Bismillah...
Menjalani alam perkahwinan tidaklah seindah alam
impian di saat mabuk kepayang dalam dunia percintaan. Apatah lagi
apabila usia perkahwinan menginjak dari hari ke hari, bulan ke bulan,
tahun ke tahun ; ada di kalangan pasangan yang mengambil mudah perkara
yang dianggap remeh namun hakikatnya makan tahun boleh makan dalam.
Keadaan ini bukan sahaja menjadi 'accumulated stress' yang terkumpul
tetapi jangan terkejut ianya juga boleh mengesani keharmonian, kerukunan
dan kebahagian dala rumahtangga. Terasa hati, kecil hati, bengkak hati,
marah, sedih, terkilan , geram, hampa dan kecewa adakalanya dipendam
sahaja kerana tidak mahu masalah menjadi lebih rumit dan ingin
memastikan kelangsungan rumahtangga yang berkekalan. Apakah BENAR
tindakan ini benar-benar berbaloi untuk kesejahteraan dan kebahagian
alam perkahwinan dan keluarga untuk jangka masa panjang??? Mari kita
lihat ISYARAT ini ; semoga bermanfaat untuk pasangan yang memilih
bahagia dan membenarkan bahagia mengiringi JEJAK CINTA JANNAH yang
didambakan...Ku tunggumu di pintu syurga, benarkah?? Mampukah jika
lelah, kesakitan, ketidaktenteraman dan ketidakharmonian ini dibiarkan
berlegar menghiasi ruang dan iklim perkahwinan yang dilayari bersama???
7 Isyarat Perkahwinan Menuju Gerbang Kehancuran....
*Jika symptom @ isyarat ini dibenarkan berterusan tanpa ada usaha , komitmen dan kerjasama pasangan untuk memperbaikinya.
1. Faktor Sambil Lewa @ Complacent
~ Sungguhpun sesebuah perkahwinan itu dibina atas dasar cinta dan
sayang namun sikap sambil lewa, kurang prihatin, tidak ambil peduli
tentang kondisi mahupun peranan yang perlu dimainkan sebagai seorang
pasangan yang berkahwin tidak kiralah sebagai seorang isteri, ibu, suami
mahupun ayah boleh membawa kepada rasa ketidakpuasan dalaman. Emosi
yang teruji lelah tanpa perhatian, acuh tidak acuh, tidak bersungguh ,
tidak mempunyai motivasi dalaman yang tinggi untuk membawa dan
menghidupkan keluarga mencapai taraf mahupun transformasi kehidupan yang
lebih baik boleh sahaja menjadi faktor menjemput suasana yang hambar
dan longlai dalam perkahwinan. Apabila kehadiran pasangan tidak lagi
mampu membantu urusan mencipta keluarga yang bahagia ditambah pula
dengan personaliti trait warisan yang terkadang dibawa tanpa disedari
turut memberi kesan mudarat terhadap perkahwinan. Ini termasuklah sifat
pemalas, panas baran, suka mengkritik, menghina, mengungkit, berhutang,
tidak bijak mengurus kewangan, boros, memukul, membuli dan lepas tangan
tanpa kesungguhan ikhlas untuk berubah diri menjadi lebih baik akan
menyulitkan lagi keadaan untuk pasangan memilih untuk mampu bertahan.
2. Berlaku Pengabaian atau Ambil Mudah ~
Sebagai pasangan jangan sesekali terlepas pandang, usah sesekali
merasakan perkahwinan anda tiada kelemahan atau 'infallible' ; di
sekeliling kita juga sering terlihat dan berlaku pasangan yang kelihatan
pada dasarnya secocok, sejoli tiba-tiba berlaku pergeseran sehinggakan
ada pula yang berakhir dengan penceraian. Dalam perkahwinan harus saling
mengusahakan untuk punya waktu untuk meraikan antara satu sama lain,
menyediakan waktu untuk selalu mendengar dari hati (bukan hanya
melepaskan batuk di tangga telinga mendengar tangan pula asyik dan
kusyuk melayan gadjet, menonton TV dsbnya) , mengucapkan terima kasih,
memberi penghargaan, memaafkan, kerjasama dan bertimbang rasa dan saling
mengasihi antara satu sama lain. Peranan suami juga isteri untuk selalu
menyiapkan diri bergandingan erat saling membahagiakan, menguatkan ,
lengkap melengkapi juga mendoakan penuh ruh kasih sayang untuk melihat
pasangan di syurga Allah berupaya menjadi AGEN PENGIKAT KASIH yang
sangat menakjubkan. Doa, usaha dan tindakan pasangan seharusnya
beriringan untuk menjayakan rumahtangga yang bahagia bukannya
sebaliknya. Makanya disini tepuk dada tanyalah diri anda apa yang anda
lakukan mendekatkan diri anda dengan kebahagian rumahtangga dan redha
Allah atau sebaliknya??? Dan paling penting juga jangan sesekali "take
for granted" pasangan anda, cinta itu juga perlu disuburkan dengan
hadiah kasih sayang yang menghidupkan bukan sekadar dibiarkan sahaja
tanpa belaian dan perhatian. Rasa-rasa yang terpinggir, tidak disayangi,
tidak diperlukan, tidak dipedulikan boleh menjerat perkahwinan kepada
kancah konflik yang lebih rumit dan tidak harmoni.
Jangan Bunuh
CINTA HATI yang diamanahkan dengan kealpaan, kesombongan, keegoaan,
kekeliruan, kejahilan dan kegilaan serta kedegilan yang melulu ; ia sama
sekali tidak membantu perjalanan rumahtangga yang diberkahi, bahagia
dan sukses untuk hari ini dan akan datang apatah lagi nanti untuk
perjalanan akhirat. Sehingga berlaku penceraian, perebutan harta,
anak-anak, dendam, terluka dan seumpamanya ianya sangat tidak bagus
untuk perkembangan sahsiah, pembangunan diri, psikologi dan personaliti
anak-anak yang sedang membesar. Maka betulkanlah keadaan yang 'kurang
betul' ini kerana Allah...KENAPA PERLU KERANA ALLAH??? Kalau bukan
kerana Allah...tidak menyayangi diri yang terpedaya dengan huru hara dan
bisikan syaitan, tidak gentar dan takut dengan azab dan peringatan
seksaanNya nescaya perjuangan untuk menjemput keharmonian, kemaafan dan
percaya diri untuk berubah pasti akan lebih menyiksa dan menjadi lebih
sulit. Semua yang ada di dunia ini adalah MILIK ALLAH begitu jugalah
segala gejolak rasa yang membebani diri mana mungkin kalau sandaran
ingin sembuh dan bahagia tidak menuju EMPUNYA MILIK-NYA, pastinyalah
sukar. Ingin berubah itu harus datang dari hati benar-benar IKHLAS dan
REDHA dengan takdir dan ujian yang dijalani hanya dengan kerendahan dan
penyerahan diri ini sahaja berupaya MENJEMPUT KEBAHAGIAN, KASIH SAYANG,
CINTA JUGA KEINDAHAN yang lebih bermakna serta disyukuri.
"Sesungguhnya
cinta manusia itu tidak sempurna...namun dengan meletakkan CINTA ALLAH
sebagai sandaran matlamat dan kebahagian hati itulah nanti yang akan
menjadikan kehidupan suatu perjalanan cinta yang amat sempurna...saling
menyayangi, saling mengasihi, saling menghidupkan dan membina juga
menguatkan perjalanan dunia untuk menjemput syurga di akhirat nanti, In
shaa Allah"
3. Tidak Mengambil Perhatian
~ Ada sesetangah pasangan yang sama sekali memilih untuk tidak
mengambil peduli tentang pasangannya tidak kiralah sama ada dari segi
perubahan emosi marah, sedih, lapar, kecewa, engasingkan diri, rasa
terkilan, geram, sihat, sakit begitu jugalah dengan soal perapian diri
, penampilan diri dan sebagainya. Sikap kurang mengambil perhatian
tentang teguran, perubahan tingkahlaku, emosi mahupun setiap bahasa
tubuhnya boleh juga menyebabkan kebosanan, mengundang lelah dan tidak
kurang juga buntu. Pastinya suasana dan iklim rumahtangga sebegini
kurang segar dan kurang sihat untuk pembentukan dan pembinaan
rumahtangga dan keluarga yang bahagia, anak-anak melihat suasana suram,
dingin dan hambar ibubapanya. Konsekuen dari cerapan ini jugalah boleh
menyebabkan tiada keseronokan berada di rumah dan menyebabkan isi rumah
mencari keseronokan di luar rumah. Dan jangan terkejut anak-anak juga
kadang bersikap inner rebel, memendam dan membentuk sikap
individualistik di dalam dirinya. Bila kegembiraan dan kebahagian tiada
di rumah yang sering juga berlaku maka akan hadirlah magnet-magnet
tarikan dari luar perkahwinan. Alhamdulillah sekiranya yang menarik
magnet di luar itu perihal usaha-usaha yang positif sibukkan diri dengan
kuliah agama, ke masjid, kerja-kerja kemasyarakatan juga kebajikan dan
sebagainya namun ahaaa...bagaimana pula ceritanya jika yang tertariknya
itu kepada hiburan dan maksiat, tipu daya, muslihat yang
musibat...Nauzubillahminzalik...Jangan sampai begitu sehingga "konflik
perkahwinan" dijadikan TIKET pula untuk menjadi "liar" dan mengundang
kemurkaan Allah swt di luar perkahwinan.
4. Tidak Menghabiskan Masa Berkualiti Bersama
~ Ya, tidak dinafikan cabaran hidup pasangan hari ini mahu atau tidak
kita berdepan dengan cabaran MASA YANG BEGITU MENCEMBURUI...apatah lagi
apabila kedua-dua pasangan suami isteri bekerja dan tanpa disedari
banyak masa dan tenaga dihabiskan untuk mencari rezeki demi kelangsungan
hidup dan ekonomi. Sehingga kadang waktu malam, selepas waktu bekerja
masih jua terpikul dengan bebanan kerja. Keharmonian dan keseimbangan
menguruskan keluarga, kerjaya sudah tiada lagi pesempadanan maka jangan
terkejut suasana dan iklim perkahwinan juga menjadi cacar-marba. Sehari
dua mungkin juga pasangan masih mampu boleh bertahan tetapi apa pula
kisahnya jika bertahun-tahun, hilang makna dan seri melewati alam
perkahwinan sehingga suami isteri sekadar menjadi roomate sahaja tidak
lebih dari itu manakala rumah pula menjadi hotel. Perkahwinan hanya atas
kertas ; kesibukan dan komitmen keras membanting tulang, kederat dan
minda demi boleh menyebabkan lesu menggagahi perkahwinan banyak kes juga
yang berlaku sehinggakan ada yang sampai hilang nafsu, tiada energi
untuk menyentuh isteri...tiada lagi hubungan intim dan seksual yang
seharusnya menjadi hidangan , terapi juga hiburan yang tertinggi dan
bahagia di pandang Allah sebagai ladang kebajikan dan mengutip pahala.
Sekali lagi janganlah terkejut jika hati yang bungkam, sendat, perasaan
yang kelat, pahit dan kecewa serta hampa akan akhirnya terungkai
dizahirkan secara tanpa sengaja menerusi tindak tanduk, bahasa lisan dan
layanan. Itu yang tanpa disedari akan ada sahaja isu yang boleh
mencetuskan pergaduhan. Itu belum lagi untuk kisah keluhan-keluhan yang
lain, tidak membantu urusan di rumah, anak-anak dan seumpamanya.
Sedangkan semua ini adalah AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang perlu diberikan
dan ditunaikan secara adil, harmoni dan bijaksana.
5. Kurangnya Komunikasi ~
Mungkin ada yang beranggapan dalam perkahwinan itu kurang bercakap ada
kebaikannya ho ho ho tidak rupanya untuk kebanyakkan hal, dalam menjamin
kelangsungan rumahtangga yang bahagia itu pasangan itu seharusnya
berupaya menjadi sahabat yang selalu sedia dan setia mendengar, kekasih
yang selalu mampu memberikan kedamaian serta kebahagian dan memainkan
peranannya sebagai seorang isteri ataupun suami yang selalu setia
menguat, memimpin dan melengkapi kekurangan diri. Bila yang suka..yang
tak suka banyak didiamkan, dipendamkan maka akan timbul nanti
pra-sangka, kekeliruan dan juga kepercayaan-kepercayaan yang negatif ;
kesemua ini sudah pastinya tidak sihat untuk perjalanan rumahtangga
yang bahagia. Satu isu HOT yang menjadi trending luahan di dalam sesi
kaunseling kini adalah perihal ANCAMAN teknologi kepada institusi
perkahwinan. Rata-rata yang hadir pastinya akan menyentuh tentang isu
pasangan lebih banyak bercakap dan menghubungkan dirinya dengan 'DUNIA
MAYA'...berbanding pasangan hu hu hu sehinggakan jika inginkan PERHATIAN
dan kehadiran pasangan untuk mendengar ataupun berbincang kena
berwhatsapp dengan suami sendiri walaupun di dalam rumah...ho ho ho this
is NOT RIGHT ya!!! Don't ever let the technology ruin your
marriage...BE WISE!! Jangan kerana smartphone di tangan rumahtangga anda
lingkup...Nauzubillah!! Knock...knock...sila "sedarkan diri" (^_^)
6. Menyembunyikan Masalah Di Bawah Permaidani
~ Ada segelintir pasangan yang memilih untuk tidak berbicara mahupun
berbincang tentang masalah atau isu yang boleh mengundang mereka kepada
perbalahan. Dan menjadi tanggapan isu tersebut dibiarkan sahaja tanpa
ada usaha mahupun ruang untuk memperbaiki kelemahan yang hadir. Nobody
likes conflict, but sweeping issues under the rug ultimately causes
MORE DAMAGE than addressing them directly. You think they’ll disappear
by not talking about them, but in reality they gain momentum until
eventually they wreak havoc and cause resentment. Resolve conflict by
learning conflict resolution skills. It will change the potential for
disaster to the potential for a wonderfully connected
relationship...Aha! So again be wise seek profesional help and marriage
counselor to handle this matter. Don't let the 'junk' destroy your
marriage!!
7. Perbalahan Yang Tidak Terungkai @ Selesai ~ 'Unresolved
arguments' ataupun pertikaian yang berbangkit dikenalpasti menjadi
salah satu faktor utama yang boleh mengundang kegagalan dalam
perkahwinan. Sikap sambil lewa, menghindari pertikaian dan menafikan
kewujudan masalah dalam sesebuah perkahwinan menyebabkan pasangan akan
terus bergelumang dan terperangkap dalam episod lelah, kesulitan,
kepayahan, kesakitan juga penderitaan yang sama. These are the
fights that repeat themselves and escalate as time goes on; giving them
that hopeless feeling that nothing will ever change or be the same
again. The root of these arguments goes deep so it’s critical to find
out what you’re really fighting about. Setiap pasangan itu mempunyai
sejarah luka yang dalam dan tersendiri sehinggakan perasaan yang
tercalar yang dipendam itulah nanti yang akan mencetuskan @ trigger juga
menjadi PUNCA kepada pertikaian yang berbangkit yang lebih kronik dan
dalam walaupun barangkali ia telah lama berlaku. Antara isu yang lazim
termasuklah pengabaian, pengkhianatan, tidak jujur, kecurangan dan
seumpamanya. Lazim apa yang membuatkan keadaan menjadi lebih sulit dan
sukar untuk pasangan menemukan titik perdamaian dan keharmonian apabila
masing-masing masih menyimpan memori kesakitan kisah semalam, belum
memaafkan dari hati dan melepaskan penuh ikhlas dan redha.
Maka disinilah peranan kepakaran kompetensi seorang kaunselor perkahwinan yang arif berupaya membantu NAMUN perlu diingatkan
dalam hal ini peranan seorang kaunselor hanyalah membantu pasangan
untuk lebih menyelami dan menyedari kelemahan juga kelebihan POTENSI
serta RUANG yang boleh diperbaiki dan diusahakan oleh pasangan demi
untuk meneruskan lagi perkahwinan yang diangkat satu ketika dahulu
dengan janji sumpah setia untuk mengharungi suka, duka, bahagia, derita
bersama-sama kerana CINTA. Inilah yang saya katakan CINTA untuk harus
mampu mengenal diri...dan mencari PEMILIKNYA! Tiada garis panduan dan
kompas yang lebih ohsem dan menakjubkan melainkan menjadikan GPS CINTA
JANNAH itu sebagai sandaran dengan menghubungkan diri mencari REDHA
ILAHI bukan kemurkaannya yang dipalit syaitan dan kepalsuan yang keliru.
Ingat saat diuji dalam menjalani alam perkahwinan yang bermacam warna
dan rasa...pasangan anda bukan musuh anda TETAPI musuh anda yang sebenar
adalah syaitan oleh itu segala api benci, kemarahan, kehampaan, putus
asa, buntu, keliru, sedih, terkilan, lemah, tidak berdaya , lelah dan
dendam dilepaskan....harus dibuang dan dicampak jauh-jauh barulah yang
indah, yang wangi, yang berseri, yang bahagia dan memberi senyuman mampu
dinikmati dan diraih penuh jiwa nan bahagia serta disyukuri.
Dan
percayalah dengan GARIS PANDUAN serta ISYARAT cinta yang perlu disubur
dan diperbaiki ini saya percaya In shaa Allah TIADA ALASAN sebenarnya
untuk pasangan tidak memilih dan membenarkan bahagia, keharmonian,
kerukunan dan keindahan melewati kehidupan mereka. Sebagai pasangan dan
individu kita berhak untuk memilih untuk menghidupkan , membangunkan dan
menyemarakkan lagi cinta kasih yang berpanjangan bersama si dia insan
yang tercinta menuju syurga yang hakiki...BERSAMA DI FIRDAUSI itulah
matlamat kita! Kecuali ...kecuali jika masih ada di kalangan pasangan
yang tetap terus tekad dan teguh memilih perpisahan, penceraian dan
membubarkan perkahwinan barangkali di kebanyakan situasi telah ada
pengganti yang kononnya sudi untuk bernikah dengannya atau hati terlalu
sakit, lelah dan banyak terluka sehingga tidak mampu untuk memilih
bertahan dan bahagia bersama pasangan dan jalan melepaskan serta keluar
dari ikatan perkahwinan untuk lebih bahagia dan menenangkan.
Ketahuilah
Allah swt itu Maha Kaya...DIA Lebih Mengetahui apa yang terbaik ; tidak
semua kekal dalam perkahwinan lebih baik dan tidak semua juga
penceraian itu tidak baik apapun kembalilah kepada Allah swt mohonlah
pimpinan dan petunjukNYA moga kemelut dan konflik yang dijalani diberi
suluhan yang menyinar juga membahagiakan hari muka...duniawi dan
ukhrawi, In shaa Allah!
Insprasi Hati...Jejak Cinta Jannah!
Hjh Aniz Hj Anwar
012.391.5362