Saturday, May 30, 2009

KAUNSELING ERA CYBER

KELEBIHAN SESI KAUNSELING SECARA ONLINE

1) Memberi KEMUDAHAN dan KESELESAAN kepada pihak klien tanpa harus terburu untuk mengurus masa, tenaga, komitmen (bekerja, anak tution, hantar nursery dsbgnya) dan wang ringit(bayar tol, minyak, parking dsbgnya) untuk mendapatkan sesi kaunseling di tempat lain.Bahkan melalui respon yang diterima ~ menjalani sesi kaunseling secara online memberi RUANG YANG SELESA untuk klien berkongsi masalahnya bilamana individu berada di dalam ofis mahupun rumahnya ~ tiada tekanan.

2) Klien LEBIH RASA SELAMAT ~ tiada timbul keraguan, malu ataupun segan untuk berkongsi masalahnya kerana tiada kaunselor berhadapan dengannya khususnya melibatkan isu-isu yang lebih sensitif.

3) Meningkatkan FOKUS DAN DAYA PENUMPUAN klien terhadap isu mahupun masalah yang dialami.Berbanding sesi bersemuka, seringkali klien yang menyimpan masalah cenderung untuk bercerita SEMUA masalahnya dalam satu sesi maksudnya tiada fokus. Berbanding sesi secara online klien diasuh/dididik secara tidak langsung untuk memberi FOKUS PENUMPUAN terhadap isu UTAMA yang paling menganggu saat itu dan dari waktu ke waktu berpindah kepada isu lain yang difikirkan perlu untuk ditangani menerusi sesi dan rawatan susulan.

4) Klien menikmati RUANG PRIVASINYA yang tersendiri bilamana sesi dijalankan dalam suasana mereka yang biasa contohnya di rumah,pejabat dan sebagainya.

5) Berbanding pendekatan tradisional psychiatry ataupun psychoanalysis, menjalani sesi kaunseling EFT menerusi online ataupun telefon memberikan ruang kebebasan dan keindahan “cyber-office” untuk masa depan dunia kaunseling. Pendek kata dimana sahaja berada, dimana sahaja saya berada sesi boleh dijalankan tanpa ada halangan dan sesungguhnya itulah ruang kebebasan sebagai kaunselor yang saya nikmati kini, bekerjaya dari rumah , bekerjaya dari mana sahaja...dunia tanpa sempadan...Dare to dreams to your wildest dream...Sky IS The LiMiT!!!.... Keikhlasan dan kemurnian hati kerana Allah swt dan Islam , insyaAllah jalan-jalan sukar pasti dipermudahkan. ..The PoWer OF AtTracTioN in Islam...AsK, BelieVe & ReCeIveD!!! You’ll surely receive it! I promise U...as Allah said in the Holy Qur’an...
.
Inginkan khidmat kaunseling, sila muat turun borang temujanji INVENTORI PROFAIL KLIEN di http://www.kliniksukses.blogspot.com/ , bukan itu shj anda juga disajikan dengan pelbagai tips dan ilmu tentang menguruskan stress , konflik dan isu di laman ini...semoga beroleh HIKMAH & MANFAAT...Amin, InsyaAllah.

Pendaftaran Klinik Sukses (Module 1) kini dibuka. ..
Tarikh : 6hb June 2009 (Sabtu)
Masa : 9.45pg hingga 5.30ptg
Lokasi : Nur Qudrah Holistic Solution, Sec. 18 , Shah Alam.
Bayaran : RM200
~ INFO LANJUT lawati http://kliniksukses%20.blogspot.%20com/

Salam Harmoni & Sukses Selalu;
Pn Aniz Hj Anwar EFT Practitioner
Counsellor/Therapist

YM/SKYPE : nizwar75
H/P : 012-3915362

KaUnSeLing ErA CyBeR : http://kliniksukses.blogspot.com/

No comments: