Thursday, October 22, 2009

LAW OF ATTRACTION , CERAPAN MINDA & POLA KEHIDUPAN

Bismillah...

Apa khabar, para sahabat? Semoga ceria, bahagia & sejahtera hendaknya dalam peliharaan Allah swt, insyaAllah. Bertemu kita lagi yer untuk terus berkongsi HIKMAH, moga-moga beroleh manfaat yang penuh murni dan MAKNA dalam siri kali ini...Jika siri-siri artikel saya yang lalu banyak saya kongsikan betapa PENTINGNYA mengetahui teknik dan cara yang tepat untuk melontar hajat dan doa kerana APA JUA YANG KITA KEHENDAKI DALAM KEHIDUPAN KITA ADALAH IMPIAN, HAJAT, CITA-CITA & HARAPAN, betul tak? Maka dengan ILMU YANG JELAS tentang tertib tentang melontar hajat ataupun doa ini dapat kita ‘pakarkan’…maka mudahlaa hidup kita, insyaAllah kehidupan akan lebih sejahtera dan membahagiakan dan yang penting disini dalam redha Allah supaya hati tenang sejahtera di dunia berehat dengan aman di akhirat nanti, ini yang kita nak CARI sebenarnya, bukan begitu? Duit banyak pun hati tak tenang, tidak bahagia tak syok jugak…betul tak? Hemm sebab itu jugalah amat penting di sini untuk kita mengetahui bagaimana pula ceritanya PERANAN KUASA MINDA atau lebih dikenali Law Of Attraction dalam menjayakan kehidupan yang kita ingini…kita “attract” perkara-perkara yang positif, harmoni dan yang murni dalam redha Allah sahaja. Emm…seronok sebenarnya ‘mengaji’ babnie…

POLA KEHIDUPAN VS CERAPAN MINDA
Pernah para sahabat mendengar peribahasa "Sudah jatuh ditimpa tangga"...sudahlaa jatuh kena plak ditimpa tangga..kasihan bukan? Agaknya bagaimana keadaan ini boleh terjadi? Tak nak GEMUK tapi yang datangnya semakin MERIAH pusat penternakan lemak di dalam tubuh...diet bagai nak rak tapi kg yang turun aiseyman...tak sampai 2 kg...frustnya, hee kekawan pernah mengalaminya? Atau nak sangat periksa nombor 1, result periksa nak A belaka tapi alamak hai…sipi pun takde…tidakpun bersemangat nak menikah tapi dok kawan-kawan putus…ada pulak takde siapa pulak masuk meminang...toksahkan masuk meminang bayang-bayang meminang pun tak nampaknie apa cerita...kenapa yer??? Tak kurang juga kisah yang bersemangat nak berniaga bagus tu, syabas punya bakat enterprising terpendam....beriya-iya mengatur strategy bisnes, menyusun pelaburan dan perniagaan...promosi sana...promosi sini tapi hasilnya...Aduyai! Letihnyaaaa...keciput shj...dan akhirnya kehidupan yang dijalani ibarat air yang hanyut mengikut arus gitu...ibarat pokok mahupun lalang yang dibuai angin ke kanan dan ke kiri ...Macam robot tanpa deria dan emosi...tak tahu nak buat apa…macam takde MAKNA dah hidupnie…TAKDE "LIFE..." dok lalujerlaa…dan hasilnya kehidupan akan berlegar di relung yang sama…INGIN BERUBAH TAPI KEMAMPUAN, KEYAKINAN UNTUK MENGUBAH KEHIDUPAN itu macam tiada daya, kurang daya…tidak yakin dengan POTENSI DIRI yang dimiliki untuk berubah. Dan akhirnya putus asa dan menyerah kalah…zahirnya kehidupan sama seperti insan-insan yang lain tetapi hati di dalamnie macam ada jer yang tak beres…macam ada yang tak syokklaa…macam tak suker…macam tak berapa nak hepi orang kata.

Ahaa NAK TAHU RAHSIANYA???...Ada kaitan dengan minda kita...lebih tepat lagi CERAPAN MINDA kita. Macam yg saya nyatakan dalam artikel-artikel yang lalu...OUR THOUGHT CREATE REALITY...hasil didikan dan fitrah manusia lazimnya lebih mencerap unsur negatif berbanding positif maka di sepanjang perjalanan kehidupan itu pula...manusia cenderung untuk melihat dan MENILAI hanya yang LOGIK dan BERSIFAT NYATA sahaja sedangkan yang menghasilkan yang NYATA itu adalah peranan minda di bawah sedar kita. Hasil cerapan minda separa sedar yang melalui pelbagai suka duka perjalanan...diterjemahkan HASIL itu dalam bentuk NYATA hari ini...berdasarkan pemikiran kita juga sebenarnya.Sebab itulah…NILAIAN POSITIF ibarat baja yang akan menyuburkan kehidupan kita manakala yang NEGATIF tanpa disedari pula ibarat racun yang membunuh individu dalam senyap…

MEMBINA KESEJAHTERAAN DIRI DAN KEHIDUPAN, harus dari mana???
Nah! Dapat lihatkan rasional BAGAIMANA ingin menikmati kehidupan yang harmoni, sejahtera, bahagia dan penuh keterujaan maka JAWAPANNYA kenalaa dibereskan aspek dalaman itu dulu. Inilah yang dinamakan 'inner technology' kesejahteraan aspek emosi, spritual dan minda ini mampu membawa PENZAHIRAN KESEJAHTERAAN dalam realiti kehidupan ...fizikal. Bukan sahaja aspek kasih sayang, kekeluargaan, kesihatan, kerjaya, kewangan, sahabat, rakan taulan malah apa juga yang diinginkan...

Bagaimana caranya??? Mudah sahaja...LOVING ONESELF & SELF ACCEPTANCE..mengakui dengan RENDAH HATI kelemahan dan kekhilafan diri. Kita SAYANGKAN diri kita...REDHA menerima ujian dan cabaran yang dihadirkan dan BERANI JUGA IKHLAS melakukan KOREKSI DIRI atas platform mencari pengiktirafan Allah...bukannya manusia semata-mata.
TIPS TRANSFORMASI…
1) BERTANGGUNGJAWAB ATAS PILIHAN YANG DILAKUKAN DALAM KEHIDUPAN KITA (Stop blaming others...take incharge to your life)
2) Membenarkan DIRI untuk menikmati kesejahteraan & impian yang diidam-idamkan...
3) Sedia memberi KOMITMEN...
4) JUJUR dan ISTIQAMAH dalam usaha yang dilakukan dalam menjayakan transformasi..
InsyaAllah warna-warni kehidupan yang suram, kelam selama ini mampu bertukar menajadi nostalgia yang penuh murni..penuh makna dan PENUH HIKMAH!

Itulah warna-warni dan MELODI KEHIDUPAN...yang membuatkan kehidupan ini HIDUP sebenarnya! Cuma sebagai INGATAN... ingin MENIKMATI HIDUP YANG BAHAGIA DAN MENENANGKAN??? Mudah shj… stop asking LOUSY QUESTION...U ask LOUSY question ..U'll gel LOUSY answer and of course this will lead a LOUSY LIFE..Hemm..mudah bukan...ingin mengetahui BIMBINGAN LANJUT tentang strategy menguruskan kehidupan serta menangani isu-isu stress seharian serta menjayakan TRANSFORMASI CEMERLANG...???AMANAH PADA DIRI SENDIRI...JANGAN PULA MENSABOTAJ DIRI SENDIRI …SAYANGI DIRI SENDIRI SEBELUM ANDA MENYAYANGI ORANG LAIN...InsyaAllah ini akan membuat kehidupan ANDA lebih bermakna dan DIHARGAI! InsyaAllah...bagaimana saya INGIN lalui dan bereskan semua yang terpendam nie???Mudah sahaja!!!

Temui saya di Klinik Sukses...menerusi perkongsian penuh murni..penuh rahmat yang bakal melancarkan lagi transformasi impian para sahabat yang dikasihi!InsyaAllah…
Looking forward to hear your next hapiness, success, love , abundance a lot of more!
Much more MIRACLES to come to you THIS is a GIFT from Allah...satu peluang & ruang untuk menjayakan transformasi impian . Kenapa saya katakan begitu? Para sahabat berdoa mencari PENAWAR mengubat diri dan hari ini ditemukan jalan dan penawarnya, mengapa perlu bertangguh lagi, mengapa harus tidak adil pada diri sendiri?Kesejahteraan itu harus dibina dari dalam, insyaAllah bila ‘dalaman sejahtera’ walau hebat mana jua cabaran yang hadir anda akan rasa kuat, tenang dan SEJAHTERA!...Jangan sia-siakan anugerah dan perhatian yang telah Allah kirimkan...Izinkan saya bersama mengiringi penyembuhan dan pencarian serta KUNCI TRANSFORMASI anda! Mudah-mudahan Allah permudahkan pertemuan kita…insyaAllah.

Bengkel Klinik Sukses :
Tarikh : 31hb Okt 2009
Masa : 9.30pg ~ 5.00ptg
Tempat : Shah Alam

Info lanjut sila lawati http://kliniksukses.anizanwar.com, raikan KEHIDUPAN ini dengan perkongsian murni dan penuh makna bersama saya…sama-sama kita terokai KEINDAHAN ILAHI dalam kehidupan insan menerusi Bengkel EFT, Meditasi dan Sains Minda & Kuasa Doa.

Salam Rahmat & Sukses Selalu;
Aniz Hj Anwar
http://kliniksukses.anizanwar.com

No comments: