Thursday, March 27, 2008

My Genius Khalifah...

Salam buat semua...

Lama saya tidak menulis alhamdulillah malamnie menyambung hobi yg lama ditinggalkan lantaran kesibukan mengendalikan KLINIK SUKSES dan sesi kaunseling & rawatan...

Mendidik anak bukanlaah suatu tugasan yg mudah...dengan tuntutan ekonomi yg mencabar, kerjaya rutin harian yg sibuk...tak kena gaya jika tiada kesedaran dan keprihatinan...anak-anak akan terbiar dan membentuk IMUNISASI DALAMAN YANG RAPUH...dr segi kekuatan akidah,minda...emosi lewat Ahad lalu saya bekesempatan mengikuti CERAMAH drpd Dr Sidek Baba..(insyaAllah berkesempatan nanti kita kongsikan ilmu-ilmu yg saya perolehi menerusi ceramah beliau)...

Cuma hari nie suka saya berkongsi sedikit pengalaman tentang tips pendidikan anak-anak yg saya terapkan...moga ianya dpt membantu para ibu dan juga bapa di luar sana...

Nur Fataniah...merupakan puteri sulung saya...alhamdulillah dgn berkat doa, bimbingan dan mukjizat sunnah Rasul AROMATHERAPHY ini beliau dikalangan pelajar pintar di sekolahnya...

Harinie dia berkongsi storynya dgn saya mengenai PELIK & MUDAHNYA ...ANGAN-ANGAN...DREAMING BELIAU YG KINI MENJADI KENYATAAN...

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi...KEAJAIBAN KUASA DOA, MINDA saya bawakan perkongsian pd puteri sulung saya Nur Fataniah...I've gone thru the magic dgn kejayaan berjuang menggengam SARJANA...ilmu yg sama saya titipkan buat beliau...almaklum shjlaa mak orang pergi belajar...KEAJAIBAN KUASA DOA, MEDITASI ISLAM & SAINS MINDAlaa yg saya mainkan selalu...

Tgh makan malam tadi...beliau berkongsi rahsia dan cerita dgn saya...Kakak peliklaa bu macam tak percaya...kakak dpt nombor 1...(alhamdulillah Fataniah merupakan di kalangan pelajar yg pintar di sekolah...peratusan keseluruhan beliau lazimnya tak kurang drpd 97%..cuma lewat tahun lalu selepas pemergian arwah neneknya pelajaran beliau sedikit merosot dimana catatan peratusan keseluruhan hanya 92%)...

Komen Fataniah dia pelik macam mana dia boleh dapat nombor 1...kakak bukannya ulang kaji sangat...(hemm , memang betul pun...tapi saya sentiasa pastikan homework, kemusyikilan atau permasalahan di sekolah yang tidak faham saya bantu beliau di rumah...ada masa untuk kami duduk berdua utk saya memantau pelajaran beliau...selebihnya Fataniah macam kanak2 biasa..main, menonton TV...malayari internet...menyakat adik...tapi TIDAK LUPA...setiap kali hendak tidur malam saya akan pastikan saya ada di sisi UTK MEMANFAATKAN GELOMBANG ALPHA ANAK-ANAK DLM MEMBANTU KEJAYAAN & PEMBENTUKAN PERSONALITI YANG RABBANI...ZURIAT YANG SOLEH...BERIMAN..BERILMU & BERTAQWA...

RESEPI...
"ALLAH MELIHATKU, ALLAH MENDENGARKU...ALLAH BERSAMAKU"...tidak lepas untuk ditanamkan agar mereka jadi insan yg cemerlang utk Allah dan Islam...

Dan BERANGANLAHHH...sebelum tido mohon pd Allah...itulah rahsianya...penggunaan otak kiri & otak kanan...hari ini hampir 3 bulan lebih masuk DARJAH 2 Fataniah berkongsi berita gembira IMPIAN beliau dgn saya..."Kakak selalu buat yg macam ibu suruhtu...berdoa LEPAS SOLAT BAYANGKAN pastu seblum tidur...rupa-rupanya dia selalu IMAGINASIKAN saat beliau memberitahu berita kejayaan NO. 1 ini bersama ayahnya"...

Apapun Fataniah hari ini masih tak habis lagi rasa PELIKNYA..macam mana dia boleh dapat NO.1...senangnya bu, ~ beria sungguh dia menceritakan SENANGNYA...saya selalu LATIH ANAK-ANAK BAGI EMPOWERING QUESTIONING rather then dok mengeluh susah, tak tahu..tak faham...berhasil nampaknya AFFORMASI MINDAnie...

Akaknie bukanlaa ulangkaji pelajaran sangat pun...akak peliklaa bu macam mana akak boleh dpt no 1...macam senang sgt bu(Well, that's the MAGIC yang Allah bekalkan pd kita, dear! tapi sayang ramai yg TIDAK MENGHARGAINYA...syukur kita antara insan terpilih)...haa itulaa, ucap syukur pd Allah...terima kasih pd ibu, pd ayah, pd atok yg mendoakan kejayaan kakak...KUASA DOA SGT HEBAT...insyaAllah rangsangan positif sedari kecil dapat kita dorongkan tidak mustahil IMPIAN melihat kejayaan dan kecemerlangan mereka lebih mudah...

Nantikan ksiah-kisah MAGIC seterusnya...bersama KLINIK SUKSES

Salam Ukhwah;
Pn Aniz Hj Anwar ~ 012-3915362
Counsellor / Therapist
Nur Qudrah Holistic Solution

Inspirasi...Mencari Kaya???

Salam buat semua...

Berikut adalah sebahagian catatan pengalaman saya dlm MENCARI KAYA...semoga ianya mampu dijadikan IKHTIBAR & PANDUAN...buat yang mencari & ingin dibantu izinkan NQ bersama mengiringi anda dlm KEJAYAAN mencari kaya yang diredhai Allah...

Ikuti KLINIK SUKSES...bagaimana KEAJAIBAN KUASA DOA, MEDITASI ISLAM & SAINS MINDA yg dikupas dr akar umbi...perpsektif kaunseling, Islam dan TEKNOLOGI SAINS MINDA...semua ASET INI ADA DLM SETIAP DR KITA...cuma mungkin kurang ilmu...tidak meneroka, tidak nampak kita telepas pandang ASET HIKMAH ini...

Setiap kita punya kelebihan yang Allah bekalkan..kepelbagaian dan keistimewaan yang ada sama-sama kita saling lengkap-melengkapi dlm perjalanan kita memakmurkan bumi Allah dan mengutip pahala dlm perjalanan pulang...

TINTA NUR QUDRAH..."MENCARI KAYA"...bersama KLINIK SUKSES Nur Qudrah kita telusuri bersama...RAHSIA-RAHSIA & KUNCINYA...

HIDUP SATU PERJUANGAN..PERJUANGAN PERLUKAN STRATEGY...DAN STRATEGY MEMERLUKAN ILMU...teringat pesan ayah saya dlm program kuliah bersama Ustaz Tunggul Wahidin masatu saya kecil lagi dlm Darjah 2 sampai sekarang saya ingat...tuntutlah ilmu waimah ilmu mencuri sekalipun tapi bukannya utk kita jadi pencuri tapi agar kita LEBIH HATI-HATI supaya tidak menjadi mangsa pd pencuri...

ILMU ALLAH INI SANGATTT LUAS..sama-sama kita terokai...

Tinta Nur Qudrah ~ “Mencari Kaya”

Mencari kaya…suatu topik yang saya kira kira cukup menarik untuk kita renungi dan kupas bersama. Tertarik saya petikan kisah yang dipaparkan oleh Chef Li dalam bukunya Jutawan Senyap. Pesan gurunya…

“Tidak salah untuk kita mencari kaya…tetapi apa yang lebih penting untuk “diapakan” kekayaantu yang LEBIH UTAMA.Kekayaan itu sendiri adalah makhluk Allah, yang tunduk kepada Allah azzawajalla yang MAHA KAYA.Maka kamu mahu jadi hamba kaya atau hamba Allah???”

“Nah..Justeru yang kamu harus cari ialah Allah swt dahulu. Pencipta dan pemilik kekayaan. BUKAN TERUS mencari kekayaan yang dimiliki Allah!! Kerana Dia yang MAHA KAYA yang memiliki segala sesuatu di alam semesta ini. Kekayaan yang kamu cari HANYALAH SEBUTIR ZARAH dari alam ini”

“Kalau kamu sudah bertemu Allah swt kamu boleh minta apa saja termasuk kekayaan kerana kekayaan itu sendiri adalah makhluk yang diciptakan dan dimiliki sepenuhnya oleh Allah swt.”

Ada orang memerah otak siang dan malam mencari kekayaan tetapi masih terus dalam kemiskinan…Ada pula orang yang kelihatan tidak bekerja keras tapi masih punya waktu untuk keluarga, masih punya waktu bermasyarakat, masih punya waktu untuk beribadah dan bersolat di masjid tapi hidupnya mewah dan hartanya melimpah ruah”…

Renung-renungkan sejenak rakan-rakan???...Apa yang kita cari sebenarnya dalam hidup ini.

Alhamdullillah sering berdampingan dengan ibubapa, aniz dan suami selalu diperingatkan tentang keutamaan mencari KASIH & REDHA ALLAH….Memang benar sekali perjalanan usia, kehidupan terlibat dalam perniagaan sedikit-sebanyak membantu membentuk kematangan, celik akal juga keinsafan buat kami suami isteri. Antara RAHSIA PENTING UNTUK BERJAYA & CEMERLANG DALAM HIDUP ADALAH KITA KENAL DIRI KITA DAN KITA KENAL ALLAH. Itulah resepi kejayaan yang ayahanda tercinta menjadi HALWA TELINGA kami setiap hari…

Tips-tips pengisian pemantapan berlandaskan pendekatan Islam menerusi amalan wajib dan sunnah juga amalan ayat-ayat suci dari Al-Quran yang penuh dengan rahsia juga hikmahNYA diperturunkan buat kami. InsyaAllah dalam ruang yang terhad ini aniz kongsikan sebahagian amalan yang telah menjadi sebahagian pakaian kami seharian dalam membina keberkatan rezeki. Alah bisa tegal biasa….amalan yang dikira sunnah menjadi satu kewajipan buat kami seisi keluarga, alhamdulillah dan syukur kami panjatkan atas limpahan rahmat dan izinNYA untuk kami beribadat…syukur…syukur…syukur.

Kami juga percaya taufik, hidayah juga kekuatan mempraktiskan mukjizat dan rahsia Allah ini bukan boleh dijual beli…ianya RAHSIA ALLAH & REZEKI MASING-MASING…milik Allah Yang Maha Berkuasa, syukur sekiranya kita antara insan terpilih dikalangan hambaNYA. Aniz mendoakan semoga dengan secebis garapan tinta ilmu yang dibawakan berjaya memberi celik akal, peringatan juga keinsafan terhadap kehidupan yang kita lalui, semoga rakan-rakan bertemu dengan MAKNA KEHIDUPAN YANG ANDA CARI….

Antaranya amalan yang membantu membina keberkatan dalam mencari rezeki :

I) Solat berjemaah
II) Solat Dhuha
III) Solat Tahajud
IV) Puasa
V) Membaca Surah Al-Waqiah, Yassin, Al-Mulk, Al-Hasyr, Cahaya Nabi
VI) Dzikirullah spt selawat, tasbih dll
VII) Tak lupa sedekah dan amal jariah.

Alhamdulillah tepat sekali janji Allah selangkah kita rapat padaNYA seribu langkah DIA berlari mendapatkan kita. LETAKKANLAH ALLAH DAN RASUL DI HATI KITA NESCAYA SEISI DUNIA DIBERIKAN MELEBIHI APA YANG KITA HAJATI…Itulah sebahagian pengalaman yang kami lalui….

Antara yang perlu ditekankan juga disini KEJUJURAN, KEIKHLASAN & KEBERANIAN KITA UNTUK MUHASABAH DIRI….berani dan jujur untuk melakukan KOREKSI DIRI…Kaji kekuatan dan kelemahan diri. Banyakkan bertaubat dan dzikurullah, mohon dan munajatlah pada Allah agar diberikan kekuatan, kelancaran dan kesempurnaan dalam aturcara harian mencari redhanya. Hindari sifat tamak, buruk sangka, dengki, iri hati, sombong, ujub dan bangga diri.

Limpahan nikmat rezeki berupa ilmu, kemewahan, kesihatan, pangkat, darjat dan sebagainya bukanlah suatu tiket untuk kita terus alpa dan leka akan suruhan Allah tetapi JADIKANLAH IA SUATU PERINGATAN DAN IKHTIBAR UNTUK KITA AGAR LEBIH ZUHUD….BERSYUKUR DAN MENGINGATI ALLAH SELALU…bawalah resmi padi semakin berisi makin ia tunduk ke bumi, nescaya limpahan kasih dan rahmat Allah akan hadir dalam bentuk yang lebih berlipat-ganda lagi.


CARILAH PENGIKTIRAFAN ALLAH SWT SEBAGAI AGENDA UTAMA KITA DAN BUKANNYA PENGIKTIRAFAN MANUSIA. InsyaAllah kita akan bertemu dengan kekuatan yang murni dan sejati. Dan percayalah “SENJATA INI” sekiranya anda temui cukup menjadi bekal pelayaran duniawi yang serba mencabar….iaitu rahsia mengenal diri dan mengenal Allah. InsyaAllah tidak mudah untuk kita terpedaya dengan hasutan juga tipu daya dunia dan syaitan sangat licik. Dugaan tetap hadir tapi kita lebih bijak, tangkas dan mudah menanganinya.

Petikan dalam buku TRILOGY JUTAWAN SENYAP juga turut menyentuh…tentang jiwa yang merdeka serta penekanan menjauhi pergantungan dengan meminjam untuk membesarkan perniagaan terutamanya dengan bergolok-bergadai meminjam dengan pihak bank. Unsur riba’ yang wujud sekiranya tidak ditangani dengan bijak harus sahaja menjerat diri. Pesan Kiai Muhidin dalam buku ini…

“Kalau mahu selamat…meminjamlah dari bank yang paling besar, pemurah dan adil iaitu bank milik Allah swt. Tidak perlu penjamin dan cagaran dan tidak perlu membayar balik.Cukup dengan memulangkan sedikit sebagai zakat.”

Dalam buku ini juga menyebut Pak Kiai amat terhutang budi kepada kedua ibubapa dan beberapa orang sahabat yang sanggup menangis bersama waktu beliau ditimpa kesusahan. Benar sekali…antara rahsia penting untuk membina keberkatan rezeki….NIATKANLAH :
1) Untuk Allah dan Rasul….demi Islam yang kita cintai
2) Untuk ibubapa tercinta yang menghadirkan kita ke dunia ini
3) Untuk diri kita
4) Untuk keluarga
5) Untuk ummah dan saudara Muslim yang lain

Rezeki yang Allah limpahkan tidak semuanya HAK kita, di dalamnya ada hak-hak orang lain yang wajib kita berikan maka tunaikanlah ia sebagai satu amanah. Bersedekah, membayar zakat insyaAllah bukan sahaja mampu menjadi pendinding api neraka malah menjadi pemangkin kepada rezeki yang lebih berlipat ganda. Selain itu juga sedekah yang kita berikan mampu menjadi penghalang terhadap musibah yang akan berlaku.

Semoga paparan ilmu yang dibawakan memberi manfaat, pengajaran dan makna baru terhadap kehidupan yang dilaluii. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt manakala yang kurang sempurna itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.


Salam Ukhwah;
Aniz Hj Anwar ~ 6/7/2006


AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAMMAH BONDA HAJJAH HALIMAH BINTI FATIMAH...doa bonda, didikan dan kasih sayang bonda merupakan sebahagian INSPIRASI MENERUSKAN PERJUANGAN & JARIAH ini....

Moga tenang berehat di sisi Allah swt...Amin Ya Rabbal Alamin...

27/3/2007

Wednesday, March 26, 2008

KLINIK SUKSES PD 5hb April 2008

PENDAFTARAN MENGHADIRI KLINIK SUKSES KINI DIBUKA.

Tarikh : 5hb April 2008
Masa : 10pagi hingga 4ptg
Lokasi : Nur Qudrah Holistic Solution, Seksyen 18, Shah Alam
(Makan tengahari, ruang solat dan MODULE diberikan PERCUMA)
BAYARAN : HANYA RM200 SHJ.

Perbincangan dan interaksi mencakupi bagaimana PERSONALITI terbentuk,pengaruh keluarga dan sekeliling. Kaunseling keluarga, Pengurusan Stress, Krisis Intervensi (bagaimana individu TERPERANGKAP dan CARA untuk membawa dirinya keluar, BILA ANDA TAHU ANDA TELAH PULIH (transform), PERANAN KEAJAIBAN DOA, MEDITASI ISLAM DAN SAINS MINDA sbg medium dan juga BOOSTER AJAIB dalam memangkin transformasi hebat & unggul.
Penerapan elemen kaunseling kelompok, keterbukaan, perkongsian, kejelikitan & saling bantu-membantu dikalangan ahli @ peserta amatlah digalakkan sbg support sistem berterusan untuk membantu kejayaan transformasi diri dan kejayaan impian.

Berminat sila bank in ke MAYBANK A/C : 162218337759 (Noraniza binti Anwar). Once bank in sila emailkan bukti pembayaran anda ke nurqudrah43@yahoo.com.

Tempat adalah TERHAD...jangan lepaskan peluang ini!!!

Tuesday, March 4, 2008

Catatan Peribadi Part 2

KUASA DOA, MEDITASI ISLAM (QIAMULAIL) & SAINS MINDA

Imbas kembali 2006...selepas kejayaan melalui pahit getir ujian...Pernah saya termenung selepas solat di atas tikar sejadah...

"Aku ucap SYUKUR YA ALLAH atas kurniaanMU...nikmat kesihatan, keluarga bahagia dan pelbagai lagi...disebalik kejayaan, disebalik kelegaan ini....terdetik saya bertanya...aku akui hidup ini satu ujian...dalam nada gusar dalam pertanyaan...apa agaknya UJIAN ENGKAU selepas ini Ya Allah...dan pertanyaan itu akhirnya terjawab...December 2006, ibu yang dikasihi didiagnose mengidap kanser paru-paru peringkat ketiga...."

Satu lagi UJIAN HEBAT kami lalui...bukan mudah untuk berhadapan dengan kenyataan yang kita akan kehilangan insan yang tersayang...tika bila, dimana...bila-bila masa beliau akan dijemput pulang...Hari-hari yang saya lalui amat mencabar...berkejaran mengahdiri kuliah, mengikuti INTERNSHIP..menegndalikan kes-kes klien, merawat ibu...menyelesaikan tugasan rumahtangga...perniagaan yang dahulunya meriah mulai mencatatkan penurunan....tapi TEKAD UNTUK MEMBAHAGIAKAN ORANG TUA TIDAK PERNAH LUNTUR....itulah rahsianya...keikhlasan untuk memberikan yang terbaik...pintu rezeki menegndalikan bengkel dan seminar memberikan imbuhan tidak kurang hebat...tambah lagi ILMU PENGURUSAN KEWANGAN YANG LEBIH PRAKTIKAL SAYA TEROKAI...

REDHA...MAKANAN BAGI SEBUAH KEJAYAAN ADALAH CABARAN..
Tapi saya tidak pernah merungut....ALLAH UJI AKU SEBAB ALLAH SAYANG AKU...ALLAH DAH BAGI PINJAMKAN AKU ILMU...MAKA JIKA AKU TIDAK DIUJI HARUS BAGAIMANA AKU KETAHUI TAHAP & KEMAMPUAN AKU...CABARAN ADALAH MAKANAN BAGI SEBUAH KEJAYAAN...LAGIPUN DAH BANYAK SUDAH NIKMAT ENGKAU YANG AKU AMBIL YA ALLAH...AKU REDHA ATAS UJIAN INI...
Memang benar...JIKA TIDAK KERANA BANTUAN ALLAH YG CUKUP BERKUASA...DAN HEBAT...saya kira saya sudah lama berbaring sebelah ibu...biar penat fizikal tapi tidak penat emosi...impaknya cukup hebat... KRN ALLAH SWT...untuk ibu yg disayangi aku harus kuat....Pesan rakan-rakan, para sahabat...aniz jangan nangis depan mak nanti lagi dia sedih dan susah hati!...But again in kaunseling I've learn we have to let go...tak boleh surpress kan feeling...so bagaimana saya COPE???

HOW DO I COPE WITH STRESS???
Jalan paling INDAH...BOOSTER PALING HEBAT!!! Kembali pada Allah...setiap malam walaubagaimana letih sekali pun dating saya dengan Allah di 1/3 malam ada WAJIB...MasyaAllah...disinilah saya MELALUI KEAJAIBAN ALLAH...kuasa doa yang sangat hebat...baru saya TERINGAT tentang kajian yang dilakukan dalam bidang PERAWATAN ALTERNATIF...
ada banyak..reiki, aromatheraphy, bio feedback,herba, chealation, ozone tehraphy, dan macam-macam lagi....TAPI TAHUKAH ANDA...RANKING YANG MANA PALING HEBAT & POWER DALAM PROSES PENYEMBUHAN???Guess what???
1) Kuasa solat & doa
2) Meditasi
3) Visualise

Dan alhamdulillah KETIGA-TIGA KONSEP INILAH INTIPATI SAYA membantu arwah ibu berjuang berhadapan dengan kanser…Ingat lagi waktu awal kami dimaklumkan tentang penyakit ibu…Doktor hanya memberi harapan yang ibu HANYA MAMPU BERTAHAN 2 BULAN SHJ…alhamdulillah dengan izin Allah, arwah ibu mampu bertahan hampir setahun…MALAH SESIAPA YANG MENGENALI BELIAU…juga berekesempatan menziarah beliau komen mereka tidak nampak raut wajah beliau sedang menderita sakit…wajahnya cukup redup, tenang, cekal, sabar…sejuk mata memandang...tasbih jarang sekali lekang dari tangan beliau...teman beliau adalah zikrullah. Walaupun sedang sakit masih lagi mampu bercerita, berbual…menasihati…berkongsi ilmu dan pengalaman buat pesakit-pesakit yang menjalani rawatan bersama abah…Ustaz Anwar. Ramai yang kagum dengan ketabahan dan kecekalan beliau…sudah ditakdirkan beliau dijemput pulang genap pada tarikh lahir beliau yg 61 tahun…kami redha…kerana kami telah memberikan YANG TERBAIK untuknya…

PENGALAMAN MANIS...
Banyak PENGALAMAN YANG BEHARGA yang saya kutip sepanjang merawat ibu…antara yang PALING MANIS adalah melewati rahmat dan perhatian Allah…walaupun ujian cukup hebat tapi segala urusan dipermudahkan…MasyaAllah diketemukan dengan para sahabat yang banyak membantu…segala urusan berjalan lancar tanpa banyak halangan…cth saya sendiri waktu yg sama perniagaan mulai mencatatkan penurunan kerana kebanyakan masa saya terlalu sibuk dgn kuliah dan tanggungjawab merawat ibu serta kebajikan keluarga & rumahtangga.Tapi alhamdulillah dari sudut kewangan dilorongkan pertemuan mengendalikan bengkel. Pulatu para Pensyarah dan Supervisor yang sangat memahami…namun ini bukan alasan untuk saya meraih simpati mereka…komitmen & tanggungjawab sebagai pelajar sehabis baik saya berikan…dan hasilnya alhamdulillah saya pun tidak sangka dengan cabaran yg cukup hebat…CGPA yang dicatatkan jauh beza langit dengan bumi berbanding 2nd class upper masa 1st degree dahulu…


Ingat lagi saya tidak berkesempatan mengikuti SESI CERAMAH BAGI PERSEDIAAN MENJALANI COMPREHENSIVE EXAM krn menemankan arwah ibu menjalani chemo di SJMC…Penasihat Akademik sendiri mencadangkan agar saya menangguhkan CE saya khuatir saya tidak dapat memberikan tumpuan dan gagal…TAPI SAYA KATAKAN TIDAK," I WANT TO SIT FOR THIS EXAM"…(Saya YAKIN DOA IBU & AYAH antara energy paling hebat dalam mengiringi perjuangan saya)

Hari pertama menjalani CE, beliau mendekati saya ketika menjawab peperiksaan…soalan pertama beliau…Dr Halimahtun (I really admired ketulenan & keikhlasan beliau sbg pendidik & kaunselor, I wish I could be as sharp & excellent counselor like her…born to be a counselor komennya bila anak murid memujinya)…How’s your mother? Alhamdulillah, terima kasih atas sokongan & doa Dr…sambil saya meneruskan menjawab soalan peperiksaan.

Yah...yang happy go lucky...
Pembantu rumah yg ketika itu bertugas untuk beberapa bulan pula cukup ikhlas….happy…jenis yang lurus bendulnie….tak tahu nak marah, tak tahu nak merungut…baik orangnya…datang dia nak menyanyi kang dia menyanyilaa sambil menyiapkan kerjanya...Sepeninggalan saya menghadiri kuliah, menjalani internship beliau dan abah yang menemankan ibu…rapat dengan arwahnya…kadang-kadang sama-sama kita orang berbaring sebelah ibu sambil berborak …Pastu kih..kihh…ketawa bersama.
Teringat kisah Yah…beliau tinggal di kawasan pendalaman & kebetulan rupa-rupanya di Indonesia jarang sekali nampak org India apatah lagi African/Nigeria dsbgnya…Nak dijadikan cerita saat pertama berjumpa dgn BLACK @ Pak Itamnie kat Pudu Raya…Yah merasa pelik…tanya Yah pada sahabatnya… “Kot sudah terbakar masih hidup lagik ya”…Ampun!!!…fikir Yah, Pak Itamnie rentung…kulitnya hitam sebab terlibat dgn kebakaran….Ketawa kami bertiga….kih..kih…kih…Yah, yah..kamunie sememangnya lurus orangnya…Samayah namanya orang Madura, selalu yg didengar orang Madura ini keras, banyak peel dsbgnya…tapi alhamdulillah tidak pula ianya terjadi pd kami…bila kami kongsikan pengalaman kami dengan rakan-rakan…juga Nurse Kak Devi di SJMC…komennya.“Memanglaa makcik…keluarga makcik baik-baik so Tuhan pun tolong makcik kasi jumpa orang yang baik-baik”…Tengok anak makciknie setia menemankan makcik kat sini (apatidaknya hampir 13 hari di SJMC, ala-ala bercuti dlm wad...temankan ibu, bersihkan ibu, ambilkan wudhu dan selalunya waktu Zuhur, Asar, Maghrib & Isyak kami sekeluarga akan berjemaah dengan abah di dalam wad) Yerker ha ah…alhamdulillah, syukur...

8 tahun Yah & suami, menanti cahayamata…selalu dia mengurut belakang ibu…pas Yah urut ibu dah jadi kelaziman ibu akan pegang perut Yah….InsyaAllah Yah, makcik doakan hajat Yah nak ada baby moga diperkenankan Allah….Alhamdulillah…hampir 5 bulan Yah menjadi pembantu kami…bulan April 2007 Yah berhenti kerana…tak larat mabuk hamil , suaminya tak percaya…Kegirangan…Pelik…gamaknya, fikirnya Yah tak larat…malas di rumahnya, moody, sensitive sebab mengada-ngada…bila dah disahkan mengandung barulah suaminya lega & percaya.

Saat inilah adalah antara waktu yang paling mencabar saya terpaksa menyiapkan laporan internship, mengulangkaji pelajaran utk menduduki CE…mengendalikan kerja-kerja rumahtangga…merawat ibu…hanya Allah Yang Tahu Hebat Cabaran Yang Dilalui…
Teknologi SAINS MINDA saya manfaatkan dalam melontar hajat…selain solat 5 waktu, ibadah sunnah…waktu-waktu memasak, mengulangkaji pelajaran…tidurkan anak….SAYA GAMBARKAN…saya lulus dlm CE….naik pentas mengambil SARJANA saya..tayangan video @ mental picture ini yg selalu saya mainkan…sambil berusaha & mengulangkaji pelajaran. Dan memohon restu & doa ibu juga ayah dalam perjuangan akhir menyiapkan SARJANA saya…iaitu menduduki CE.(Ramai di kalangan pelajar yg takut nak menduduki CE…komen mereka pelajar eksyenjer berani redah CE, tak kena gaya ibarat menyerah diri untuk dipenggal kepala…tapi detik hati saya sedikit tidak gentar kerana saya PERCAYA …ALLAH ADA BERSAMA SAYA…SAYA MENUNTUT ILMU KRNNYA…SAYA MENGEJAR SARJANA KRNNYA…UNTUK SAYA KEMBALIKAN UTK KEMAKMURAN & KESEJAHTERAAN UMMAH…bukannya sekadar memburu pengiktirafan manusia semata-mata…

ALHAMDULILLAH...DOA IBU DIPERKENANKAN..
Alhamdulillah saya berjaya, Cuma sayang sekali KEJAYAAN ini tidak dapat saya kongsikan dengan ibu…ibu pulang mengadap Ilahi pd 1hb Ogos 2007, saya mendapat khabar LULUS CE pada 17hb Ogos 2007…Tanggal 28hb Ogos 2007, SESI KE 11…alhamdulillah impian saya untuk menggenggam SARJANA dimakbulkan Allah…mujurlah saya sesi pertama yg naik ke pentas…khuatir benar sebelum itu bukan apa….khuatir air mata SYUKUR, GEMBIRA, SEDIH ini tumpah tidak tertahan-tahan...saat itu masih lagi dalam suasana GRIEVING….Ingat lagi selepas naik ke pentas saya menghantar SMS pada dua orang lelaki PALING SAYA SAYANGI dalam hidup saya ..pada abah dan pada suami…mengucapkan rasa syukur, terima kasih yg tidak terhingga atas pengorbanan, pengertian, sokongan, doa yang tidak pernah putus menyokong perjuangan saya…

Dan hari ini…PENAWAR & KEAJAIBAN PERJUANGAN…RAHSIA KEJAYAAN "INILAH" YANG SAYA BAWAKAN UNTUK PARA SAHABAT YANG INGIN DIBANTU…YANG MASIH TERCARI-CARI…YANG MASIH BUNTU...KELIRU MENCARI JALAN KELUAR...

InsyaAllah izinkan kami di Nur Qudrah mengiringi pencarian anda…izinkan kami di Nur Qudrah membantu anda…

Setiap penyakit ada penawarnya
Setiap masalah ada penyelesaian
Setiap konflik ada keharmonian di belakangnya

Begitu jugalah kehidupan ini..disebalik kepahitan pasti akan menyusul manis yang dinantikan...bila dan dimana...KITA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMBENARKANNYA...KERANA KUNCI KEBAHAGIAN,KETENANGAN, KEJAYAAN ITU SEBENARNYA ADA DALAM DIRI KITA...

BAGAIMANA CARANYA???Tidak dapat tidak , kita HARUS TUNDUK & ZUHUD SERTA KEMBALI kepada PENTADBIR...PENGUASA YANG MAHA HEBAT...IAITU ALLAH SWT..InsyaAllah DIA PEMILIK AGUNG SEBAGALANYA...bila DIA KITA MULIAKAN..bila DIA KITA UTAMAKAN...InsyaAllah jalan keluar akan lebih menyerlah sinarnya malah dipermudahkan segala urusan dan cabaran yang dilewati..
.
DENGAN GARAPAN SERENTAK PEMANTAPAN EMOSI, MINDA DAN SETERUSNYA, INSYAALLAH KEKUATAN YANG SELAMA INI MENGHILANGKAN DIRI AKAN TERBIT & HADIR SEMULA DISITU...Apapun perlu diingatkan jika YANG SATU DI ATAS SANA DILUPAKAN NESCAYA....BINGGUNG JADINYA...BERANI, IKHLAS, JUJUR...BERJUANG MEMBURU PENGIKTIRAFANNYA...InsyaAllah anda akan bertemu dengan KEAJAIBAN DAN KEMANISAN YANG DICARI-CARI SELAMA INI...Senjata, persiai, aset dan obor juga kompas PALING BEHARGA...berjaya menawan musuh paling ganas dalam dunia ini iaitu DIRI SENDIRI...

Dan tanpa disedari KETIGA-TIGA ASET BEHARGA INI YG ADA DALAM SETIAP DALAM DIRI KITA...KUASA DOA/SOLAT, MEDITASI (TAFAKUR) & SAINS MINDA YANG SUNGGUH HEBAT...UNSUR ISLAM YG SANGAT DEKAT KITA TAPI JAUH SEBAB KITA SENDIRI MEMINGGIRKANNYA...SEJAK LAHIR DAH BUID IN , ALLAH BEKALKAN CUMA MUNGKIN TIDAK MENEROKA...TIDAK DIUJI KITA TERLEPAS PANDANG TENTANG KEHEBATAN & KEAJAIBANNYA...

Kuasa Penawar itu ada dalam diri kita...CUMA...disebabkan TERDIDIK BERFIKIR SECARA TERPISAH KITA MENJADI KURANG KREATIF UNTUK MELIHATNYA SBG AGEN/ALAT/MEDIUM YANG SAMA UNTUK MENJAYAKAN IMPIAN...

Disokong dengan pengisian kuliah yang saya lewati...bidang perawatan alternatif Islam yang menjadi sebahagian darah daging saya, saya jadikan ianya senjata juga aset beharga melewati hari-hari mencabar ini...

Tidak dinafikan sekularisme PENJAJAH...urusan duniawi dan ukhrawi ditarikan secara terpisah tanpa kita sedari...MINDA KITA JADI KURANG KREATIF DALAM MENJARING MAKLUMAT...haa! dalam TEKNOLOGI SAINS MINDA saya bertemu jawapan...kenapa hidup manusia adakalanya ....ada ketikanya ibarat layang-layang terputus tali, kenapa???

Sebab TALIAN HAYAT DENGAN ALLAH berada di bahagian otak kanan...maka bila Allah ditidakkan bagaimana nak hadir UMMPHH...hidup tapi tak hidup...LIFE TAPI TAK LIVE...tidak ada JIWA @ SOUL meneruskan hari-hari di dunia..semalam,esok, lusa dan selamanya samajek...DOA TAPI TIDAK @ KURANG HADIR...maka IMPAKNYA impian & hajat pun jadilaa...tergantung-gantung...banyak guna OTAK KIRI yang memegang perkara-perkara yang bersifat physical..nampak...logik ..sehingga kita TERLUPA....ada KUASA YANG LEBIH HEBAT...dan KEYAKINAN TENTANG KUASA YANG HEBAT INI...di sebelah otak kanan...disebabkan dah terbiasa guna OTAK KIRI....otak kanan pun berehatlaa dengan LENANYA....

Bagaimana INGIN MENGEJUTKAN OTAK KANAN DARI LENANYA...

Jangan LEPASKAN PELUANG MENYERTAI KLINIK SUKSES...berminat sila hubungi Pn Aniz di 012-3915362 @ email ke nqalpha43@yahoo.com. HANYA 10 PESERTA DIHADKAN UTK SETIAP SESI...LEBIH TUMPUAN...LEBIH EKSKLUSIF...

"We at NQ would like to grow in wisdom with those who wants to grow with us"

JUmPA AnDA Di KliNIk SUkSES....

Maklumat Lanjut Sila Lawati :
http://kliniksukses.blogspot.com

Salam Ukhwah ;

Pn Aniz Hj Anwar ~ 012-3915362 /YM: nizwar75

Master Science In Counselling

Counsellor / Therapist

Nur Qudrah Holistic Solution

Catatan Peribadi Part 1

CATATAN PERIBADI TENTANG KUASA DOA, MEDITASI & SAINS MINDA

Teringat saya kisah yang dikongsikan oleh Almarhum Dr Azhari Husin yang syahid dlm menegakkan syiar Islam (Al-Fatihah buat beliau).

CATATAN KEAJAIBAN MINDA...
Beliau menceritakan kisah sahabatnya...yang waktu belajar macam main-main...orang belajar dia melukis..kalau dilihat nota dia macam main-main...penuh dgn lukisan ala-ala komik...tetapi kawan dianie SEMEMANGNYA SEORANG YANG GENIUS...apabila hari ini saya diberi peluang meneroka TEKNOLOGI SAINS MINDA...how does this machine works...ahhaa! BLINK....keseimbangan otak kiri dan otak kanan...otak kanan YANG MEMEGANG RAHSIA VISUALISE...IMAGNASI DIMANFAATKAN...patutlaa senangjek dia belajar...SCORER!

Itu baru satu contoh...ada banyak lagi KEAJAIBAN minda...salah satunya PENGALAMAN PERIBADI SAYA SENDIRI....

April 2006 saya diuji dengan diserang denggi...hampir sebulan hidup lesu..tak bermaya (kalangan sahabat yg mengenali HARD WORKING saya...haa..tulaa aniz kerja kuat sangat apatidaknya waktutu dengan kerja, smbg belajar, keluarga, bisnes online...well, another part of me is ENTERPRISING which is also BLESSED from Allah...juga sebenarnya...saya manfaatkan lebih lagi setelah MENGENALI DIRI dalam kuliah KAUNSELING KERJAYA...saya manfaatkan POTENSI INI...memang MULTIPLE ROLE...mana datang energy pun tak tahu...bila diimbaskan kembali...KEIKHLASAN UNTUK MEMBERIKAN TERBAIK TERHADAP PELUANG YANG DIBERIKAN ALLAH...mengutip pahala dlm jalan pulang)...

So what happen to me..dengan hampir sebulan menjalani hidup yg lesu...toksah amalan yang solat sunnah...yang wajib pun saya solat duduk ada takde...teman saya adalah....tasbih elektronik...so sambil terbaring saya berzikir...pasal promosi apa semua minta maaf kirim salam...tak ingat dah...nak jwab sms & telefon pun tak larat sangat...so sepanjang sebulan ayah dan suami yang mengambil-alih...dibantu arwah ibu waktu itu...

DAN YANG PELIK BIN AJAIBNYA....dah sihat sket hujung Mei 2006 saya pun buatlah closing akaun...nak tengok bagaimana sales, untung & rugi dsbgnya...GUESS WHAT???MASYAALLAH...saya TERKEJUTT...sebab apa???

MAsa saya SIHAT pun sales saya tak pernah cecah macamnie...saya tak buat apa-apa...terbaring, lesu...lemau....selama sebulan...dan DETIK INILAA PERMULAAN SAYA MENEROKA LEBH DALAM TENTANG PERSOALAN YANG SAYA CARI SELAMA INI...IAITU KEAJAIBAN KUASA MINDA....(seblmnie pun dha belajar sket2 dgn Prof Ibrahim tapi sememangnya ilmu yg dipelajari kurang signifikan....ala-ala masuk telinga kanan keluar telinga kiri...tidak menghayati dgn sepenuhnya...kenapa sebabnya???Sebabnya saya macam kurang syokkk...asyik ceeta duitt...pastu KECANTIKAN...ALLAH kat mana? I'm questioning back to my self...ada KELOMPONGAN saya rasakan di situ...)

KECANTIKAN YG SEBENAR lahir dari kekuatan diri yang tulen bukan sekadar seri wajah...ANALYTICAL THINKING perpsektif dunia kaunseling mengambil tempat di situ...alhamdulillah, kelebihan penerokaan membina kekuatan & motivasi dalaman saya manfaatkan sbg medium membantu para klien mahupun customer dgn lebih baik...

Imbas kembali...Waktu biasa sales @ kadar pusingan stok saya selama sebulan hanyalah sekitar RM15K hinggalah RM25K...tapi bulan Mei ketika saya LESU TIDAK BERMAYA ITU...hampir mencecah RM50K...

Macam mana saya LAKUKAN???Setahu saya...saya tak buat apa-apa sekadar zikir, berehat, tidur...dan nak capai target....pastu takdelaa ingat sangat...nak kata tertekan pun tidak sama sekali sebabnya saya SEDAR SELAMA INI SAYA ALPA...ZALIM DENGAN DIRI SAYA SENDIRI...terutamanya TUBUH SAYA...tubuh saya bekerja umpama jentera tanpa henti...so memang patutlaa Allah uji...kebanyakan MASA SAYA TIDUR...ibaratnya macam balas dendam utk 3 tahun yang saya lalui dengan jadual yang cukup padat & sibuk...

Saat itu saya sekadar menyedari ...kita tidak boleh melanggar FITRAH ALAM...ADIL...ini sibuk mengejar dunia....sampai hak tubuh saya terlupa...

Dan alhamdulillah...di situlah permulaan saya berkenalan dengan SILVA METHOD...kaedah saintifik mengerakkan otak kiri dan otak kanan dgn cara yang LEBIH TERSUSUN & SISTEMATIK....

SALAH SATU KAJIAN YG DILAKUKAN YG MEMBERI SIGNIFIKAN KPD SAYA ADALAH : TEMASYA SUKAN OLYMPIK UTK PASUKAN BOLA KERANJANG
GRUP A : BERLATIH SECARA FIZIKAL
GRUP B : TIDAK BUAT APA-APA
GRUP C : HANYA MELAKUKAN LATIHAN SECARA MENTAL SHJ (NAMUN MEREKA INI DIBERIKAN BIMBINGAN TENTANG TERTIB DAN TEKNIK YG TEPAT)

DAN HASILNYA...GUESS WHAT???GRUPS C MENCATATKAN MOMENTUM YANG HAMPIR SAMA TANPA PERLU BERSUSAH PAYAH...LETIH BERPELUH...HANYA RELAX AND REHEARSE...this is simply amazing!!! agaknya inilah yg aku lalui semasa sakit...disebabkan mental rehearse tadi (sungguhpun tanpa pengetahuan...saya berada dalam gelombang yg tepat dikebanyakan masa...membantu kejayaan impian saya)

Itu baru sebahagian pengalaman peribadi yg saya catatkan...ada banyak lagi sebenarnya...

Dari waktu ke waktu dengan penerokaan, pengalaman dan ujian yang dilalui saya perkemaskan bersesuaian dengan DISPLIN ILMU JUGA KEHIDUPAN SBG MUSLIM...AL-QUR'AN & SUNNAH YANG CUKUP DEKAT DGN KITA....Semua ini saya GARAPKAN SERENTAK SECARA HOLISTIK & BERSEPADU...bersama KLINIK SUKSES dan sesi kaunseling dan rawatan bersama saya...

Disitu juga...saya UCAP SYUKUR DISEBALIK UJIAN HEBAT INI SAYA BERTEMU DENGAN ASET YANG SANGAT BEHARGA...dan aset inilah yang saya bawakan perkongsian ...lebih-lebih lagi buat mereka yang memerlukan bantuan

Monday, March 3, 2008

INFO KLINIK SUKSES BATCH 1

INFO KLINIK SUKSES

TARIKH : 15/3/2008
MASA : 10pg hingga 4ptg
LOKASI : Nur Qudrah Holistic Solution, Seksyen 18, Shah Alam
(Makan tengahari & ruang solat disediakan)

BAYARAN : RM200
( Sila bank in ke MAYBANK A/C : 162218337759 ~ Noraniza Binti Anwar)
Dan emailkan bukti pembayaran ke nqalpha43@yahoo.com beserta maklumat peribadi ;
Nama Penuh, Alamat & Handphone sebelum 10/3/2008 untuk sesi 15/3/2008…tempat adalah TERHAD,sila daftar segera, Terima Kasih)


MODULE 1

Tentatif Program
10.00pagi hingga 12.45tgh
Peringkat Penerokaan :
~ Bagaimana PERSONALITI ANDA TEBENTUK?
~ Tinjauan daripada PERSPEKTIF TEORI KAUNSELING KELUARGA & RUMAHTANGGA...dari sudut interpersonal dan intrapersonal individu.
~ Pengaruh keluarga latar belakang, pendidikan,gaya asuhan,suka duka perjalanan TANPA DISEDARI membentuk minda separa sedar/innerself dan CARA ANDA MELIHAT DUNIA
~ Kesan langsung inilah yang membentuk sistem kepercayaan diri, personaliti yang kemudiannya dizahirkan melalui tingkahlaku.

Peringkat Pengisian :
~ Bagaimana individu terjebak & terperangkap dalam konflik @ krisis.
~ Pengisian bagaimana INTERVENSI KRISIS membantu membawa individu KELUAR drpd FASA KRISIS.
~ Pengisian dari sudut STRESS MANAGEMENT, bagaimana menyuntik ’awareness’ terhadap faktor-faktor yang menyumbang kepada stress level individu.
~ Kepekaan terhadap faktor stress dari segi perspektif Islam.
~ RAHSIA & LANGKAH YANG PERLU DIKUTI DLM MEMASTIKAN TRANSFORMASI DIRI YANG CEMERLANG.
~ RAHSIA KEHEBATAN KUASA DOA, MEDITASI & SAINS MINDA membantu kejayaan transformasi yang diinginkan.
~ Applikasi mengaktifkan otak kiri dan otak kanan...menerusi TEKNIK MEDITASI iaitu latihan pernafasan, visualization dan menghadirkan Allah.
~ Best tonic ever...RELAXATION & MEDITATION that connect us with Allah yang harus dimanfaatkan.


12.45tgh ~ 2.00ptg (Makan tengahari & Solat)

2.00ptg hingga 4.00ptg
~ REFLEKSI DIRI ~ maklumbalas drpd para peserta tentang CELIK AKAL & PENGALAMAN setelah melalui Peringkat Penerokaan & Pengisian (STAGE INILAH “PALING MAHAL & BERMAKNA” MENINGGALKAN KESAN MENDALAM DIMANA PARA PESERTA DAPAT MELUAHKAN PANDANGAN, PENDAPAT, PENGALAMAN DIRI ~ Pendekatan kaunseling kelompok sbg support group diterapkan ~ counselling is a talking cure, maklumat yg selama ini berserabut, tidak nampak, kabur secara tidak langsung akan tersusun dengan sendirinya apabila individu belajar untuk meluahkannya...Malah bukan itu shj kita juga dapat mempelajari sesuatu yg beharga dr pengalaman rakan-rakan yg lain)
~ PERCUMA UKUR AURA ~ dimana kita dapat melihat kepelbagaian ukuran aura peserta dan kita saksikan bagaimana SUNNAH RASUL membantu pemantapan dan penjanaan aura individu.

BAYARAN UTK MENGIKUTI MODULE 1 : RM200

Module 2 (Akan dibuka untuk sesi secara berkumpulan atau perseorangan)
~ Refleksi Diri : Perkongsian catatan pengalaman drpd MODULE 1.
~ Analasis INVENTORI PERSONALITI & KERJAYA (tanpa disedari banyak masa kita dihabiskan dengan kerjaya...dan kesan pemilihan kerjaya yang tidak menepati MINAT, PERSONALITI & POTENSI DIRI individu secara tidak langsung menyebabkan sesorang itu LEBIH MUDAH terjebak dengan stress)
~ UKUR AURA bagi melihat konsistensi perubahan dan kekuatan dalaman yang diperolehi selepas menjalani KLINIK SUKSES.

BAYARAN :
Berkumpulan : RM70 seorang
Individu : RM100 seorang


Salam Ukhwah ;
Pn Aniz Hj Anwar ~ 012-3915362 /YM: nizwar75
Master Science In Counselling
Counsellor / Therapist

Klinik Sukses Part 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Terima kasih di atas kesetiaan rakan-rakan mengikuti pengisian dalam bicara ilmu KLINIK SUKSES

Alhamdulillah dengan izin Allah....setelah hampir 6 bulan Nur Qudrah beroperasi saya bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah swt untuk membantu para sahabat di luar sana yang memerlukan bimbingan, bantuan dan sokongan dalam berhadapan konflik mahupun ujian hidup yang dilalui...Kemajuan teknologi merupakan PLATFORM BEHARGA untuk kita manfaatkan dalam menjaring ukhwah dan menyampaikan ilmu juga dakwah untuk kemakmuran dan kesejahteraan bersama. Tidak berkesempatan untuk menjalani sesi secara bersemuka...kita manfaatkan teknologi maya....bersesi secara online menerusi Yahoo Messenger...alhamdulillah saya tumpang gembira apabila menerima khabar dr rakan kita di UK akhirnya hamil setelah 3 tahun menanti, saya tumpang gembira apabila diberitahu rakan di Japan....konflik rumahtangga yang dilalui akhirnya bertemu penyelesaian....anak yang ponteng sekolah, melawan sudahpun menunjukkan perubahan yang diharapkan....hilang keyakinan dan buntu, putus asa meneruskan hidup kini menunjukkan transformasi yang cemerlang....dulu terpaksa bergantung kpd ubat anti-dpressi kini tidak lagi. ..Stress dengan kerjaya dan berjauhan dengan suami kini mampu menanganinya....Inilah sebahagian paparan kehidupan yang saya turut menumpang syukur dan gembira atas perubahan-perubahan yang para sahabat juga rakan kita lalui...alhamdulillah hak sesama Muslim yang dipertanggungjawabkan dapat saya berikan di situ...

Dan dalam ramai-ramai itu..tak kurang juga turut berkongsi ilmu, maklumbalas dan pengalaman mereka mengikuti seminar, kursus, bengkel dan sebagainya dengan guru-guru yang hebat di luar sana...banyak juga ilmu yang saya dapat pelajari bersama rakan-rakan kita...tidak kurang juga yang mengadu .MASIH ADA SESUATU YANG TAK BERES LAGI yang dikongsikan...antara skrip-skripnya...

~ Akak dah pergi kursus dengan A, dengan B tapi kenapa Aniz bila nak buat bisnes macam tak menjadi....hang...buntu...semuanya serba tak kena....dah cuba buat meditasi, zikir dsbgnya tapi macam tiada kesanlaa niz...Konsep yang Aniz bawakan macam mana pula?Mana tau boleh membantu...( Nak tahu kenapa???InsyaAllah bersama KELAS KLINIK SUKSES...anda akan ketemu jawapannya)

~ Pn Aniz saya belajar REIKI, MIND POWER, buat MEDITASI...tapi kenapa visual saya kabur....gambarannya tak clear? Ada spot hitam???Pastu macam takde apa-apa pun...

~ Apa beza pendekatan yang Nur Qudrah tawarkan berbanding yang sedia ada???

~ Pn Aniz sendiri bagaimana, tak pernah stress ker?

~ How do you cope with your stress & ujian-ujian hidup???Bagus soalan cepu emasnie…

Begitulaa sebahagian komentar, pertanyaan yang disuarakan oleh rakan-rakan kita….Soalan-soalan yang bernas sekali!!!Dan alhamdulillah sesungguhnya juga suatu ketika DAHULU saya turut melewati PERSOALAN YANG SAMA...namun alhamdulillah...PENCARIAN yang saya cari selama ini bertemu dengan jawapannya. Menerusi penerokaan displin ilmu yang dipelajari, pengalaman dan ujian yang saya sendiri lalui...ikhtibar perjalanan hidup di sekeliling dan pembacaan tentang kajian-kajian secara saintifik yang diikuti. “Semua kunci pencarian ini dan jawapan ada dalam setiap dari kita sebenarnya”…BERSAMA KLINIK SUKSES…KUPASAN INILAH YANG AKAN KITA UNGKAIKAN SATU-PERSATU…SAMA-SAMA KITA MEMBONGKAR SEGALA ASET YANG TERENDAM…TERPENDAM…POTENSI YANG ADA KITA GILAP & MANFAATKAN BERSAMA-SAMA….InsyaAllah…

KENAPA???
Kenapa macam-macam dah pengisian, usaha, pengorbanan wang ringgit, tenaga, masa tapi HASIL yang diharapkan makin tersasar???
What is going on??Kenapa jadi macamnie…berlari dan berlari …tapi macam berlari atas threadmill…yang akhirnya kat situ juga…darab, bahagi, camur, kuasa dua…yang dapat hanyalah LETIH…ada kaitan dengan penggunaan OTAK KIRI & OTAK KANAN yang tidak seimbang….ada kaitan tanpa disedari dengan TERTIB SENI BERDOA…ada kaitan dengan TENSE…STRESS yang anda lalui…

RAHSIANYA….
Dan LEBIH UTAMA & TERDAHULU dari itu…PERSONALITY MAKE UP anda!Your innerself, minda separa sedar yang terbentuk melalui pengalaman, gaya asuhan, latar belakang keluarga, didikan, cara anda melihat dunia, “suppress feeling”, your “unfinished bisness” yang dibawa bersama ~ DAN KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN INILAH YANG KURANG DIKUPAS SECARA MENDALAM DI LUAR SANA AKAN KITA KUPAS DI DALAM KLINIK SUKSES… kerana apa???

Jika nak tahu???INILAH SEBAHAGIAN RAHSIANYA…sebahagian dari kita merasakan hidupnya seakan “TERSEKAT” sebab mereka tidak…LET GO…STAGE PERTAMA YANG PALING KRITIKAL AKAN DIKUPAS BERSAMA KLINIK SUKSES INILAH….(lazimnya kalau tangnie tak beres….itulah sebahagian punca perjalanan …transformasi, ingin mencapai impian melalui perjalanan yang agak sukar, kadang macam OK…tapi banyaknya yang TAK OK...haa, sebabtu kalau masuk KLINIK SUKSES mahupun sesi kaunseling kena jujur...luahkan jangan pendam-pendam...dalam SESI REFLEKSI inilah yang paling best sebenarnya...)

ANTARA KUPASAN STAGE 1 DI KLINIK SUKSES ADALAH PENEROKAAN POTENSI DIRI…KENALI DIRI ANDA ~ potensi dan kelemahan…Ibarat luka…kudis jika dibiarkan tidak dirawat tidak mustahil akan menjadi nanah dan sedikit sebanyak tanpa disedari akan mengganggu hasrat anda untuk melewati hidup yang bahagia dan sejahtera…sebab ada satu sudut kat dalam diri U yang sakit…

Saya pernah diajukan oleh seorang klien saya yg berhadapan dengan ujian rumahtangga…mengikut fahaman beliau, yang sakit itu tidak seharusnya dibangkitkan kerana dikhuatiri akan membuatkan ianya lebih parah…so elaklaa dari membicarakannya…Ohhh!Ohh….tidak begitu kehidupan ini seharusnya YANG SAKIT ITULAH PERLU KITA RAWAT…supaya ia tidak berlarutan dan akhirnya 10 tahun..20 tahun menjadi barah…parah dan tidak boleh diselamatkan lagi…Kenapa nak LARI DARI MASALAH???Nak jadi pelarian….renung-renungkan sejenak!!!Satu hari, dua hari bolehlaa…makan tahun….pengsan…kena stroke langsung koma….sebab dyhidrated….panas…itulah sebahagian metaphor perjalanan insan…

Mencari JAWAPAN???
~ Kenapa sukar untuk melakukan TRANSFORMASI ??
~ Kenapa sukar MENJAYAKAN IMPIAN?
~ Kenapa anda tersekat??
~ Hidup seakan pudar seri dan makna??
~ Kenapa AKU seolah-olah BERPERANG dalam diri, apa yang tak kena???Satu sudut menuju kejayan & impian satu lagi begitu kuat menarik aku dalam KEPOMPONG LAMA...
~ Bagaimana PENGARUH KELUARGA, PERSEKITARAN memberi sumbangan terhadap pembentukan PERSONALITI???
~ Bagaimana MENGHENTIKAN PENGARUH NEGATIF terhadap hidup anda?
~ I HATE MY SELF...kenapa???
~ HOW DO I COPE WITH STRESS??
~ RAHSIA….KEHEBATAN KUASA DOA, MEDITASI & SAINS MINDA sebagai “INVISIBLE SUPPORT” AJAIB…
~ TERTIB & SENI MELONTARKAN HAJAT PADA GELOMBANG YANG TEPAT...bila-bila masa & dimana sahaja...dlm train, dlm kereta, tengah memasak, depan pc....pendek kata dimana shj...boleh dilakukan dengan PENGETAHUAN TEKNOLOGI SAINS MINDA...BEKERJA.
~ LEARN…HOW THIS BEST TONIC EVER…RELAXATION THAT CONNECT US TO ALLAH…”PEMILIK AGUNG SEGALANYA DI ATAS MUKA BUMI INI”…penawar yang cukup hebat melewati kehidupan yang mencabar...
~ KEMAHIRAN MENGAPPLIKASIKAN OTAK KIRI & OTAK KANAN dalam menjayakan impian…how’s does this machine works???

Bukan itu sahaja…ada banyak lagi…intipati dan kupasan yang menarik yang bakal menjawab PENCARIAN anda...tanpa disedari minda kita bekerja dalam bentuk persoalan…insyaAllah bila jawapan yang dicari itu sudahpun berjawab barulah tenang rasa di hati….(ibarat mencari jodoh bila dah bertemu pilihan hatikan tenang dan bahagia rasa di hati...berseri-seri...HAPPY) itulah sebahagian catatan pengalaman menarik rakan-rakan yang mengikuti KLINIK SUKSES…baru sekarang saya jelas dan faham kenapa, bagaimana dan punca saya tersekat….terima kasih Pn Aniz....terima kasih...Yer-yer sama-sama kasih...

Apapun JANGAN KHUATIR!! Bersama KLINIK SUKSES WE TRY TO MAKE IT SIMPLE...KITA ENJOY(ENJOY DALAM RUANG LINGKUP & REDHA ALLAH...kembali bernaung dalam kasihNYA YANG MAHA AGUNG..barulah BERAKAH...menikmati betul-betul ketenangan, kebahagian & kejayaan yang dicari)!!! Supaya perjalanan akan lebih JELAS, MUDAH & LANCAR...kalau banyak ilmu sampai jadi tersekat pun tak guna juga....ibarat magnet melekat kat gelombang beta...tak ke mana???KUNCI KEJAYAAN, KETENANGAN, KEBAHAGIAN…DAN KESEJAHTERAAN ADA DALAM DIRI KITA….bersama KLINIK SUKSES sama-sama kita terokai…

InsyaAllah atas permintaan ramai…KELAS KLINIK SUKSES akan diadakan :

TARIKH : 15hb Mac 2008 / Sabtu
MASA : 10.00 PAGI ~ 4.00 PETANG
TEMPAT : Nur Qudrah Holistic Solution, Sesyen 18, Shah Alam.
BAYARAN : RM200
(Makan tengahari dan ruang solat disediakan)

Tempat adalah TERHAD, berminat sila hubungi segera Pn Aniz di 012-3915362 atau email ke nqalpha43@yahoo.com untuk PENDAFTARAN.


Salam Ukhwah ;
Pn Aniz Hj Anwar ~ 012-3915362 /YM: nizwar75
Master Science In Counselling
Counsellor / Therapist