Petikan emailnie sy perolehi dah lama...dalam senda ada HIKMAH yg tersembunyi...bukan sekadar bunuh syaitan tapi juga insyaAllah membawa kerahmatan dlm rumahtangga...bagi suami sy kiralah inilah HIBURAN TERTINGGI YG DIHAJATKAN dr seorang isteri penyejuk hati, seorang isteri yg solehah...tp syaratnya suami pun kenalaa pengasih & penyayang...beramal soleh...mengenal Allah dan mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga barulah insyaAllah isteri mampu memberinya dgn ikhlas.
Apapun PENGAJARANNYA...pesan ayah saya suami isteri kalau bergaduh JANGAN SESEKALI TIDUR BERASINGAN...tidur sama...tidur sama tak semestinya 'bersama' ~ dulu tak berapa paham tp bila dah senior sketnie...dah masuk anniversary ke 10 diam tak diam barulah saya faham HIKMAHNYA..Moga tidur sama boleh 'bersama' dan hancuslaaa syaitan-syaitan kementerian DASSIM yg ingin menghuru-harakan rumahtangga manusia...Ingattu kekawan...gegaduh pun jangan tidur asing!!!Satnie lagi syaitan HEPI..beranak-pinak...suami isteri dingin...beku...apalagi...puting beliung...hambar...pudar...dan seangkatan dengannya...
Inginkan rumahtaangga aman, bahagia & sejahtera..MINTAK DGN ALLAH..jangan pula tak minta...kalau tak minta harus jugalaa DIA tak bagi...tambah pula alpa & leka...Nauzubillahminzalik...smoga JOM BUNUH SYAITAN membawa kerahmatan & kasih sayang menghiasi perjalanan rumahtangga kita semua..Amin..Ya Rabbal Alamin..
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]
seorang lelaki berusia lima puluhan baru sahaja kematian isteri akibat
penyakit kronik.
Jiran sekampung menawarkan beberapa
perempuan untuk dijadikan isteri dan teman hidup
barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula
memandangkan anak-anaknya sudah besar malah tinggal
jauh di bandar dan tiada orang yang akan menjaga
makan, minum, sakit, pening si duda itu.
Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam-dalamnya
dia pun bersetuju untuk berkahwin.
Selepas memilih dari beberapa orang calon isteri yang
ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin
dengan seorang perempuan yang agak muda
berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun. Selepas
majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti
pengantin baru yang lain....
Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang
Khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan
secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang
khas mengajar agama di kampong tersebut. Suatu petang
selepas pulang dari kuliah agama di surau dia
menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah
tersebut.
"Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan
isteri itu bersatu/bersetubuh kannn... abang kann...
dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul
maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama
seperti membunuh 10 ekor syaitan".
Kata si suami "ye kerr... tak apa malam ni malam
Jumaat, masa yang sesuai untuk bunuh syaitan kann,
betul tak sayanggg..." sambil ketawa.
Si isteri hanya tersenyum panjang.
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata, "Banggg,
jom kita bunuh syaitan bang...". Si suami tersenyum
panjang.
Selang dua hari kemudian, si isteri berkata lagi,
"Banggg, jom kita bunuh syaitan bang...".
"Tak pe... tunggula malam nanti".
Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita
bunuh syaitan banggg...". Si suami diam sambil
mengangguk lemah.
Esoknya si isteri berkata lagi, "Banggg, jom kita
bunuh syaitan banggg... ".
Si suami tiba-tiba marah dan berteriak .... "Ayang nie
nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang...!!!"
Moral Of story gaks ~ patut-patutlaa kawan...bak kata org tua-tua ikut hati mati...ikut nafsu...LESU...bersederhanalaa itu lebih selamat, insyaAllah...
~ To this person yg buat artikelnie..TQ very much!
No comments:
Post a Comment