Tuesday, April 8, 2014
Kaunseling Perkahwinan Bagaimana Kaunselor Perkahwinan Boleh Membantu Pasangan?
Bismillaahir rahmaanir rahiim...
Segala puji bagi Allah Yang Maha Kasih...alhamdulillah setelah sekian lama bertahun-tahun laman ia terbiar tersepi syukur hari ini atas PERTANYAAN ramai dan izin dari Yang Esa saya mengambil kesempatan untuk mengaktifkannya kembali mudah-mudahan MAMPU MENJEMPUT SINAR HARAPAN dan KEYAKINAN bahawa setiap ujian ada solusinya...setiap cabaran ada penyelesaiannya.
Alhamdulillah 2007 hingga 2014 rata-rata stastitik kes yang hadir ke klinik kaunseling saya mencatatkan peratusan hampir 70% kes yang hadir berkisar dengan isu masalah rumahtangga. Bagaimana pula dengan masalah lain stress, putus cinta, kewangan, akademik, kerjaya, kemurungan , isu keyakinan diri dan sebagainya tidak ada kah Hajjah Aniz? Ada tetapi tidaklah tinggi berbanding dengan isu-isu yang melibatkan perihal rumahtangga. Ya tidak dinafikan alam percintaan tidaklah sama dengan alam berumahtangga, sebuah perkahwinan MENUNTUT komitmen, persefahaman, toleransi, kerjasama, kepercayaan dan kejujuran serta kesetiaan yang tidak berbelah bahagi NAMUN sayang sekali KEIKHLASAN dalam "MEMBERIKAN BAHAGIA dan MELETAKKAN TANGGUNGJAWAB juga AMANAH pada tempatnya jarang sekali bertepatan di awal-awal usia perkahwinan...ho ho ho maksud saya juga tidak dinafikan yang dah masuk usia perkahwinan FASA 20-an dan ke atas juga masih lagi samar dan keliru. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, kenapa, mengapa semua ini BOLEH terjadi???
Tips Menangani Isu Dalam Perkahwinan
====================================
1. Kelemahan Diri Bukan Tiket Untuk Terus Terlanjur Dalam Kesilapan @ Derhaka Kepada Allah swt
Setiap pasangan atau individu tidak dapat lari dari kelemahan dan kekurangan diri namun ianya BUKANLAH satu tiket untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab untuk melakukan yang TERBAIK dalam mengisi perkahwinan khususnya dalam MEMIMPIN dan MENGGENGAMI TANGAN pasangan juga permata hati anugerah Ilahi untuk menjejaki Jannah. Ya tidak dinafikan setiap dari pasangan yang berkahwin datang dari 'latar belakang' yang berbeza yang mana turut membawa bersama NILAIAN yang dihidupkan dalam famili tersebut ~ ada yang positif dan ada yang negatif. Contoh mudah ada individu yang dibesarkan dalam keluarga yang meringan-ringankan tentang penekanan ketaatan dan ibadah kepada Allah swt,ada pula yang dibesarkan dalam keluarga yang berpecah, huru-hara, tidak harmoni dan ada pula yang dibesarkan dalam suasana keluarga yang begitu berdisplin, pembersih, sistematik, penuh keakraban dan intim dalam hubungan keluarga. Kesan dari pertembungan 2 PEMBAWAAN ini adakalanya boleh menimbulkan KONFLIK.
Bagi individu yang mungkin telah dibiasakan dengan budaya kehidupan yang CINTAKAN DUNIA, PENTINGKAN DIRI SENDIRI kurang penerapan nilaian agama adakalanya AGAK SUKAR untuk dijinakkan hatinya untuk lebih bersabar, toleransi, memahami dan saling bantu membantu dalam usaha memperbaiki iklim perkahwinan yang adakalanya teruji. Adakalanya hati isteri yang pinta dipujuk, dibelai, dihargai almaklumlah setelah berkorban keringat dan tenaga berkejaran menguruskan rumahtangga , melayani kerenah anak-anak serta komitmen kerjaya kadang-kadang sangat menginginkan TELINGA yang untuk mendengar luahan hatinya tapi takdir hidup si suami pula BUKANLAH pendengar yang baik hobinya baru nak bersuara sedikit lantas dipotong kata-kata isterinya. Tak kurang kadang tambah dikritik dan dicela lagi...hu hu hu...sehari dua sebulan dua mungkin mampu bertahan tetapi bila bertahun-tahun 'budaya negatif' ini mampu menjadi barah dalam perkahwinan.
Kesannya MAGNET dalam rumahtangga menjadi lesu...TARIKAN DI LUAR menjadi kebahagian yang mengujakan...ho ho ho...Nauzubillahminzalik!! Hati-hati...ujian Allah dalam rumahtangga bukanlah satu pelarian untuk pasangan terjebak dengan perkara-perkara yang HARAM yang dimurkai oleh Allah swt...INGAT JANGAN SAMPAI UJIAN ITU MEMBUATKAN DIRI HINA!!
# Dalam kes sebegini di mana pasangan yang mungkin diuji dengan isu komunikasi mahupun skandal yang tidak diundang dan MEREKA INGIN MENYELAMATKAN PERKAHWINAN mereka ingin dibantu untuk melihat ke dalam diri, apakah sumbangan/faktor juga kelemahan yang membawa kepada isu/konflik yang ditempuhi hari ini. Dengan kerendahan hati yang INGIN BERTAUBAT dan memperbaiki kesilapan kelmarin pasangan dibimbing dengan kaedah Emotional Freedom Technique yang diperkemaskan dengan nilaian Islam untuk melepaskan segala bebanan kesakitan emosi dan tekanan yang dialami agar kehidupan mampu kembali harmoni, tenang dan bahagia.
2. Kesilapan Semalam Usah Diungkit...Let It Go!
Ramai di kalangan pasangan yang diuji dengan peristiwa pahit pasangan yang curang melalui DETIK yang sangat mencabar untuk memaafkan pasangan mereka NAMUN dalam waktu yang sama mereka terperangkap dalam IMPIAN kehidupan rumahtangga yang diingini. Disinilah peperangan mulai tercetus jika pasangan TIDAK DIBANTU...apa yang bakal terjadi ibaratnya permukaan nampak bahagia, tenang NAMUN hakikatnya gelora mampu tercetus-cetus pada bila-bila masa apatah disulami dengan bayangan perasaan benci, dendam, sakit hati, kesal, terkilan dan kecewa. Tutur kata akan selalu sahaja CENDERUNG untuk menyakiti dan mengguris perasaan masing-masing.Ahaaa! Lihat kembali ADAKAH INI YANG ANDA MAHU ANAK-ANAK ANDA TELADANI???Inikah so call kebahagian alam perkahwinan dan pengabaian serta kezaliman yang ingin anda WARISKAN kepada anak-anak yang dikasihi...fikirkan kembali!!!ANDA, PASANGAN ANDA SERTA ANAK-ANAK LAYAK UNTUK BAHAGIA...tapi bagaimana???
# Dalam kes sebegini pasangan dibantu untuk melepaskan segala tekanan, bebanan dan kekecewaan silam dengan MEMILIH UNTUK MEMAAFKAN PASANGAN mereka. Dengan teknik serta kompetensi seorang Kaunselor yang bertauliah dan berpengalaman ISU SEBEGINI bukanlah sesuatu isu yang remeh atau sukar untuk dibantu penyelesaiannya tetapi ADA SATU SYARAT iaitu individu atau pasangan itu harus ikhlas, berani dan jujur untuk mencapai redha Allah swt. Setiap yang berlaku ada HIKMAH yang tersembunyi , dengan kerendahan hati mengakui sifat kehambaan yang selayaknya diuji untuk dinilai di sisi Allah swt siapalah kita hambanya untuk hidup menyimpul dendam, kebencian dan keras hati...sememangnya BAHAGIA, KASIH SAYANG serta SENTUHAN KASIH ILAHI akan terhalang dengan personaliti negatif akibat terpedaya dengan hasutan dan huru hara syaitan laknatullah.
# Perlu DIINGATKAN adalah sesuatu yang mustahil untuk hidup dengan harmoni, berkasih sayang sekiranya diselubungi dengan semalam yang sulit lagi memedihkan...kesakitan dan bebanan emosi suatu wabak penyakit yang merbahaya ~ sakit yang tidak nampak tetapi cukup untuk mengesani kehidupan yang dijalani! Jangan biarkan semalam mendukacita kehidupan ANDA hari ini dan akan datang...Make Peace & Heal...You can HEAL if you want too!Life Is Too Precious...
3. Usah Bertangguh Untuk Mendapatkan Rawatan mahupun Bantuan Profesional
Ya tidak dinafikan khidmat kaunseling di Malaysia masih lagi jauh ketinggalan berbanding di kebanyakan negara-negara maju. Keperluan bantuan profesional masih lagi dianggap sesuatu yang MEMALU dan MENAKUTKAN lebih-lebih lagi dalam mengambilkira keadaan individu yang diuji dengan dilema ataupun konflik. Rata-ratanya masih lagi diselubungi BIMBANG dan RAGU akan "CAKAP-CAKAP ORANG LAIN...Pandangan ataupun perspektif masyarakat apabila seorang individu pergi mendapatkan bantuan kaunseling malah tidak kurang juga yang beranggapan SAYA SIHAT, SAYA OK, SAYA BUKAN SAKIT JIWA sehingga perlu berjumpa dengan kaunselor.
Saat diuji, individu memerlukan seseorang untuk sekurang-kurangnya berkongsi masalah dengannya ; ada insan yang bertuah masih punya ibu atau ayah, adik beradik, sahabat yang ikhlas dan sudi membantu.Tetapi tidak semua yang takdir hidup sebegitu ada yang ibu atau ayah sudah pergi meninggalkan mereka , ada pula sudah berusia tidak selayaknya dibebani dengan masalah hidup anak-anak, ada pula adik beradik masing-masing sibuk dengan kisah dan hidup serta masalah masing-masing, rakan pula..OH NO!!! Saya ada BOSS besar di pejabat takkan nak cerita masalah saya dengan staff atau rakan sekerja...malulah saya.Tapi dalam masa yang sama isu yang dialami makin hari makin parah...nak buat kerja pun tak tenteram, produktiviti kerja saya terganggu, komunikasi dengan pasangan serta anak-anak turut terkesan dan paling menyedihkan hati anak-anak pula menjadi mangsa kemarahan dan kekecewaan saya.Ahaa! Di sinilah peranan seorang kaunselor profesional boleh membantu.
# Perlu diingatkan "Counseling Is A Talking Cure" In shaa Allah bercerita dengan mereka yang arif dan pakar mampu membawa klien atau individu untuk lebih memahami, mendalami dan menyayangi diri sendiri dengan MEMILIH PENUH SEDAR...Saya perlu berubah, saya sayangkan diri saya, keluarga saya, rumahtangga dan kehidupan saya seluruhnya
4. Betulkan MENTAL PICTURE!
Ini sebahagian KATA KUNCI yang saya temui sepanjang eksplorasi kerjaya saya sebagai Kaunselor Perkahwinan. Rata-rata pasangan hadir mempunyai MENTAL PICTURE yang kabur atau kurang jelas ke arah mana alam perkahwinan atau rumahtangga serta keluarga mereka INGIN DIBAWA. Sedangkan perkara ASAS ini perlu dipasak dan ditanamkan sedari awal lagi sebelum pasangan memilih untuk berkahwin. Sebuah ikatan perkahwinan adalah untuk MENCARI KEREDHAAN ALLAH...MENJEJAK JANNAH! Sebagai individu Muslim impian dan CITA-CITA PALING BERMAKNA adalah dapat menatap wajah Allah swt di syurgaNya akhirat nanti maka untuk itu juga MENTAL PICTURE UNTUK KE JANNAH harus dimulai dengan diresapi dengan TAKUTKAN ALLAH SWT. In shaa Allah dengan berpandukan PETA AJAIB ini diiringi dengan RUH untuk mentaati Allah swt, membahagiakan Allah swt In shaa Allah tiada suatu cabaran atau masalah pun yang mustahil untuk diatasi mudah-mudahan KASIH SETIA ALLAH yang selalu mendengar setiap sahabat mahupun pasangan yang membaca entri atau nukilan ini mampu memilih KOREKSI dan kembali memperhebatkan Allah dan mencintai syurgaNya.
# Selalu saya mengingatkan klien-klien saya malah diri saya juga kita ini bukan hamba siapa-siapa..kita bukan hamba suami...kita bukan hamba isteri...kita bukan hamba ibubapa kita...kita bukan hamba anak-anak kita...kita bukan hamba kerjaya kita...kita bukan hamba kemewahan, pangkat dan harta kita TETAPI KITA ADALAH "HAMBA ALLAH"!!! Dengan meyakini dan menghayati konsep kehambaan ini In shaa Allah akan selalu menjadikan kita manusia yang selalu MENGAWASI DIRI agar mampu meletakkan setiap amanah, tanggungjawab itu pada peranan dan hak yang harus diberikannya bukan yang celaru...bukan yang keliru!!Kalau MASIH juga KELIRU...Tuntut ILMU!! In shaa Allah CAHAYA yang akan membahagiakan menyinari diri dan insan tersayang ...jangan pernah takut, lelah atau putus asa untuk belajar dan belajar...hanya dengan jalan ilmu mampu membantu diri menghampiri kesempurnaan dan kebaikan yang diredhai Allah...In Shaa Allah!
==================================================================
BERMINAT UNTUK MENDAPAT TEMUJANJI SESI KAUNSELING PERKAHWINAN ???
==================================================================
YURAN KONSULTASI BERKUATKUASA APRIL 2014
========================================
Sesi Secara Online : 1jam 30 min @ RM150 shj
Sesi Secara Bersemuka Individu : 1jam 30min @ RM180 shj
Sesi Secara Berpasangan (Spilt & Join Session): 2jam 30min jam @ RM300 shj
Bayaran Boleh Dikemukakan Kepada :
Maybank A/C : 162218337759 (Noraniza Binti Anwar)
Enail : nurqudrah786@gmail.com
Lokasi Klinik Kaunseling : Seksyen 7, Shah Alam.
Waktu Operasi : Isnin - Sabtu (10.30pg - 4.30ptg)
(Sesi di luar waktu pejabat juga boleh diaturkan atas persetujuan bersama)
Sila maklumkan kepada saya MASA dan TARIKH yang dipilih sejurus pembayaran dilakukan. Diingatkan HANYA BAYARAN YANG LENGKAP sahaja akan dislotkan untuk sesi temujanji bagi mengelakkan individu yang TIADA KOMITMEN DIRI membuat temujanji palsu.
Didoakan semoga para sahabat semua akan terus dilimpahi rahmat serta kasih sayang yang membahagiakan, mendamaikan dan memimpin serta mendekatkan kita dengan syurgaNya...sesungguhnya segala yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.
PS : Untuk TIPS dan INSPIRASI jangan lupa SUBSCRIBE ~ http://kliniksukses.anizanwar.com/ksoptin/
Subscribe to:
Posts (Atom)