Monday, July 6, 2015

Resepi Menjemput Rumahtangga Yang Bahagia

Bismiilahirrahmanirrahim...



Melayari kehidupan berumahtangga bukanlah sesuatu perjalanan yang mudah, kenyataan hidup boleh menjadi MIMPI yang sangat ngeri jika tiada ilmu, kesabaran, kefahaman, toleransi dan keyakinan yang tinggi dan jelas untuk memburu keredhaan Allah swt dan syurgaNya. Saban waktu saya diperdengarkan dengan pelbagai isu, pahit manis dan cubaan hidup alam berumahtangga. Dan selalu juga saya sebutkan dalam hidup ini terkadang ada satu waktu dan ketikanya "sesuatu yang sulit, sukar dan teruji" harus kita jalani...itulah BUKTI KEKUASAAN dan KEHEBATAN Allah swt ; ada perkara yang bagaimana hebat sekalipun sayangnya, ilmunya, pengetahuannya, penjagaannya terkadang teruji juga. MENGAPA agaknya? Mahu tidak mahu sebagai hamba kita harus AKUR dengan perencanaan Allah swt namun perlu diingat ujian hidup, masalah dan kepayahan bukanlah tiket untuk kita lebih menjemput kebingungan dan kebuntuan dengan LARI daripada masalah. 

Keberanian, kejujuran dan keikhlasan adalah BUKTI JELAS sebuah harga diri dan kehormatan juga PETANDA kemenangan diri bakal diraih. Mengakui penuh redha segala takdir yang berlaku...kelemahan yang sememangnya tidak terlepas daripada diri pasangan dan SEDAR hidup ini kita punya PILIHAN sama ada kita INGIN MEMBINA dan MENJADI LEBIH BAHAGIA juga BELAJAR daripada kesilapan atau sebaliknya. Tidak perlu untuk terus ditambahkan sulit beban masalah hidup yang tersedia mencabar hari ini dengan membenarkan api kemarahan, kebencian, kesedihan, terkilan dan kekecewaan meluap-luap menguasai diri dan memusnahkan diri.

Tidak salah untuk menegur....tidak ada salahnya untuk menasihati dan membimbing pasangan tidak kira sama ada di pihak suami ataupun isteri tetapi SATU PERKARA YANG PERLU DIPELAJARI DAN DIKUASAI DENGAN CEMERLANG JUGA BIJAKSANA adalah memastikan RUH menegur, menasihati, membimbing tadi disertailah dengan jiwa yang penuh kasih dan sayang demi melihat dia bersemadi tersenyum bahagia bersamamu In sha Allah di syura nanti. Tetapi CABARAN skil, kemahiran, pengalaman dan penguasaan seperti AMAT SUKAR dan JARANG sekali dapat dikuasai dengan lancar, hebat dan mudah tanpa berguru dan belajar apatah lagi bagi pasangan yang baru berkahwin sedang yang telah lama berkahwin pun masih juga ada lagi yang tidak faham tentang perihal ini. Bersama saya tidak kira sama ada di dalam sesi kaunseling juga Marriage Coaching "perkara wajib" inilah yang saya perjelaskan dahulu keutamaannya.

Melihatkan viral isu yang begitu HANGAT diperbualkan di media sosial baru-baru ini , sebagai kaunselor perkahwinan tertarik saya untuk memberi pandangan dari sudut profesional. Ketahuilah setiap yang berlaku itu ada HIKMAH yang cukup besar sebenarnya untuk pasangan juga insan seluruhnya belajar, In sha Allah. Sesungguhnya masalah tidak akan jadi sulit jika kita lebih usaha lagi untuk saling memberi ruang untuk belajar untuk mendengar, menyelami , memahami, menghormati dan SABAR dalam memutuskan sesuatu tindakan ataupun perkara yang ingin dilakukan. Marah-marah, kekerasan, membentak-bentak apatah dengan tindakan "menelanjangkan" aurat rumahtangga juga suami sebegitu pastinya sangat meluka dan mencalar maruah pihak dan pasangan yang terlibat. Kita selalu punya Allah swt PEMILIK segala isi alam ini untuk kita berdoa, mengadu...lupaaaa sedang DIALAH Pemilik Agung CINTA seisi dunia dan makluknya...kita ditakluki cinta, kasih sayang, menjemput keharmonian harus teguh dan gigih carilah Allah ....hadirkan cinta yang penuh kasih mencintai dan menyayangi pasangan suami mahupun isteri kerana Allah swt In sha Allah maka dengan sendirinya akan TERBAHAGIA!! Walaupun kekurangan mahupu kelemahan wujud tapi disitulah "kesempurnaan Cinta Ilahi" mencukup dan menyempurnakan cinta kasih sepasang suami isteri yang jelas dan teguh menyemai cinta memburu redha Ilahi.

Untuk MENGHINDARI segala kebejatan isu-isu rumahtangga, kacau bilau, ketidakharmonian dan kedinginan maka rangkumkan TIPS ringkas ini untuk rujukan. Semoga memberi MAKNA dan BERMANFAAT untuk semua khususnya buat mereka yang mencintai kebahagian, kasih sayang, kebaikan dan keberkahan menjalani hidup berumahtangga...

Tips 1 ~ Sila semak semula MATLAMAT Perkahwinan (Supaya terhindar semak...serabut..sesat dan keliru)
? Semak balik MATLAMAT perkahwinan ? Kadang apa yang diperolehi daripada "post-mortem" dengan pasangan tidak kiralah yang baru ataupun yang lama RUH untuk memburu redha Allah swt tidak didengarkan. Jauh sekali untuk berdoa dan YAKIN, NAMPAK dan RASA dengan "mental picture" yang jelas untuk ke syurga Allah swt. Kalaupun ada komennya "kabur Hajjah , saya tak nampak pasangan saya sampai ke situ...tak tahu Hajjah blur...saya blank dalam bab ini. MALAH ada ketika saya sendiri ragu-ragu..."

Tips 2 ~ Hidupkan GPS Memburu Cinta Jannah Dalam Perkahwinan
? Bergerak dari sini sudah cukup untuk memperlihatkan betapa "longgarnya" sandaran, halatuju dan GPS Cinta Jannah @ sejati itu. No doubt bila pasangan teruji engkar, miskin, sakit, keliru, curang dan sebagainya akan membuatkan semuanya jadi carca marba.

Tips 3 ~ Ingat Pasangan Anda Bukan Musuh Anda...Musuh Anda Yang Sebenar Adalah Syaitan
? Kementerian Dassim memang BESTlah syok gila spesis nie jika berjaya melaksanakan misi memporak-peranda mahligai cinta pasangan yang telah berkahwin...satu keraian....satu kemenangan makanya PERLU diingatkan apabila terjadinya perselisihan faham, konflik , isu dan seumpamanya ingatlah sematkan dalam hati "pasangan anda BUKAN MUSUH anda ; musuh anda adalah syaitan".

Tips 4 ~  Milikilah Hati Yang Penuh Kasih Sayang Dan Sedia Memaafkan Kelemahan Pasangan
? Milikilah hati yang selalu sedia untuk memaafkan kekurangan dan kelemahan pasangan namun perlu diingatkan kekurangan dan kesilapan BUKAN pula satu TIKET untuk terus mengulangi mahupun menyakiti antara satu sama lain.

Tips 5 ~  Selalu Berusaha Menjadi Yang Terbaik Buat Pasangan Dan Membahagiakannya.
? Berusahalah untuk selalu menjadi yang terbaik dan membahagiakan antara satu sama lain kerana Allah swt....bukan kerana hambanya mudah-mudahan segalanya akan menjadi lebih bahagia, lancar, harmoni dan indah kehidupan ini untuk dijalani.

Tips 6 ~ Jangan Malu atau Sombong Untuk Meminta Kepada Allah swt. Setiap solat dan impian sertaikanlah SKRIP DOA :
  • "Ya Allah Ya Tuhanku jadikanlah kami pasangan suami isteri yang soleh dan solehah yang mampu membahagiakanMu penuh seluruh kehidupan kami. Jadikan kami pasangan yang bahagia dan saling membahagiakan antara satu sama lain. Hiasilah Ya Allah rumahtangga kami dengan kasih sayang, keharmonian, ketaatan, cinta, kebaikan dan kesejahteraan yang dapat mendekatkan kami kepada kejayaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat juga mendekati syurgaMu"
In sha Allah mudah-mudahan segala ANUGERAH yang dititipkan Allah swt tidak menjadi kita kufur, leka dan lalai dengan dunia yang sementara dan penuh tipu muslihat. Semuanya digemblingkan untuk kembali memperhebatkan Allah sebagai tanda kesyukuran atas limpah kurniaanNya.

Tips 7 ~ Lapangkan Hati dan Selalu Bersangka Baik Kepada Allah swt.
? Ikhlaskanlah hati dan REDHA dalam menempuhi liku-liku perjalanan alam berumahtangga. Sangka baik selalu pada Allah, saat Allah menurunkan ujian itu juga bermakna Allah swt sedang mendatangi kita maka berbahagialah untuk LEBIH POSITIF dan berdoa yang baik-baik mudah-mudahan termakbul.

Tips 8 ~ Perkahwinan Ikatan Suci Dan Takutkanlah Azab Seksaan Allah swt
? Perkahwinan itu satu ikatan yang suci jangan pernah sekali untuk terfikir mencemarinya. Hati yang liar bermula dari pandangan MATA sebab itulah tidak kiralah sama ada suami atau isteri..."lower your gaze". FEAR ALLAH...moga takutkan Allah akan selalu menjaga kita. Jaga Allah...jaga jejak jejak syurga kita dan tolong pasangan kita untuk turut sama beriringan mencapai redha Ilahi.

Tips 9 ~ Jangan Campakkan Halangan Diri Untuk Bahagia Di Dunia dan Akhirat
? Di akhir-akhir perjalanan dan kemuncak kehidupan kita berimpian untuk ke syurga Allah swt. Maka usahlah kita campakkan halangan-halangan yang akan menyukarkan perjalanan kita bertemu denganNya. Begitu juga untuk urusan kita di dunia untuk lebih bahagia, sukses dan sejahtera. Hiduplah untuk hari ini dan memandang ke hadapan bukan semalam yang telah ditinggalkan mudah-mudahan hati akan lebih bahagia, terhibur dan bersyukur.

Tips 10 ~  Bagaimana Mencari Cinta...Menjemput Cinta?
?? Cinta itu MILIK Allah swt. Perkahwinan yang sukses itu merangkumi 3 elemen penting Allah, suami dan isteri...komitmen , keyakinan dan usaha yang berterusan untuk terus menghubung ERAT ikatan ini sehingga ke Jannah ?

Tips 11 ~ Dapatkan Khidmat Profesional
? Dan akhir sekali sebelum konflik menjadi lebih runcing dan haru biru dapatkanlah bantuan profesional. Mohonlah kepada Allah swt agar diberikan pimpinan dan bimbingan untuk memilih yang terbaik demi perjalanan dunia dan akhirat yang lebih bahagia dan sejahtera.

Tips 12 ~ Hindari Campur Tangan Pihak Ketiga
? Dan elakkanlah campur tangan pihak ketiga yang barangkali cenderung untuk bertindak "bias" dalam memberi nasihat mahupun solusi. Beri ruang dan peluang untuk pasangan belajar dan memperbaiki diri, berusahalah penuh hadir untuk sama-sama menjaga cinta dan amanah yang dititipkan Ilahi dalam perjalanan ini. Hiduplah dengan penuh bahagia untuk menyantuni kehidupan dan mereka yang hadir dalam perjalanan kita bukan sebaliknya In sha Allah mudah-mudahan Allah swtakan berbahagia menyantuni kehidupan kita dengan penuh bahagia....Aamiin Allahumma Aamiin Ya Allah!
#seekprofesionalhelp
#googlesahajainshaAllahjumpa
#kitabukanhidupdizamanbatu
#onlinekaunselingpunBOLEH
#tiadaalasansebenarnyauntukmerekayangMEMILIHBAHAGIA
#danbenarkandirinyaBAHAGIA
#stopstressingSTARTliving
#youcanHEALifyouWANTto
#Allahtakpernahzalim
 
Selamat mencuba TIPS ringkas ini! Sebar luaskan untuk SENYUMAN yang lebih bahagia (^_^)


Inspirasi Cinta Jannah ,
Hjh Aniz Hj Anwar
Kaunselor /Life Coach

Tuesday, March 3, 2015

7 Isyarat Perkahwinan Perlukan "First Aid" @ Khidmat Pakar Kaunselor Perkahwinan

Bismillah...






Menjalani alam perkahwinan tidaklah seindah alam impian di saat mabuk kepayang dalam dunia percintaan. Apatah lagi apabila usia perkahwinan menginjak dari hari ke hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun ; ada di kalangan pasangan yang mengambil mudah perkara yang dianggap remeh namun hakikatnya makan tahun boleh makan dalam. Keadaan ini bukan sahaja menjadi 'accumulated stress' yang terkumpul tetapi jangan terkejut ianya juga boleh mengesani keharmonian, kerukunan dan kebahagian dala rumahtangga. Terasa hati, kecil hati, bengkak hati, marah, sedih, terkilan , geram, hampa dan kecewa adakalanya dipendam sahaja kerana tidak mahu masalah menjadi lebih rumit dan ingin memastikan kelangsungan rumahtangga yang berkekalan. Apakah BENAR tindakan ini benar-benar berbaloi untuk kesejahteraan dan kebahagian alam perkahwinan dan keluarga untuk jangka masa panjang??? Mari kita lihat ISYARAT ini ; semoga bermanfaat untuk pasangan yang memilih bahagia dan membenarkan bahagia mengiringi JEJAK CINTA JANNAH yang didambakan...Ku tunggumu di pintu syurga, benarkah?? Mampukah jika lelah, kesakitan, ketidaktenteraman dan ketidakharmonian ini dibiarkan berlegar menghiasi ruang dan iklim perkahwinan yang dilayari bersama???

7 Isyarat Perkahwinan Menuju Gerbang Kehancuran....

*Jika symptom @ isyarat ini dibenarkan berterusan tanpa ada usaha , komitmen dan kerjasama pasangan untuk memperbaikinya.

1. Faktor Sambil Lewa @ Complacent ~ Sungguhpun sesebuah perkahwinan itu dibina atas dasar cinta dan sayang namun sikap sambil lewa, kurang prihatin, tidak ambil peduli tentang kondisi mahupun peranan yang perlu dimainkan sebagai seorang pasangan yang berkahwin tidak kiralah sebagai seorang isteri, ibu, suami mahupun ayah boleh membawa kepada rasa ketidakpuasan dalaman. Emosi yang teruji lelah tanpa perhatian, acuh tidak acuh, tidak bersungguh , tidak mempunyai motivasi dalaman yang tinggi untuk membawa dan menghidupkan keluarga mencapai taraf mahupun transformasi kehidupan yang lebih baik boleh sahaja menjadi faktor menjemput suasana yang hambar dan longlai dalam perkahwinan. Apabila kehadiran pasangan tidak lagi mampu membantu urusan mencipta keluarga yang bahagia ditambah pula dengan personaliti trait warisan yang terkadang dibawa tanpa disedari turut memberi kesan mudarat terhadap perkahwinan. Ini termasuklah sifat pemalas, panas baran, suka mengkritik, menghina, mengungkit, berhutang, tidak bijak mengurus kewangan, boros, memukul, membuli dan lepas tangan tanpa kesungguhan ikhlas untuk berubah diri menjadi lebih baik akan menyulitkan lagi keadaan untuk pasangan memilih untuk mampu bertahan.

2. Berlaku Pengabaian atau Ambil Mudah ~ Sebagai pasangan jangan sesekali terlepas pandang, usah sesekali merasakan perkahwinan anda tiada kelemahan atau 'infallible' ; di sekeliling kita juga sering terlihat dan berlaku pasangan yang kelihatan pada dasarnya secocok, sejoli tiba-tiba berlaku pergeseran sehinggakan ada pula yang berakhir dengan penceraian. Dalam perkahwinan harus saling mengusahakan untuk punya waktu untuk meraikan antara satu sama lain, menyediakan waktu untuk selalu mendengar dari hati (bukan hanya melepaskan batuk di tangga telinga mendengar tangan pula asyik dan kusyuk melayan gadjet, menonton TV dsbnya) , mengucapkan terima kasih, memberi penghargaan, memaafkan, kerjasama dan bertimbang rasa dan saling mengasihi antara satu sama lain. Peranan suami juga isteri untuk selalu menyiapkan diri bergandingan erat saling membahagiakan, menguatkan , lengkap melengkapi juga  mendoakan penuh ruh kasih sayang untuk melihat pasangan di syurga Allah berupaya menjadi AGEN PENGIKAT KASIH yang sangat menakjubkan. Doa, usaha dan tindakan pasangan seharusnya beriringan untuk menjayakan rumahtangga yang bahagia bukannya sebaliknya. Makanya disini tepuk dada tanyalah diri anda apa yang anda lakukan mendekatkan diri anda dengan kebahagian rumahtangga dan redha Allah atau sebaliknya??? Dan paling penting juga jangan sesekali "take for granted" pasangan anda, cinta itu juga perlu disuburkan dengan hadiah kasih sayang yang menghidupkan bukan sekadar dibiarkan sahaja tanpa belaian dan perhatian. Rasa-rasa yang terpinggir, tidak disayangi, tidak diperlukan, tidak dipedulikan boleh menjerat perkahwinan kepada kancah konflik yang lebih rumit dan tidak harmoni.

Jangan Bunuh CINTA HATI yang diamanahkan dengan kealpaan, kesombongan, keegoaan, kekeliruan, kejahilan dan kegilaan serta kedegilan yang melulu ; ia sama sekali tidak membantu perjalanan rumahtangga yang diberkahi, bahagia dan sukses untuk hari ini dan akan datang apatah lagi nanti untuk perjalanan akhirat. Sehingga berlaku penceraian, perebutan harta, anak-anak, dendam, terluka dan seumpamanya ianya sangat tidak bagus untuk perkembangan sahsiah, pembangunan diri, psikologi dan personaliti anak-anak yang sedang membesar. Maka betulkanlah keadaan yang 'kurang betul' ini kerana Allah...KENAPA PERLU KERANA ALLAH??? Kalau bukan kerana Allah...tidak menyayangi diri yang terpedaya dengan huru hara dan bisikan syaitan, tidak gentar dan takut dengan azab dan peringatan seksaanNya nescaya perjuangan untuk menjemput keharmonian, kemaafan dan percaya diri untuk berubah pasti akan lebih menyiksa dan menjadi lebih sulit. Semua yang ada di dunia ini adalah MILIK ALLAH begitu jugalah segala gejolak rasa yang membebani diri mana mungkin kalau sandaran ingin sembuh dan bahagia tidak menuju EMPUNYA MILIK-NYA, pastinyalah sukar. Ingin berubah itu harus datang dari hati benar-benar IKHLAS dan REDHA dengan takdir dan ujian yang dijalani hanya dengan kerendahan dan penyerahan diri ini sahaja berupaya MENJEMPUT KEBAHAGIAN, KASIH SAYANG, CINTA JUGA KEINDAHAN yang lebih bermakna serta disyukuri.

"Sesungguhnya cinta manusia itu tidak sempurna...namun dengan meletakkan CINTA ALLAH sebagai sandaran matlamat dan kebahagian hati itulah nanti yang akan menjadikan kehidupan suatu perjalanan cinta yang amat sempurna...saling menyayangi, saling mengasihi, saling menghidupkan dan membina juga menguatkan perjalanan dunia untuk menjemput syurga di akhirat nanti, In shaa Allah"

3. Tidak Mengambil Perhatian ~ Ada sesetangah pasangan yang sama sekali memilih untuk tidak mengambil peduli tentang pasangannya tidak kiralah sama ada dari segi perubahan emosi marah, sedih, lapar, kecewa, engasingkan diri, rasa terkilan, geram, sihat, sakit begitu jugalah dengan soal perapian diri ,  penampilan diri dan sebagainya. Sikap kurang mengambil perhatian tentang teguran, perubahan tingkahlaku, emosi mahupun setiap bahasa tubuhnya boleh juga menyebabkan kebosanan, mengundang lelah dan tidak kurang juga buntu. Pastinya suasana dan iklim rumahtangga sebegini kurang segar dan kurang sihat untuk pembentukan dan pembinaan rumahtangga dan keluarga yang bahagia, anak-anak melihat suasana suram, dingin dan hambar ibubapanya. Konsekuen dari cerapan ini jugalah boleh menyebabkan tiada keseronokan berada di rumah dan menyebabkan isi rumah mencari keseronokan di luar rumah. Dan jangan terkejut anak-anak juga kadang bersikap inner rebel, memendam dan membentuk sikap individualistik di dalam dirinya. Bila kegembiraan dan kebahagian tiada di rumah  yang sering juga berlaku maka akan hadirlah magnet-magnet tarikan dari luar perkahwinan. Alhamdulillah sekiranya yang menarik magnet di luar itu perihal usaha-usaha yang positif sibukkan diri dengan kuliah agama, ke masjid, kerja-kerja kemasyarakatan juga kebajikan dan sebagainya namun ahaaa...bagaimana pula ceritanya jika yang tertariknya itu kepada hiburan dan maksiat,  tipu daya, muslihat yang musibat...Nauzubillahminzalik...Jangan sampai begitu sehingga "konflik perkahwinan" dijadikan TIKET pula untuk menjadi "liar" dan mengundang kemurkaan Allah swt di luar perkahwinan.

4. Tidak Menghabiskan Masa Berkualiti Bersama ~ Ya, tidak dinafikan cabaran hidup pasangan hari ini mahu atau tidak kita berdepan dengan cabaran MASA YANG BEGITU MENCEMBURUI...apatah lagi apabila kedua-dua pasangan suami isteri bekerja dan tanpa disedari banyak masa dan tenaga dihabiskan untuk mencari rezeki demi kelangsungan hidup dan ekonomi. Sehingga kadang waktu malam, selepas waktu bekerja masih jua terpikul dengan bebanan kerja. Keharmonian dan keseimbangan menguruskan keluarga, kerjaya sudah tiada lagi pesempadanan maka jangan terkejut suasana dan iklim perkahwinan juga menjadi cacar-marba. Sehari dua mungkin juga pasangan masih mampu boleh bertahan tetapi apa pula kisahnya jika bertahun-tahun, hilang makna dan seri melewati alam perkahwinan sehingga suami isteri sekadar menjadi roomate sahaja tidak lebih dari itu manakala rumah pula menjadi hotel. Perkahwinan hanya atas kertas ; kesibukan dan komitmen keras membanting tulang, kederat dan minda demi boleh menyebabkan lesu menggagahi perkahwinan banyak kes juga yang berlaku sehinggakan ada yang sampai hilang nafsu, tiada energi untuk menyentuh isteri...tiada lagi hubungan intim dan seksual yang seharusnya menjadi hidangan , terapi juga hiburan yang tertinggi dan bahagia di pandang Allah sebagai ladang kebajikan dan mengutip pahala. Sekali lagi  janganlah terkejut jika hati yang bungkam, sendat, perasaan yang kelat, pahit dan kecewa serta hampa akan akhirnya terungkai dizahirkan secara tanpa sengaja menerusi tindak tanduk, bahasa lisan dan layanan. Itu yang tanpa disedari akan ada sahaja isu yang boleh mencetuskan pergaduhan. Itu belum lagi untuk kisah keluhan-keluhan yang lain, tidak membantu urusan di rumah, anak-anak dan seumpamanya. Sedangkan semua ini adalah AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang perlu diberikan dan ditunaikan secara adil, harmoni dan bijaksana.

5. Kurangnya Komunikasi ~ Mungkin ada yang beranggapan dalam perkahwinan itu kurang bercakap ada kebaikannya ho ho ho tidak rupanya untuk kebanyakkan hal, dalam menjamin kelangsungan rumahtangga yang bahagia itu pasangan itu seharusnya berupaya menjadi sahabat yang selalu sedia dan setia mendengar, kekasih yang selalu mampu memberikan kedamaian serta kebahagian dan memainkan peranannya sebagai seorang isteri ataupun suami yang selalu setia menguat, memimpin dan melengkapi kekurangan diri. Bila yang suka..yang tak suka banyak didiamkan, dipendamkan maka akan timbul nanti pra-sangka, kekeliruan dan juga kepercayaan-kepercayaan yang negatif ; kesemua ini sudah pastinya  tidak sihat untuk perjalanan rumahtangga yang bahagia. Satu isu HOT yang menjadi trending luahan di dalam sesi kaunseling kini adalah perihal ANCAMAN teknologi kepada institusi perkahwinan. Rata-rata yang hadir pastinya akan menyentuh tentang isu pasangan lebih banyak bercakap dan menghubungkan dirinya dengan 'DUNIA MAYA'...berbanding pasangan hu hu hu sehinggakan jika inginkan PERHATIAN dan kehadiran pasangan untuk mendengar ataupun berbincang kena berwhatsapp dengan suami sendiri walaupun di dalam rumah...ho ho ho this is NOT RIGHT ya!!! Don't ever let the technology ruin your marriage...BE WISE!! Jangan kerana smartphone di tangan rumahtangga anda lingkup...Nauzubillah!! Knock...knock...sila "sedarkan diri" (^_^)

6. Menyembunyikan Masalah Di Bawah Permaidani ~ Ada segelintir pasangan yang memilih untuk tidak berbicara mahupun berbincang tentang masalah atau isu yang boleh mengundang mereka kepada perbalahan. Dan menjadi tanggapan isu tersebut dibiarkan sahaja tanpa ada usaha mahupun ruang untuk memperbaiki kelemahan yang hadir. Nobody likes conflict, but sweeping issues under the rug ultimately causes MORE DAMAGE than addressing them directly. You think they’ll disappear by not talking about them, but in reality they gain momentum until eventually they wreak havoc and cause resentment. Resolve conflict by learning conflict resolution skills. It will change the potential for disaster to the potential for a wonderfully connected relationship...Aha! So again be wise seek profesional help and marriage counselor to handle this matter. Don't let the 'junk' destroy your marriage!!

7. Perbalahan Yang Tidak Terungkai @ Selesai ~ 'Unresolved arguments' ataupun pertikaian yang berbangkit dikenalpasti menjadi salah satu faktor utama yang boleh mengundang kegagalan dalam perkahwinan. Sikap sambil lewa, menghindari pertikaian dan menafikan kewujudan masalah dalam sesebuah perkahwinan menyebabkan pasangan akan terus bergelumang dan terperangkap dalam episod lelah, kesulitan, kepayahan, kesakitan juga penderitaan yang sama. These are the fights that repeat themselves and escalate as time goes on; giving them that hopeless feeling that nothing will ever change or be the same again. The root of these arguments goes deep so it’s critical to find out what you’re really fighting about. Setiap pasangan itu mempunyai sejarah luka yang dalam dan tersendiri sehinggakan perasaan yang tercalar yang dipendam itulah nanti yang akan mencetuskan @ trigger juga menjadi PUNCA kepada pertikaian yang berbangkit yang lebih kronik dan dalam walaupun barangkali ia telah lama berlaku. Antara isu yang lazim termasuklah pengabaian, pengkhianatan, tidak jujur, kecurangan dan seumpamanya. Lazim apa yang membuatkan keadaan menjadi lebih sulit dan sukar untuk pasangan menemukan titik perdamaian dan keharmonian apabila masing-masing masih menyimpan memori kesakitan kisah semalam, belum memaafkan dari hati dan melepaskan penuh ikhlas dan redha.

Maka disinilah peranan kepakaran kompetensi seorang kaunselor perkahwinan yang arif berupaya membantu NAMUN perlu diingatkan dalam hal ini peranan seorang kaunselor hanyalah membantu pasangan untuk lebih menyelami dan menyedari kelemahan juga kelebihan POTENSI serta RUANG yang boleh diperbaiki dan diusahakan oleh pasangan demi untuk meneruskan lagi perkahwinan yang diangkat satu ketika dahulu dengan janji sumpah setia untuk mengharungi suka, duka, bahagia, derita bersama-sama kerana CINTA. Inilah yang saya katakan CINTA untuk harus mampu mengenal diri...dan mencari PEMILIKNYA! Tiada garis panduan dan kompas yang lebih ohsem dan menakjubkan melainkan menjadikan GPS CINTA JANNAH itu sebagai sandaran dengan menghubungkan  diri  mencari REDHA ILAHI bukan kemurkaannya yang dipalit syaitan dan kepalsuan yang keliru. Ingat saat diuji dalam menjalani alam perkahwinan yang bermacam warna dan rasa...pasangan anda bukan musuh anda TETAPI musuh anda yang sebenar adalah syaitan oleh itu segala api benci, kemarahan, kehampaan, putus asa, buntu, keliru, sedih, terkilan, lemah, tidak berdaya , lelah dan dendam dilepaskan....harus dibuang dan dicampak jauh-jauh barulah yang indah, yang wangi, yang berseri, yang bahagia dan memberi senyuman mampu dinikmati dan diraih penuh jiwa nan bahagia serta disyukuri.

Dan percayalah dengan GARIS PANDUAN serta ISYARAT cinta yang perlu disubur dan diperbaiki ini saya percaya In shaa Allah TIADA ALASAN sebenarnya untuk pasangan tidak memilih dan membenarkan bahagia, keharmonian, kerukunan dan keindahan melewati kehidupan mereka. Sebagai pasangan dan individu kita berhak untuk memilih untuk menghidupkan , membangunkan dan menyemarakkan lagi cinta kasih yang berpanjangan bersama si dia insan yang tercinta menuju syurga yang hakiki...BERSAMA DI FIRDAUSI itulah matlamat kita! Kecuali ...kecuali jika masih ada di kalangan pasangan yang tetap terus tekad dan teguh memilih perpisahan, penceraian dan membubarkan perkahwinan barangkali di kebanyakan situasi telah ada pengganti yang kononnya sudi untuk bernikah dengannya atau hati terlalu sakit, lelah dan banyak terluka sehingga tidak mampu untuk memilih bertahan dan bahagia bersama pasangan dan jalan melepaskan serta keluar dari ikatan perkahwinan untuk lebih bahagia dan menenangkan.

Ketahuilah Allah swt itu Maha Kaya...DIA Lebih Mengetahui apa yang terbaik ; tidak semua kekal dalam perkahwinan lebih baik dan tidak semua juga penceraian itu tidak baik apapun kembalilah kepada Allah swt mohonlah pimpinan dan petunjukNYA moga kemelut dan konflik yang dijalani diberi suluhan yang menyinar juga membahagiakan hari muka...duniawi dan ukhrawi, In shaa Allah!

Insprasi Hati...Jejak Cinta Jannah!  
Hjh Aniz Hj Anwar
012.391.5362