Monday, April 21, 2008

Testimonial KS ~ Sihir, Konflik Rumahtangga & Depressi

Mutiara NQ ~ Dassim Dalam Cuit-cuit Rumahtangga Part 1

Alhamdulillah, paginie berkesempatan utk menyambung jariah ilmu untuk perkongsian ...

Diam tak diam hampir 8 bulan sejak tamat pengajian mengendalikan klinik kaunseling dan rawatan. Berbagai rencam dan kisah kehidupan saya temui, ada yang lucu, ada yang sedih tak kurang juga menggembirakan saya...rasa syukur ke hadrat Ilahi secebis ilmu yang dipanjangkan membawa seribu MAKNA & HIKMAH dalam pencarian diri...TRANSFORMASI & MENCAPAI IMPIAN BAGI PIHAK KLIEN.


DASSIM & KUNCU-KUNCUNYA..
Semalam saya bekesempatan melihat sendiri wajah tenang & ceria klien saya di kaca TV...ketika menyaksikan APM...alhamdulillah nampaknya benarlah progress report yang dihantar...dahulu nampak cengkung kalinie...nampak dah berisi dan happy, jika tidak selalu juga terlihat wajah beliau d kaca TV tapi riak wajah berlainan sekali...ada garis sendu dan gusar bermain di fikiran. Adat selagi hidup selagi itu kita akan diuji...Cuma bentuknya yang berbeza...INGINKAN SYURGA ALLAH...bukan percuma mestilah ada harga yg perlu dibayar, betul tak? Yang penting jangan mudah putus asa...bagi rumahtangga yang diuji dengan KEMENTERIAN DASSIM...eloklah berusaha untuk mengumpul strategy agar tidak kecundang dengan permainan DASSIM & kuncu-kuncunyanie...bukan apa depanie memang akan bertepuk tangan bersorak gumbira andaikata rumahtangga yang dibina runtuh...kejayaan besar buat kementerian ini...kerana apa...IMPAKNYA SANGAT BESAR...anak isteri boleh jadi huru-hara...bukan sekadar kurang kasih dan perhatian tapi juga bakal LOMPONG HATI & RUHANI mereka jika institusi keluarga yg tinggal tidak kuat...ini yang tidak kena gaya...keseronokan yang pura-pura mengambil tempat untuk mengubat jiwa yang lara...

Selalu juga saya mendengar luahan hati...komentar ibu-ibu tunggal...cabaran mereka sangat hebat...JIWA KURANG TENANG....BANYAK PERKARA YG PERLU DIFIKIR & LAKUKAN...mana nak membesarkan anak, mana nak mencarik rezeki, mana nak mengguruskan rumahtangga...kebajikan anak-anak pelajaran mereka...pengisian agama...dan perjuangan ’beban emosi & fitrah seorang wanita’ yang menginginkan belaian dan kasih sayang seorang suami...sedangkan bekas suami kebanyakan situasi dok barbahagia di ulit dunia baru. Macam mana nak tangani CABARAN yang sebegini hebat??? Kadang KLIEN saya mereka tanya sendiri, mereka jawab sendiri..that’s good...COUNSELLING IS A TALKING CURE...menerusi perkongsian, penerokaan klien mendapat insight, mendapat kekuatan dan semangat untuk meneruskan perjalanan...semuanya berbalik pada ILMU...kalau ada ilmu inilah ibarat KOMPAS yang membantu perjalanan...selain itu KETENANGAN AMAT PENTING...

Musibah,kebaikan, nikmat kesihatan , rezeki, kejayaan, harta, anak-anak, kasih sayang , sakit pening dsbgnya...SEMUA INI MAKHLUK ALLAH...inginkan ketenangan, inginkan kebahagian, inginkan kesejahteraan....kekuatan...MOHONLAH PADANYA...insyaAllah lorong-lorong kebahagian...kejayaan...dan ketenangan akan diberikan...itu yang kadang kita dipertemukan dengan para sahabat yang membantu perjalanan kita...Teringat saya kisah Kak Manja (bukan nama sebenar)...alhamdulillah walaupun badai rumahtangga hebat melanda, syukur beliau masih mampu bertahan...kesempatan menjalani sesi bersama beliau banyak juga ikhtibar dan pengalaman yang saya pelajari.

INTERNAL, EXTERNAL & ACCUMULATED STRESSOR
Kak Manja...dibesarkan dlm lingkungan keluarga yang kurang harmoni...mak ayah tiada orang ketiga tapi iklim rumahtangga mereka sentiasalah bergaduhnya. Kurang menekankan kepentingan pendidikan agama...cenderung berubat dengan kaedah tradisional yang percayakan bomoh dan seangkatannya.(Akui kak manja, silap akak pergi berubat tempat yang sama menternak syaitan...bukannya menyelesaikan masalah lagi panas, bahang rumahtangga adalah) Akibat dari tekanan yang dikutip, disimpan dan dibawa...14 tahun Kak Manja berjuang membebaskan diri dari belenggu energy negatif ini. Berubat ke sana ke mari....rumahtangga berantakan....beliau sendiri kemurungan......sehinggalah satu ketika beliau hampir dicabul oleh seorang bomoh lelaki yang kononnya bertujuan utk merawat dan ingin menyelamatkan rumahtangganya. Sejak peristiwa itu Kak Manja baru tersedar tiada penghujung berubat kaedah yg bertentangan dgn Islam...Kini hampir 2 tahun beliau meneroka kaedah perawatan Islam dan beliau juga mendapat khidmat Pakar Pskitris...Allah menjawab DOA Kak Manja...beliau terbaca temubual saya di dalam Majalah MIDI...Pendekatan kaunseling, theraphy dan spiritual juga kehebatan kuasa minda dibawakan dalam pendekatan NQ ...beliau menghubungi saya untuk mendapatakan rawatan.

Alhamdulillah hampir 2 bulan selama 6 kali beliau menjalani sesi bersama saya...sedar tak sedar...suara-suara negatif yang membelenggu diri suatu ketika dulu kini TIADA LAGI KEDENGARAN....Wajah kak manja tampak lebih tenang, berseri-seri dan ceria...Kini walaupun dugaan dan cabaran itu hadir tapi NADA KEYAKINAN...POSITIF....MENGAKUI POTENSI DIRI...mampu dipraktikkan dengan baik...Tidak dapat dinafikan PENGALAMAN membesar dalam lingkungan keluarga yang kurang harmoni dan autokrat, kesan gangguan metafizik & stress yang dilalui membentuk personaliti Kak Manja yang penakut...nak duduk sorang kat ruang tamu pun tak berani....ada bayangan lembaga ingin mendekati beliau. (Itulah janji saya saat pertama bersesi bersama beliau, bersama NQ Kak Manja akan dibimbing, dibantu utk MEYAKINI POTENSI DIRI, MERAWAT DIRI SENDIRI....KUASA PENAWAR...KEAJAIBAN ITU ADA DALAM SETIAP INDIVIDU....BERSAMA NQ SAMA-SAMA KITA TEROKAI...ASET DLM DIRI YANG ALLAH BEKALKAN...KHAZANAH ALAM YANG ALLAH HAMPARKAN SAMA-SAMA KITA MANFAATKAN)

GURU HEBAT...MENDIDIK ANAK MURIDNYA MEYAKINI POTENSI DIRI
Ingat Pesan Pensyarah saya...Dr Halimatun komennya seorang guru yang hebat adalah seorang guru yang berupaya membantu anak muridnya untuk berdikari, meyakini POTENSI DIRI & KEMAMPUAN YANG DIMILIKI...bukannya setiap kali bermasalah perlu menghubungi kaunselor @ therapist...BERANI BERHADAPAN DENGAN KENYATAAN & CABARAN BUKANNYA LARI DARI MASALAH...Alhamdulillah, dalam 2 minggu menjalani rawatan beliau tidak lagi bergantung kpd ubat anti-depresi yang diambil sebelumnie....boleh pun sihat, bolehpun mengawal anxiety dan depression, beliau...walaupun sesekali ada juga ’bayangan’ itu hadir tapi silap haribulan...kubu Kak Manja semakin mantap dan kebal...kini ketakutan bukan lagi ’isu’ bagi beliau...Pemantapan spiritual dan keyakinan...KEBERGANTUNGAN PADA ALLAH YANG MAHA BERKUASA TURUT DIJELASKAN DRPD PERSPEKTIF TEKNOLOGI SAINS MINDA...ASPEK INI AMAT DITEKANKAN...Tak sangka memang TEPAT & BENAR...hasil kajian yang dilakukan sememangnya KUASA DOA, MEDITASI DAN SAINS MINDA...sangat-sangat luar biasa HEBATNYA...Semua ini ada dalam diri kita...KEBENARAN DALAM DIRI UNTUK MELEWATI BAHAGIA...UNTUK PULIH...UNTUK BERUSAHA & MENJAYAKAN TRANSFORMASI SERTA IMPIAN DIRI...merupakan TIKET PALING BEHARGA...

Sempat juga Kak Manja mengikuti MODULE 2 : KLINIK SUKSES ~ PACKAGE ANALISIS PERSONALITI DAN KERJAYA...rupanya beliau memiliki bakat sosial (suka menolong) dan enterprising yang tinggi...insyaallah...ingin memiliki perniagaan BAKERY dan berminat dengan kerja-kerja kebajikan dan motivasi.

Alhamdulillah dengan keazaman, keyakinan dan kesungguhan Kak Manja memberikan komitmen menjalani sesi kaunseling dan rawatan...alhamdulillah, beliau sendiri tidak menduga mampu berada pada tahap ini hari ini...Ruang dan kesempatan yang terhad...dalam tempoh 2 bulan tetapi begitu bermakna...inilah sebahagian KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN NUR QUDRAH HOLISTIC SOLUTION...PUSAT SEHENTI UNGGUL mengetengahkan pendekatan HOLISTIK displin kaunseling, perawatan alternatif Islam dan penerokaan keajaiban kuasa DOA, MEDITASI ISLAM & MINDA yang sangat luar biasa energynya...Syukur ke hadrat Ilahi sebuah lagi kes klien ditutup...

Perkongsian lanjut...bicara ilmu....lusuri;
http://kliniksukses.blogspot.com/



Salam Ukhwah ;
Pn Aniz Hj Anwar ~ 012-3915362 /YM: nizwar75
Pengasas Klinik Sukses
Nur Qudrah Holistic Solution

Saka & Ujian Rumahtangga

Mutiara NQ ~Wanita, Ibu, Kerjaya, Pelajar, SAKA & Rumahtangga…

Lama rasanya saya tidak menarikan pena keyboardnie…lantaran kesibukan dgn tugasan harian. Alhamdulillah suatu ketika dahulu saya mengidamkan kerjaya dari rumah, dapat meluangkan masa dengan ibu, ayah, suami dan anak-anak...namun takdir Ilahi...ibu pergi dahulu mengadapNYA. Melewati waktu dan usia perkahwinan yang hampir menjengah usia 9 tahun…hari demi hari saya belajar tentang erti pengorbanan, kasih sayang dan tanggungjawab…tambahan pula kisah-kisah kehidupan yang singgah ke Nur Qudrah…memberikan saya keinsfan, peringatan dan ikhtibar.Sesungguhnya bukan mudah melayari bahtera rumahtangga dalam era dunia akhir zaman…godaan dan pesona dunia lebih meriah dan rancak….tipis iman di dada…kurang ilmu…alpa & leka sedetik tidak mustahil…tergelicik dalam nikmat yang sementara.

Tuntutan Kewangan…
Baru semalam saya berbual dengan Kak Nasiha (bukan nama sebenar)…jujur saya mengagumi keazaman, kecekalan dan kesungguhan beliau...kerjaya di Jabatan Kerajaan dengan pendapatan sederhana sbg kerani, hidup di bandar besar...dengan anak-anak yang masih bersekolah sememangnya tak cukup jika hanya dengan makan gaji. Beliau yang aktif dgn perniagaan jualan langsung, mengambil upah menjahit, aktif dengan kegiatan sosial untuk mencari jaringan dan menambah pendapat keluarga. Tanpa kehadiran pembantu rumah...terkejar menguruskan rumahtangga, menghantar anak dan mengambil anak dr sekolah...terkadang tampak keletihan di wajah beliau namun demi kasih dan sayang untuk keluarga tercinta digagahi perjalanan ini demi kelangsungan hidup.

Rumahtangga & Kerjaya Dari Rumah
Refleksi pengalaman sebagai ibu berkerjaya dari rumahnie...jujur seronok memang seronok al-maklum kerja sendiri cuma kadang letih juga...al-maklumlah ketiadaan pembantu rumah saatnie...sambil berkejar mengemas rumah, memasak dan melayan kerenah anak-anak...Allah Shj Yang Lebih Mengetahui...mujurlah ada ILMU & PENGALAMAN untuk synergizekan energy tambah pula kelebihan produk yang dibawa dimanfaatkan....bila terasa letih ingatkan kembali ganjaran Allah...ingatkan arwah ibu sambil melayan tugasan rumahtangga titipkan zikir & hadiah buat bonda (Al-Fatihah buat bonda Al-Marhummah Hajjah Halimah Binti Fatimah...pantas waktu berlalu kini 100 hari sudah pemergian bonda) ...alhamdulillah itu juga sebahagian penawar AJAIB sebenarnya...agak-agak drain out maklum shj tanggungjawab sbg kaunselor merangkap perawat menuntut analitik thinking yang tinggi dan pertahanan aura yang kuat...rasa lain sket buat mandian ais + aromatheraphy + garam kristal...

Belah malam pulak...mohon pada Allah sebelum tidur...digerakkan utk qiamulail ~ nak amik booster @ energy dari from Allah...Selalu saya mohon pada Allah agar diberi kekuatan jasmani, ruhani, fizikal dan mental agar mudah beribadat kepadaNYA seterusnya dapat memertabarkan syiar Islam menerusi medium dan displin yang saya lewati.

Isteri & Ibu Bergelar Student...
Bukan ingin menakutkan tapi segelintir kisah kehidupan yang saya temui...tanpa pengertian, sokongan, timbang rasa dan kesabaran yang tinggi dari suami tercinta tidak mustahil bakal mengundang GOYAH dlm melayari bahtera rumahtangga...Jujur pengalaman saya sendiri suatu ketika dahulu menguruskan kerjaya, perniagaan, rumahtangga dan pengajian...bagi saya sendiri...UJIAN FIZIKAL paling ketara dengan komitmen yang ada...dan energy level yang terhad kerap saya kurang sihat batuk dan selsema yg berpanjangan...tidur pun kurang, banyak guna minda, tenaga...bila dah meneroka ilmunie semua....ngupa-ngupanya itulah sebahagian symptom stress. Mujurlah kepercayaan, sokongan , pengertian dan kesabaran pendamping setia suami tercinta (hee love ya bebeh!)serta doa arwah ibu dan ayahanda yang dikasihi serta rakan-rakan memberi suntikan semangat. Adakalanya keletihan, adakalanya terpaksa berhempas pulas menyiapkan tugasan, mengulangkaji pelajaran...dengan kehadiran cahayamata...tahujerlaa masih menyusu dan memakai pampers...memang menduga.

Mujurlaa ibunya sendiri menuntut ilmu kaunseling rumahtangga dan keluarga maka adalah ILMU DAN STRATEGY menangani situasi dengan lebih bijak...kalau tidak harus gitu...tak tahulaa macam mana...Itu soal anak yang kurang kasih sayang dan perhatian apabila bila ibu sibuk dengan tugasan pelajar BELUM LAGI SI SUAMI @ AYAHNYA....haanie yang BAHAYANYER!!! Kadang mulutjer cakap ok memberi keizinan tapi dalam hati....(siapa tahu...???Jeng...jeng...jeng..)Kurang perhatian dan kasih sayang isteri tercinta suami mencari kasih dan perhatian di luar rumah...Ingat-ingattu!!!Itu belum masuk bab ’entertain baby” night dutynya...cuba bayangkan kalau dah ”ENERGY” isteri ke sana- ke sini berkejar...ke kampus, kerja, rumahtangga...mahap di sinilaakan...manalah agaknya nak mari ’energy’ dan ’nikmatnya ’ bersama pasangan...(nie kalau kurang ilmu strategylaaa). Tapi kalau yang ada ILMU...masa bersama suaminielaa...antara masa beharga...nak ”MEREWARD” diri...synergizekan kembali energy yang dah lemautu...

Babnie janganlaa TERLEPAS PANDANG PULA...Allah sediakan pelbagai penawar dan produkkan di pasaran...dah tahu consume energytu...lebih dr orang lain...terbuka dan berusahalah memelihara dan memulihara tubuh dan organ-organ agar dapat berfungsi dgn lebih baik lagi....HATI-HATI!!! Maklum shj sekarang ZAMAN STRESS...PENCEMARAN SANA SINI...tak macam dahulu kala...setiap hari kita terdedah pada radiasi dan pencemaran itu belum tekanan, tuntutan, komitmen & godaan hidup...kerjaya, rumahtanga, ipar duai, mak ayah, keluarga mertua, sedara mara, masyarakat, pelajar dsbnya...harap maklum...Terkejar sana..terkejar sini...macam lipas kudung @ ROBOT yang tiada perasaan & deria!!! Makna hidup dan kehidupan pun pudar seri dan warna tahu-tahulaa....alamakkk!!! TOLONGGGG!!!!Suami I dah ada pompuan lain (Nauzubillahminzalik, banyakkan BERDOA...titip doa mohon pd Allah selalu agar dipelihara tautan kasih sayang suami isteri berkekalan hingga ke akhirat)...I rasa letihh sangattt! Tak berdaya!!! Lemah....Putus asa...buntu...sedih, pilu, bosan....panas baran, sensitif...rasa macam nak bunuh diri...kalau boleh jangan sampai ke peringkat macam gitu...REACH OUTTT!!!

Setiap ujian yang berlaku ada RAHSIA & HIKMAHNYA...Jangan mudah menuding kesalahan pada orang lain...KITA CARI SILAP & KELEMAHAN KITA...BERANI & JUJUR DLM MELAKUKAN KOREKSI DIRI KERANA ALLAH SWT...kerana Allah diberi keutamaan...seterusnya barulah untuk diri kita, suami, keluarga tercinta dsbgnya...InsyaAllah Allah bersama-sama kita...MOHONLAA!!! MUNAJATLAA PADANYA!!!...Doa itu senjata mukmin...


SAKA & KEHARMONIAN RUMAHTANGGA
...
Isu seringkali singgah kpd kami...emm!!Kebetulan semalam Pn Aina (bukan nama sebenar) mempunyai 6 orang adik-beradik...5 drpd mereka bercerai..mahligai rumhatangga tak mampu bertahan lama, paling lama beliau sendiri 10 thn dan bercerai...pergi berubat katanya gangguan SAKA. Beginilaa jujurnya semua orang ada saka Cuma kesilapan tafsiran budaya kita saka nie sering dikaitkan dengan benda yang negatif (memanglaa zaman dulu mana ada jentera berat nak meneroka tanah, nak menjaga premis, kedai, anak isteri dsbnya...mana ada teknologi zamantu...tu yg kadang tuk nenek bersahabat dgn jin dsbgnya...kesannya andai anak cucu tak kuat amal ibadat...tak tahu membentengi diri...itu yg kadang terganggu dengan kehadiran ini). ADA RAHSIA & TERTIB sebenarnya...untuk mengeluarkan dan menghindari gangguan ini semua...MUDAH SAHAJA...Berbaik sangkalah pada Allah!!! Semua yang Allah jadikan semuanya baik...kelemahan dan kesilapan kita shj yang memudaratkan keadaan...Allah sendiri tidak menzalimi kita...kita sendiri yang terkadang menzalimi diri kita dgn jalan yang dipilih...BETUL TAK???Renungkan kembali...KEJADIAN SYAITAN memang kerjaya tetapnya untuk menghuru-harakan manusia sehingga hari kiamat!!! Dan JADI MANUSIA YANG DIBERI NIKMAT IMAN, AKAL JUGA AL-QURAN & SUNNAH yang ditinggalkan...apsal nak JUGAK ikut telunjuk syaitan....meninggalkan solat, busuk hati, dengki, panas baran, dendam, putus asa, malas, sombong, bongkak, tertutup, berfikiran negatif, malu tak bertempat, takut dsbgnya....LANTAS TERPERANGKAP DLM KEPOMPONG DIRI!!!Nak salahkan SIAPA???Bukankah YOU YANG MEMILIH JALAN ITU???Nak berubah....lakukan TRANSFORMASI...???Tak berdaya??? Reach outtt!!! Tapi janganlah pula menjaja cerita gitu-gini satu pejabat , sedara-mara dsbnya(cth bab rumahtangga ~ ditarik Allah keberkatannya nanti kecuali utk tujuan perubatan) atau pergi berjumpa tok bomoh yang pun sama ternak @ bela syaitan...jampi-mentera yang pelik2....haa!!! hati-hati silap aribulan menambah pening nanti...dari ke hulu-hilir tak tahu hujung pangkal baiklaa simpan ENERGY...tido awal selepas solat Isyak pastu niatkan bangun qiamulail tengah malam ...MUNAJAT PADA ALLAH....ada baik & banyak faedahnya....ini kadang habis masa, wang ringgit dan tenaga...bergolok-bergadai...masalah tak selesai...HATI-HATI!!!...Pastu fikiran bertambah TERSUMBAT dengan komen-komen...kena sihirlaa, SAKA, orgtu buat...orgnie dengki....emm memanglaa STRESS terperangkap kat gelombang beta...macam mana nak makbul DOA...tak caya???Reflekskan pengalaman peribadi dan sekitar anda...

Testimonial KS ~ Putus Cinta/Ikhtiar Jodoh

SKETSA NQ ~ Diari Cinta & Jodoh

Salam buat semua...

Lewat minggu lalu...saya dikejutkan dgn YM, panggilan telefon,email dr klien dan rakan-rakan...kak aniz , kak aniz kat Nigeria ker..stranded???Nigeria mana plak aman damainie disamping keluarga tercinta alkisahnya email nqalpha43 dihijack ada pihak yang tidak bertanggungjawab dengan menggunakan email ini dan nama samaran saya di FORUM KMC...Akak Positif dimana email ini meminta derma sejumlah wang agar dapat membantu saya pulang ke Malaysia...siaptu bila direply ada respon...emm...ujian...Bagi mengelakkan nama baik & reputasi saya membuat pemberitahuan pd para klien dan rakan-rakan bahawasanya itu fitnah...sehingga harinie beberapa kali saya cuba mengakses ke nqalpha43@yahoo.com tidak berjaya walaupun direset...Mengambil sikap bersangka pada Allah ada hikmah yg tersirat...kini email baru. Khusus nurqudrah43@yahoo.com dibawakan...Harapan saya moga ianya menjadi TRADEMARK yang dekat di hati para penggemar nukilan, bicara ilmu, sketsa & corat-coret kehidupan yang saya sampaikan menerusi bicara tanpa suara...merentasi sempadan dunia...krn Allah dan kemakumuran ummah....

Moga-moga talian hayat bicara ilmu & perkongsian kliniksukses ini tidak diputuskan hayatnya...insyaAllah jariah & aset juga laluan yang diberikan...ilmu yang dipanjangkan...kita beroleh aset mudah untuk membantu dihari akhirat nanti....Amin...InsyaAllah....

Harinie berkesempatan utk berkongsi sebahagian lagi warna-warni kehidupan....

DUKA SEMALAM

Nilam bukan nama sebenar...anak gadis berusia lewat 20-an. Merupakan anak sulung dari 5 orang adik beradik...Kehidupan keluarga beliau diuji dgn ayahnya terlibat dgn penyakit urat saraf yg menyebabkan lumpuh...Selaku anak sulung dibahu beliau memikul tanggungjawab untuk membantu menguruskan adik-adik dan kerja-kerja rumahtangga dan juga menjaga ayahnya...sementara ibu pergi mencari rezeki.

Tidak dinafikan perasaan dendam, kurang adil, tidak puas hati...membayangi kehidupan beliau, apatidaknya seringkali juga akibat tekanan...kesilapan adik-adik Nilam yang menerima akibatnya dimarah oleh ibunya..Anak-anak lain bermain riang Nilam pula terpaksa berada di rumah mengawasi adik-adik & menguruskan kerja-kerja dan menjaga ayah..Suasana & beban emosi anak kecil ini memberikan Nilam semangat untuk belajar dgn baik bukan apa hanya dgn keputusan yg cemerlang dapat membawa Nilam keluar dr beban emosi dan rumah yang bukan syurga baginya...

CINTA OH CINTA
Alhamdulillah dgn keputusan cemerlang dlm UPSR Nilam berjaya melanjutkan pelajaran ke asrama...selepas SPM Nilam melanjutkan pengajian ke UITM...disebabkan kurang perhatian dan kasih sayang keluarga Nilam mencari kasih di luar...dan akhirnya Nilam terjebak dgn cinta suami orang...diulit mimpi indah bercinta pelajaran Nilam merosot hampir dibuang kolej...ayah pula baru meninggal...kekasih yang dulunya cukup bijak berbicara dgn SKRIP PUTAR ALAMNYA juga meninggalkan Nilam...

Disebabkan dukacita....selalu ibunya menelefon beliau meluah sendu dan pilu kehilangan suami tercinta....seringkali juga ibu ini menangis...kasihan melihat ibunya, Nilam membuat permohonan utk menyudahkan baki pengajian di kampus berdekatan kampung halamannya utk memberi sokongan pd ibu dan adik2 yg baru kehilangan ayah...

HIKMAH UJIAN CINTA
...
Tuhan Maha Kaya...disebalik UJIAN ini....membentuk jiwa & personaliti yang berdikari, berani, cekal, tabah dan bertanggungjawab...dan YANG PALING SIGNIFIKAN NILAM TERSENTAK DR LAMUNAN CINTA PALSU YANG HAMPIR SHJ MENGHANCURKAN MASA DEPAN PELAJARNYA...

Kali kedua...Nilam diuji lagi MASIH DGN CINTA SUAMI ORANG...janji tinggal janji hingga Nilam letih beliau membuat KEPUTUSAN BERANI UNTUK KELUAR DR HUBUNGAN YG TIDAK BERPENGHUJUNG INI...walaupun pedih, luka...sakit hati, dendam...kecewa tapi hidup perlu diteruskan...berbulan Nilam mengubat luka di hati namun masih ada kelompongan yang tidak terisi...masih ada kurang tapi dia sendiri tidak sedar...tidak tahu kenapa...bagaimana...adakalanya buntu, sedih, pilu, dukacita...tidak redha...menangisi nasib yang menimpa diri...Tiba masanya, beliau REACH OUT mendapatkan rawatan pakar...kini hampir sebulan bersama saya...transformasi Nilam amat memberangsangkan...saya sendiri agak terkejut.

TRANSFORMASI TULEN
Hari ini sesi kedua beliau bersama saya...wajahnya cukup ceria & berseri...kali ini saya tahu PANCARAN AURANYA JUJUR & IKHLAS DARI HATI YANG REDHA ATAS TAKDIR ALLAH ....bukan lagi sekadar elemen KOSMETIK yang menyaluti wajah...pendekatan displin kaunseling, perspektif rawatan Islam...kuasa doa, meditasi Islam dan teknologi sains minda digarap SERENTAK dlm menjayakan transformasi...

SAKA LAGIK???Betul ke...
Story about JODOH...tidak dinafikan Nilam sendiri pernah menjalani rawatan alternatif sebelum ini komennya ada gangguan SAKA...menerusi teknik aura cleansing dan pemantapan aura beliau dibantu dengan memanfaatkan hamparan khazanah alam, aromatheraphy, garan kristal diiringi DOA YG PERLU DIAMALKAN...Disamping itu juga ”POSKOD” untuk menjayakan impian RUMAHTANGGA @ JODOH dikongsikan...ada amalan yg diberikan...TIPS ISTIHARAH MENGGUNAKAN Al-QURAN untuk mendapatkan endorsement & approval Allah turut dikongsikan supaya langkah tidak tersilap lagi...bukan ”dah terjebak” baru nak istiharah....SAKITLAH NAK BAWA DIRI KELUAR(itulah sebhgn kesilapan Nilam yg diakuinya)....itu yang Allah KATA TIDAK...MESEJ ALLAH LAIN DITAFSIRKAN SEBALIKNYA UNTUK MEMENANGKAN HAWA NAFSU...AKHIRNYA TERSUNGKUR...LUKA PARAH BARU NAK TERSEDAR...PERIT BEBAN EMOSI YG DILALUI...Bukankah lebih baik sedari awal...mohon KEPUTUSAN ALLAH...takdelaa jadik jalan-jalan carik pasal....pastu takyah buang karan...ini sia-siajek ’investment’...masa, wang ringgit (RM especially bil hp, tak gitu) tak ke lebih cantik ’investment ini dikirimkan untuk kedua ibubapa yang saban hari mendoakan kebaikan & kesejahteraan diri., dapat gak pahala...bukan itu shj , insyaAllah makin murah rezeki & rahmat Allah limpahkan nanti....


FREKUENSI RADIO VS FREKUENSI HAJAT
TEKNOLOGI SAINS MINDA yang mengupas RAHSIA ALPHA YANG MEMEGANG TITIK KESEIMBANGAN OTAK KANAN & OTAK KIRI TURUT DIKONGSIKAN...ibarat mencari FREKUENSI RADIO...bila tepat frekuensi GELOMBANG DIPEROLEHI ...Haakan dapatlaa kita menikmati halwa telinga & komunikasi dengan JELAS...SIMBOLIKNYA JUGA DGN FREKUENSI GELOMBANG HAJAT YG TEPAT DILONTARKAN, insyaAllah cepatlah IMPIAN DIPERKENANKAN...senangjek sebenarnya tak susah...

HIDUP PERLUKAN STRATEGY...STRATEGY PERLUKAN ILMU...
Macam pergi perang KENALAA persiapkan diri begitu jugalah konteks kehidupan kita...menangani ujian...berhadapan dengan cabaran kita perlukan STRATEGY ILMU...TAMBAHAN PULA HAMPARAN ILMU ALLAHNIE SANGATTT LUASS...ibarat meneroka di laut dalam bermacam khazanah laut yg indah kita jumpa, insyaAllah mana yg baik dan cantik itu kita kutiplaa buat kompas...buat pembantu mengiringi perjuangan kehidupan yang mencabar...manakala yang tak cantik itu kita jadikan sempadan....tinggalkan....tak gitu??

Corat-coret Anak Cemerlang

Mutiara NQ ~ Corat-coret Anak Cemerlang

Bertemu lagi...

Baru-baru ini kita dikejutkan dgn berita tentang anak genius yang satu ketika dulu mengharumkan nama Malaysia...tapi hari ini menjadi hooker utk menyara hidupnya. Apa sudah jadi???Pasti ada yg tertanya-tanya...

Pengalaman saya sendiri mengendalikan kes-kes kaunseling, pengalaman membesar bersama rakan-rakan di asrama...kisah-kisah kehidupan membuatkan saya mencari jawapan bagaimana dan mengapa keadaan ini boleh terjadi, alhamdulillah bersama displin kaunseling keluarga saya bertemu jawapannya...

Proses pembentukan sedari dalam rahim hinggalah mereka dewasa...Baru tadi balik dari klinik , kenalan rapat keluarga kami pangkat abang pd saya...usianya dlm lingkungan pertengahan 40-an...bercerita dah namanya anak...dah jadik bapak orang pun masih dok dileteri ibunya...Senyum sesama kami...nak pergi makan angin pun kena dapat endorsement mak mertua apatidaknya...takut satgie kang keteguq...abah akak jugak susah...(memang menjadi kelaziman kalau sakit tak juga sihat-sihat Dr Imran ikhtiarkan (bukan nama sebenar jawabnya pd abahlaa dipanjangkan utk rawatan) bebarunie beliau sendiri berkampung di Selangor Medical Centre...hampir seminggu demam, mengigil...tak baik....muka,mata dah naik kuning....ikut medical Doktor dok suspect hepatitis.Teroka-teroka alkisahnya kakak beliau baru meninggal krn kanser payu dara....hubungan mereka yang agak rapat...tambah pula diuji dgn kejadian banglo beliau dirompak...(acumulated stress) mujurlah ayah berpengalaman...jeringau, bonglai didoakan untuk ubati Dr Imran.. Jika diikutkan dalam perawatan alternatif terkena Doktor Imran terkena badi mayat...Itulahkan ILMU ALLAH CUKUP LUAS...sedangkan Dr Inran sendiri dlm bidang perubatan...berbelas ribu habis berkampung di SMC...alih-alih ngupa-ngupanya penawarnya kat belakang dapur rumah kat kampung-kampung...Itulah kelebihan alam semulajadi dan petua-petua lama, orang-orang tua dahulu di sekeliling rumah penuh dgn tumbuhan herba...sakit, demam dsbgnya main petik daun-daun ini di halaman rumah...semuanya semulajadi...takde telan chemical, kita harinie....emm, sendiri kasik jawab...usia baru 40 tahun tapi organ dalam badan dahpun berusia 60 tahun macam-macam teknikel error...

Oklaa..selingan sekejap...balik semula pada tajuk kita hari ini...itulaa dianya...walaupun dah berusia di mata ibu dan ayah...kita tetap anak kecil di mata mereka...keprihatinan dan kasih sayang mereka tetap utuh kita...tak pernah pudar warnanya...TAPI...TAPI APA???

Tahukah anda sikap melindungi yang keterlaluan...itu tak boleh ini tak boleh ini juga boleh mengundang mudarat...haa jom kita tengok...apa kaitannya IKLIM KELUARGA DAN KESANNYA TERHADAP PEMBENTUKAN INTRAPERSONAL INDIVIDU DRPD PERSPEKTIF KAUNSELING KELUARGA...
• ) Umur 0 – 1 thn (Percaya vs Tidak Percaya) : Menekankan aspek kepuasan fizikal & keperluan emosi
• 2) Umur 2 – 3 thn (Kebebasan vs Rasa Malu) : Menekankan penerokaan & mengembangkan sifat berdikari
• 3) Umur 4 – 5 thn (Inisiatif vs Rasa Bersalah) : Menekankan pencapaian dan usaha
• 4) Umur 6 – 12 thn ( Rajin vs rasa rendah diri) : Menekankan kpd keperibadian yg bermatlamat
• 5) Umur 12 – 18 thn (Identiti vs kekeliruan peranan) : Menekankann kpd had sesuatu batasan & membentuk identiti diri

Belajar mendengar SUARA HATI anak…saya banyak juga melihat yer, tak dinafikan anak yang terdidik...penuh dgn displin...itu tak boleh ini tak boleh...mereka alhamdulillah menjadi INSAN YANG BERJAYA...YANG HEBAT TETAPI....ADA TETAPINYA DI SUATU SUDUT MEMORI MEREKA...DI SATU SUDUT DLM DIRI MEREKA ADA ”KEPERITAN...ADA KESAKITAN”...inilah yang menjadi api dendam...terhadap ibubapa...dari segi KONTEKS KAUNSELING KELUARGA HUBUNGAN IBUBAPA & ANAK-ANAK YG TERLALU JURANG...ADA IMPAK BAHAYANYA...BEGITU JUGA SEBALIKNYA...OLEH YANG DEMIKIAN...SEKALI LAGI...”ILMU AMAT DIPERLUKAN BAGI MENGENALPASTI BOUNDARY INI TADI SUPAYA TIDAK DICEROBOHI…ANAK-ANAK AKAN MEKAR DGN SIHAT & SEMPURNA…

Kes 1 :
Teringat saya kisah PENSYARAH saya sendiri…abang beliau seorg tokoh korporat terkenal di Malaysia tetapi hingga akhir kalam ayahanda beliau api dendam abangnya yang TIDAK DAPAT MENERIMA dia ditumpangkan di rumah rakan ayahnya di Sungai Besi utk bersekolah di VI masih menjadi isu…KENAPA daddy tak bawak abang long pindah sekali sama…ini daddy tumpangkan abang long kat rumah uncle …tahu tak betapa sakitnya rindu, pengorbanan saat abang perlukan keluarga tiada disitu…Yerlaa zaman 70-an manakenya ada kemudahan handphone…(derita berjuang sendirian walaupun hari inijadi insane yang TERNAMA) masih tidak dapat menerima kenyataan ini YANG BAHAWASANYA…TINDAKAN ITULAH DI MATA AYAH BELIAU YG TERBAIK DEMI KECEMERLANGAN PELAJARAN DAN MASA DEPAN ANAK YANG DIKASIHI….

Kes 2 :
Kenala rapat saya di MOZAC dulu….abang beliau merupakan pelajar pintar saat ayahnya melanjutkan pengajian…abang sulung mendapat tawaran bersekolah di asrama penuh…again utk masa depan yg cemerlang dr kacamata si ayah…si anak tadi tidak dibawa bersama ke luar negeri…KESAN TEKANAN INI…accumulated stress (kebetulan si anak ini juga dibesarkan oleh neneknya)…walaupun cemerlang dlm SPM tapi sayang akhirnya…DEPRESSION…mengalami sakit mental…bukan ini shj ada banyak lagik kes…Tanpa disedari juga akan membentuk personality yang PANAS BARAN…tak kurang juga yang KERAS HATI…SUKAR MENERIMA PANDANGAN ORANG LAIN…keran terdidik dgn cara didikan…tadi…ANAK TIDAK BERHAK UTK BERSUARA…renung2kan sejenak…inilah yg terjadi pd Sufiah…pemberontakan dlm jiwa beliau…

Komentar dr rakan-rakan kaunselor saya khususnya menceritakan….jika nak ikutkan anak-anak yang bermasalah ini…bukan mereka dulu yang perlu dikaunseling tetapi IBUBAPA…IBUBAPA memainkan peranan yg penting sekali…bila ibubapa tiada disitu untuk membimbing,membantu, memberi dokongan kasih sayang dan perhatian…LOMPONG JIWA mereka…apatah lagi jika ruhani tidak diisi…itu yang lebih mudah anak-anak ini terperangkap…hilang halatuju dan arah kehidupannya...Inilah CABARAN DUNIA HARINIE…SIBUK-SIBUK KITA MEMBURU DUNIA JANGAN TERLEPAS PANDANG ASET AKHIRAT YANG SATU INI…IAITU ANAK-ANAK…Jangan salahkan anak-anak sepenuhnya jika mereka kurang ajar, biadap….cermin dulu diri anda…APA HAK MEREKA YANG TIDAK BERIKAN SBG IBUBAPA…InsyaAllah jika lengkap elemen ini pengorbanan masa berkualiti, wang ringgit, DIDIKAN, ilmu, buah fikiran, sokongan kasih sayang , perhatian dan DOA…insyaAllah jiwa mereka tidak tandus…jiwa mereka tidak lompong…MEREKA AKAN JADI INSAN HEBAT….INSYAALLAH BUKAN SHJ CEMERLANG DI DUNIA TETAPI JUGA AKHIRAT…

Semoga paparan ini membantu…ada kesempatan kita bertemu lagi...