Tuesday, October 14, 2014

Inspirasi Jejak Cinta Jannah ~ Penenang Hidup Boleh Menyelamatkan Suami Di Akhirat

PENENANG HIDUP BOLEH MENYELAMATKAN SUAMI DI AKHIRAT 



Semoga pengisian ini mampu merubah rumahtangga kalian ke arah rumahtangga yang lebih ceria, berseri dan diredhai Allah...Panjang-pangjangkan perkongsian maklumat ini...To Dr Ikmal sungguhpun saya tidak mengenali beliau tapi TERIMA KASIH UTK ARTIKEL YG BERNAS DAN PENUH HIKMAH.

Seorang lelaki yang belum berkahwin tentu bercita-cita 
untuk memiliki seorang wanita yang boleh menjadi teman 
hidup, boleh memberi kebahagiaan zahir dan batin dan 
ketenangan dalam rumahtangga.Mereka yakin hanya wanita 
yang ‘baik’ saja yang boleh memberi ketenangan. 
Lantaran itu tidak pelik ada lelaki yang memesrai 
ramai wanita lain sebagai teman berhibur, tetapi 
enggan menjadikan mereka isterinya. Sebaliknya memilih 
wanita yang terpelihara, yang belum dimesrai oleh 
mana-mana lelaki sebagai suri dalam hidupnya. 

Itulah sebenarnya fitrah semua lelaki. Inginkan agar 
wanita yang menjadi teman hidupnya boleh menjadi 
sumber ketenangan pada hatinya dan kebehagiaan dan 
kegembiraan dalam rumahtangga demi untuk menyambung 
zuriatnya. 

Tidak semua wanita boleh memberi ketenangan hidup pada 
lelaki yang menjadi suaminya. Wanita yang ada 
meletakkan cinta pada orang lain, tentulah tidak akan 
dapat menggembirakan suami. Betapa ramai hari ini 
isteri-isteri yang teralih pandangannya pada lelaki 
lain yang ditemui setiap hari di tempat kerja, di 
tempat menunggu bas, lelaki yang ditemui semasa 
berurusan dengannya yang mana ada di antara mereka 
lebih kacak, lebih mesra, lebih kaya dan memangnya 
pandai memikat. Lelaki yang tidak pernah memikirkan 
samada wanita itu isteri orang ataupun anak dara orang 
sememangnya akan memburu dan membujuk rayu wanita itu 
untuk dapat memuaskan dorongan nafsu jahat. 

Isteri yang malang akan terperangkap dan akan 
hilanglah keindahan hidup dalam rumahtangga kerana 
hatinya sudah dapat digugat oleh lelaki lain. Cintanya 
telah berbelah bagi. Perhatiannya pada suami sudah 
tidak seseriuos seperti masa mula-mula kahwin dulu. 
Makin hari makin hendak larikan diri daripada suami. 
Apa lagi kalau semakin hari semakin nampak kelemahan 
dan kecacatan suami. Maka berfikir dan beranganlah 
mereka untuk hidup di samping lelaki lain yang ditemui 
saban hari di tepi-tepi jalan, di tempat kerja atau di 
mana saja. Sehingga kerana itu layanan pada suami 
makin kurang. 

Kasih begini memang telah berlaku dan pernah 
diceritakan dalam kitab. Kisah seorang wanita muda 
yang bersuamikan lelaki tua. Wanita muda yang jadi 
isteri itu hari-hari ke pasar membeli barang 
keperluaannya disebabkan oleh suaminya uzur dan sudah 
tua. Bertemulah dia dengan seorang penjual yang muda 
dan kacak. Pada mulanya dalam hati wanita itu biasa 
saja, tiada apa-apa perasaan lain bila berurusan 
dengan lelaki itu. Tetapi setelah kerap kali berjumpa
timbul pula perasaan lain di dalam hatinya. Hatinya 
mula membandingkan lelaki itu dengan suaminya. Mulalah 
dia nampak suaminya tidak ‘handsome’ dan tua. Sehingga 
hatinya mula terpikat pada pemuda itu. tetapi dia 
wanita solehah. Tidak mahu syaitan mempermainkannya 
dan tidak sanggup untuk curang pada suami yang banyak 
berjasa padanya. 

Lalu apabila balik ke rumah dia pun mengadu pada 
suaminya tentang keadaan dirinya. Dia meminta pada 
suaminya untuk tidak mahu ke pasar lagi. Dia tidak 
mahu bertemu lagi dengan lelaki kacak pada pandangan 
matanya, demi menjaga iman dan untuk taat pada 
suaminya. 

Begitulah kisah seorang wanita solehah. Apa jadi kalau 
wanita yang tidak baik mengalami kisah begitu? Tentu 
dilayan kemahuan hati untuk menjadi kekasih hati 
lelaki lain apabila hati sudah tawar dengan suami. Ini 
jugalah puncanya yang menyebabkan banyak rumahtangga 
yang runtuh pada hari ini kerana isteri sudah tidak 
merasa suami itu istimewa pada dirinya yang sepatutnya 
dilayan sebaik-baiknya dan dimuliakan 
setinggi-tingginya. Didahulukan segala kemahuan dan 
hajatnya lebih dari orang lain walaupun kedua ibu 
bapanya sendiri. Kebanyakan wanita hari ini memandang 
perintah memuliakan atau mentaati suami sebagai tidak 
patut dan menganggap perintah itu sebagai menghina 
kaum wanita sehingga menjadi hamba abdi suami. 

Isteri sebegini, yang tidak nampak lelaki lain yang 
lebih hebat, lebih baik terhadap dirinya melainkan 
suaminya akan meletakkan sepenuh kasih sayang, cinta 
dan ketaatan pada suaminya. Dia akan sentiasa 
mencari-cari apa saja perlakuan yang menyenangkan hati 
suami. Mencari apa yang menjadi keghairahan suami dan 
menjauhkan diri dari membuat perkara yang suami tidak 
suka dan boleh menghilangkan bahagia pada hati suami. 
Seterusnya sangat takut untuk melakukan perkara yang 
boleh menggugat kebahagiaan dalam rumahtangga yang 
telah dibina. Lebih takut lagi untuk derhaka pada 
suami kerana takut kemurkaan Allah yang akan 
melemparkan isteri-isteri yang derhaka dalam neraka. 

Dari Abu Hurairah r.a dia berkata: Di tanya orang, “Ya 
Rasulullah manakah wanita yang baik?” Rasulullah saw 
menjawab; 

“Wanita yang baik ialah wanita (isteri) yang selalu 
menggembirakan suaminya, bila suaminya melihat 
kepadanya, ia selalu patuh, bila suaminya 
memerintahnya, dan dia tidak mahu melanggarnya baik 
pada diri peribadinya, mahupun harta bendanya menurut 
yang tidak disukai suaminya.” 

Siti Fatimah anak Rasulullah saw, pernah sekali secara 
tidak sengaja telah membuat suaminya Sayidina Ali r.a 
tersinggung hatinya. Lalu dia telah mengelilingi 
Sayidina Ali sebanyak 72 kali meminta kemaafan dan 
keredhaan dari suaminya itu. Perbuatannya mengelilingi 
Sayidina Ali itu telah menyebabkan beliau ketawa, 
yakni redha kembali pada isterinya Siti Fatimah. Tapi 
Siti Fatimah masih bimbang dan terus mengadu terhadap 
Rasulullah. Apa kata Rasulullah terhadap peristiwa 
itu? sabda baginda: 

“Wahai Siti Fatimah, kalau engkau mati dalam keadaan 
Ali tidak redha padanya nescaya aku ayahandamu tidak 
akan menyembahyangkan jenazahmu.” 

Begitu sekali pentingnya isteri menjaga hati suami 
agar jangan sampai kecil hati, apa lagi kalau 
perbuatan itu menimbulkan kemarahan dan kebencian di 
hati suami. Hendaklah dijauhkan agar tidak berlaku di 
dalam rumahtangga kita. Biarlah kita jadi wanita 
penenang dan penyejuk hati suami dalam rumahtangga 
sepertimana sabda Rasulullah saw bahawa baginda 
mencintai tiga perkara iaitu sembahyang, wangi-wangian 
dan wanita solehah. Biarkanlah wanita yang tidak 
solehah itu berkata perbuatan memuliakan dan 
mentaatkan suami itu sebagai kerja menghina atau 
mengabdikan kaum wanita, kerana tempatnya sudah 
bersedia menunggu. Cuma kita sebagai orang Islam, 
doakan mereka semoga dia insaf akan kata-katanya itu. 

Wanita solehah akan jadi perhiasan yang tinggi 
nilainya dalam rumahtangga, sumber penyejuk dan 
kebahagiaan hati suami. Memandangnya sudah cukup 
membuatkan suami lupa pada masalahnya. Atau pun merasa 
ringan dari segala bebanan. Tenang untuk menghadapi 
hari esok kerana di sampingnya ada satu sumber yang 
memberi kekuatan dan ketenangan hati dengan izin Allah 
swt. 

Berbahagialah suami yang memiliki isteri-isteri yang 
sepertimana difirmankan Allah dalam surah An Nisa ayat 
34 yang bermaksud: 

“maka sang isteri (wanita-wanita) yang baik itu ialah 
mereka yang setia kepada suaminya, mereka selalu 
memelihara kehormatan dirinya selama suaminya tiada di 
rumah, sebagaimana Allah telah memeliharanya.” 

Memang telah Allah jadikan wanita itu sebagai 
pelengkap hidup bagi lelaki. Dengan memesrai dan 
menggauli wanita yang jadi isterinya, lelaki boleh 
melepaskan ketegangan seks dan ketegangan fikiran 
setelah penat bertungkus lumus di tempat kerja. 
Persoalan di tempat kerja kadang kala begitu berat dan 
cukup meletihkan bagi kaum lelaki. Ketika itu lelaki 
amat memerlukan hiburan. Hiburan yang tertinggi bagi 
seorang lelaki ialah wanita, iaitu isterinya. 

Wanita yang dihalalkan baginya ialah isteri yang telah 
dikahwini secara sah di sisi syariat. Tetapi ada juga 
lelaki yang mencari hiburan melalui wanita yang bukan 
isterinya. Mereka dampingi wanita liar yang bebas, 
yang boleh diajak ke hulu ke hilir, ataupun mereka 
kunjungi wanita di rumah urut, tempat pelacuran, yakni 
hiburan yang terpaksa dibayar setiap kali minta 
dilayan. Duit habis, layanan pura-pura dan dosa kerana 
buat maksiat akan memburu mereka di akhirat nanti. 
Entah-entah kerana dosa itu mereka akan merempat hina 
di neraka yang penuh seksa. Itulah pentingnya lelaki 
memiliki seorang isteri yang sedia untuk melayan 
suaminya. Samada layanan dalam keperluan makan minum, 
pakaian dan fikiran juga lanan dari segi seksual. 
Kerana layanan itulah yang akan dapat menyelamatkan 
suami dari mencari hiburan dan ketenangan di tempat 
lain. Seterusnya boleh menyelamatkan para suami dari 
melakukan dosa. 

Layanan dari segi seksual penting apabila suami 
berhajat. Sehingga Rasulullah saw berpesan dalam 
hadisnya kepada para isteri supaya mereka melayani 
hajat suami sekalipun mereka berada di atas belakang 
unta, mesti ditunaikan juga. Tetapi, wanita yang tidak 
solehah akan memandang pesanan sabda Rasulullah saw 
ini sebagai tidak ada otak dan semua kaum lelaki 
bertuhankan nafsu seksual. 

Ada diceritakan, di antara para sahabat Rasulullah saw 
yang berpuasa apabila berbuka mereka menggauli 
isterinya terlebih dahulu. Ini disebabkan melepaskan 
dorongan seks akan mendatangkan ketenangan pada 
lelaki. Apabila tenang barulah datang rasa khusyuk 
sewaktu beribadah. 

Jangan disebabkan oleh terlalu letih bekerja, isteri 
merera berat untuk menunaikan hajat suami. Sehingga 
suami berasa kecil hati dan mendongkol. Isteri-isteri 
yang begitu akan dilaknat oleh Allah sebagaimana hadis 
Rasulullah. Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi saw, 
bersabda: 

“Bila seorang telah mengajak isterinya ke tempat 
tidurnya (untuk menggaulinya), lalu ia enggan datang, 
dia dikutuk oleh malaikat hingga waktu subuh.” 
Riwayat Bukhari dan Muslim 

Jika isteri-isteri betul-betul dapat menyediakan diri 
dan rumahtangga sebagai sumber dan tempat suami dan 
ahli keluerga mendapat ketenangan, insyaAllah suami 
itu akan semakin bersungguh-sungguh untuk beribadah, 
bersembahyang, membaca Al Quran, zikir wirid dan 
melakukan kebaikan dengan hati yang lapang, bila dia 
keluar rumah. Sebaliknya bila dia keluar rumah, 
hatinya tidak bimbang meninggalkan rumah kerana dia 
yakin ada orang yang disayanginya dapat memelihara 
amanahnya dan rumahtangga. Tidaklah fikirannya 
diganggu oleh persoalan rumahtangga yang remeh-temeh. 
Merdekalah fikirannya untuk memikirkan dan 
melaksanakan tugas seorang lelaki yang lebih besar dan 
berat yang telah diamanahkan kepadanya di luar rumah. 

Ketenangan yang didapati oleh seorang suami dari 
seorang isteri solehah memungkinkan suaminya untuk 
mencapai kejayaan hidup di dunia. Ia akan memungkinkan 
suami berjaya dan maju dalam perjuangannya, dalam 
kariernya dan sebagainya. Dan boleh menyelamatkan 
mereka di akhirat dari seksa Allah kerana berkat 
layanan dan ketenangan yang didapati dalam rumahtangga 
menghalang dari bertindak liar dan curang di belakang 
isteri. 


Bagaimana...para isteri, tersentak kita dari lamunan? Sebenarnya saya sendiri banyak "terkesan" dari artikel ini. Banyak manfaat dan ilmu yang diperolehi khususnya dalam MEMAHAMI RUANG  @ WORLDVIEW HIDUP SEORANG LELAKI BERGELAR SUAMI. Sememangnya sebagai insan kita tidak terlepas dari kesilapan dan kelemahan diri namun itu bukanlah alasan untuk kita terus terperangkap dalam masalah dan hidup dalam lena semalam. Untuk menikmati hidup yang bahagia, harmonis dan sejahtera ILMU, KUASA BERTINDAK dan STRATEGI memainkan peranan yang sangat penting. Kursus perkahwinan yang dihadiri TIDAK MEMADAI untuk menjadi bekal menghadapi liku-liku, pancaroba dan cabaran. Maka jalan terbaik selain membaca, menghadiri ceramah, seminar adalah dengan berguru, alhamdulillah berbekal keazaman dan keinginan yang murni untuk melihat LEBIH RAMAI pasangan menjalani hidup berumahtangga maka lahirlah Module Jejak Cinta Jannah yang mengupas perincian, ilmu, pengetahuan, pengalaman dan skil untuk menangani cabaran dalam rumahtangga. 

 GUIDE TO SUCCESSFULL MARRIAGE  ~

Kelas Bimbingan Jejak Cinta Jannah
Lokasi : Baiti Rizqi Hjh Aniz , Seksyen 7, Shah Alam.

Berminat untuk mendalam ilmu tentang kesejahteraan dan menjemput kebahagian dalam rumahtangga??? Sila SMS / Whatsapp ke...
>> 012.391.5362 <<


Inspirasi Jejak Cinta Jannah ~ Mahu Disayang Suami Part 1

Bismillah...




Petikan entri kali ini merupakan salah satu artikel yang pernah saya kupas lebih kurang 9 tahun yang lalu, waktu diri masih rancak menimba ilmu mengikuti kuliah Sarjana. Penemuan artikel oleh Dr Ikmal ini menemukan saya sedikit sebanyak jawapan yang ketika itu sedang mengkhusus pengajian dalam Kaunseling Perkahwinan Dan Keluarga, satu bidang pakar yang jarang dipelopori dan diikuti di kalangan para pelajar Melayu di UPM sebab utama masalah bahasa. Sayang juga ramai adik-adik yang berminat untuk mengikuti program ini tetapi dek kerana lingua francanya Bahasa Inggeris dan Pensyarah yang agak tegas masing-masing redha memilih pengkhususan yang lain. Waktu itu saya tercari-cari KENAPA konflik perkahwinan yang sering berlaku , APAKAH peranan yang boleh dimainkan oleh seorang isteri dalam menyelamatkan rumahtangga...Subhanallah! Allahu Akbar...PERTANYAAN saya dijawab Allah menerusi artikel ini. Hari ini Oktober 2014 saya kongsikan kembali. Semoga memberikan PENCERAHAN dan MANFAAT, In shaa Allah.

Bacalah dengan MURNI HATI didoakan moga bertemu KUNCI Untuk Menjemput Kebahagian, Kerukunan dan Keberkahan Dalam Rumahtangga.


MAHU DISAYANG SUAMI
=====================

Kalau adalah seorang isteri mengatakan dia tidak 
mengharap kasih sayang dari suaminya, itu bermakna dia 
telah berbohong. Sebab, memang tidak ada seorang 
manusia pun yang tidak ingin dikasihi oleh orang lain 
kecuali orang gila. 

Tapi sayang, suami isteri hari ini kebanyakannya 
renggang hati mereka, tipis kasih sayang mereka dan 
selalu bermasam muka. Malah perceraian menjadi perkara 
biasa. Ertinya ramai sekali wanita kita yang sedang 
menderita. 

Kenapa isteri gagal menjadikan suami sangat 
menyintainya hingga tidak mahu berpisah dengannya? 

Inilah persoalan yang mesti dijawab oleh semua wanita 
hari ini. Mudah-mudahan jawapan ini dapat memberi 
jalan penyelesaian pada masalah yang mengancam 
keamanan di dalam rumahtangga. 

Mula-mula sekali tanya kenapa seorang lelaki sanggup 
berbelanja beratus malah beribu ringgit atau 
berjuta-juta Rupiah semata-mata untuk mendapatkan 
seorang isteri? tentu kerana untuk mengisi permintaan 
hati (fitrah)nya yang ingin kepada belaian dan 
penyerahan seorang wanita, layanan dan kemanjaan serta 
pengurusan dirinya oleh isteri dan lebih jauh dari itu 
untuk mendapatkan anak dan keriangan dalam 
rumahtangga. Semua itu adalah tuntutan semulajadi yang 
ada dalam diri semua lelaki dan tidak boleh tidak, 
wajib dipenuhi. 

Kalau tuntutan itu tidak diisi, jadilah kekosongan dan 
kesyunyian dalam ruang dada si suami itu. Kalau begitu 
tiadalah bermakna lagi rumahtangga, isteri dan 
anak-anak padanya. Suami tidak akan bahagia dan 
hatinya tidak akan tenang sekalipun rumahnya besar, 
wangnya bertimbun dan dililiti dengan segala 
kemewahan. 

Untuk mengisi dan menunaikan kemahuan hati suami, para 
isteri perlu menjawab soalan ini; 

1. Setiap masa ketika suami di rumah, adakah anda 
melayan keperluan dan kemahuannya serta memberi 
sepenuh perhatian dalam urusan itu? 
2. Setiap kali ketika suami pulang ke rumah, adakah 
anda menantinya dan menyiapkan untuknya apa sahaja 
yang diperlukan? 
3. Rumahtangga dan anak-anak, sudahkah anda jaga 
begitu teratur dan kemas hingga tiada satu sudut di 
dalamnya yang boleh mencacatkan hati suami bila 
memandangnya? 
4. Sikap anda, percakapan anda, kasih sayang dan 
gerak-geri anda, adakah semuanya menampakkan pada 
suami bahawa anda benar-benar merelakan dan 
menyerahkan sepenuh ketaatan dan kesetiaan hanya 
padanya? 

Kalaulah anda gagal untuk mengiakan semua pertanyan di 
atas, bermakna anda seorang isteri yang sedang atau 
telah gagal. Sesungguhnya tiada seorang suami pun di 
dunia ini yang suka hati kalau isteri tidak melayani 
kehendaknya. Tidak ada seorang suami pun yang suka 
hati bila didapati isteri tiada di rumah ketika dia 
keletihan pulang dari kerja. 

Tidak akan terhibur hati suami kalau rumahtangga dan 
anak pinak berkecamuk, tidak terurus. Tidak akan 
bahagia suami yang berdepan dengan sikap dan 
cakap-cakap isteri yang tidak menumpukan sepenuh kasih 
sayang padanya. Bertambah-tambah tidak bahagia lagilah 
bagi seorang suami itu bila isterinya lebih menjaga 
kepentingan diri sendiri dari memenuhi kehendak dan 
kemahuan suami. 

Dalam keadaan itu isteri mesti memuliakan suami dan 
memandang tinggi padanya, di samping merasakan diri 
sendiri “memerlukan” suami dan rela untuk berkhidmat 
serta taat sepenuhnya padanya. Pandangan dan sikap 
begini amat penting kerana darinya akan lahir sikap 
tolak ansur, kerjasama dan kasih sayang antara suami 
isteri. 

Sebaliknya kalau isteri beranggapan suami setaraf 
dengannya, tiada keistimewaan apa-apa, tidak perlu 
dimulia dan dipandang tinggi, apalagi untuk diberi 
dimulia dan dipandang tinggi, apalagi untuk diberi 
perkhidmatan dan ketaatan sepenuh masa. Maka itulah 
punca utama terjadinya ketegangan dalam rumahtangga. 

Bila isteri mahu bertindak macam suami, terjadilah 
cerita dalam satu kapal mempunyai dua orang nakhoda. 
Saling tarik-menarik dan akhirnya pecah lalu karam. 
Adalah mustahil suami akan reka dia di “control” oleh 
isteri. Bukan hati lelaki namanya kalau suami meminta 
dia diarah dan diperintah oleh isteri. 

Sedangkan perempuan hatinya kalau bersih dari nafsu, 
memang rela menyerahkan apa saja khidmat pada suami. 
Tanyalah hati masing-masing adakah suka berhias untuk 
suami? Tentu “ya” jawabnya. Maka begitulah dalam soal 
yang lain, hati perempuan memang rela untuk dia 
digunakan oleh suaminya. 

Tiada pilihan lain bagi isteri untuk dapatkan kasih 
sayang suami dan kebahagiaan rumahtangga, kecuali 
meletakkan dirinya sebagai “hak” suami dan rela untuk 
berkhidmat pada bial-bila masa. Untuk itu, mungkin 
berbagai-bagai pengorbanan perlu dibuat misalnya: 

Memasak sendiri di rumah, dengan masakan yang boleh 
memuaskan hati suami. Menjaga anak-anak dengan 
pendidikan yang sebaik-baiknya. Menjaga kesihatan 
diri, kemudaan dan kebersihan badan supaya sentiasa 
diminati suami. Membina akhlak yang mulia semoga 
dengannyalah suami akan terhibur dan terelak dari rasa 
marah dan tawar hati. 

Pendek kata, isteri mempunyai peranan yang cukup besar 
dalam membina rumahtangga bahagia. Isteri yang bijak, 
berilmu dan tahu cara-cara membentuk kebahagiaan 
sahaja yang berjaya. 

Perlu sangat diinsafi bahawa kasih sayang dan 
ketenangan hati suami isteri adalah kurniaan Allah 
swt. Ertinya, ia bukan bikinan manusia yang boleh 
dibuat-buat, direka dan dirancang-rancang. Sebab soal 
kasih sayang dan ketenangan adalah soal hati, yang 
bergerak dan hidup tanpa kawalan lahiriah dan 
kebendaan. Ia dikawal sendiri oleh Allah swt, secara 
ghaib dan menggunakan syarat-syarat yang Allah sendiri 
tentukan. 

Jadi, untuk mencetuskan kasih sayang dan ketenangan 
rumahtangga, faktor-faktor hubungan dengan Allah 
adalah wajib diambil kira. Yakni dengan beriman, 
beramal dengan syariat Islam serta membanyakkan 
ingatan (zikir) kepada Allah swt. Suami isteri yang 
membelakangkan Allah swt adalah pasangan yang sukar 
untuk memperolehi ketenangan dan kasih sayang. 

Hati mereka berpecah, kepercayaan antara satu sama 
lain hilang dan rasa persefahaman kian luput hari demi 
hari. Walaupun usaha-usaha lahir yang mungkin sudah 
cukup dilakukan untuk membina kebahagiaan tetapi 
selagi hati masih kosong dari mengingati Allah, cuai 
menjalankan perintah-perintah Allah maka selama itu 
kasih sayang tidak tumbuh dalam erti kata yang 
sebenarnya. Sebab kasih sayang adalah pemberian Allah, 
dimasukkan ke dalam hati suami isteri yang benar-benar 
taat dan patuh padanya. 

Barangkali sukar untuk diakui hakikat ini memandangkan 
realiti kehidupan rumahtangga yang berbagai-bagai dan 
tidak terikat pada kenyataan di atas. Orang kafir yang 
tidak percayakan Allah itu kekal rumahtangganya. Orang 
Islam yang tidak sembahyang pun ada yang berbahagia 
nampaknya. Sementelahan rumahtangga ahli agama pun 
kadang-kadang berkecai. Jadi apa bukti bahawa punca 
ketenangan dan kasih sayang ialah ketaatan kepada 
Allah? 

Sebenarnya, untuk mengukur benar tidaknya sesuatu 
kenyataan itu tidaklah boleh hanya menggunakan satu 
kaedah saja. Sebab Allah swt telah mentakdirkan 
sesuatu, bukan dengan satu maksud sahaja. Setengah 
orang kafir beroleh bahagia di dunia kerana Allah mahu 
merasakan nikmat yang tidak mungkin mereka dapat di 
akhirat. Orang Islam yang tidak sembahyang dan tidak 
fikir halal dan haram nampak bahagia juga. Ini adalah 
kemurkaan Allh sudah tertimpa ke atas mereka dan 
dengan nikmat itu Allah mahu melalaikan mereka terus 
menerus hingga mati betul-betul dalam dosa dan terus 
ke neraka. Manakala ahli agama kadang-kadang pecah 
rumahtangga mereka, Allah bermaksud menguji dan mahu 
menghapus dosa-dosa mereka. 

Maka saya tegaskan sekali lagi, bahawa sumber kasih 
sayang yang abadi ialah ketaatan kepada Allah oleh 
suami dan isteri serta anak-anak mereka. Perceraian 
yang menjadi-jadi dewasa kini adalah berpunca dari 
tidak taatnya pasangan suami isteri kepada Allah swt. 
Allah jadikan hati mereka berpecah belah hingga mereka 
takut pada perceraian tetapi mereka tidak dapat lari 
darinya. Biarpun rumah besar, harta banyak, kesihatan 
sempurna dan dunia serba lengkap meliputi mereka, tapi 
kalau hati berpecah, semua itu tidak boleh mengikat 
suami isteri itu lagi. 

Mahu tidak mahu mereka kenalah mengadap Allah swt. 
Mengaku taat setia padanya dengan tawadhuk. Memohon 
ketenangan dan kasih sayang untuk hati mereka.. 


dalam membina rumahtangga bahagia. Isteri yang bijaisteri perlu menjawab soalan ini; 

Friday, September 26, 2014

Marriage Coaching ~ Rahsia Sebenar Menjemput Cinta Jannah

Bismillahirrahmanirrahim....


Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir Langit dan Bumi serta segala isi kandungannya. Selawat dan salam buat junjungan Rasul mulia Nabi Muhammad saw beserta keluarga dan para sahabatnya. Alhamdulillah mengiringi rintik hujan rahmat membasahi bumi di petang Jumaat yang penuh barakah ini diberi kesempatan Ilahi untuk saya berkongsi PENCERAHAN dan makluman berkaitan SOLUSI dan PENAWAR untuk mendepani cabaran rumahtangga dan menjemput cinta tulus murni saling mampu membahagia dan melengkapi antara satu sama lain.

11 Tahun Yang Memberi INSPIRASI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bermula 2003 hingga kini 2014 lebih 10 tahun saya berdepan dengan isu-isu berkaitan alam perkahwinan dan rumahtangga. Itu belum masuk lagi kiraan sejak zaman kanak-kanak sekolah tadika, sejak kecil seringkali kediaman kami menjadi tumpuan dan rujukan bagi pesakit, individu mahupun pasangan yang mengalami masalah rumahtangga mendapatkan pertolongan dari ayahanda tercinta Ustaz Hj Anwar Bin Hj Ahmad. Pelbagai kisah menggamit memori isu pengkhianatan dalam rumahtangga, skandal, campur tangan mertua, keluarga tidak harmoni, gangguan sihir dan metafizik serta bermacam-macam lagi. Bertitik-tolak dari situ dari waktu ke waktu tidak putus doa dari hati ini ingin sekali membantu lebih ramai lagi. Ketahuilah setiap cabaran, setiap ujian dalam rumahtangga mahupun kehidupan ini bukanlah tanda pengakhiran kehidupan atau tanda kemurkaan Allah melainkan untuk diampunkan dosa-dosa silam dan diangkat darjat keimanan kita. Rencana yang hadir bukan membawa maksud untuk melemah jauh sekali memusnahkan hidup pasangan tetapi sebenarnya ada MESEJ, PENGAJARAN dan HIKMAH untuk menyiapkan individu/papasangan untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik, isteri yang lebih baik, suami yang lebih baik dan ibubapa juga anak yang lebih baik.

Pengalaman sebagai Kaunselor Perkahwinan menemukan adalah sesuatu yang AMAT SUKAR jika solusi masalah, kemelut atau konflik perkahwinan itu diselesaikan dengan hanya berpandukan kiblat teori-teori ilmu Barat yang terdapat dalam dunia kaunseling itu sendiri. Ia akan hanya menjadi satu perosalan demi persoalan yang tidak dapat dirungkaikan kerana secara amnya perubahan yang diharap dan disandarkan itu berkait langsung dengan perubahan pasangan. Kebaikan , pengorbanan dan komitmen diletakkan untuk mendapatkan pengiktirafan manusia maka disitulah juga menjadi PUNCA hati terkadang teruji dengan kekecewaan dan kehampaan apabila pengkhianatan berlaku,pengabaian terjadi dan kezaliman berlaku. 

Sehinggakan perkahwinan yang dahulunya dimeterai dengan cinta dan kasih yang sangat mendalam...lautan api sanggupku renangi, gunung yang tinggi sanggup ku daki tapi kenyataannya apabila isyarat kasih Allah datang menghampiri terburai segala janji sumpah setia dahulu. Amanah pula bertukar menjadibeban yang menghimpit dan menyesakkan diri. Maka timbullah PERSOALAN kenapa, mengapa, bagaimana dan bermacam-macam lagi kemusyikilan menjadi tanda tanya. Dengan sesi kaunseling yang mengambil masa 1jam 30 min setiap sesi tidak banyak yang dapat pihak kaunselor membantu sekadar memberikan sedikit kelegaan dan keyakinan yang pihak klien/individu mampu menanganinya. 

Rahsia Menjemput Bahagia Dengan Hati Yang Redha dan Ikhlas
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Namun yang jelas, KUNCI untuk mencapai KETENANGAN hidup itu bukan sekadar itu rahsianya...hati , lisan , fikiran dan minda harus KONGRUEN, JUJUR dan IKHLAS 100% menerima kenyataan dan ujian yang hadir. Dan PRINSIPNYA untuk menemukan ketenangan ini ia tidak boleh hadir dengan hanya sekkadar cuba-cuba, try and error jauh sekali untuk mengambil sikap sabar yang hanya tunggu dan lihat serta mengalah yang membuta-tuli, perlu ada STRATEGI! Dan strategi untuk membawa diri keluar dari KEPOMPONG KESAKITAN dan RASA LELAH itu hanya dengan jalan ILMU. Ia harus dicari...harus dintuntut...perlu ada nilai pengorbanan dengan dimulai KEBENARAN DIRI YANG SEJAHTERA, LEBIH SUKSES dan LEBIH HIDUP dalam menjalani kehidupan ini.

Ketahuilah sesungguhnya Allah swt itu tidak pernah zalim seringkali juga di kebanyakan ruang dan waktu kita sendiri yang bertindak zalim terhadap diri kita sendiri membenarkan bisikan syaitan, kebencian, kesakitan, kekecewaan, lemah serta putus asa mengusai diri. Maka dengan ASPIRASI MURNI tulus ikhlas ingin melihat lebih ramai lagi pasangan di Malaysia ini malah seluruh dunia mampu hidup bahagia, ceria, bersyukur, ikhlas dan redha menjalani kehidupan. Kelemahan, kekurangan bukanlah faktor untuk CINTA BERALIH ARAH melainkan untuk terus hidup, cekal, ikhlas, sabar dan berani untuk mengengam erat tangan pasangan menjejak CINTA JANNAH, mendekati syurga Ilahi serta merasa bahagia selalu untuk saling membahagiakan, menguatkan dan melengkapi antara satu sama lain.

Ia bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai...diingatkan! Bukan sesuatu yang mudah untuk dirangkul kemas ikatan kasih suci melainkan dengan keikhlasan yang didokongi iman, ilmu dan amal yang istiqamah untuk menjayakan REALITI INDAH DUNI DUNIA YANG SEJAHTERA dan disusuli In shaa Allah AKHIRAT YANG BAHAGIA. Untuk mereka yang MEMILIH BAHAGIA menemani perjalanan hidup anda dialu-alukan untuk menyertai saya dalam eksplorasi indah kebesaran kasih Ilahi dalam kupasan ilmu berkaitan kaunseling perkahwinan, pengendalian cabaran dalam perkahwinan, seni dan tertib doa juga menjemput impian yang makbul serta KUASA AJAIB GPS JANNAH yang akan dibongkar dalam siri eksklusif ini. 

SIAPA YANG PERLU HADIR UNTUK TEMUJANJI MARRIAGE COACHING INI??
================================================================
1. Pasangan Yang Bakal Mendirikan Rumahtangga - Kursus Perkahwinan nyata tidak cukup untuk menyediakan pasangan untuk melayari alam rumahtangga, ia sekadar memberi IDEA bagaimana alam perkahwinan itu bukan CARA PENGENDALIAN CABARAN atau TEKANAN yang perlu dilalui oleh pasangan dalam fasa-fasa yang dijalani.

2. Pasangan Yang Sedang Berkahwin dan INGIN Memperbaiki Iklim Rumahtangga mereka agar lebih harmonis dan bahagia.

3. Pasangan Yang Teruji Dengan Konflik dan Badai Rumahtangga dan berusaha keras ingin menyelamatkan ikatan suci perkahwinan mereka.

4. Individu Yang Pernah Mengalami Kegagalan Dalam Perkahwinan dan ingin sembuh dan memulakan semula kehidupan.


MATLAMAT MARRIAGE COACHING ~ MODULE JEJAK CINTA JANNAH
============================================================
■ Memberi pendedahan kepada individu/pasangan bagaimana kaedah pengendalian cabaran dalam perkahwinan 

■ Membantu individu/pasangan agar lebih menyakini potensi diri mereka dalam mengharungi cabaran alam perkahwinan. 

■ Mengetengahkan KUNCI dan RESEPI Ohsem dalam menjayakan hubungan yang harmoni dan saling membahagiakan dalam rumahtangga.

 Memahami konteks perkembangan dalam fasa perkahwinan dan cabaran yang hadir 

■ Membentuk persekitaran dan iklim yang kondusif untuk merangsang pembentukan peribadi dan efikasi diri anak-anak yang cemerlang.

■Tips menyubur dan menyemarakkan Kasih Sayang dan Cinta Jannah yang sebenar

■ Rahsia Menjemput Impian Yang Makbul dengan Formula Tahu-tahu Harapan Terwujud

PAKEJ MARRIAGE COACHING YANG DITAWARKAN :

===========================================


Sesi Eksklusif ini akan memberikan ruang istimewa kepada individu @ pasangan menjalani  konsultasi dan kaunseling selama 1 Jam.Manakala baki berikutnya 2 jam 30minit perbincangan serta perkongsian Module Jejak Cinta Jannah yang akan mengupas rahsia, resepi, tips serta pendekatan OHSEM menjayakan perkahwinan dan alam rumahtangga yang sukses dan bahagia.

Semoga pendekatan komprehensif yang UNIK ini mampu menyediakan individu serta pasangan kemahiran yang lebih mantap, keyakinan juga kompetensi diri serta pengetahuan yang mampu menyuluh perjalanan kehidupan dan alam rumahtangga yang jauh lebih bermakna dan disyukuri In shaa Allah.

* Untuk TEMUJANJI Sila SMS/Whatsapp ke 012-3915362 bagi sebarang pertanyaan lanjut


Salam Inspirasi Jannah,
Hjh Aniz Hj Anwar



MEMILIH UNTUK LEBIH BAHAGIA, LEBIH SEJ

Friday, May 16, 2014

Misi Mencari Redha, Bahagia & Doa Yang Makbul

Bismillah…
Assalamualaikum dan salam kebahagian buat para pengunjung yang terus setia! Diam tak diam kini kita sudahpun menghampiri separuh perjalanan 2014 ya, agaknya BAGAIMANA perjalanan 2014 kali ini ?? Semuanya OK? He …he…he taklah berapa OK tapi tidaklah KO ya (pandaijer saya)! Adatlahkan hidup ini untuk diuji sememangnya kita MILIK ALLAH dan selayaknyalah untuk kita diuji yang paling penting jangan pernah mengalah atau berhenti untuk menggenggam IMPIAN yang dihajati. Tapi SATU PERSOALAN yang timbul MAMPUKAH diri ini mencapai redha , bahagia dan tercapai IMPIAN jika masih lagi diselubungi lelah, keliru, lemah , longlai dan buntu untuk kemana kehidupan ini hendak dibawa??? Itulah yang saya tekankan dalam Klinik Kaunseling saya…yang mengetengahkan PENDEKATAN YANG CUKUP ISTIMEWA & UNIK berbanding yang sedia ada. Pada saat diri terbeban sarat dihujani cubaan hidup apa yang diperlukan adalah SESI KAUNSELING untuk membantu namun apabila saat individu telah bersedia untuk bangkit dan berubah hidup bukan kaunseling lagi yang diperlukan melainkan PENGISIAN ILMU, PANDUAN, BIMBINGAN dan PENEROKAAN untuk Membongkar Khazanah & Potensi Diri Yang Dimiliki Untuk Menggapai Impian dan Merubah Hidup In shaa Allah. Ya EKSPLORASI ILMU yang mampu untuk menyuluh perjalanan individu agar yang lebih berkeyakinan, fokus, istiqamah dan membahagiakan In shaa Allah. Maka untuk itu jugalah maka TERLAHIRNYA program yang saya sendiri kendali dan tawarkan di dalam klinik saya iaitu program Life Coaching Klinik Sukses. Satu program yang menawarkan pengisian untuk membantu mereka yang TERCARI-CARI teknologi, penawar, ilmu, pengetahuan dan kemahiran untuk membawa diri keluar dari masalah, mencapai ketenangan, keharmonian, kebahagian dan seterusnya menikmati IMPIAN yang dihajati. Bunyi macam sesuatu yang agak sukar dinikmatikan (lebih lagi dalam keadaan diri yang masih diselubungi energi sugul, sedih, hampa, kecewa SEMALAM) akan tetapi ketahuilah ianya tidaklah sesukar mana bila dipelajari dengan tertib cara, keikhlasan, komitmen , keberanian dan kejujuran yang benar-benar ingin bangkit, bahagia, sembuh, sukses dan H.I.D.U.P In shaa Allah! Heal Live…L.I.V.E Life <3 <3 <3 Nak tahu apa yang ada dalam Pakej OHSEM Life Coaching Klinik Sukses 2014 : Rahsia Gaya Asuhan, Personaliti dan Pola Kehidupan ~ Bagi kes trauma childhood isu spt penderaan dsbgnya ilmu sangat membantu! Rahsia Garisan Hidup & Forecasting Impian The Secret Art Of Letting Go ~ Emotional Freedom Technique yang diadun dan diolah semula menepati sistem kepercayaan hidup berTuhan dan holistik dalam Menjemput Kesembuhan Pengendalian Pengurusan Stress Bagaimana Mengenalpasti Adakah Diri Anda Telah Sembuh Dari Duka Kisah Semalam? Rahsia Menguruskan Was-was Kehidupan Dengan Teknik Istiharah Menggunakan Al Qur’an Hubungkait Frekuensi Diri dan Alam Dalam Menjemput Impian Rahsia Sains Minda Percepatan Rezeki ~ Bagaimana menggenggam Jutawan/Jodoh/Impian yang Allah redha In shaa Allah! Ikhtiar Jodoh Menjemput Doa Yang Makbul Terapi Air Rahsia Perhebatkan Allah…Perhebatkan Anda dan pastinya paling OHSEM EKsklusif Hebat Buat Pasangan Yang Berkahwin ~ Skrip Menjemput Semarak Cinta Yang Subur, Mekar & HANGAT Dalam Rumahtangga Home cooking from Hajjah Aniz’s Kitchen semestinya… Semua ini akan dipelajari dalam suasan santai, relax dan enjoy eksklusif, harmoni dan mendamaikan di rumah…cara saya Menjemput Malaikat Rahmat Di Taman Syurga!! Moga Kedatangan Anda Yang Bertamu Menuntut Ilmu di klinik saya akan menjadi saksi keindahan dan kebahagian titipan Ilahi dalam perjalanan hidup saya …menjadi saham dan currencies LUMAYAN untuk perjalanan alam barzakh dan akhirat saya In shaa Allah…Aaamiin Ya Rabbal Alamin! Bagi para sahabat yang mungkin MENCARI JAWAPAN segala persoalan yang bermain di minda selama ini SELAMAT MENGHADIAHKAN DIRI ILMU untuk menyuluh impian. Sesungguhnya dalam hidup tiada yang lebih bermakna selain hidup tenang, bahagia dan terkabul impian. Hanya insan bahagia mampu MEMBAHAGIAKAN insan penuh bahagia. Bagi yang BERMINAT untuk Sesi Secara Personal Coaching Penyertaan Kini Dibuka Untuk Temujanji sila : >>> SMS/Whatsapp ke 012-3915362 atau >>> RESPON terus dari email ini untuk menikmati DISKAUN BAIK HATI sempena meraikan kesyukuran berita-berita gembira yang hadir daripada adik-adik Klinik Sukses yang pernah mengikuti program saya sejak kebelakangan ini. ~ Ada yang dah berjaya untuk bergelar Therapist EFT ONLINE seperti saya, ada yang telah mendirikan rumahtangga, ada yang bakal mendirikan rumahtangga, ada yang baru melahirkan cahayamata, ada yang kini bahagia dengan pasangan dan anak-anak setelah melepasi fasa getir ujian kasih Allah…Allahu Akbar! Sememang dunia sangat bahagia bila kita dapat memberi juga berbagi keindahan rasa dan nikmat Allah. Semoga kesyukuran, kebahagian, kejayaan, kasih sayang, keberanian dan ketenangan juga kekayaan terus mampu menghubungkan kita dengan AKHIRAT dan Syurga Allah swt…Aamiin Allahumma Aamiin Ya Allah! Sehingga bertemu lagi…nantikan TIPS-TIPS Yang Menarik akan datang…Tungguuuu! Salam Inspirasi & Cinta Jannah 2014! Hajjah Aniz Hj Anwar

Tuesday, April 8, 2014

Kaunseling Perkahwinan Bagaimana Kaunselor Perkahwinan Boleh Membantu Pasangan?

Bismillaahir rahmaanir rahiim... Segala puji bagi Allah Yang Maha Kasih...alhamdulillah setelah sekian lama bertahun-tahun laman ia terbiar tersepi syukur hari ini atas PERTANYAAN ramai dan izin dari Yang Esa saya mengambil kesempatan untuk mengaktifkannya kembali mudah-mudahan MAMPU MENJEMPUT SINAR HARAPAN dan KEYAKINAN bahawa setiap ujian ada solusinya...setiap cabaran ada penyelesaiannya. Alhamdulillah 2007 hingga 2014 rata-rata stastitik kes yang hadir ke klinik kaunseling saya mencatatkan peratusan hampir 70% kes yang hadir berkisar dengan isu masalah rumahtangga. Bagaimana pula dengan masalah lain stress, putus cinta, kewangan, akademik, kerjaya, kemurungan , isu keyakinan diri dan sebagainya tidak ada kah Hajjah Aniz? Ada tetapi tidaklah tinggi berbanding dengan isu-isu yang melibatkan perihal rumahtangga. Ya tidak dinafikan alam percintaan tidaklah sama dengan alam berumahtangga, sebuah perkahwinan MENUNTUT komitmen, persefahaman, toleransi, kerjasama, kepercayaan dan kejujuran serta kesetiaan yang tidak berbelah bahagi NAMUN sayang sekali KEIKHLASAN dalam "MEMBERIKAN BAHAGIA dan MELETAKKAN TANGGUNGJAWAB juga AMANAH pada tempatnya jarang sekali bertepatan di awal-awal usia perkahwinan...ho ho ho maksud saya juga tidak dinafikan yang dah masuk usia perkahwinan FASA 20-an dan ke atas juga masih lagi samar dan keliru. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, kenapa, mengapa semua ini BOLEH terjadi??? Tips Menangani Isu Dalam Perkahwinan ==================================== 1. Kelemahan Diri Bukan Tiket Untuk Terus Terlanjur Dalam Kesilapan @ Derhaka Kepada Allah swt Setiap pasangan atau individu tidak dapat lari dari kelemahan dan kekurangan diri namun ianya BUKANLAH satu tiket untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab untuk melakukan yang TERBAIK dalam mengisi perkahwinan khususnya dalam MEMIMPIN dan MENGGENGAMI TANGAN pasangan juga permata hati anugerah Ilahi untuk menjejaki Jannah. Ya tidak dinafikan setiap dari pasangan yang berkahwin datang dari 'latar belakang' yang berbeza yang mana turut membawa bersama NILAIAN yang dihidupkan dalam famili tersebut ~ ada yang positif dan ada yang negatif. Contoh mudah ada individu yang dibesarkan dalam keluarga yang meringan-ringankan tentang penekanan ketaatan dan ibadah kepada Allah swt,ada pula yang dibesarkan dalam keluarga yang berpecah, huru-hara, tidak harmoni dan ada pula yang dibesarkan dalam suasana keluarga yang begitu berdisplin, pembersih, sistematik, penuh keakraban dan intim dalam hubungan keluarga. Kesan dari pertembungan 2 PEMBAWAAN ini adakalanya boleh menimbulkan KONFLIK. Bagi individu yang mungkin telah dibiasakan dengan budaya kehidupan yang CINTAKAN DUNIA, PENTINGKAN DIRI SENDIRI kurang penerapan nilaian agama adakalanya AGAK SUKAR untuk dijinakkan hatinya untuk lebih bersabar, toleransi, memahami dan saling bantu membantu dalam usaha memperbaiki iklim perkahwinan yang adakalanya teruji. Adakalanya hati isteri yang pinta dipujuk, dibelai, dihargai almaklumlah setelah berkorban keringat dan tenaga berkejaran menguruskan rumahtangga , melayani kerenah anak-anak serta komitmen kerjaya kadang-kadang sangat menginginkan TELINGA yang untuk mendengar luahan hatinya tapi takdir hidup si suami pula BUKANLAH pendengar yang baik hobinya baru nak bersuara sedikit lantas dipotong kata-kata isterinya. Tak kurang kadang tambah dikritik dan dicela lagi...hu hu hu...sehari dua sebulan dua mungkin mampu bertahan tetapi bila bertahun-tahun 'budaya negatif' ini mampu menjadi barah dalam perkahwinan. Kesannya MAGNET dalam rumahtangga menjadi lesu...TARIKAN DI LUAR menjadi kebahagian yang mengujakan...ho ho ho...Nauzubillahminzalik!! Hati-hati...ujian Allah dalam rumahtangga bukanlah satu pelarian untuk pasangan terjebak dengan perkara-perkara yang HARAM yang dimurkai oleh Allah swt...INGAT JANGAN SAMPAI UJIAN ITU MEMBUATKAN DIRI HINA!! # Dalam kes sebegini di mana pasangan yang mungkin diuji dengan isu komunikasi mahupun skandal yang tidak diundang dan MEREKA INGIN MENYELAMATKAN PERKAHWINAN mereka ingin dibantu untuk melihat ke dalam diri, apakah sumbangan/faktor juga kelemahan yang membawa kepada isu/konflik yang ditempuhi hari ini. Dengan kerendahan hati yang INGIN BERTAUBAT dan memperbaiki kesilapan kelmarin pasangan dibimbing dengan kaedah Emotional Freedom Technique yang diperkemaskan dengan nilaian Islam untuk melepaskan segala bebanan kesakitan emosi dan tekanan yang dialami agar kehidupan mampu kembali harmoni, tenang dan bahagia. 2. Kesilapan Semalam Usah Diungkit...Let It Go! Ramai di kalangan pasangan yang diuji dengan peristiwa pahit pasangan yang curang melalui DETIK yang sangat mencabar untuk memaafkan pasangan mereka NAMUN dalam waktu yang sama mereka terperangkap dalam IMPIAN kehidupan rumahtangga yang diingini. Disinilah peperangan mulai tercetus jika pasangan TIDAK DIBANTU...apa yang bakal terjadi ibaratnya permukaan nampak bahagia, tenang NAMUN hakikatnya gelora mampu tercetus-cetus pada bila-bila masa apatah disulami dengan bayangan perasaan benci, dendam, sakit hati, kesal, terkilan dan kecewa. Tutur kata akan selalu sahaja CENDERUNG untuk menyakiti dan mengguris perasaan masing-masing.Ahaaa! Lihat kembali ADAKAH INI YANG ANDA MAHU ANAK-ANAK ANDA TELADANI???Inikah so call kebahagian alam perkahwinan dan pengabaian serta kezaliman yang ingin anda WARISKAN kepada anak-anak yang dikasihi...fikirkan kembali!!!ANDA, PASANGAN ANDA SERTA ANAK-ANAK LAYAK UNTUK BAHAGIA...tapi bagaimana??? # Dalam kes sebegini pasangan dibantu untuk melepaskan segala tekanan, bebanan dan kekecewaan silam dengan MEMILIH UNTUK MEMAAFKAN PASANGAN mereka. Dengan teknik serta kompetensi seorang Kaunselor yang bertauliah dan berpengalaman ISU SEBEGINI bukanlah sesuatu isu yang remeh atau sukar untuk dibantu penyelesaiannya tetapi ADA SATU SYARAT iaitu individu atau pasangan itu harus ikhlas, berani dan jujur untuk mencapai redha Allah swt. Setiap yang berlaku ada HIKMAH yang tersembunyi , dengan kerendahan hati mengakui sifat kehambaan yang selayaknya diuji untuk dinilai di sisi Allah swt siapalah kita hambanya untuk hidup menyimpul dendam, kebencian dan keras hati...sememangnya BAHAGIA, KASIH SAYANG serta SENTUHAN KASIH ILAHI akan terhalang dengan personaliti negatif akibat terpedaya dengan hasutan dan huru hara syaitan laknatullah. # Perlu DIINGATKAN adalah sesuatu yang mustahil untuk hidup dengan harmoni, berkasih sayang sekiranya diselubungi dengan semalam yang sulit lagi memedihkan...kesakitan dan bebanan emosi suatu wabak penyakit yang merbahaya ~ sakit yang tidak nampak tetapi cukup untuk mengesani kehidupan yang dijalani! Jangan biarkan semalam mendukacita kehidupan ANDA hari ini dan akan datang...Make Peace & Heal...You can HEAL if you want too!Life Is Too Precious... 3. Usah Bertangguh Untuk Mendapatkan Rawatan mahupun Bantuan Profesional Ya tidak dinafikan khidmat kaunseling di Malaysia masih lagi jauh ketinggalan berbanding di kebanyakan negara-negara maju. Keperluan bantuan profesional masih lagi dianggap sesuatu yang MEMALU dan MENAKUTKAN lebih-lebih lagi dalam mengambilkira keadaan individu yang diuji dengan dilema ataupun konflik. Rata-ratanya masih lagi diselubungi BIMBANG dan RAGU akan "CAKAP-CAKAP ORANG LAIN...Pandangan ataupun perspektif masyarakat apabila seorang individu pergi mendapatkan bantuan kaunseling malah tidak kurang juga yang beranggapan SAYA SIHAT, SAYA OK, SAYA BUKAN SAKIT JIWA sehingga perlu berjumpa dengan kaunselor. Saat diuji, individu memerlukan seseorang untuk sekurang-kurangnya berkongsi masalah dengannya ; ada insan yang bertuah masih punya ibu atau ayah, adik beradik, sahabat yang ikhlas dan sudi membantu.Tetapi tidak semua yang takdir hidup sebegitu ada yang ibu atau ayah sudah pergi meninggalkan mereka , ada pula sudah berusia tidak selayaknya dibebani dengan masalah hidup anak-anak, ada pula adik beradik masing-masing sibuk dengan kisah dan hidup serta masalah masing-masing, rakan pula..OH NO!!! Saya ada BOSS besar di pejabat takkan nak cerita masalah saya dengan staff atau rakan sekerja...malulah saya.Tapi dalam masa yang sama isu yang dialami makin hari makin parah...nak buat kerja pun tak tenteram, produktiviti kerja saya terganggu, komunikasi dengan pasangan serta anak-anak turut terkesan dan paling menyedihkan hati anak-anak pula menjadi mangsa kemarahan dan kekecewaan saya.Ahaa! Di sinilah peranan seorang kaunselor profesional boleh membantu. # Perlu diingatkan "Counseling Is A Talking Cure" In shaa Allah bercerita dengan mereka yang arif dan pakar mampu membawa klien atau individu untuk lebih memahami, mendalami dan menyayangi diri sendiri dengan MEMILIH PENUH SEDAR...Saya perlu berubah, saya sayangkan diri saya, keluarga saya, rumahtangga dan kehidupan saya seluruhnya 4. Betulkan MENTAL PICTURE! Ini sebahagian KATA KUNCI yang saya temui sepanjang eksplorasi kerjaya saya sebagai Kaunselor Perkahwinan. Rata-rata pasangan hadir mempunyai MENTAL PICTURE yang kabur atau kurang jelas ke arah mana alam perkahwinan atau rumahtangga serta keluarga mereka INGIN DIBAWA. Sedangkan perkara ASAS ini perlu dipasak dan ditanamkan sedari awal lagi sebelum pasangan memilih untuk berkahwin. Sebuah ikatan perkahwinan adalah untuk MENCARI KEREDHAAN ALLAH...MENJEJAK JANNAH! Sebagai individu Muslim impian dan CITA-CITA PALING BERMAKNA adalah dapat menatap wajah Allah swt di syurgaNya akhirat nanti maka untuk itu juga MENTAL PICTURE UNTUK KE JANNAH harus dimulai dengan diresapi dengan TAKUTKAN ALLAH SWT. In shaa Allah dengan berpandukan PETA AJAIB ini diiringi dengan RUH untuk mentaati Allah swt, membahagiakan Allah swt In shaa Allah tiada suatu cabaran atau masalah pun yang mustahil untuk diatasi mudah-mudahan KASIH SETIA ALLAH yang selalu mendengar setiap sahabat mahupun pasangan yang membaca entri atau nukilan ini mampu memilih KOREKSI dan kembali memperhebatkan Allah dan mencintai syurgaNya. # Selalu saya mengingatkan klien-klien saya malah diri saya juga kita ini bukan hamba siapa-siapa..kita bukan hamba suami...kita bukan hamba isteri...kita bukan hamba ibubapa kita...kita bukan hamba anak-anak kita...kita bukan hamba kerjaya kita...kita bukan hamba kemewahan, pangkat dan harta kita TETAPI KITA ADALAH "HAMBA ALLAH"!!! Dengan meyakini dan menghayati konsep kehambaan ini In shaa Allah akan selalu menjadikan kita manusia yang selalu MENGAWASI DIRI agar mampu meletakkan setiap amanah, tanggungjawab itu pada peranan dan hak yang harus diberikannya bukan yang celaru...bukan yang keliru!!Kalau MASIH juga KELIRU...Tuntut ILMU!! In shaa Allah CAHAYA yang akan membahagiakan menyinari diri dan insan tersayang ...jangan pernah takut, lelah atau putus asa untuk belajar dan belajar...hanya dengan jalan ilmu mampu membantu diri menghampiri kesempurnaan dan kebaikan yang diredhai Allah...In Shaa Allah! ================================================================== BERMINAT UNTUK MENDAPAT TEMUJANJI SESI KAUNSELING PERKAHWINAN ??? ================================================================== YURAN KONSULTASI BERKUATKUASA APRIL 2014 ======================================== Sesi Secara Online : 1jam 30 min @ RM150 shj Sesi Secara Bersemuka Individu : 1jam 30min @ RM180 shj Sesi Secara Berpasangan (Spilt & Join Session): 2jam 30min jam @ RM300 shj Bayaran Boleh Dikemukakan Kepada : Maybank A/C : 162218337759 (Noraniza Binti Anwar) Enail : nurqudrah786@gmail.com Lokasi Klinik Kaunseling : Seksyen 7, Shah Alam. Waktu Operasi : Isnin - Sabtu (10.30pg - 4.30ptg) (Sesi di luar waktu pejabat juga boleh diaturkan atas persetujuan bersama) Sila maklumkan kepada saya MASA dan TARIKH yang dipilih sejurus pembayaran dilakukan. Diingatkan HANYA BAYARAN YANG LENGKAP sahaja akan dislotkan untuk sesi temujanji bagi mengelakkan individu yang TIADA KOMITMEN DIRI membuat temujanji palsu. Didoakan semoga para sahabat semua akan terus dilimpahi rahmat serta kasih sayang yang membahagiakan, mendamaikan dan memimpin serta mendekatkan kita dengan syurgaNya...sesungguhnya segala yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri. PS : Untuk TIPS dan INSPIRASI jangan lupa SUBSCRIBE ~ http://kliniksukses.anizanwar.com/ksoptin/