih itu...

Kenapa...ANDA TERSEKAT???Kenapa NASIB TIDAK MENYEBELAHI ANDA....pelbagai usaha & ikhtiar dikorban namun hasil yang diharapkan tidak seberapa...KURSUS SANA SINI tapi masih tidak berjaya MENGECAPI PERUBAHAN YG DIINGINKAN....kenapa...kenapa & kenapa....Nantikan kupasan perkongsian artikel dan kemunculan KELAS KLINIK SUKSES YANG BAKAL MENYINGKAP PERSOALAN & PENCARIAN ANDA SELAMA INI!!!...

"Revolusi Kesejahteraan Insan @ NQ...Pusat Sehenti Unggul Pilihan Ramai"

Salam Ukhwah ;
Pn Aniz Hj Anwar ~ 012-3915362 /YM: nizwar75
Master Science In Counselling
Counsellor / Therapist
Nur Qudrah Holistic Solution