Melayari kehidupan berumahtangga bukanlah sesuatu perjalanan yang mudah, kenyataan hidup boleh menjadi MIMPI yang sangat ngeri jika tiada ilmu, kesabaran, kefahaman, toleransi dan keyakinan yang tinggi dan jelas untuk memburu keredhaan Allah swt dan syurgaNya. Saban waktu saya diperdengarkan dengan pelbagai isu, pahit manis dan cubaan hidup alam berumahtangga. Dan selalu juga saya sebutkan dalam hidup ini terkadang ada satu waktu dan ketikanya "sesuatu yang sulit, sukar dan teruji" harus kita jalani...itulah BUKTI KEKUASAAN dan KEHEBATAN Allah swt ; ada perkara yang bagaimana hebat sekalipun sayangnya, ilmunya, pengetahuannya, penjagaannya terkadang teruji juga. MENGAPA agaknya? Mahu tidak mahu sebagai hamba kita harus AKUR dengan perencanaan Allah swt namun perlu diingat ujian hidup, masalah dan kepayahan bukanlah tiket untuk kita lebih menjemput kebingungan dan kebuntuan dengan LARI daripada masalah.
Keberanian, kejujuran dan keikhlasan adalah BUKTI JELAS sebuah harga diri dan kehormatan juga PETANDA kemenangan diri bakal diraih. Mengakui penuh redha segala takdir yang berlaku...kelemahan yang sememangnya tidak terlepas daripada diri pasangan dan SEDAR hidup ini kita punya PILIHAN sama ada kita INGIN MEMBINA dan MENJADI LEBIH BAHAGIA juga BELAJAR daripada kesilapan atau sebaliknya. Tidak perlu untuk terus ditambahkan sulit beban masalah hidup yang tersedia mencabar hari ini dengan membenarkan api kemarahan, kebencian, kesedihan, terkilan dan kekecewaan meluap-luap menguasai diri dan memusnahkan diri.
Tidak salah untuk menegur....tidak ada salahnya untuk menasihati dan membimbing pasangan tidak kira sama ada di pihak suami ataupun isteri tetapi SATU PERKARA YANG PERLU DIPELAJARI DAN DIKUASAI DENGAN CEMERLANG JUGA BIJAKSANA adalah memastikan RUH menegur, menasihati, membimbing tadi disertailah dengan jiwa yang penuh kasih dan sayang demi melihat dia bersemadi tersenyum bahagia bersamamu In sha Allah di syura nanti. Tetapi CABARAN skil, kemahiran, pengalaman dan penguasaan seperti AMAT SUKAR dan JARANG sekali dapat dikuasai dengan lancar, hebat dan mudah tanpa berguru dan belajar apatah lagi bagi pasangan yang baru berkahwin sedang yang telah lama berkahwin pun masih juga ada lagi yang tidak faham tentang perihal ini. Bersama saya tidak kira sama ada di dalam sesi kaunseling juga Marriage Coaching "perkara wajib" inilah yang saya perjelaskan dahulu keutamaannya.
Melihatkan viral isu yang begitu HANGAT diperbualkan di media sosial baru-baru ini , sebagai kaunselor perkahwinan tertarik saya untuk memberi pandangan dari sudut profesional. Ketahuilah setiap yang berlaku itu ada HIKMAH yang cukup besar sebenarnya untuk pasangan juga insan seluruhnya belajar, In sha Allah. Sesungguhnya masalah tidak akan jadi sulit jika kita lebih usaha lagi untuk saling memberi ruang untuk belajar untuk mendengar, menyelami , memahami, menghormati dan SABAR dalam memutuskan sesuatu tindakan ataupun perkara yang ingin dilakukan. Marah-marah, kekerasan, membentak-bentak apatah dengan tindakan "menelanjangkan" aurat rumahtangga juga suami sebegitu pastinya sangat meluka dan mencalar maruah pihak dan pasangan yang terlibat. Kita selalu punya Allah swt PEMILIK segala isi alam ini untuk kita berdoa, mengadu...lupaaaa sedang DIALAH Pemilik Agung CINTA seisi dunia dan makluknya...kita ditakluki cinta, kasih sayang, menjemput keharmonian harus teguh dan gigih carilah Allah ....hadirkan cinta yang penuh kasih mencintai dan menyayangi pasangan suami mahupun isteri kerana Allah swt In sha Allah maka dengan sendirinya akan TERBAHAGIA!! Walaupun kekurangan mahupu kelemahan wujud tapi disitulah "kesempurnaan Cinta Ilahi" mencukup dan menyempurnakan cinta kasih sepasang suami isteri yang jelas dan teguh menyemai cinta memburu redha Ilahi.
Untuk MENGHINDARI segala kebejatan isu-isu rumahtangga, kacau bilau, ketidakharmonian dan kedinginan maka rangkumkan TIPS ringkas ini untuk rujukan. Semoga memberi MAKNA dan BERMANFAAT untuk semua khususnya buat mereka yang mencintai kebahagian, kasih sayang, kebaikan dan keberkahan menjalani hidup berumahtangga...
Tips 1 ~ Sila semak semula MATLAMAT Perkahwinan (Supaya terhindar semak...serabut..sesat dan keliru)
? Semak balik MATLAMAT perkahwinan ? Kadang apa yang diperolehi daripada "post-mortem" dengan pasangan tidak kiralah yang baru ataupun yang lama RUH untuk memburu redha Allah swt tidak didengarkan. Jauh sekali untuk berdoa dan YAKIN, NAMPAK dan RASA dengan "mental picture" yang jelas untuk ke syurga Allah swt. Kalaupun ada komennya "kabur Hajjah , saya tak nampak pasangan saya sampai ke situ...tak tahu Hajjah blur...saya blank dalam bab ini. MALAH ada ketika saya sendiri ragu-ragu..."
Tips 2 ~ Hidupkan GPS Memburu Cinta Jannah Dalam Perkahwinan
? Bergerak dari sini sudah cukup untuk memperlihatkan betapa "longgarnya" sandaran, halatuju dan GPS Cinta Jannah @ sejati itu. No doubt bila pasangan teruji engkar, miskin, sakit, keliru, curang dan sebagainya akan membuatkan semuanya jadi carca marba.
Tips 3 ~ Ingat Pasangan Anda Bukan Musuh Anda...Musuh Anda Yang Sebenar Adalah Syaitan
? Kementerian Dassim memang BESTlah syok gila spesis nie jika berjaya melaksanakan misi memporak-peranda mahligai cinta pasangan yang telah berkahwin...satu keraian....satu kemenangan makanya PERLU diingatkan apabila terjadinya perselisihan faham, konflik , isu dan seumpamanya ingatlah sematkan dalam hati "pasangan anda BUKAN MUSUH anda ; musuh anda adalah syaitan".
Tips 4 ~ Milikilah Hati Yang Penuh Kasih Sayang Dan Sedia Memaafkan Kelemahan Pasangan
? Milikilah hati yang selalu sedia untuk memaafkan kekurangan dan kelemahan pasangan namun perlu diingatkan kekurangan dan kesilapan BUKAN pula satu TIKET untuk terus mengulangi mahupun menyakiti antara satu sama lain.
Tips 5 ~ Selalu Berusaha Menjadi Yang Terbaik Buat Pasangan Dan Membahagiakannya.
? Berusahalah untuk selalu menjadi yang terbaik dan membahagiakan antara satu sama lain kerana Allah swt....bukan kerana hambanya mudah-mudahan segalanya akan menjadi lebih bahagia, lancar, harmoni dan indah kehidupan ini untuk dijalani.
Tips 6 ~ Jangan Malu atau Sombong Untuk Meminta Kepada Allah swt. Setiap solat dan impian sertaikanlah SKRIP DOA :
- "Ya Allah Ya Tuhanku jadikanlah kami pasangan suami isteri yang soleh dan solehah yang mampu membahagiakanMu penuh seluruh kehidupan kami. Jadikan kami pasangan yang bahagia dan saling membahagiakan antara satu sama lain. Hiasilah Ya Allah rumahtangga kami dengan kasih sayang, keharmonian, ketaatan, cinta, kebaikan dan kesejahteraan yang dapat mendekatkan kami kepada kejayaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat juga mendekati syurgaMu"
Tips 7 ~ Lapangkan Hati dan Selalu Bersangka Baik Kepada Allah swt.
? Ikhlaskanlah hati dan REDHA dalam menempuhi liku-liku perjalanan alam berumahtangga. Sangka baik selalu pada Allah, saat Allah menurunkan ujian itu juga bermakna Allah swt sedang mendatangi kita maka berbahagialah untuk LEBIH POSITIF dan berdoa yang baik-baik mudah-mudahan termakbul.
Tips 8 ~ Perkahwinan Ikatan Suci Dan Takutkanlah Azab Seksaan Allah swt
? Perkahwinan itu satu ikatan yang suci jangan pernah sekali untuk terfikir mencemarinya. Hati yang liar bermula dari pandangan MATA sebab itulah tidak kiralah sama ada suami atau isteri..."lower your gaze". FEAR ALLAH...moga takutkan Allah akan selalu menjaga kita. Jaga Allah...jaga jejak jejak syurga kita dan tolong pasangan kita untuk turut sama beriringan mencapai redha Ilahi.
Tips 9 ~ Jangan Campakkan Halangan Diri Untuk Bahagia Di Dunia dan Akhirat
? Di akhir-akhir perjalanan dan kemuncak kehidupan kita berimpian untuk ke syurga Allah swt. Maka usahlah kita campakkan halangan-halangan yang akan menyukarkan perjalanan kita bertemu denganNya. Begitu juga untuk urusan kita di dunia untuk lebih bahagia, sukses dan sejahtera. Hiduplah untuk hari ini dan memandang ke hadapan bukan semalam yang telah ditinggalkan mudah-mudahan hati akan lebih bahagia, terhibur dan bersyukur.
Tips 10 ~ Bagaimana Mencari Cinta...Menjemput Cinta?
?? Cinta itu MILIK Allah swt. Perkahwinan yang sukses itu merangkumi 3 elemen penting Allah, suami dan isteri...komitmen , keyakinan dan usaha yang berterusan untuk terus menghubung ERAT ikatan ini sehingga ke Jannah ?
Tips 11 ~ Dapatkan Khidmat Profesional
? Dan akhir sekali sebelum konflik menjadi lebih runcing dan haru biru dapatkanlah bantuan profesional. Mohonlah kepada Allah swt agar diberikan pimpinan dan bimbingan untuk memilih yang terbaik demi perjalanan dunia dan akhirat yang lebih bahagia dan sejahtera.
Tips 12 ~ Hindari Campur Tangan Pihak Ketiga
? Dan elakkanlah campur tangan pihak ketiga yang barangkali cenderung untuk bertindak "bias" dalam memberi nasihat mahupun solusi. Beri ruang dan peluang untuk pasangan belajar dan memperbaiki diri, berusahalah penuh hadir untuk sama-sama menjaga cinta dan amanah yang dititipkan Ilahi dalam perjalanan ini. Hiduplah dengan penuh bahagia untuk menyantuni kehidupan dan mereka yang hadir dalam perjalanan kita bukan sebaliknya In sha Allah mudah-mudahan Allah swtakan berbahagia menyantuni kehidupan kita dengan penuh bahagia....Aamiin Allahumma Aamiin Ya Allah!
#seekprofesionalhelp
#googlesahajainshaAllahjumpa
#kitabukanhidupdizamanbatu
#onlinekaunselingpunBOLEH
#tiadaalasansebenarnyauntukmerekayangMEMILIHBAHAGIA
#danbenarkandirinyaBAHAGIA
#stopstressingSTARTliving
#youcanHEALifyouWANTto
#Allahtakpernahzalim
Selamat mencuba TIPS ringkas ini! Sebar luaskan untuk SENYUMAN yang lebih bahagia (^_^)
Inspirasi Cinta Jannah ,
Hjh Aniz Hj Anwar
Kaunselor /Life Coach
No comments:
Post a Comment