Thursday, December 4, 2008

Nantikan Kemunculan Klinik Sukses 2009!!!

Glitter Photos
[Glitterfy.com - *Glitter Photos*]


InsyaAllah Klinik Sukses bakal mewarnai dan menceriakan hari anda selepas kelahiran zuriat ketiga Pn Aniz yang bakal lahir tidak lama lagi. Doakan semoga segala urusan berjalan lancar dan sempurna...Semoga rahmat Ilahi, keselamatan & kesejahteraan mengiringi kami...Amin...InsyaAllah...

Buat semua kenalan, para sahabat, pengunjung dan pastinya rakan NQ yang pernah menitip ilmu dan pengalaman serta berkongsi rasa bersama saya...SELAMAT MENYAMBUT AIDIL ADHA DAN MAAL HIJRAH...Mohon maaf sekiranya ada tutur kata, perbuatan, bicara mahupun penulisan saya yang menyinggung mahupun menyakiti perasaan anda...Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.

Harapan dan doa saya semoga sinar kebahagian,kesejahteraan, keimanan, ketaqwaan, kejayaan dan rahmat Ilahi terus mengiringi perjalanan kita...Moga NURNYA menyinari perjalanan seterusnya....

Buat yang sedang berjuang melewati getir perjalanan kehidupan...tabahkan hati, kuatkan iman pasti ada RAHMAT & RAHSIA DI SEBALIK UJIAN DARINYA...Sesungguhnya MAHAR UTK SYURGA ALLAH BUKAN MURAH...inilah sebahagian harga syurgaNYA...

Remember...bila Allah menguji kamu sesungguhnya Allah sedang berbicara kepada kamu tentang ERTI SABAR & IKHLAS...ujian dalam kehidupan merupakan proses tarbiyyah direct daripadaNYA...Bila Allah uji kamu bermaksud Allah sangat KASIH AKAN KAMU..."Mari ke sini sayangku...hampir & rapat PADAKU"...maka jangan sampai "ingatan itu" dibiarkan berlalu tanpa endah...Jika hari ini Allah campakkan batu untuk kejutkan kita dari lena yang panjang...jangan sampai Allah hempapkan batu di atas kepala kita...hingga detik itu terlalu lewat untuk menyesal dan meratapi segala kesilapan dan kealpaan diri...

Maka untuk itu juga iman harus digilap agar tembok iman tidak mudah dibolosi syaitan dan muslihat duniawi, ilmu harus dicari dan dicari hanya dengan ilmu dapat memelihara kita di dunia dan akhirat...

Tak lupa KUASA DOA...mohon dipelihara diri daripada godaan jin, iblis, syaitan dan kuncu-kuncunya...mohon dipelihara daripada kejahatan orang-orang yang zalim dan yang pasti TIDAK LUPA MOHON ALLAH PELIHARA KITA DARIPADA KEZALIMAN DIRI SENDIRI SEHINGGA AKHIRNYA BOLEH MEMBAWA KEPADA KEMUDARATAN & KEMUSNAHAN DIRI...mengiyakan maksiat, lalai, alpa, menghalalkan yang HARAM...menuruti gejolak nafsu dan tiket kepentingan diri sama ertinya berlaku zalim pada diri sendiri tanpa kita sedar...Nauzubillahminzalik...jangan sampai kita kita kufur dalam nikmatNYA, jangan sampai kita hina dalam ujianNYA.

Moga Maal Hijrah yang bakal muncul tidak lama lagi...membuka lembaran baru dalam ruang hayat izin Ilahi...BERANI MELAKUKAN KOREKSI DIRI KERANA ALLAH...KITA SAYANGKAN DIRI KITA KERANA ALLAH...HIDUP AKAN LEBIH BERMAKNA JIKA KITA DAHULUI DENGAN MENYAYANGI DIRI KITA...KERANA APA???THE BEST GIFT YOU CAN OFFER TO UNIVERSE IS A HEALHTY YOU!!! Maka jika dalaman tidak sihat, dalaman tidak cantik...tidak sayang diri sendiri...hidup bertelingkah dengan MUSUH PALING GANAS DALAM DUNIA iaitu diri sendiri...harus bagaimana ingin meneroka hidup dengan penuh keterujaan dan ceria...kehidupan tidak mampu mengenal erti sejahtera, erti syukur, erti kasih, erti indah, erti sayang...

SESUNGGUHNYA EMOSI, SPIRITUAL, MINDA & FIZIKAL YANG HARMONI, SIHAT DAN SEIMBANG...KEBIJAKSANAAN MENGIMBANGI TUNTUTAN DUNIAWI & UKHRAWI...itulah sebahagian kunci kesejahteraan diri yang sebenar...JADIKANLAH ISLAM & REDHA ALLAH ITU MATLAMAT HIDUP KAMI YA ALLAH...Amin...Ya Rabbal Alamin...

Salam Kemakmuran Buat Semua...
Pn Aniz ~ 4 Dec 2008...