Friday, January 22, 2010

Relexjap ~ Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa.....

Adakah ANDA mengalami symptom stress???


Bismillah,

Sering saya mengupas isu-isu berkaitan STRESS tetapi belum berkesempatan untuk meringkaskannya dalam bentuk point yang lebih mudah, hari ini berkesempatan..mari sama-sama SEMAK adaker symptom berikut dalam diri kita….nak tahu anda mengalami STRESS atau TIDAK???

click to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own textclick to generate your own text




1) Fikiran dan emosi mulai terganggu
2) Hilang tumpuan
3) Produktiviti kerja merosot
4) Sukar menikmati tidur yang nyenyak
5) Dibayangi mimpi yang berulang
6) Hilang Selera Makan atau
7) Terlebih Selera Makan ~ menjadikan ‘makanan’ sebagai
escapisme mengalihkan tekanan yang
dilalui – Anda ada masalah berat badan? (Nantikan email
saya selepas ini dengan teknik holistik menguruskan badan!)
8) Jantung berdebar-debar
9) Kerap berpeluh
10) Sentiasa merasakan diri dalam keadaan yang membimbangkan,
takut dan bersedih
11) Cenderung untuk MELARIKAN DIRI atau MEMENCILKAN DIRI
daripada khalayak ramai
12) Kencenderungan libido @ menikmati seks menurun
13) Serangan astma dan masalah pernafasan
14) Sering mengalami masalah MIGRANE yang berulang
15) Mudah pengsan
16) Badan terasa LESU, tidak bermaya
17) Tiada semangat untuk meneruskan hari-hari dan kehidupan
18) Putus asa
19) Berfikiran negatif yang menebal
20) Panas baran, kurang sabar
21) Sensitif yang agak ekstrem
22) Mudah menangis
23) Kefungsian tubuh mulai terganggu
24) Hubungan interpersonal mulai terjejas ~ masalah komunikasi
dengan pasangan,ibubapa, anak , rakan pejabat dsbnya
25) Tidak berminat untuk menjaga penampilan diri ~ wajah
kelihatan kusam tidak berseri.
26) Cenderung MEMILIH warna-warna yang gelap dan suram dalam
pakaian harian.
27) Cenderung untuk MELEMPAR SALAH terhadap orang lain ~
menjadikan orang lain sebagai PUNCA segala konflik dan masalah yang dihadapi individu terbabit
28) Mempunyai kecenderungan untuk memikirkan MATI sebagai jalan
penyelesaian untuk mengakhiri tekanan
29) Tidak MEYAKINI POTENSI DIRI yang dimiliki dalam menangani
isu @ masalah yang hadir
30) Kebergantungan terhadap ubat-ubatan anti-depressi yang hanya
bersifat sementara HAKIKATNYA the “ROOT” masih belum beres…
kesannya dikhuatiri akan hanya memanjangkan konflik dan peperangan
diri yang dialami.
RAHSIA KEJAYAAN, KEMENANGAN DAN
KEBAHAGIAN DALAM HIDUP YANG SEBENAR ADALAH memiliki hubungan YANG HARMONI dalam konteks diri sendiri! Sejahtera dan harmoni!

Tanpa A GOOD RELATIONSHIP WITHIN YOU…amat sukar sesungguhnya
untuk individu untuk meraih KEBAHAGIAAN DAN MAKNA kehidupan yang
dicari! Apatah lagi menjalin keharmonian dalam hubungan
insani ini yang kadang dendam, amarah, benci, kesal boleh memudaratkan
diri dan hubungan…and when this thing happen, individu sebenarnya telah menggali dua lubang kubur dengan lain perkataannya ianya satu perbuatan yang sia-sia dan merugikan! Bakal mengundang MUDARAT kepada diri sendiri dan orang lain! Emm…bukan sesuatu BERFAEDAH nampaknyatu!

Bagaimana, ANDA MENGALAMI symptom-symptom seperti
yang dinyatakan??? Kalau ada CEPAT-CEPAT dibereskan…
MAKE PEACE & HARMONY! Life can be a MAGNIFICIENT JOURNEY! A
BEAUTIFUL JOURNEY!!!

HEAL YOUR LIFE ~ LIVE YOUR LIFE ~ cepat-cepat daftarkan diri ANDA dalam Life Coaching eksklusif ini ~ LAIN DARI YANG
LAIN!!!

Anda pasti JATUH CINTA nanti…
JATUH CINTA??? Dengan diri sendirilaa, anda akan LEBIH
MENYAYANGI DIRI ANDA dan “ANUGERAH” Ilahi di sepanjang perjalanan ANDA!!!

No more pain no more tears yang ada hanya airmata KESYUKURAN,
insyaAllah!

Life Coaching Program Klinik Sukses

Tarikh: Sabtu, 30 Jan. 2010
Tempat: Shah Alam
Masa: 10.00pg – 5.00 ptg
Info lanjut dan PREVIEW PERCUMA di http://kliniksukses.anizanwar.com



Jumpa kalian di dalam Klinik Sukses!

Di Sebalik Tabir Kehidupan : Memori & Trauma Mangsa Rogol

Bismillah,
Tak mengantuk pulak mata malamnie so apalagi ambil peluanglaa di keheningan malam saat penghuni teratak hamba yang dikasihi sekalian lena diulit mimpi…he he he mimpi ker mereka, tidak kot tidur tahap delta gamaknya…nyenyak sekali! Ini sudah bagus…Yes!!! Enjoy my playtime…playing with my keyboard maklum sejak dua menjak tiga menjak terpaksa bersaing dengan lil.prof kat ngumahnie memang selalunya ibu terpaksa mengalah jawabnya beroperasi from hplaa di kebanyakan syukur ke hadrat Ilahi atas kiriman hadiahnya…pengertian & sokongan dari boyfren tercinta yang menghadiahkan Blackberry…lega banyak tak payah lagi nak berebut dengan Prof. ciliktu…Kalautidak jawabnya mengadap diajerlaa dengan eksperimen dan eksplorasi Muiz Hakiem setiap hari. Maka dengan amannyalaa ibu dapat melayani para sahabat yang membutuhkan bantuan secara online! I LOVE MY LIFE…I “LIVE” MY LIFE…Kalau tidak terpaksa ibu memendam perasaan tengok notebooknie buat-buatlaa takde deria padahal Ya Allah Ya Tuhanku ‘banyaknya’ ilmu dan rahmatMu boleh aku panjangkan…akhirnya berkat sabar & ikhlas berbalas Allah tunjukkan jalan… sebab niatku UNTUKMU!!! Memakmurkan Allah dengan hamparan-hamparan HIKMAH, PENAWAR DAN RAHMAT yang diutuskan ke dunia ini…dengandisplin pengajian ilmu yang namanya TINGKAHLAKU PERLAKUAN MANUSIA atau lebih dikenali kaunseling.

PERLU CERMAT...
Oklaa tanpa ceeta panjang kalinie saya akan mengupas sebahagian lagi inspirasi dan ikhtibar kehidupan yang mungkin sedang mahupun telah berlaku dalam perjalanan mahupun di sekitar kehidupan para pembaca yang budiman sekalian. Jika mengikuti kupasan artikel yang lepas-lepas @ di laman web saya pernah menyentuh isu ini tetapi tidak mendalam. Dah lama saya nak buat artikel ini cuma ISU ini AGAK BERAT dan saya harus benar-benar “CERMAT” mengupasnya agar HIKMAH itu akan lebih terserlah. Bukan sama sekali bermaksud membuka keaiban siapa-siapa TETAPI inilah REALITI KEHIDUPAN yang harus sama-sama kita bereskan bersama sebagai tanggungjawab social dan AMANAH untuk memberi INSIGHT dan hidayah kepada masyarakat lebih-lebih atas nama persaudaraan Islam yang saya kasihi! (Untuk itu senang sekali jika tuan/puan moderator sama-sama dapat memberikan laluan ini untuk sama-sama kita 'selamatkan' para sahabat yang mungkin terperangkap di luar sana...insyaAllah banyak sekali ganjaran yang mampu kita nikmati atas usaha kecil & murni ini...Amin...InsyaAllah)

MANGSA...
Isunya bukan sesuatu yang janggal sebetulnya malah dewasa ini sesautu perkara biasa bagi sebahagian besar kelompok masyarakat khususnya para remaja. Cuma kali ini ianya dilihat daripada perspektif TANPA KERELAAN DIRI…atau lebih tepat lagi menjadi manga…apakah isu tersebut???R.O.G.O.L atau seangkatan dengannya mangsa pencabulan …mungkin situasi ini berlaku ketika mangsa masih kecil, awal remaja…naïf dan lebih memilukan lagi perkara terkutuk ini DILAKUKAN oleh orang yang rapat dengan mangsa. Bolehjadi pakcik, abang ipar, ayah tak kiralaa ayah kandung atau tiri, sepupu, abang angkat , teman lelaki dan sebagainya….YANG PENTING “MEMORI DAN LEKATAN SILAM” ini benar-benar menyakitkan…KEPERCAYAAN YANG DICALAR, HARAPAN YANG DIPERMAINKAN…DAN KESUCIAN yang dinodai.

KESAN LUKA INI SESUNGGUHNYA AMAT PERIT SEKALI…
Individu yang terperangkap di dalam ujian ini lazimnya merasa MALU, BENCI, MARAH DAN JIJIK dengan diri sendiri. Bagi yang belum berkahwin ‘kenikmatan seks’ yang dirasakan sebelum HALAL inilah yang membelenggu diri …itu yang kadang tanpa dokongan kekuatan spiritual , emosi dan minda yang mantap untuk berubah akhirnya TERPERANGKAP dan TERUS MEMBENARKAN DIRI MENCARI MANGSA DAN MENJADI MANGSA. Cara mudah…hubungan social yang terjalin ditambah pula sekarang ini kecanggihanTEKNOLOGI yang ada tidak kira sama ada suami orang, isteri orang, ‘anak teruna’, ‘anak dara’ , mangsa penceraian ~ balu, janda, duda…pendek kata siapa sahaja boleh terus dibelenggu mencari KENIKMATAN YANG PURA-PURA ini untuk melindungi kesakitan silam…kebencian silam yang dilalui!

KISAH KEMBOJA
Bagi para sahabat yang pernah atau berpeluang mengikuti kisah KEMBOJA di saluran Astro Prima pastinya akan lebih memahami pergolakan yang dilalui oleh SEORANG INDIVIDU yang menjadi mangsa incest @ sumbang mahram ayah sendiri...sama juga konteksnya dalam trauma mangsa rogol sebenarnya...pergolakan yang sama. Walaupun terpelajar, memiliki kepandaian dan kepintaran tetapi disebabkan PENDAMAN BENCI, MARAH, KESAL, DENDAM kehidupan masih terus dibayangi dan dibelenggu dengan KESAKITAN DAN TRAUMA yang dilalui walaupun ianya sudah berlaku berpuluh tahu…berbelas tahun…malah individu itupun sebenarnya “TELAH SELAMAT “daripada ancaman bapa yang bertopengkan syaitan ~ apabila mangsa telahpun keluar dari rumah tersebut dan memiliki kerjaya dan kehidupan yang agak baik. Namun ianya masih berlegar dalam relung yang lebih kurang sama Cuma bezanya menjadi mistress pula kepada seorang tokoh korporat…keluar mulut buaya masuk mulut naga. PERNAH TERFIKIR???Bagaimana keadaan sebegini boleh berlaku…ingin sekali KELUAR DARI KEPOMPONG DIRI YANG MELEMASKAN tetapi tidak berdaya…masih terus terperangkap…ALHAMDULILLAH!!! Syukur ke hadrat Ilahi di awal pembabitan saya dalam dunia kaunseling saya juga bertanyakan persoalan yang sama sebenarnya…BAGAIMANA & MENGAPA ianya masih berterusan..bergelumang dengan dosa…akhirnya saya menemui JAWAPANNYA…

MAINAN EMORI VS PERANGKAP MINDA
Ianya bersalingkait dengan CERAPAN MINDA, GAYA ASUHAN, PENDIDIKAN, LATAR BELAKANG dan SISTEM KEPERCAYAAN…dan terkini seperti selalu yang disebut-sebut inilah sebahagian PERANGKAP…Perangkap apatu para sahabat???Perangkap LAW OF ATTRACTION…AFFIRMASI MINDA…selalunya bila menyebut Law of attraction..affirmasi minda pastinya yang terbayang adalah NILAIAN POSITIF yang meransang penjanaan personality tetapi kali ini terbalik pulakan??? Yes…apabila kita telah terperangkap dan SERINGKALI juga memainkan MEMORI SILAM yang sama berulang-ulang kali NATIJAHNYA amat buruk sebenarnya…aktiviti ini sama seperti kita menonton filem yang sama berulang kali…realistiknya apabila filem yang sering ditonton dimainkan berulang-ulang kali segala plot cerita, skrip almost everything kita HAFAL and that’s it…IANYA MENJADI PERANGKAP KEPADA “DUNIA YANG DICIPTA OLEH MANGSA” itu sendiri sebenarnya…inilah yang saya namakan JATUH CINTA! Jatuh cinta dengan kesakitan dan trauma…takut, bimbang untuk melepaskan pergi memori tersebut dan cara yang disangka SELAMAT adalah dengan menidak dan memendam…ini yang RISIKO sebenarnya…makin hari, makan bulan…tahun ianya akan menjadi pemangkin kepada kegagalan fungsi tubuh! Badan menjadi asidic dan sel kurang sihat menjadi pemastautin tetap…dan paling ditakuti penyakit itu adalah KANSER. Tak pernah tahu, tak pernah ambil tahu…ini sebahagian literature review yang saya temui di dalam jurnal dan kajian ilmiah yang melibat kajian longitude di luar negara…kajian yang mengambil masa yang lama melihat hubungan perjalanan hidup , stress dan kesihatan…Nauzubillahminzalik…

MAKNA SEBUAH "KEMENANGAN" ~ Kesejahteraan yang tulen...
Bagaimana STRESS, PENDAMAN SILAM selain daripada factor GAYA HIDUP, TABIAT PEMAKANAN, PENCEMARAN…stress adalah penyumbang kepada penyakit. Moral of the story : KEJAYAAN PALING MAHAL dalam kehidupan bergelar individu sebenarnya ada KEBERANIAN…KEBERANIAN UNTUK MENAKLUKI MUSUH PALING GANAS DALAM DUNIA INI iaitu diri sendiri…KESEJAHTERAAN YANG TULEN pasti tidak akan mampu dinikmati secar total andai individu tidak memiliki hubungan yang baik dengan diri sendiri. It is ALL BEGIN “WITHIN YOU”…if you don’t have a GOOD RELATIONSHIP WITHIN YOU , YOU COULD NOT have a remarkable & a good relationship with others kerana apa…kehidupan dan konflik sentiasa bergolak..peperangan dalam diri…ketakutan , kebimbangan, benci, dendam , marah, kesal…jijik dan BAYANGKANLAH ANDA TERPAKSA MENGHABISKAN MASA MELAYANI DAN BERHADAPAN DENGAN ORANG YANG ANDA BENCI , TIDAK SUKA….dan “ORANG ITU ADALAH DIRI ANDA SENDIRI”!!! Maka pergi laut mana sekalipun ke bulan ke bintang, kutub utara, kutub selatan…Paris, London, Dubai…mana ceruk dunia sekalipun untuk memadam dan melupakan trauma dan kesakitan tidak akan mampu berjaya dinikmati…kerana orang ini..INDIVIDU INI AKAN SENTIASA BERADA BERSAMA-SAMA ANDA!!!

INGIN MENKMATI BAHAGIA???
So bagaimana ingin JATUH CINTA, MENYAYANGI DIRI ANDA…memiliki HUBUGAN YANG HARMONIS DALAM KONTEKS “DIRI SENDIRI” ~ mampu melihat dan menikmati hikmah dan makna atas ujian dan dugaan yang dilalui???Ianya harus bermula dari dalam diri…KEBENARAN UNTUK MENIKMATI KESEJAHTERAAN & KEHARMONIAN…atas paksi siapa???Satu persoalan yang saya tinggalkan untuk anda mencari jawapannya….
Bertemu lagi…salam hormat…salam kasih sayang…salam perjuangan dan salam RAHMAT!!!
Semoga kita dipertemukan untuk sama-sama menikmati KASIH YANG SEMPURNA itu!!!
Dapatkan TIPS-TIPS INSPIRASI KEHIDUPAN PERCUMA di http://anizanwar.com ~ Relief, Make Peace & Heal...life can be a MAGNIFICIENT journey provided if we choose to lead our life magnificently! EnjoYYY!!

Salam Transformasi!

Wednesday, January 20, 2010

Kerja Umah Ohh Kerja Umah Part 1

Bismillah,

Diari Hariku…
Bertemu lagi…curi masa sekejap sementara Prof kenit Muiz Hakiem beradu. Menjalani kehidupan alam rumahtangga dan keluarga serta bekerjaya dari rumah memang mencabar tak kurang juga menghiburkan. Lebih-lebih lagi apabila dapat melihat putera puteri yang dikasihi membesar di depan mata, melayan kerenah mereka adakalanya memang mencuit hati dan menguji kesabaran emosi. Di pagi yang indah & segar ini sahaja saya telah diuji dengan PROJEK terbaru prof. cilik Muiz Hakiem …ntah macam mana gayanya tunggang langgang skrin notebook ibu dieksperimennya…tekan sana tekan sini tak sampai beberapa SUDAH TUKAR…magic dia sudah bikin! Hemm…segar sungguh ideamu sesegar pagi yang indah ini yer! Semalam pula dalam leka ibu dan ayah berbual sambilmata mengintai dia ~ berdedikasi dan leka sungguh Muiz ‘mengemas’ baju yang telah disusun auntie Yah…bibik Indon yang diambil ON DUTY di hujung minggu. Seronok benar dia dengan projek barunya sekelip mata tak beberapa saat ibu kerling semula Ya Ampun dia dah duduk dalam laci bajutu pulak, ntah bila masa dia meloloskan diri pun tak perasan…cepat sungguh dan paginie Muiz masih meneruskan dengan SURPRISEnya lagi…Hemm anak bertuah! Mujur juga ibunie mengaji ilmu tingkahlaku dan perlakuan manusia yang amat menyarankan dokongan EKSPLORASI di saat-saat tumbesaran ini, kerana ianya akan bersalingkait dengan PERSONALITI yang dibentuk kemudian hari…kalau ibu tak pergi mengaji dulunie…hissh harus ibu dah hangin satu badan dibuatnya….pasti terserlah lontaran suara ibumu…takyah amik kelas vocal, peacing baik punya ibu lontarkan ~ he he he…

Pernah Menyampah dan Bosan ???
Itulah sebahagian warna-warni bergelar seorang ibu dan suri rumah ini tak masuk lagi cabaran BEKERJAYA dari rumah…memang happening dan multi taskinglaa omputih kata. Baru-baru ini sempat saya mendengar keluhan dan luahan kenalan lama but she is a bit diffren seorang suri rumah sepenuh masa. Dengan putera dan puteri seramai 4 orang berumur dari 15 tahun hingga 3 tahun tanpa pembantu rumah memang mencabar fizikal dan emosi terkadang. Ada ketikanya memang melelahkan semua yang dilakukan serba tak kena…dan tak kurangnya juga kadang timbul pula peraan benci, meluat, menyampah, bosan, letih, rimas dan tak suka tapi emosinie semua bukan benci ke anak, tak suka ke suami dan sebagainya TETAPI benci, menyampah dan bosan dengan rutin harian sebenarnya. Asyik-asyik nak kena mengadap ikan, lauk, dapur, pinggan mangkuk, kain baju, mencuci, mengemas, membasuh kain dan tak lupa juga kebajikan anak-anak yang dikasihi hinggakan kadang terlupa yang diri ini juga perlukan perhatian, perlukan kasih sayang, perlukan kerehatan, penghargaan pendek kata kebajikan diri jangan dilupa dalam sibuk-sibuk siang malam menjaga kebajikan orang lain. Haa disinilah peranannya ILMU tuan, puan , adik kakak abang…makcik dan pakcik yang dikasihi para sahabat semua…

Pengurusan Stress atau Stress Yang “Mengurus”?
Kepentingan ilmu yang dinamakan STRESS MANAGEMENT atau PENGURUSAN STRESS…penting sekalinie kalau tidak jawabnya STRESSlaa yang mengurus kalian tak kena gayanya. HARUS jawabnya dengan usia yang meningkat, tabiat pemakanan, gaya hidup, pencemaran, komitmen kehidupan…segala amanah dan tanggungjawab yang boleh bertukar menjadi BEBAN menambahkan lagi stress makin hari makan bulan …tahun berkampung stress yang dikumpul dan yang dikutip. Inilah yang bakal menjadi FAKTOR penyumbang juga sebenarnya kepada meningkatnya kos perubatan, bil konsultasi berjumpa Doktor, ulang-alik Klinik…hospital…dan tak kurangnya juga masuklah ranking meningkatkan stastitik pesakit-pesakit kronik ringan ~ kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, migrane, slip disc…inbalance hormone, cyst, lump, fibroid dan sebagainya. Itu yang seringkali juga HAJAT DI HATI nak kurus…tak juga berjaya-jaya kurus…KENAPA yer??? RAHSIANYA…stresslaa! Stress merupakan pemangkin yang mujarab sebenarnya terhadap pembiakan sel-sel tubuh yang kurang sihat…Nak tahu lebih lanjut nantikan kupasan yang dinanti-nanti ~ SLIM secara semulajadi dengan mencapai kesejahteraan minda & emosi…SEMULAJADI lebih selamat dan long last orang kata. Nantikan pengumumannya di http://anizanwar.com tunggu yer kawan-kawan semua!!!

Tukar profesion nampak???
Hemm…buat para isteri pastinya dalam perjalanan anda PERNAH bukan melalui emosi sebegini?Timenielaa kadang kesilapan kecil anak yang kurang bersalah akan nampak bersangatan salahnya…apa yang mereka tahu anak kecil, betul tak? Itu yang bukan takat suaranya nyaring siap dengan apa yang sempat dirembat untuk melepas geram pada si anak. Hee ingat lagi kata kawan saya Kak Zuri timenielaa tukar pr ofesion kat pejabat jadi boss, senior exec dan sebagainya kat ngumah tu dia…sudah tukar jadi girl fren tarzan…hee si Jane (bukan tang seksitu kawan-kawan tetapi LONTARAN SUARA) kadang terbabas jugak jadi tarzan…menjerit memberi arahan mahupun memarahi si anak-anak yang kurang bersalah tadi. Hemm…peel lagunie yang perlu hati-hati para sahabat! Kadang ibu mahupun bapa tak perasan mungkin bukan maksud ibubapa melepaskan geram pada anak-anak tetapi TEKANAN yang dialami ibubapa “ter” tidak sengaja di salurkan dengan cara yang SALAH sama sekali. Bahayatu!

Impak stress ringan boleh menjadi mudarat???
Inilah antara SYMTOM STRESS ringan yang boleh menjadi PENDAMAN yang memudaratkan hubungan interpersonal di dalam keluarga. Sehari dua mungkin tidak nampak kesannya tetapi makan tahun bahkan puluhan tahun..hati-hati yang terluka, tercalar, sedih, kecil hati, marah, benci, geram, marah boleh menjadi racun dalam diri dan hubungan tadi. Dan kesannya KEHARMONIAN DAN KASIH SAYANG yang diimpikan dalam sebuah keluarga yang bahagia tidak mampu dinikmati. Impak inilah terkadang menyebabkan kecenderungan individu di dalam sistem keluarga ini MENCARI BAHAGIA DAN SEJAHTERA di luar. Anak, ibu ataupun bapa masing-masing cuba menidakkan ‘masalah yang hadir’ dan mencari alternative di luar sana untuk mengecapi ‘bahagia, keseronokan, kemanjaan dan sebagainya’. Nauzubillahminzalik…

Perkongsian bijak..perkongsian yang dirahmati Allah!
Kesimpulannya apa juga masalah yang hadir dalam rumahtangga haruslah diselesaikan bersama-sama.Lari daripada masalah…MENIDAKKAN masalah yang hadir bukan jawapan yang kemelut isu yang melanda. Kerjasama, pengertian dan saling Bantu-membantu antara satu sama lain amatlah disarankan. Rumahtangga dan perkahwinan adalah perkongsian! Maka jadikanlah perkahwinan dan keluarga kalian satu PERKONGSIAN YANG BIJAK dalam ertikata yang sebenar dimana masing-masing dan sama-sama SALING BANTU-MEMBANTU MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT...bukan sekadar kosmetik mencari keseronokan mahupun pelarian atas tiket kepentingan diri semata-mata natijahnya membenarkan diri menjadi ‘lapangan permainan syaitan’ memperkotak-katikkan diri!

Sehingga bertemu lagi…buat para isteri, suri rumah berkerjaya mahupun sepenuh masa…SELAMAT MENEROKAI KEINDAHAN diberi kesempatan dan HADIAH juga AMANAH bergelar ibu, isteri, nenek , tok wan, grandma…nikmatilah kehidupan ini kerana apa sesungguhnya kalian SANGAT BERTUAH & TERPILIH berbanding insan lain yang kadang ingin sekali memegang jawatan & amanah ini tetapi tiada yang masuk meminang, tiada yang melamar untuk menjadi suri hidup insane bergelar suami ada pula berumahtangga masih tidak dikurniakan cahayamata dan sebagainya. Hidup mungkin sunyi…sepi…kosong tanpa ‘makna’ bahagia yang dicari dimana hari ini kita yang “terpilih ini’ diberi kesempatan “MENIKMATINYA ~ erti bahagia segelintir insane lain yang sangat-sangat mendambakannya tetapi tidak diizinkan Allah lagi”…hilai tawa, riang, hiruk pikuk, menjerit…menangis…syukur dan keterujaan alam keluarga dan perkahwinan…Sekejapnya pun anak-anak nak memeriahkan hidup kita…esok lusa sambung pengajian duduk di asrama, masuk universiti, kolej…berkahwin haa jangan nangis sunyi sowang-sowang sudah…InsyaAllah kalau nilai murni memuliakan Allah…memuliakan ibubapa dan kebahagian mereka kita MODELkan dalam rumahtangga kita insyaAllah pastinya anak-anak juga akan mencerap nilaian murni dan positif ini, insyaAllah mereka juga akan membahagiakan kita! Haa jangan lupatu skrip doa memohon anak-anak yang memberi kelapangan kepada ibubapa…pentingtu! ~ This is MY LIFE! I LOVE LIFE…I “LIVE” LIFE…

Relief and RE-LIVE your journey…jumpa kalian dalam Klinik Sukses!

Salam Harmoni & Hepi-hepi Selalu!

Thursday, January 14, 2010

Dahsyatnya Doa Part 1

Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

Bismillah,

DOA & HARAPAN BUAT ANAK YANG DIKASIHI
Bertemu lagi musim persekolahan 2010 telahpun bermula.Pelbagai persediaan kelengkapan pastinya berikan buat putera dan puteri yang tersayang. Besar sekali harapan ibubapa yang mengharapkan anak yang dikasihi mencipta kejayaan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga kehidupan seluruhnya. InsyaAllah bukan sahaja bahagia dan berjaya di dunia tetapi juga berkekalan hingga ke akhirat dan sesungguhnya juga DOA dari anak-anak yang soleh inilah SAHAM ibubapa yang menjadi bekal apabila pulang dijemput Ilahi.

JANGAN DIPANDANG SEPI…
Dalam sibuk-sibuk memberikan PERSEDIAAN yang bersifat lahiriah jangan
sesekali dipandang sepi peranan doa, sokongan, kasih sayang dan menghidup RUH iman mereka yang mendaulatkan Allah dalam aturcara kehidupan mereka. Pentingtu!Bahkan PALING PENTING sebenarnya maklum sahaja tuntutan dunia hari ini terkadang boleh membuatkan para ibu mahupun bapa terleka mengejar kemewahan, wang ringgit, pangkat. Masa yang ada banyak diisi dengan memenuhi tuntutan
kerjaya dan hubungan social…HATI-HATI dengan perangkap syaitantu! Dikhuatiri sibuk mencari dunia SAHAM AKHIRAT yang satunie lupa nak disemai…lupa nak ditanam…risikotu!

IKHTIBAR KEHIDUPAN…DAHSYATNYA DOA!
Pentas kehidupan menyaksikan banyak ikhtibar...baru-baru saya berkesempatan membaca buku Dahsyatnya Doa Ibu. Memang dahsyat! Memang tepat sekali JANJI ALLAH keredhaan Allah berada di dalam di dalam keredhaan ibubapa , jika ibubapa tidak redha dikhuatiri terkadang jalan sukar ditemui anak-anak dalam mencipta kejayaan mahupun membina kesejahteraan dan kebahagiaan yang dicari. Keramat doa ibubapa ini hebat, DOA mereka laju macam roket tiada tapisan! Maka rebutlah hati ibubapa...raihlah perhatiannya mudah-mudahan mereka mendoakan YANG TERBAIK buat kita.
Secara jujurnya itu jugalah yang saya pelajari, tidak dinafikan segelintir masalah yang hadir ke sesi , ada bersangkutan dengan hubungan dengan ibubapa. Baru-baru ini saya dihadirkan dengan satu lagi kes yang sangat MENARIK PERHATIAN saya…HIKMAH UNTUK DITELADANI ~ betapa pentingnya mendoakan keturunan yang mendirikan solat dan menjadikan Islam dan memburu keredhaan Allah sebagai matlamat kehidupan. Kisahnya ujian seorang ibu yang pening kepala dan hamper sahaja putus harapan dengan tingkahlaku dan akhlak anaknya…anak yang punya potensi tidak tahu mana silapnya akhirnya tegah melakukan perkara yang tidak pernah terfikir oleh ibubapa. Dan apabila diterokai hatinya memang kering…kering bagaimana? Hati si anak seolah tiada deria dan perasaan apabila melihat kesusahan dan kesedihan hati ibu dan bapa yang tercalar akibat tingkah dan sikapnya. Kenapa jadi begini? Apabila diselidiki rupa-rupanya ada hubungkait dengan hubungan dengan Allah, dalam usia yang sudah menjengah alam dewasa bila diajukan bagaimana dengan solat? Katanya solat dan hubungan dengan Allah baginya tidak penting ada yang lebih penting mahu dibereskan…seolahnya memenuhi masa dengan kawan-kawan, mencari keseronokan lebih penting. Solat hanya sesekali ikut mood nak buat…buatlah, kalau rasa tak nak buat tak perlu nak buat jika hanya sekadar tempelan kepura-puraan menipu diri sendiri mahupun ibubapa. Wahh! Baru saya mengerti memang PENINGlaa si ibu dibuatnya….lelah dibuatnya!Nauzubillahminzalik…

DOA TULUS DAPAT MENGELAKKAN INDIVIDU DARIPADA DIBAHLULKAN!
Dan dari situ saya belajar…sememangnya peranan DOA sangat penting bukan sahaja bila dah terantuk baru nak terngadah tetapi lebih advance dari itu setiap detik…setiap saat DOAKANLAH YANG TERBAIK untuk diri sendiri, ibubapa, anak-anak dan keturunan agar MENDIRIKAN DAN MEMELIHARA SOLAT! Penting sekali jangan lupa mudah-mudahan dengan doa tulus yang dipanjatkan pada Ilahi dapat memelihara diri kita begitu insan-insan yang kita kasihi daripada mudah terjeremus dalam perangkap syaitan yang durjana. Hati yang lalai dan jauh dari Allah takkan tenang…bila hati kotor…tidak tenang syaitan akan lebih mudah MEMBAHLULKAN diri manusia mengikut perangkapnya…Itu yang hati jadi kering, kontang…hitam apa juga nasihat, peransang, teguran pastinya sekadar mencurah air ke daun keladi. Dan PALING DIKHUATIRI hati ibu mahupun bapa yang tercalar akan LEBIH MEMUDARATKAN kehidupan anak tadi kerana setiap kepercayaan, kata-kata, lontaran minda ibubapa adalah DOA dan gelombang yang dicerap dengan baik oleh alam dan Allah swt…Maka untuk itu, disini juga INGATAN DAN PERKONGSIAN untuk kita semua agar lebih ikhlas, suci hati dan bersangka baik dengan setiap ujian Allah dan YANG PASTI ikhtibar hari ini JANGAN LUPA MENDOAKAN YANG TERBAIK untuk insan-insan yang kita kasihi terutamanya dalam kupasan kali ini…zuriat yang kita kasihi!

KUASA DOA…
Mudah-mudahan DOA kita mampu menjadi PENYELAMAT, PENAWAR DAN PENCETUS KEJAYAAN, KEGEMILANGAN, KESEJAHTERAAN, KEHARMONIAN dan tidak lupa pastinya iringan REDHA & RAHMAT ILAHI serta KESELAMATAN darINYA mengiringi setiap detik dan langkah…untuk diri kita, ibubapa dan insan-insan yang dikasihi…pasangan, putera, puteri dan saudara Islam seluruhnya.Begitu HEBAT peranan dan penangan DOA boleh mengubah realiti insan…

Ingin mengetahu dan menelusuri RAHSIA KEAJAIABAN KUASA DOA, SAINS MINDA dan bagaimana pengaruh kepercayaan minda atau Law Of Attraction mengesani kehidupan dan cara mengubahnya? Temui saya dalam pembongkaran eksklusif Life Coaching Program Klinik Sukses!
Tarikh : 30hb Januari 2010
Masa : 10pagi hingga 5.30petang
Lokasi : Nur Qudrah Holistic Solutions, Sec. 18, Shah Alam
Bayaran : RM280
Dapatkan info lanjut dan PREVIEW percuma di http://kliniksukses.anizanwar.com

Relief…Make Peace…Enjoy and RE-LIVE your journey… Jangan sesekali berputus asa atas rahmat Allah!!!…DIA MAHA BERKUASA…DIA MAHA AGUNG…setiap
detik-setiap saat keajaiban TERUS berlaku…KUNCI KEBENARAN
DALAM DIRI UNTUK MENIKMATI TRANSFORMASI…I’ve been, I’ve
SEEN…MasyaAllah…LOVE ALLAH…LOVE LIFE…LIVE LIFE ~ LIFE CAN BE
PHENOMENAL FOR US IN MAGNIFICENT WAY…Unsangkarable…tiada
yang mustahil jika Allah mengizinkanNYA…

TEROKAI KEINDAHAN…NIKMATI KEAJAIBAN…temui anda di dalam Klinik Sukses… !
Jumpa Lagi!

Salam Rahmat ;
Pn Aniz Hj Anwar
EFT Practitioner
Counsellor/Therapist
YM : nizwar75
H/P : 012-3915362

Subscribe & dptkan Ebook RAHSIA AURA & INSPIRASI KEHIDUPAN percuma di http://anizanwar.com
Personal Life Coaching KLINIK SUKSES di http://kliniksukses.anizanwar.com