Monday, April 21, 2008

Testimonial KS ~ Sihir, Konflik Rumahtangga & Depressi

Mutiara NQ ~ Dassim Dalam Cuit-cuit Rumahtangga Part 1

Alhamdulillah, paginie berkesempatan utk menyambung jariah ilmu untuk perkongsian ...

Diam tak diam hampir 8 bulan sejak tamat pengajian mengendalikan klinik kaunseling dan rawatan. Berbagai rencam dan kisah kehidupan saya temui, ada yang lucu, ada yang sedih tak kurang juga menggembirakan saya...rasa syukur ke hadrat Ilahi secebis ilmu yang dipanjangkan membawa seribu MAKNA & HIKMAH dalam pencarian diri...TRANSFORMASI & MENCAPAI IMPIAN BAGI PIHAK KLIEN.


DASSIM & KUNCU-KUNCUNYA..
Semalam saya bekesempatan melihat sendiri wajah tenang & ceria klien saya di kaca TV...ketika menyaksikan APM...alhamdulillah nampaknya benarlah progress report yang dihantar...dahulu nampak cengkung kalinie...nampak dah berisi dan happy, jika tidak selalu juga terlihat wajah beliau d kaca TV tapi riak wajah berlainan sekali...ada garis sendu dan gusar bermain di fikiran. Adat selagi hidup selagi itu kita akan diuji...Cuma bentuknya yang berbeza...INGINKAN SYURGA ALLAH...bukan percuma mestilah ada harga yg perlu dibayar, betul tak? Yang penting jangan mudah putus asa...bagi rumahtangga yang diuji dengan KEMENTERIAN DASSIM...eloklah berusaha untuk mengumpul strategy agar tidak kecundang dengan permainan DASSIM & kuncu-kuncunyanie...bukan apa depanie memang akan bertepuk tangan bersorak gumbira andaikata rumahtangga yang dibina runtuh...kejayaan besar buat kementerian ini...kerana apa...IMPAKNYA SANGAT BESAR...anak isteri boleh jadi huru-hara...bukan sekadar kurang kasih dan perhatian tapi juga bakal LOMPONG HATI & RUHANI mereka jika institusi keluarga yg tinggal tidak kuat...ini yang tidak kena gaya...keseronokan yang pura-pura mengambil tempat untuk mengubat jiwa yang lara...

Selalu juga saya mendengar luahan hati...komentar ibu-ibu tunggal...cabaran mereka sangat hebat...JIWA KURANG TENANG....BANYAK PERKARA YG PERLU DIFIKIR & LAKUKAN...mana nak membesarkan anak, mana nak mencarik rezeki, mana nak mengguruskan rumahtangga...kebajikan anak-anak pelajaran mereka...pengisian agama...dan perjuangan ’beban emosi & fitrah seorang wanita’ yang menginginkan belaian dan kasih sayang seorang suami...sedangkan bekas suami kebanyakan situasi dok barbahagia di ulit dunia baru. Macam mana nak tangani CABARAN yang sebegini hebat??? Kadang KLIEN saya mereka tanya sendiri, mereka jawab sendiri..that’s good...COUNSELLING IS A TALKING CURE...menerusi perkongsian, penerokaan klien mendapat insight, mendapat kekuatan dan semangat untuk meneruskan perjalanan...semuanya berbalik pada ILMU...kalau ada ilmu inilah ibarat KOMPAS yang membantu perjalanan...selain itu KETENANGAN AMAT PENTING...

Musibah,kebaikan, nikmat kesihatan , rezeki, kejayaan, harta, anak-anak, kasih sayang , sakit pening dsbgnya...SEMUA INI MAKHLUK ALLAH...inginkan ketenangan, inginkan kebahagian, inginkan kesejahteraan....kekuatan...MOHONLAH PADANYA...insyaAllah lorong-lorong kebahagian...kejayaan...dan ketenangan akan diberikan...itu yang kadang kita dipertemukan dengan para sahabat yang membantu perjalanan kita...Teringat saya kisah Kak Manja (bukan nama sebenar)...alhamdulillah walaupun badai rumahtangga hebat melanda, syukur beliau masih mampu bertahan...kesempatan menjalani sesi bersama beliau banyak juga ikhtibar dan pengalaman yang saya pelajari.

INTERNAL, EXTERNAL & ACCUMULATED STRESSOR
Kak Manja...dibesarkan dlm lingkungan keluarga yang kurang harmoni...mak ayah tiada orang ketiga tapi iklim rumahtangga mereka sentiasalah bergaduhnya. Kurang menekankan kepentingan pendidikan agama...cenderung berubat dengan kaedah tradisional yang percayakan bomoh dan seangkatannya.(Akui kak manja, silap akak pergi berubat tempat yang sama menternak syaitan...bukannya menyelesaikan masalah lagi panas, bahang rumahtangga adalah) Akibat dari tekanan yang dikutip, disimpan dan dibawa...14 tahun Kak Manja berjuang membebaskan diri dari belenggu energy negatif ini. Berubat ke sana ke mari....rumahtangga berantakan....beliau sendiri kemurungan......sehinggalah satu ketika beliau hampir dicabul oleh seorang bomoh lelaki yang kononnya bertujuan utk merawat dan ingin menyelamatkan rumahtangganya. Sejak peristiwa itu Kak Manja baru tersedar tiada penghujung berubat kaedah yg bertentangan dgn Islam...Kini hampir 2 tahun beliau meneroka kaedah perawatan Islam dan beliau juga mendapat khidmat Pakar Pskitris...Allah menjawab DOA Kak Manja...beliau terbaca temubual saya di dalam Majalah MIDI...Pendekatan kaunseling, theraphy dan spiritual juga kehebatan kuasa minda dibawakan dalam pendekatan NQ ...beliau menghubungi saya untuk mendapatakan rawatan.

Alhamdulillah hampir 2 bulan selama 6 kali beliau menjalani sesi bersama saya...sedar tak sedar...suara-suara negatif yang membelenggu diri suatu ketika dulu kini TIADA LAGI KEDENGARAN....Wajah kak manja tampak lebih tenang, berseri-seri dan ceria...Kini walaupun dugaan dan cabaran itu hadir tapi NADA KEYAKINAN...POSITIF....MENGAKUI POTENSI DIRI...mampu dipraktikkan dengan baik...Tidak dapat dinafikan PENGALAMAN membesar dalam lingkungan keluarga yang kurang harmoni dan autokrat, kesan gangguan metafizik & stress yang dilalui membentuk personaliti Kak Manja yang penakut...nak duduk sorang kat ruang tamu pun tak berani....ada bayangan lembaga ingin mendekati beliau. (Itulah janji saya saat pertama bersesi bersama beliau, bersama NQ Kak Manja akan dibimbing, dibantu utk MEYAKINI POTENSI DIRI, MERAWAT DIRI SENDIRI....KUASA PENAWAR...KEAJAIBAN ITU ADA DALAM SETIAP INDIVIDU....BERSAMA NQ SAMA-SAMA KITA TEROKAI...ASET DLM DIRI YANG ALLAH BEKALKAN...KHAZANAH ALAM YANG ALLAH HAMPARKAN SAMA-SAMA KITA MANFAATKAN)

GURU HEBAT...MENDIDIK ANAK MURIDNYA MEYAKINI POTENSI DIRI
Ingat Pesan Pensyarah saya...Dr Halimatun komennya seorang guru yang hebat adalah seorang guru yang berupaya membantu anak muridnya untuk berdikari, meyakini POTENSI DIRI & KEMAMPUAN YANG DIMILIKI...bukannya setiap kali bermasalah perlu menghubungi kaunselor @ therapist...BERANI BERHADAPAN DENGAN KENYATAAN & CABARAN BUKANNYA LARI DARI MASALAH...Alhamdulillah, dalam 2 minggu menjalani rawatan beliau tidak lagi bergantung kpd ubat anti-depresi yang diambil sebelumnie....boleh pun sihat, bolehpun mengawal anxiety dan depression, beliau...walaupun sesekali ada juga ’bayangan’ itu hadir tapi silap haribulan...kubu Kak Manja semakin mantap dan kebal...kini ketakutan bukan lagi ’isu’ bagi beliau...Pemantapan spiritual dan keyakinan...KEBERGANTUNGAN PADA ALLAH YANG MAHA BERKUASA TURUT DIJELASKAN DRPD PERSPEKTIF TEKNOLOGI SAINS MINDA...ASPEK INI AMAT DITEKANKAN...Tak sangka memang TEPAT & BENAR...hasil kajian yang dilakukan sememangnya KUASA DOA, MEDITASI DAN SAINS MINDA...sangat-sangat luar biasa HEBATNYA...Semua ini ada dalam diri kita...KEBENARAN DALAM DIRI UNTUK MELEWATI BAHAGIA...UNTUK PULIH...UNTUK BERUSAHA & MENJAYAKAN TRANSFORMASI SERTA IMPIAN DIRI...merupakan TIKET PALING BEHARGA...

Sempat juga Kak Manja mengikuti MODULE 2 : KLINIK SUKSES ~ PACKAGE ANALISIS PERSONALITI DAN KERJAYA...rupanya beliau memiliki bakat sosial (suka menolong) dan enterprising yang tinggi...insyaallah...ingin memiliki perniagaan BAKERY dan berminat dengan kerja-kerja kebajikan dan motivasi.

Alhamdulillah dengan keazaman, keyakinan dan kesungguhan Kak Manja memberikan komitmen menjalani sesi kaunseling dan rawatan...alhamdulillah, beliau sendiri tidak menduga mampu berada pada tahap ini hari ini...Ruang dan kesempatan yang terhad...dalam tempoh 2 bulan tetapi begitu bermakna...inilah sebahagian KEUNIKAN & KEISTIMEWAAN NUR QUDRAH HOLISTIC SOLUTION...PUSAT SEHENTI UNGGUL mengetengahkan pendekatan HOLISTIK displin kaunseling, perawatan alternatif Islam dan penerokaan keajaiban kuasa DOA, MEDITASI ISLAM & MINDA yang sangat luar biasa energynya...Syukur ke hadrat Ilahi sebuah lagi kes klien ditutup...

Perkongsian lanjut...bicara ilmu....lusuri;
http://kliniksukses.blogspot.com/



Salam Ukhwah ;
Pn Aniz Hj Anwar ~ 012-3915362 /YM: nizwar75
Pengasas Klinik Sukses
Nur Qudrah Holistic Solution

No comments: