Bismillahirrahmanirrahim....
Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir Langit dan Bumi serta segala isi kandungannya. Selawat dan salam buat junjungan Rasul mulia Nabi Muhammad saw beserta keluarga dan para sahabatnya. Alhamdulillah mengiringi rintik hujan rahmat membasahi bumi di petang Jumaat yang penuh barakah ini diberi kesempatan Ilahi untuk saya berkongsi PENCERAHAN dan makluman berkaitan SOLUSI dan PENAWAR untuk mendepani cabaran rumahtangga dan menjemput cinta tulus murni saling mampu membahagia dan melengkapi antara satu sama lain.
11 Tahun Yang Memberi INSPIRASI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bermula 2003 hingga kini 2014 lebih 10 tahun saya berdepan dengan isu-isu berkaitan alam perkahwinan dan rumahtangga. Itu belum masuk lagi kiraan sejak zaman kanak-kanak sekolah tadika, sejak kecil seringkali kediaman kami menjadi tumpuan dan rujukan bagi pesakit, individu mahupun pasangan yang mengalami masalah rumahtangga mendapatkan pertolongan dari ayahanda tercinta Ustaz Hj Anwar Bin Hj Ahmad. Pelbagai kisah menggamit memori isu pengkhianatan dalam rumahtangga, skandal, campur tangan mertua, keluarga tidak harmoni, gangguan sihir dan metafizik serta bermacam-macam lagi. Bertitik-tolak dari situ dari waktu ke waktu tidak putus doa dari hati ini ingin sekali membantu lebih ramai lagi. Ketahuilah setiap cabaran, setiap ujian dalam rumahtangga mahupun kehidupan ini bukanlah tanda pengakhiran kehidupan atau tanda kemurkaan Allah melainkan untuk diampunkan dosa-dosa silam dan diangkat darjat keimanan kita. Rencana yang hadir bukan membawa maksud untuk melemah jauh sekali memusnahkan hidup pasangan tetapi sebenarnya ada MESEJ, PENGAJARAN dan HIKMAH untuk menyiapkan individu/papasangan untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik, isteri yang lebih baik, suami yang lebih baik dan ibubapa juga anak yang lebih baik.
Pengalaman sebagai Kaunselor Perkahwinan menemukan adalah sesuatu yang AMAT SUKAR jika solusi masalah, kemelut atau konflik perkahwinan itu diselesaikan dengan hanya berpandukan kiblat teori-teori ilmu Barat yang terdapat dalam dunia kaunseling itu sendiri. Ia akan hanya menjadi satu perosalan demi persoalan yang tidak dapat dirungkaikan kerana secara amnya perubahan yang diharap dan disandarkan itu berkait langsung dengan perubahan pasangan. Kebaikan , pengorbanan dan komitmen diletakkan untuk mendapatkan pengiktirafan manusia maka disitulah juga menjadi PUNCA hati terkadang teruji dengan kekecewaan dan kehampaan apabila pengkhianatan berlaku,pengabaian terjadi dan kezaliman berlaku.
Sehinggakan perkahwinan yang dahulunya dimeterai dengan cinta dan kasih yang sangat mendalam...lautan api sanggupku renangi, gunung yang tinggi sanggup ku daki tapi kenyataannya apabila isyarat kasih Allah datang menghampiri terburai segala janji sumpah setia dahulu. Amanah pula bertukar menjadibeban yang menghimpit dan menyesakkan diri. Maka timbullah PERSOALAN kenapa, mengapa, bagaimana dan bermacam-macam lagi kemusyikilan menjadi tanda tanya. Dengan sesi kaunseling yang mengambil masa 1jam 30 min setiap sesi tidak banyak yang dapat pihak kaunselor membantu sekadar memberikan sedikit kelegaan dan keyakinan yang pihak klien/individu mampu menanganinya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Namun yang jelas, KUNCI untuk mencapai KETENANGAN hidup itu bukan sekadar itu rahsianya...hati , lisan , fikiran dan minda harus KONGRUEN, JUJUR dan IKHLAS 100% menerima kenyataan dan ujian yang hadir. Dan PRINSIPNYA untuk menemukan ketenangan ini ia tidak boleh hadir dengan hanya sekkadar cuba-cuba, try and error jauh sekali untuk mengambil sikap sabar yang hanya tunggu dan lihat serta mengalah yang membuta-tuli, perlu ada STRATEGI! Dan strategi untuk membawa diri keluar dari KEPOMPONG KESAKITAN dan RASA LELAH itu hanya dengan jalan ILMU. Ia harus dicari...harus dintuntut...perlu ada nilai pengorbanan dengan dimulai KEBENARAN DIRI YANG SEJAHTERA, LEBIH SUKSES dan LEBIH HIDUP dalam menjalani kehidupan ini.
Ketahuilah sesungguhnya Allah swt itu tidak pernah zalim seringkali juga di kebanyakan ruang dan waktu kita sendiri yang bertindak zalim terhadap diri kita sendiri membenarkan bisikan syaitan, kebencian, kesakitan, kekecewaan, lemah serta putus asa mengusai diri. Maka dengan ASPIRASI MURNI tulus ikhlas ingin melihat lebih ramai lagi pasangan di Malaysia ini malah seluruh dunia mampu hidup bahagia, ceria, bersyukur, ikhlas dan redha menjalani kehidupan. Kelemahan, kekurangan bukanlah faktor untuk CINTA BERALIH ARAH melainkan untuk terus hidup, cekal, ikhlas, sabar dan berani untuk mengengam erat tangan pasangan menjejak CINTA JANNAH, mendekati syurga Ilahi serta merasa bahagia selalu untuk saling membahagiakan, menguatkan dan melengkapi antara satu sama lain.
Ia bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai...diingatkan! Bukan sesuatu yang mudah untuk dirangkul kemas ikatan kasih suci melainkan dengan keikhlasan yang didokongi iman, ilmu dan amal yang istiqamah untuk menjayakan REALITI INDAH DUNI DUNIA YANG SEJAHTERA dan disusuli In shaa Allah AKHIRAT YANG BAHAGIA. Untuk mereka yang MEMILIH BAHAGIA menemani perjalanan hidup anda dialu-alukan untuk menyertai saya dalam eksplorasi indah kebesaran kasih Ilahi dalam kupasan ilmu berkaitan kaunseling perkahwinan, pengendalian cabaran dalam perkahwinan, seni dan tertib doa juga menjemput impian yang makbul serta KUASA AJAIB GPS JANNAH yang akan dibongkar dalam siri eksklusif ini.
SIAPA YANG PERLU HADIR UNTUK TEMUJANJI MARRIAGE COACHING INI??
================================================================
1. Pasangan Yang Bakal Mendirikan Rumahtangga - Kursus Perkahwinan nyata tidak cukup untuk menyediakan pasangan untuk melayari alam rumahtangga, ia sekadar memberi IDEA bagaimana alam perkahwinan itu bukan CARA PENGENDALIAN CABARAN atau TEKANAN yang perlu dilalui oleh pasangan dalam fasa-fasa yang dijalani.
2. Pasangan Yang Sedang Berkahwin dan INGIN Memperbaiki Iklim Rumahtangga mereka agar lebih harmonis dan bahagia.
3. Pasangan Yang Teruji Dengan Konflik dan Badai Rumahtangga dan berusaha keras ingin menyelamatkan ikatan suci perkahwinan mereka.
4. Individu Yang Pernah Mengalami Kegagalan Dalam Perkahwinan dan ingin sembuh dan memulakan semula kehidupan.
MATLAMAT MARRIAGE COACHING ~ MODULE JEJAK CINTA JANNAH
============================================================
■ Memberi pendedahan kepada individu/pasangan bagaimana kaedah pengendalian cabaran dalam perkahwinan
■ Membantu individu/pasangan agar lebih menyakini potensi diri mereka dalam mengharungi cabaran alam perkahwinan.
■ Mengetengahkan KUNCI dan RESEPI Ohsem dalam menjayakan hubungan yang harmoni dan saling membahagiakan dalam rumahtangga.
Memahami konteks perkembangan dalam fasa perkahwinan dan cabaran yang hadir
■ Membentuk persekitaran dan iklim yang kondusif untuk merangsang pembentukan peribadi dan efikasi diri anak-anak yang cemerlang.
■Tips menyubur dan menyemarakkan Kasih Sayang dan Cinta Jannah yang sebenar
■ Rahsia Menjemput Impian Yang Makbul dengan Formula Tahu-tahu Harapan Terwujud
PAKEJ MARRIAGE COACHING YANG DITAWARKAN :
===========================================
Sesi Eksklusif ini akan memberikan ruang istimewa kepada individu @ pasangan menjalani konsultasi dan kaunseling selama 1 Jam.Manakala baki berikutnya 2 jam 30minit perbincangan serta perkongsian Module Jejak Cinta Jannah yang akan mengupas rahsia, resepi, tips serta pendekatan OHSEM menjayakan perkahwinan dan alam rumahtangga yang sukses dan bahagia.
Semoga pendekatan komprehensif yang UNIK ini mampu menyediakan individu serta pasangan kemahiran yang lebih mantap, keyakinan juga kompetensi diri serta pengetahuan yang mampu menyuluh perjalanan kehidupan dan alam rumahtangga yang jauh lebih bermakna dan disyukuri In shaa Allah.
* Untuk TEMUJANJI Sila SMS/Whatsapp ke 012-3915362 bagi sebarang pertanyaan lanjut
Salam Inspirasi Jannah,
Hjh Aniz Hj Anwar
MEMILIH UNTUK LEBIH BAHAGIA, LEBIH SEJ