Wednesday, August 5, 2009

Lemah Wanita & Lembut Wanita

Perkongsian Drpd Seorg Sahabat ~ Petikan dr Taman2 Syurga
(Jazakallah 2 Puspa Wangi ~ nama klasik yg glamer)

Ujar lelaki, wanita itu lemah
Ujar wanita, mereka adalah lembut
Antara lemah Dan lembut.....besar perbezaannya
Namun Ada yang tidak rela mengakuinya
Telah ditakdirkan ...kerana lembut wanita
Tidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksa
Lalu wanita pun diam
Diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan
Dalam diam ,wanita terus terusan bekerja
Di pejabat ...di rumah sebagai suri
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh Hari

Hingga jarum jam tegak bertindih jari
Lelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidang
Apabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentang
Isteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasak
Suami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerak
Selesai memasak wanita menguruskan anak-anak
Menyapu sampah,mengemas rumah yang berselerak
Lelaki keletihan kerana memandu di jalan sesak
Berehat,menonton TV sambil tergelak
Dalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masa
Memandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh baju

Kakitangan semua digerakkan dengan laju
Menyiram pohon-pohon bunga yang mulai layu
Sebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang Satu
Makanan dihidang selepas solat
Selesai kerja rumah,anak-anak diajar mengaji
Sedang suami tersadar semula seperti tadi
Sebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diuji
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan
Lelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasi
Lantang membela nasib wanita....
Memberi kesedaran supaya segera bangkit
Meminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisi
Hukum agama telah terpapar

Tugas suami mengemas rumah,menjaga anak
Membasuh pakaian,menyediakan makanan
Jika suami tidak terdaya melakukannya
Seorang pembantu wajar disediakan
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan
Tidak mampu menerima perubahan
Rela bertahan bagaimana jua
Asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati
Dalam diam
Wanita yang sering dianggap lemah
Meneruskan hidup dalam segala kekuatan

'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,
KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,
KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'

Tak perlu mncari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,
Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,
Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,
Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,
Jika tak sekuat SARAH,
Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,
Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapt MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI......


click to create your own


REFLEKSI KEHIDUPAN :
Teringat plak 1 kes yg pernah dikendalikan...seorg suami katanya TERANIAYA...yg komplen tidak mendapat LAYANAN sewajarnya dr isteri tercinta...KURANG KASIH SAYANG & BELAIAN...Hee dlm lain perkataan juga "bil air lama tertunggak".. Nak dpt sebulan 1 kali pun susah katanya...(Bagi sang isteri INGATAN juganie hati-hati dalam sibuk menjadi ibu JANGAN LUPA menjadi isteri takut-takut kealpaan & kebaikan diri yang tidak bertepi mengundang padah pd rumahtangga...selalunya nanti adalah SKRIP2 a.k.a AYAT2 POWERR atas tiket kepentingan diri...NAuzubillahminzalik...Ingatan juganie! )Teroka punyer teroka...last2 PATUTT arrr...segala macam wife kena buat...dgn kerjaya, anak 4 orang...mengurus rumahtangga, anak2 tanpa bantuan pembantu rumah...masak, mengemas, membasuh, gosok kain...carik rezeki...cik abg balik kerja berehat depan TV ...semuanya tersedia...katanya memang terdidik begitu...kerja umah ibu dulu settlekan...Last-last...bila ditanya HAA...skangnie???Siapa yg aniayai siapa yer, En? Ha ha...tak sempat nak jawab member dah tersenyum simpul...terkekek malu sendri...hee saya pun tumpang sekakilaa...macam kes lawaklaa plak.. nak mengadu kasih alih-alih salah kes daaa.(tahulaatu salah sendrik...manaker datangnya POWERRR...energy dah abizz kalau semua isteri nak handle...hp pun kong bateri brader)...Alhamdulillah...KEBERANIAN Encik ini utk menyahut cabaran kaunseling membuka PARADIGMA baru dlm kehidupannya...dgn rakan katanya rata komentar mereka Eh! Kes konie dah berat dahnie...mana bleh isteri tak layan suami... FIRE STONElaa pulak. Inilaa bezanya BERKONGSI DGN RAKAN DAN PROFESIONAL.Semoga perjalanan seterusnya lebih bahagia & bermakna...MORAL OF THE STORY : NAK LAYANAN 1st Class...jadiknya ringan2kanlaa tulang membantu apa yg patut...Bagi ISTERI pula hati-hati dalam sibuk2 menjadi ibu JANGAN lupa jadi isteri, sahabat & kekasih (samalaatu dua2 pun husband & wife). SALAH SATU SYMPTOM STRESS LOSS INTEREST IN SEX...LIBIDO ada sket lemau sikitjap...nie bagi yg dah berkahwinlaa...laintu FATIGUE...HOSTILE...NUMB...SENSITIF...dll...sendiripun tahu sebenarnya cuma kadang sajerrr menidakkan...tahu2 ...haa jangan sampai camghittu yer...Sian kat diri sendiri...SAYANG KAT DIRI SENDIRI!!!

Salam Ukhwah & Harmoni;
Pn Aniz Hj Anwar
Marriage Counsellor Milennium...ONLINE jerk...

No comments: