Friday, January 22, 2010

Di Sebalik Tabir Kehidupan : Memori & Trauma Mangsa Rogol

Bismillah,
Tak mengantuk pulak mata malamnie so apalagi ambil peluanglaa di keheningan malam saat penghuni teratak hamba yang dikasihi sekalian lena diulit mimpi…he he he mimpi ker mereka, tidak kot tidur tahap delta gamaknya…nyenyak sekali! Ini sudah bagus…Yes!!! Enjoy my playtime…playing with my keyboard maklum sejak dua menjak tiga menjak terpaksa bersaing dengan lil.prof kat ngumahnie memang selalunya ibu terpaksa mengalah jawabnya beroperasi from hplaa di kebanyakan syukur ke hadrat Ilahi atas kiriman hadiahnya…pengertian & sokongan dari boyfren tercinta yang menghadiahkan Blackberry…lega banyak tak payah lagi nak berebut dengan Prof. ciliktu…Kalautidak jawabnya mengadap diajerlaa dengan eksperimen dan eksplorasi Muiz Hakiem setiap hari. Maka dengan amannyalaa ibu dapat melayani para sahabat yang membutuhkan bantuan secara online! I LOVE MY LIFE…I “LIVE” MY LIFE…Kalau tidak terpaksa ibu memendam perasaan tengok notebooknie buat-buatlaa takde deria padahal Ya Allah Ya Tuhanku ‘banyaknya’ ilmu dan rahmatMu boleh aku panjangkan…akhirnya berkat sabar & ikhlas berbalas Allah tunjukkan jalan… sebab niatku UNTUKMU!!! Memakmurkan Allah dengan hamparan-hamparan HIKMAH, PENAWAR DAN RAHMAT yang diutuskan ke dunia ini…dengandisplin pengajian ilmu yang namanya TINGKAHLAKU PERLAKUAN MANUSIA atau lebih dikenali kaunseling.

PERLU CERMAT...
Oklaa tanpa ceeta panjang kalinie saya akan mengupas sebahagian lagi inspirasi dan ikhtibar kehidupan yang mungkin sedang mahupun telah berlaku dalam perjalanan mahupun di sekitar kehidupan para pembaca yang budiman sekalian. Jika mengikuti kupasan artikel yang lepas-lepas @ di laman web saya pernah menyentuh isu ini tetapi tidak mendalam. Dah lama saya nak buat artikel ini cuma ISU ini AGAK BERAT dan saya harus benar-benar “CERMAT” mengupasnya agar HIKMAH itu akan lebih terserlah. Bukan sama sekali bermaksud membuka keaiban siapa-siapa TETAPI inilah REALITI KEHIDUPAN yang harus sama-sama kita bereskan bersama sebagai tanggungjawab social dan AMANAH untuk memberi INSIGHT dan hidayah kepada masyarakat lebih-lebih atas nama persaudaraan Islam yang saya kasihi! (Untuk itu senang sekali jika tuan/puan moderator sama-sama dapat memberikan laluan ini untuk sama-sama kita 'selamatkan' para sahabat yang mungkin terperangkap di luar sana...insyaAllah banyak sekali ganjaran yang mampu kita nikmati atas usaha kecil & murni ini...Amin...InsyaAllah)

MANGSA...
Isunya bukan sesuatu yang janggal sebetulnya malah dewasa ini sesautu perkara biasa bagi sebahagian besar kelompok masyarakat khususnya para remaja. Cuma kali ini ianya dilihat daripada perspektif TANPA KERELAAN DIRI…atau lebih tepat lagi menjadi manga…apakah isu tersebut???R.O.G.O.L atau seangkatan dengannya mangsa pencabulan …mungkin situasi ini berlaku ketika mangsa masih kecil, awal remaja…naïf dan lebih memilukan lagi perkara terkutuk ini DILAKUKAN oleh orang yang rapat dengan mangsa. Bolehjadi pakcik, abang ipar, ayah tak kiralaa ayah kandung atau tiri, sepupu, abang angkat , teman lelaki dan sebagainya….YANG PENTING “MEMORI DAN LEKATAN SILAM” ini benar-benar menyakitkan…KEPERCAYAAN YANG DICALAR, HARAPAN YANG DIPERMAINKAN…DAN KESUCIAN yang dinodai.

KESAN LUKA INI SESUNGGUHNYA AMAT PERIT SEKALI…
Individu yang terperangkap di dalam ujian ini lazimnya merasa MALU, BENCI, MARAH DAN JIJIK dengan diri sendiri. Bagi yang belum berkahwin ‘kenikmatan seks’ yang dirasakan sebelum HALAL inilah yang membelenggu diri …itu yang kadang tanpa dokongan kekuatan spiritual , emosi dan minda yang mantap untuk berubah akhirnya TERPERANGKAP dan TERUS MEMBENARKAN DIRI MENCARI MANGSA DAN MENJADI MANGSA. Cara mudah…hubungan social yang terjalin ditambah pula sekarang ini kecanggihanTEKNOLOGI yang ada tidak kira sama ada suami orang, isteri orang, ‘anak teruna’, ‘anak dara’ , mangsa penceraian ~ balu, janda, duda…pendek kata siapa sahaja boleh terus dibelenggu mencari KENIKMATAN YANG PURA-PURA ini untuk melindungi kesakitan silam…kebencian silam yang dilalui!

KISAH KEMBOJA
Bagi para sahabat yang pernah atau berpeluang mengikuti kisah KEMBOJA di saluran Astro Prima pastinya akan lebih memahami pergolakan yang dilalui oleh SEORANG INDIVIDU yang menjadi mangsa incest @ sumbang mahram ayah sendiri...sama juga konteksnya dalam trauma mangsa rogol sebenarnya...pergolakan yang sama. Walaupun terpelajar, memiliki kepandaian dan kepintaran tetapi disebabkan PENDAMAN BENCI, MARAH, KESAL, DENDAM kehidupan masih terus dibayangi dan dibelenggu dengan KESAKITAN DAN TRAUMA yang dilalui walaupun ianya sudah berlaku berpuluh tahu…berbelas tahun…malah individu itupun sebenarnya “TELAH SELAMAT “daripada ancaman bapa yang bertopengkan syaitan ~ apabila mangsa telahpun keluar dari rumah tersebut dan memiliki kerjaya dan kehidupan yang agak baik. Namun ianya masih berlegar dalam relung yang lebih kurang sama Cuma bezanya menjadi mistress pula kepada seorang tokoh korporat…keluar mulut buaya masuk mulut naga. PERNAH TERFIKIR???Bagaimana keadaan sebegini boleh berlaku…ingin sekali KELUAR DARI KEPOMPONG DIRI YANG MELEMASKAN tetapi tidak berdaya…masih terus terperangkap…ALHAMDULILLAH!!! Syukur ke hadrat Ilahi di awal pembabitan saya dalam dunia kaunseling saya juga bertanyakan persoalan yang sama sebenarnya…BAGAIMANA & MENGAPA ianya masih berterusan..bergelumang dengan dosa…akhirnya saya menemui JAWAPANNYA…

MAINAN EMORI VS PERANGKAP MINDA
Ianya bersalingkait dengan CERAPAN MINDA, GAYA ASUHAN, PENDIDIKAN, LATAR BELAKANG dan SISTEM KEPERCAYAAN…dan terkini seperti selalu yang disebut-sebut inilah sebahagian PERANGKAP…Perangkap apatu para sahabat???Perangkap LAW OF ATTRACTION…AFFIRMASI MINDA…selalunya bila menyebut Law of attraction..affirmasi minda pastinya yang terbayang adalah NILAIAN POSITIF yang meransang penjanaan personality tetapi kali ini terbalik pulakan??? Yes…apabila kita telah terperangkap dan SERINGKALI juga memainkan MEMORI SILAM yang sama berulang-ulang kali NATIJAHNYA amat buruk sebenarnya…aktiviti ini sama seperti kita menonton filem yang sama berulang kali…realistiknya apabila filem yang sering ditonton dimainkan berulang-ulang kali segala plot cerita, skrip almost everything kita HAFAL and that’s it…IANYA MENJADI PERANGKAP KEPADA “DUNIA YANG DICIPTA OLEH MANGSA” itu sendiri sebenarnya…inilah yang saya namakan JATUH CINTA! Jatuh cinta dengan kesakitan dan trauma…takut, bimbang untuk melepaskan pergi memori tersebut dan cara yang disangka SELAMAT adalah dengan menidak dan memendam…ini yang RISIKO sebenarnya…makin hari, makan bulan…tahun ianya akan menjadi pemangkin kepada kegagalan fungsi tubuh! Badan menjadi asidic dan sel kurang sihat menjadi pemastautin tetap…dan paling ditakuti penyakit itu adalah KANSER. Tak pernah tahu, tak pernah ambil tahu…ini sebahagian literature review yang saya temui di dalam jurnal dan kajian ilmiah yang melibat kajian longitude di luar negara…kajian yang mengambil masa yang lama melihat hubungan perjalanan hidup , stress dan kesihatan…Nauzubillahminzalik…

MAKNA SEBUAH "KEMENANGAN" ~ Kesejahteraan yang tulen...
Bagaimana STRESS, PENDAMAN SILAM selain daripada factor GAYA HIDUP, TABIAT PEMAKANAN, PENCEMARAN…stress adalah penyumbang kepada penyakit. Moral of the story : KEJAYAAN PALING MAHAL dalam kehidupan bergelar individu sebenarnya ada KEBERANIAN…KEBERANIAN UNTUK MENAKLUKI MUSUH PALING GANAS DALAM DUNIA INI iaitu diri sendiri…KESEJAHTERAAN YANG TULEN pasti tidak akan mampu dinikmati secar total andai individu tidak memiliki hubungan yang baik dengan diri sendiri. It is ALL BEGIN “WITHIN YOU”…if you don’t have a GOOD RELATIONSHIP WITHIN YOU , YOU COULD NOT have a remarkable & a good relationship with others kerana apa…kehidupan dan konflik sentiasa bergolak..peperangan dalam diri…ketakutan , kebimbangan, benci, dendam , marah, kesal…jijik dan BAYANGKANLAH ANDA TERPAKSA MENGHABISKAN MASA MELAYANI DAN BERHADAPAN DENGAN ORANG YANG ANDA BENCI , TIDAK SUKA….dan “ORANG ITU ADALAH DIRI ANDA SENDIRI”!!! Maka pergi laut mana sekalipun ke bulan ke bintang, kutub utara, kutub selatan…Paris, London, Dubai…mana ceruk dunia sekalipun untuk memadam dan melupakan trauma dan kesakitan tidak akan mampu berjaya dinikmati…kerana orang ini..INDIVIDU INI AKAN SENTIASA BERADA BERSAMA-SAMA ANDA!!!

INGIN MENKMATI BAHAGIA???
So bagaimana ingin JATUH CINTA, MENYAYANGI DIRI ANDA…memiliki HUBUGAN YANG HARMONIS DALAM KONTEKS “DIRI SENDIRI” ~ mampu melihat dan menikmati hikmah dan makna atas ujian dan dugaan yang dilalui???Ianya harus bermula dari dalam diri…KEBENARAN UNTUK MENIKMATI KESEJAHTERAAN & KEHARMONIAN…atas paksi siapa???Satu persoalan yang saya tinggalkan untuk anda mencari jawapannya….
Bertemu lagi…salam hormat…salam kasih sayang…salam perjuangan dan salam RAHMAT!!!
Semoga kita dipertemukan untuk sama-sama menikmati KASIH YANG SEMPURNA itu!!!
Dapatkan TIPS-TIPS INSPIRASI KEHIDUPAN PERCUMA di http://anizanwar.com ~ Relief, Make Peace & Heal...life can be a MAGNIFICIENT journey provided if we choose to lead our life magnificently! EnjoYYY!!

Salam Transformasi!

No comments: