Tuesday, October 14, 2014

Inspirasi Jejak Cinta Jannah ~ Penenang Hidup Boleh Menyelamatkan Suami Di Akhirat

PENENANG HIDUP BOLEH MENYELAMATKAN SUAMI DI AKHIRAT 



Semoga pengisian ini mampu merubah rumahtangga kalian ke arah rumahtangga yang lebih ceria, berseri dan diredhai Allah...Panjang-pangjangkan perkongsian maklumat ini...To Dr Ikmal sungguhpun saya tidak mengenali beliau tapi TERIMA KASIH UTK ARTIKEL YG BERNAS DAN PENUH HIKMAH.

Seorang lelaki yang belum berkahwin tentu bercita-cita 
untuk memiliki seorang wanita yang boleh menjadi teman 
hidup, boleh memberi kebahagiaan zahir dan batin dan 
ketenangan dalam rumahtangga.Mereka yakin hanya wanita 
yang ‘baik’ saja yang boleh memberi ketenangan. 
Lantaran itu tidak pelik ada lelaki yang memesrai 
ramai wanita lain sebagai teman berhibur, tetapi 
enggan menjadikan mereka isterinya. Sebaliknya memilih 
wanita yang terpelihara, yang belum dimesrai oleh 
mana-mana lelaki sebagai suri dalam hidupnya. 

Itulah sebenarnya fitrah semua lelaki. Inginkan agar 
wanita yang menjadi teman hidupnya boleh menjadi 
sumber ketenangan pada hatinya dan kebehagiaan dan 
kegembiraan dalam rumahtangga demi untuk menyambung 
zuriatnya. 

Tidak semua wanita boleh memberi ketenangan hidup pada 
lelaki yang menjadi suaminya. Wanita yang ada 
meletakkan cinta pada orang lain, tentulah tidak akan 
dapat menggembirakan suami. Betapa ramai hari ini 
isteri-isteri yang teralih pandangannya pada lelaki 
lain yang ditemui setiap hari di tempat kerja, di 
tempat menunggu bas, lelaki yang ditemui semasa 
berurusan dengannya yang mana ada di antara mereka 
lebih kacak, lebih mesra, lebih kaya dan memangnya 
pandai memikat. Lelaki yang tidak pernah memikirkan 
samada wanita itu isteri orang ataupun anak dara orang 
sememangnya akan memburu dan membujuk rayu wanita itu 
untuk dapat memuaskan dorongan nafsu jahat. 

Isteri yang malang akan terperangkap dan akan 
hilanglah keindahan hidup dalam rumahtangga kerana 
hatinya sudah dapat digugat oleh lelaki lain. Cintanya 
telah berbelah bagi. Perhatiannya pada suami sudah 
tidak seseriuos seperti masa mula-mula kahwin dulu. 
Makin hari makin hendak larikan diri daripada suami. 
Apa lagi kalau semakin hari semakin nampak kelemahan 
dan kecacatan suami. Maka berfikir dan beranganlah 
mereka untuk hidup di samping lelaki lain yang ditemui 
saban hari di tepi-tepi jalan, di tempat kerja atau di 
mana saja. Sehingga kerana itu layanan pada suami 
makin kurang. 

Kasih begini memang telah berlaku dan pernah 
diceritakan dalam kitab. Kisah seorang wanita muda 
yang bersuamikan lelaki tua. Wanita muda yang jadi 
isteri itu hari-hari ke pasar membeli barang 
keperluaannya disebabkan oleh suaminya uzur dan sudah 
tua. Bertemulah dia dengan seorang penjual yang muda 
dan kacak. Pada mulanya dalam hati wanita itu biasa 
saja, tiada apa-apa perasaan lain bila berurusan 
dengan lelaki itu. Tetapi setelah kerap kali berjumpa
timbul pula perasaan lain di dalam hatinya. Hatinya 
mula membandingkan lelaki itu dengan suaminya. Mulalah 
dia nampak suaminya tidak ‘handsome’ dan tua. Sehingga 
hatinya mula terpikat pada pemuda itu. tetapi dia 
wanita solehah. Tidak mahu syaitan mempermainkannya 
dan tidak sanggup untuk curang pada suami yang banyak 
berjasa padanya. 

Lalu apabila balik ke rumah dia pun mengadu pada 
suaminya tentang keadaan dirinya. Dia meminta pada 
suaminya untuk tidak mahu ke pasar lagi. Dia tidak 
mahu bertemu lagi dengan lelaki kacak pada pandangan 
matanya, demi menjaga iman dan untuk taat pada 
suaminya. 

Begitulah kisah seorang wanita solehah. Apa jadi kalau 
wanita yang tidak baik mengalami kisah begitu? Tentu 
dilayan kemahuan hati untuk menjadi kekasih hati 
lelaki lain apabila hati sudah tawar dengan suami. Ini 
jugalah puncanya yang menyebabkan banyak rumahtangga 
yang runtuh pada hari ini kerana isteri sudah tidak 
merasa suami itu istimewa pada dirinya yang sepatutnya 
dilayan sebaik-baiknya dan dimuliakan 
setinggi-tingginya. Didahulukan segala kemahuan dan 
hajatnya lebih dari orang lain walaupun kedua ibu 
bapanya sendiri. Kebanyakan wanita hari ini memandang 
perintah memuliakan atau mentaati suami sebagai tidak 
patut dan menganggap perintah itu sebagai menghina 
kaum wanita sehingga menjadi hamba abdi suami. 

Isteri sebegini, yang tidak nampak lelaki lain yang 
lebih hebat, lebih baik terhadap dirinya melainkan 
suaminya akan meletakkan sepenuh kasih sayang, cinta 
dan ketaatan pada suaminya. Dia akan sentiasa 
mencari-cari apa saja perlakuan yang menyenangkan hati 
suami. Mencari apa yang menjadi keghairahan suami dan 
menjauhkan diri dari membuat perkara yang suami tidak 
suka dan boleh menghilangkan bahagia pada hati suami. 
Seterusnya sangat takut untuk melakukan perkara yang 
boleh menggugat kebahagiaan dalam rumahtangga yang 
telah dibina. Lebih takut lagi untuk derhaka pada 
suami kerana takut kemurkaan Allah yang akan 
melemparkan isteri-isteri yang derhaka dalam neraka. 

Dari Abu Hurairah r.a dia berkata: Di tanya orang, “Ya 
Rasulullah manakah wanita yang baik?” Rasulullah saw 
menjawab; 

“Wanita yang baik ialah wanita (isteri) yang selalu 
menggembirakan suaminya, bila suaminya melihat 
kepadanya, ia selalu patuh, bila suaminya 
memerintahnya, dan dia tidak mahu melanggarnya baik 
pada diri peribadinya, mahupun harta bendanya menurut 
yang tidak disukai suaminya.” 

Siti Fatimah anak Rasulullah saw, pernah sekali secara 
tidak sengaja telah membuat suaminya Sayidina Ali r.a 
tersinggung hatinya. Lalu dia telah mengelilingi 
Sayidina Ali sebanyak 72 kali meminta kemaafan dan 
keredhaan dari suaminya itu. Perbuatannya mengelilingi 
Sayidina Ali itu telah menyebabkan beliau ketawa, 
yakni redha kembali pada isterinya Siti Fatimah. Tapi 
Siti Fatimah masih bimbang dan terus mengadu terhadap 
Rasulullah. Apa kata Rasulullah terhadap peristiwa 
itu? sabda baginda: 

“Wahai Siti Fatimah, kalau engkau mati dalam keadaan 
Ali tidak redha padanya nescaya aku ayahandamu tidak 
akan menyembahyangkan jenazahmu.” 

Begitu sekali pentingnya isteri menjaga hati suami 
agar jangan sampai kecil hati, apa lagi kalau 
perbuatan itu menimbulkan kemarahan dan kebencian di 
hati suami. Hendaklah dijauhkan agar tidak berlaku di 
dalam rumahtangga kita. Biarlah kita jadi wanita 
penenang dan penyejuk hati suami dalam rumahtangga 
sepertimana sabda Rasulullah saw bahawa baginda 
mencintai tiga perkara iaitu sembahyang, wangi-wangian 
dan wanita solehah. Biarkanlah wanita yang tidak 
solehah itu berkata perbuatan memuliakan dan 
mentaatkan suami itu sebagai kerja menghina atau 
mengabdikan kaum wanita, kerana tempatnya sudah 
bersedia menunggu. Cuma kita sebagai orang Islam, 
doakan mereka semoga dia insaf akan kata-katanya itu. 

Wanita solehah akan jadi perhiasan yang tinggi 
nilainya dalam rumahtangga, sumber penyejuk dan 
kebahagiaan hati suami. Memandangnya sudah cukup 
membuatkan suami lupa pada masalahnya. Atau pun merasa 
ringan dari segala bebanan. Tenang untuk menghadapi 
hari esok kerana di sampingnya ada satu sumber yang 
memberi kekuatan dan ketenangan hati dengan izin Allah 
swt. 

Berbahagialah suami yang memiliki isteri-isteri yang 
sepertimana difirmankan Allah dalam surah An Nisa ayat 
34 yang bermaksud: 

“maka sang isteri (wanita-wanita) yang baik itu ialah 
mereka yang setia kepada suaminya, mereka selalu 
memelihara kehormatan dirinya selama suaminya tiada di 
rumah, sebagaimana Allah telah memeliharanya.” 

Memang telah Allah jadikan wanita itu sebagai 
pelengkap hidup bagi lelaki. Dengan memesrai dan 
menggauli wanita yang jadi isterinya, lelaki boleh 
melepaskan ketegangan seks dan ketegangan fikiran 
setelah penat bertungkus lumus di tempat kerja. 
Persoalan di tempat kerja kadang kala begitu berat dan 
cukup meletihkan bagi kaum lelaki. Ketika itu lelaki 
amat memerlukan hiburan. Hiburan yang tertinggi bagi 
seorang lelaki ialah wanita, iaitu isterinya. 

Wanita yang dihalalkan baginya ialah isteri yang telah 
dikahwini secara sah di sisi syariat. Tetapi ada juga 
lelaki yang mencari hiburan melalui wanita yang bukan 
isterinya. Mereka dampingi wanita liar yang bebas, 
yang boleh diajak ke hulu ke hilir, ataupun mereka 
kunjungi wanita di rumah urut, tempat pelacuran, yakni 
hiburan yang terpaksa dibayar setiap kali minta 
dilayan. Duit habis, layanan pura-pura dan dosa kerana 
buat maksiat akan memburu mereka di akhirat nanti. 
Entah-entah kerana dosa itu mereka akan merempat hina 
di neraka yang penuh seksa. Itulah pentingnya lelaki 
memiliki seorang isteri yang sedia untuk melayan 
suaminya. Samada layanan dalam keperluan makan minum, 
pakaian dan fikiran juga lanan dari segi seksual. 
Kerana layanan itulah yang akan dapat menyelamatkan 
suami dari mencari hiburan dan ketenangan di tempat 
lain. Seterusnya boleh menyelamatkan para suami dari 
melakukan dosa. 

Layanan dari segi seksual penting apabila suami 
berhajat. Sehingga Rasulullah saw berpesan dalam 
hadisnya kepada para isteri supaya mereka melayani 
hajat suami sekalipun mereka berada di atas belakang 
unta, mesti ditunaikan juga. Tetapi, wanita yang tidak 
solehah akan memandang pesanan sabda Rasulullah saw 
ini sebagai tidak ada otak dan semua kaum lelaki 
bertuhankan nafsu seksual. 

Ada diceritakan, di antara para sahabat Rasulullah saw 
yang berpuasa apabila berbuka mereka menggauli 
isterinya terlebih dahulu. Ini disebabkan melepaskan 
dorongan seks akan mendatangkan ketenangan pada 
lelaki. Apabila tenang barulah datang rasa khusyuk 
sewaktu beribadah. 

Jangan disebabkan oleh terlalu letih bekerja, isteri 
merera berat untuk menunaikan hajat suami. Sehingga 
suami berasa kecil hati dan mendongkol. Isteri-isteri 
yang begitu akan dilaknat oleh Allah sebagaimana hadis 
Rasulullah. Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi saw, 
bersabda: 

“Bila seorang telah mengajak isterinya ke tempat 
tidurnya (untuk menggaulinya), lalu ia enggan datang, 
dia dikutuk oleh malaikat hingga waktu subuh.” 
Riwayat Bukhari dan Muslim 

Jika isteri-isteri betul-betul dapat menyediakan diri 
dan rumahtangga sebagai sumber dan tempat suami dan 
ahli keluerga mendapat ketenangan, insyaAllah suami 
itu akan semakin bersungguh-sungguh untuk beribadah, 
bersembahyang, membaca Al Quran, zikir wirid dan 
melakukan kebaikan dengan hati yang lapang, bila dia 
keluar rumah. Sebaliknya bila dia keluar rumah, 
hatinya tidak bimbang meninggalkan rumah kerana dia 
yakin ada orang yang disayanginya dapat memelihara 
amanahnya dan rumahtangga. Tidaklah fikirannya 
diganggu oleh persoalan rumahtangga yang remeh-temeh. 
Merdekalah fikirannya untuk memikirkan dan 
melaksanakan tugas seorang lelaki yang lebih besar dan 
berat yang telah diamanahkan kepadanya di luar rumah. 

Ketenangan yang didapati oleh seorang suami dari 
seorang isteri solehah memungkinkan suaminya untuk 
mencapai kejayaan hidup di dunia. Ia akan memungkinkan 
suami berjaya dan maju dalam perjuangannya, dalam 
kariernya dan sebagainya. Dan boleh menyelamatkan 
mereka di akhirat dari seksa Allah kerana berkat 
layanan dan ketenangan yang didapati dalam rumahtangga 
menghalang dari bertindak liar dan curang di belakang 
isteri. 


Bagaimana...para isteri, tersentak kita dari lamunan? Sebenarnya saya sendiri banyak "terkesan" dari artikel ini. Banyak manfaat dan ilmu yang diperolehi khususnya dalam MEMAHAMI RUANG  @ WORLDVIEW HIDUP SEORANG LELAKI BERGELAR SUAMI. Sememangnya sebagai insan kita tidak terlepas dari kesilapan dan kelemahan diri namun itu bukanlah alasan untuk kita terus terperangkap dalam masalah dan hidup dalam lena semalam. Untuk menikmati hidup yang bahagia, harmonis dan sejahtera ILMU, KUASA BERTINDAK dan STRATEGI memainkan peranan yang sangat penting. Kursus perkahwinan yang dihadiri TIDAK MEMADAI untuk menjadi bekal menghadapi liku-liku, pancaroba dan cabaran. Maka jalan terbaik selain membaca, menghadiri ceramah, seminar adalah dengan berguru, alhamdulillah berbekal keazaman dan keinginan yang murni untuk melihat LEBIH RAMAI pasangan menjalani hidup berumahtangga maka lahirlah Module Jejak Cinta Jannah yang mengupas perincian, ilmu, pengetahuan, pengalaman dan skil untuk menangani cabaran dalam rumahtangga. 

 GUIDE TO SUCCESSFULL MARRIAGE  ~

Kelas Bimbingan Jejak Cinta Jannah
Lokasi : Baiti Rizqi Hjh Aniz , Seksyen 7, Shah Alam.

Berminat untuk mendalam ilmu tentang kesejahteraan dan menjemput kebahagian dalam rumahtangga??? Sila SMS / Whatsapp ke...
>> 012.391.5362 <<


No comments: