Friday, September 26, 2014

Marriage Coaching ~ Rahsia Sebenar Menjemput Cinta Jannah

Bismillahirrahmanirrahim....


Segala puji bagi Allah swt Tuhan Pentadbir Langit dan Bumi serta segala isi kandungannya. Selawat dan salam buat junjungan Rasul mulia Nabi Muhammad saw beserta keluarga dan para sahabatnya. Alhamdulillah mengiringi rintik hujan rahmat membasahi bumi di petang Jumaat yang penuh barakah ini diberi kesempatan Ilahi untuk saya berkongsi PENCERAHAN dan makluman berkaitan SOLUSI dan PENAWAR untuk mendepani cabaran rumahtangga dan menjemput cinta tulus murni saling mampu membahagia dan melengkapi antara satu sama lain.

11 Tahun Yang Memberi INSPIRASI
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bermula 2003 hingga kini 2014 lebih 10 tahun saya berdepan dengan isu-isu berkaitan alam perkahwinan dan rumahtangga. Itu belum masuk lagi kiraan sejak zaman kanak-kanak sekolah tadika, sejak kecil seringkali kediaman kami menjadi tumpuan dan rujukan bagi pesakit, individu mahupun pasangan yang mengalami masalah rumahtangga mendapatkan pertolongan dari ayahanda tercinta Ustaz Hj Anwar Bin Hj Ahmad. Pelbagai kisah menggamit memori isu pengkhianatan dalam rumahtangga, skandal, campur tangan mertua, keluarga tidak harmoni, gangguan sihir dan metafizik serta bermacam-macam lagi. Bertitik-tolak dari situ dari waktu ke waktu tidak putus doa dari hati ini ingin sekali membantu lebih ramai lagi. Ketahuilah setiap cabaran, setiap ujian dalam rumahtangga mahupun kehidupan ini bukanlah tanda pengakhiran kehidupan atau tanda kemurkaan Allah melainkan untuk diampunkan dosa-dosa silam dan diangkat darjat keimanan kita. Rencana yang hadir bukan membawa maksud untuk melemah jauh sekali memusnahkan hidup pasangan tetapi sebenarnya ada MESEJ, PENGAJARAN dan HIKMAH untuk menyiapkan individu/papasangan untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik, isteri yang lebih baik, suami yang lebih baik dan ibubapa juga anak yang lebih baik.

Pengalaman sebagai Kaunselor Perkahwinan menemukan adalah sesuatu yang AMAT SUKAR jika solusi masalah, kemelut atau konflik perkahwinan itu diselesaikan dengan hanya berpandukan kiblat teori-teori ilmu Barat yang terdapat dalam dunia kaunseling itu sendiri. Ia akan hanya menjadi satu perosalan demi persoalan yang tidak dapat dirungkaikan kerana secara amnya perubahan yang diharap dan disandarkan itu berkait langsung dengan perubahan pasangan. Kebaikan , pengorbanan dan komitmen diletakkan untuk mendapatkan pengiktirafan manusia maka disitulah juga menjadi PUNCA hati terkadang teruji dengan kekecewaan dan kehampaan apabila pengkhianatan berlaku,pengabaian terjadi dan kezaliman berlaku. 

Sehinggakan perkahwinan yang dahulunya dimeterai dengan cinta dan kasih yang sangat mendalam...lautan api sanggupku renangi, gunung yang tinggi sanggup ku daki tapi kenyataannya apabila isyarat kasih Allah datang menghampiri terburai segala janji sumpah setia dahulu. Amanah pula bertukar menjadibeban yang menghimpit dan menyesakkan diri. Maka timbullah PERSOALAN kenapa, mengapa, bagaimana dan bermacam-macam lagi kemusyikilan menjadi tanda tanya. Dengan sesi kaunseling yang mengambil masa 1jam 30 min setiap sesi tidak banyak yang dapat pihak kaunselor membantu sekadar memberikan sedikit kelegaan dan keyakinan yang pihak klien/individu mampu menanganinya. 

Rahsia Menjemput Bahagia Dengan Hati Yang Redha dan Ikhlas
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Namun yang jelas, KUNCI untuk mencapai KETENANGAN hidup itu bukan sekadar itu rahsianya...hati , lisan , fikiran dan minda harus KONGRUEN, JUJUR dan IKHLAS 100% menerima kenyataan dan ujian yang hadir. Dan PRINSIPNYA untuk menemukan ketenangan ini ia tidak boleh hadir dengan hanya sekkadar cuba-cuba, try and error jauh sekali untuk mengambil sikap sabar yang hanya tunggu dan lihat serta mengalah yang membuta-tuli, perlu ada STRATEGI! Dan strategi untuk membawa diri keluar dari KEPOMPONG KESAKITAN dan RASA LELAH itu hanya dengan jalan ILMU. Ia harus dicari...harus dintuntut...perlu ada nilai pengorbanan dengan dimulai KEBENARAN DIRI YANG SEJAHTERA, LEBIH SUKSES dan LEBIH HIDUP dalam menjalani kehidupan ini.

Ketahuilah sesungguhnya Allah swt itu tidak pernah zalim seringkali juga di kebanyakan ruang dan waktu kita sendiri yang bertindak zalim terhadap diri kita sendiri membenarkan bisikan syaitan, kebencian, kesakitan, kekecewaan, lemah serta putus asa mengusai diri. Maka dengan ASPIRASI MURNI tulus ikhlas ingin melihat lebih ramai lagi pasangan di Malaysia ini malah seluruh dunia mampu hidup bahagia, ceria, bersyukur, ikhlas dan redha menjalani kehidupan. Kelemahan, kekurangan bukanlah faktor untuk CINTA BERALIH ARAH melainkan untuk terus hidup, cekal, ikhlas, sabar dan berani untuk mengengam erat tangan pasangan menjejak CINTA JANNAH, mendekati syurga Ilahi serta merasa bahagia selalu untuk saling membahagiakan, menguatkan dan melengkapi antara satu sama lain.

Ia bukan sesuatu yang mudah untuk dicapai...diingatkan! Bukan sesuatu yang mudah untuk dirangkul kemas ikatan kasih suci melainkan dengan keikhlasan yang didokongi iman, ilmu dan amal yang istiqamah untuk menjayakan REALITI INDAH DUNI DUNIA YANG SEJAHTERA dan disusuli In shaa Allah AKHIRAT YANG BAHAGIA. Untuk mereka yang MEMILIH BAHAGIA menemani perjalanan hidup anda dialu-alukan untuk menyertai saya dalam eksplorasi indah kebesaran kasih Ilahi dalam kupasan ilmu berkaitan kaunseling perkahwinan, pengendalian cabaran dalam perkahwinan, seni dan tertib doa juga menjemput impian yang makbul serta KUASA AJAIB GPS JANNAH yang akan dibongkar dalam siri eksklusif ini. 

SIAPA YANG PERLU HADIR UNTUK TEMUJANJI MARRIAGE COACHING INI??
================================================================
1. Pasangan Yang Bakal Mendirikan Rumahtangga - Kursus Perkahwinan nyata tidak cukup untuk menyediakan pasangan untuk melayari alam rumahtangga, ia sekadar memberi IDEA bagaimana alam perkahwinan itu bukan CARA PENGENDALIAN CABARAN atau TEKANAN yang perlu dilalui oleh pasangan dalam fasa-fasa yang dijalani.

2. Pasangan Yang Sedang Berkahwin dan INGIN Memperbaiki Iklim Rumahtangga mereka agar lebih harmonis dan bahagia.

3. Pasangan Yang Teruji Dengan Konflik dan Badai Rumahtangga dan berusaha keras ingin menyelamatkan ikatan suci perkahwinan mereka.

4. Individu Yang Pernah Mengalami Kegagalan Dalam Perkahwinan dan ingin sembuh dan memulakan semula kehidupan.


MATLAMAT MARRIAGE COACHING ~ MODULE JEJAK CINTA JANNAH
============================================================
■ Memberi pendedahan kepada individu/pasangan bagaimana kaedah pengendalian cabaran dalam perkahwinan 

■ Membantu individu/pasangan agar lebih menyakini potensi diri mereka dalam mengharungi cabaran alam perkahwinan. 

■ Mengetengahkan KUNCI dan RESEPI Ohsem dalam menjayakan hubungan yang harmoni dan saling membahagiakan dalam rumahtangga.

 Memahami konteks perkembangan dalam fasa perkahwinan dan cabaran yang hadir 

■ Membentuk persekitaran dan iklim yang kondusif untuk merangsang pembentukan peribadi dan efikasi diri anak-anak yang cemerlang.

■Tips menyubur dan menyemarakkan Kasih Sayang dan Cinta Jannah yang sebenar

■ Rahsia Menjemput Impian Yang Makbul dengan Formula Tahu-tahu Harapan Terwujud

PAKEJ MARRIAGE COACHING YANG DITAWARKAN :

===========================================


Sesi Eksklusif ini akan memberikan ruang istimewa kepada individu @ pasangan menjalani  konsultasi dan kaunseling selama 1 Jam.Manakala baki berikutnya 2 jam 30minit perbincangan serta perkongsian Module Jejak Cinta Jannah yang akan mengupas rahsia, resepi, tips serta pendekatan OHSEM menjayakan perkahwinan dan alam rumahtangga yang sukses dan bahagia.

Semoga pendekatan komprehensif yang UNIK ini mampu menyediakan individu serta pasangan kemahiran yang lebih mantap, keyakinan juga kompetensi diri serta pengetahuan yang mampu menyuluh perjalanan kehidupan dan alam rumahtangga yang jauh lebih bermakna dan disyukuri In shaa Allah.

* Untuk TEMUJANJI Sila SMS/Whatsapp ke 012-3915362 bagi sebarang pertanyaan lanjut


Salam Inspirasi Jannah,
Hjh Aniz Hj Anwar



MEMILIH UNTUK LEBIH BAHAGIA, LEBIH SEJ

Friday, May 16, 2014

Misi Mencari Redha, Bahagia & Doa Yang Makbul

Bismillah…
Assalamualaikum dan salam kebahagian buat para pengunjung yang terus setia! Diam tak diam kini kita sudahpun menghampiri separuh perjalanan 2014 ya, agaknya BAGAIMANA perjalanan 2014 kali ini ?? Semuanya OK? He …he…he taklah berapa OK tapi tidaklah KO ya (pandaijer saya)! Adatlahkan hidup ini untuk diuji sememangnya kita MILIK ALLAH dan selayaknyalah untuk kita diuji yang paling penting jangan pernah mengalah atau berhenti untuk menggenggam IMPIAN yang dihajati. Tapi SATU PERSOALAN yang timbul MAMPUKAH diri ini mencapai redha , bahagia dan tercapai IMPIAN jika masih lagi diselubungi lelah, keliru, lemah , longlai dan buntu untuk kemana kehidupan ini hendak dibawa??? Itulah yang saya tekankan dalam Klinik Kaunseling saya…yang mengetengahkan PENDEKATAN YANG CUKUP ISTIMEWA & UNIK berbanding yang sedia ada. Pada saat diri terbeban sarat dihujani cubaan hidup apa yang diperlukan adalah SESI KAUNSELING untuk membantu namun apabila saat individu telah bersedia untuk bangkit dan berubah hidup bukan kaunseling lagi yang diperlukan melainkan PENGISIAN ILMU, PANDUAN, BIMBINGAN dan PENEROKAAN untuk Membongkar Khazanah & Potensi Diri Yang Dimiliki Untuk Menggapai Impian dan Merubah Hidup In shaa Allah. Ya EKSPLORASI ILMU yang mampu untuk menyuluh perjalanan individu agar yang lebih berkeyakinan, fokus, istiqamah dan membahagiakan In shaa Allah. Maka untuk itu jugalah maka TERLAHIRNYA program yang saya sendiri kendali dan tawarkan di dalam klinik saya iaitu program Life Coaching Klinik Sukses. Satu program yang menawarkan pengisian untuk membantu mereka yang TERCARI-CARI teknologi, penawar, ilmu, pengetahuan dan kemahiran untuk membawa diri keluar dari masalah, mencapai ketenangan, keharmonian, kebahagian dan seterusnya menikmati IMPIAN yang dihajati. Bunyi macam sesuatu yang agak sukar dinikmatikan (lebih lagi dalam keadaan diri yang masih diselubungi energi sugul, sedih, hampa, kecewa SEMALAM) akan tetapi ketahuilah ianya tidaklah sesukar mana bila dipelajari dengan tertib cara, keikhlasan, komitmen , keberanian dan kejujuran yang benar-benar ingin bangkit, bahagia, sembuh, sukses dan H.I.D.U.P In shaa Allah! Heal Live…L.I.V.E Life <3 <3 <3 Nak tahu apa yang ada dalam Pakej OHSEM Life Coaching Klinik Sukses 2014 : Rahsia Gaya Asuhan, Personaliti dan Pola Kehidupan ~ Bagi kes trauma childhood isu spt penderaan dsbgnya ilmu sangat membantu! Rahsia Garisan Hidup & Forecasting Impian The Secret Art Of Letting Go ~ Emotional Freedom Technique yang diadun dan diolah semula menepati sistem kepercayaan hidup berTuhan dan holistik dalam Menjemput Kesembuhan Pengendalian Pengurusan Stress Bagaimana Mengenalpasti Adakah Diri Anda Telah Sembuh Dari Duka Kisah Semalam? Rahsia Menguruskan Was-was Kehidupan Dengan Teknik Istiharah Menggunakan Al Qur’an Hubungkait Frekuensi Diri dan Alam Dalam Menjemput Impian Rahsia Sains Minda Percepatan Rezeki ~ Bagaimana menggenggam Jutawan/Jodoh/Impian yang Allah redha In shaa Allah! Ikhtiar Jodoh Menjemput Doa Yang Makbul Terapi Air Rahsia Perhebatkan Allah…Perhebatkan Anda dan pastinya paling OHSEM EKsklusif Hebat Buat Pasangan Yang Berkahwin ~ Skrip Menjemput Semarak Cinta Yang Subur, Mekar & HANGAT Dalam Rumahtangga Home cooking from Hajjah Aniz’s Kitchen semestinya… Semua ini akan dipelajari dalam suasan santai, relax dan enjoy eksklusif, harmoni dan mendamaikan di rumah…cara saya Menjemput Malaikat Rahmat Di Taman Syurga!! Moga Kedatangan Anda Yang Bertamu Menuntut Ilmu di klinik saya akan menjadi saksi keindahan dan kebahagian titipan Ilahi dalam perjalanan hidup saya …menjadi saham dan currencies LUMAYAN untuk perjalanan alam barzakh dan akhirat saya In shaa Allah…Aaamiin Ya Rabbal Alamin! Bagi para sahabat yang mungkin MENCARI JAWAPAN segala persoalan yang bermain di minda selama ini SELAMAT MENGHADIAHKAN DIRI ILMU untuk menyuluh impian. Sesungguhnya dalam hidup tiada yang lebih bermakna selain hidup tenang, bahagia dan terkabul impian. Hanya insan bahagia mampu MEMBAHAGIAKAN insan penuh bahagia. Bagi yang BERMINAT untuk Sesi Secara Personal Coaching Penyertaan Kini Dibuka Untuk Temujanji sila : >>> SMS/Whatsapp ke 012-3915362 atau >>> RESPON terus dari email ini untuk menikmati DISKAUN BAIK HATI sempena meraikan kesyukuran berita-berita gembira yang hadir daripada adik-adik Klinik Sukses yang pernah mengikuti program saya sejak kebelakangan ini. ~ Ada yang dah berjaya untuk bergelar Therapist EFT ONLINE seperti saya, ada yang telah mendirikan rumahtangga, ada yang bakal mendirikan rumahtangga, ada yang baru melahirkan cahayamata, ada yang kini bahagia dengan pasangan dan anak-anak setelah melepasi fasa getir ujian kasih Allah…Allahu Akbar! Sememang dunia sangat bahagia bila kita dapat memberi juga berbagi keindahan rasa dan nikmat Allah. Semoga kesyukuran, kebahagian, kejayaan, kasih sayang, keberanian dan ketenangan juga kekayaan terus mampu menghubungkan kita dengan AKHIRAT dan Syurga Allah swt…Aamiin Allahumma Aamiin Ya Allah! Sehingga bertemu lagi…nantikan TIPS-TIPS Yang Menarik akan datang…Tungguuuu! Salam Inspirasi & Cinta Jannah 2014! Hajjah Aniz Hj Anwar

Tuesday, April 8, 2014

Kaunseling Perkahwinan Bagaimana Kaunselor Perkahwinan Boleh Membantu Pasangan?

Bismillaahir rahmaanir rahiim... Segala puji bagi Allah Yang Maha Kasih...alhamdulillah setelah sekian lama bertahun-tahun laman ia terbiar tersepi syukur hari ini atas PERTANYAAN ramai dan izin dari Yang Esa saya mengambil kesempatan untuk mengaktifkannya kembali mudah-mudahan MAMPU MENJEMPUT SINAR HARAPAN dan KEYAKINAN bahawa setiap ujian ada solusinya...setiap cabaran ada penyelesaiannya. Alhamdulillah 2007 hingga 2014 rata-rata stastitik kes yang hadir ke klinik kaunseling saya mencatatkan peratusan hampir 70% kes yang hadir berkisar dengan isu masalah rumahtangga. Bagaimana pula dengan masalah lain stress, putus cinta, kewangan, akademik, kerjaya, kemurungan , isu keyakinan diri dan sebagainya tidak ada kah Hajjah Aniz? Ada tetapi tidaklah tinggi berbanding dengan isu-isu yang melibatkan perihal rumahtangga. Ya tidak dinafikan alam percintaan tidaklah sama dengan alam berumahtangga, sebuah perkahwinan MENUNTUT komitmen, persefahaman, toleransi, kerjasama, kepercayaan dan kejujuran serta kesetiaan yang tidak berbelah bahagi NAMUN sayang sekali KEIKHLASAN dalam "MEMBERIKAN BAHAGIA dan MELETAKKAN TANGGUNGJAWAB juga AMANAH pada tempatnya jarang sekali bertepatan di awal-awal usia perkahwinan...ho ho ho maksud saya juga tidak dinafikan yang dah masuk usia perkahwinan FASA 20-an dan ke atas juga masih lagi samar dan keliru. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul, kenapa, mengapa semua ini BOLEH terjadi??? Tips Menangani Isu Dalam Perkahwinan ==================================== 1. Kelemahan Diri Bukan Tiket Untuk Terus Terlanjur Dalam Kesilapan @ Derhaka Kepada Allah swt Setiap pasangan atau individu tidak dapat lari dari kelemahan dan kekurangan diri namun ianya BUKANLAH satu tiket untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab untuk melakukan yang TERBAIK dalam mengisi perkahwinan khususnya dalam MEMIMPIN dan MENGGENGAMI TANGAN pasangan juga permata hati anugerah Ilahi untuk menjejaki Jannah. Ya tidak dinafikan setiap dari pasangan yang berkahwin datang dari 'latar belakang' yang berbeza yang mana turut membawa bersama NILAIAN yang dihidupkan dalam famili tersebut ~ ada yang positif dan ada yang negatif. Contoh mudah ada individu yang dibesarkan dalam keluarga yang meringan-ringankan tentang penekanan ketaatan dan ibadah kepada Allah swt,ada pula yang dibesarkan dalam keluarga yang berpecah, huru-hara, tidak harmoni dan ada pula yang dibesarkan dalam suasana keluarga yang begitu berdisplin, pembersih, sistematik, penuh keakraban dan intim dalam hubungan keluarga. Kesan dari pertembungan 2 PEMBAWAAN ini adakalanya boleh menimbulkan KONFLIK. Bagi individu yang mungkin telah dibiasakan dengan budaya kehidupan yang CINTAKAN DUNIA, PENTINGKAN DIRI SENDIRI kurang penerapan nilaian agama adakalanya AGAK SUKAR untuk dijinakkan hatinya untuk lebih bersabar, toleransi, memahami dan saling bantu membantu dalam usaha memperbaiki iklim perkahwinan yang adakalanya teruji. Adakalanya hati isteri yang pinta dipujuk, dibelai, dihargai almaklumlah setelah berkorban keringat dan tenaga berkejaran menguruskan rumahtangga , melayani kerenah anak-anak serta komitmen kerjaya kadang-kadang sangat menginginkan TELINGA yang untuk mendengar luahan hatinya tapi takdir hidup si suami pula BUKANLAH pendengar yang baik hobinya baru nak bersuara sedikit lantas dipotong kata-kata isterinya. Tak kurang kadang tambah dikritik dan dicela lagi...hu hu hu...sehari dua sebulan dua mungkin mampu bertahan tetapi bila bertahun-tahun 'budaya negatif' ini mampu menjadi barah dalam perkahwinan. Kesannya MAGNET dalam rumahtangga menjadi lesu...TARIKAN DI LUAR menjadi kebahagian yang mengujakan...ho ho ho...Nauzubillahminzalik!! Hati-hati...ujian Allah dalam rumahtangga bukanlah satu pelarian untuk pasangan terjebak dengan perkara-perkara yang HARAM yang dimurkai oleh Allah swt...INGAT JANGAN SAMPAI UJIAN ITU MEMBUATKAN DIRI HINA!! # Dalam kes sebegini di mana pasangan yang mungkin diuji dengan isu komunikasi mahupun skandal yang tidak diundang dan MEREKA INGIN MENYELAMATKAN PERKAHWINAN mereka ingin dibantu untuk melihat ke dalam diri, apakah sumbangan/faktor juga kelemahan yang membawa kepada isu/konflik yang ditempuhi hari ini. Dengan kerendahan hati yang INGIN BERTAUBAT dan memperbaiki kesilapan kelmarin pasangan dibimbing dengan kaedah Emotional Freedom Technique yang diperkemaskan dengan nilaian Islam untuk melepaskan segala bebanan kesakitan emosi dan tekanan yang dialami agar kehidupan mampu kembali harmoni, tenang dan bahagia. 2. Kesilapan Semalam Usah Diungkit...Let It Go! Ramai di kalangan pasangan yang diuji dengan peristiwa pahit pasangan yang curang melalui DETIK yang sangat mencabar untuk memaafkan pasangan mereka NAMUN dalam waktu yang sama mereka terperangkap dalam IMPIAN kehidupan rumahtangga yang diingini. Disinilah peperangan mulai tercetus jika pasangan TIDAK DIBANTU...apa yang bakal terjadi ibaratnya permukaan nampak bahagia, tenang NAMUN hakikatnya gelora mampu tercetus-cetus pada bila-bila masa apatah disulami dengan bayangan perasaan benci, dendam, sakit hati, kesal, terkilan dan kecewa. Tutur kata akan selalu sahaja CENDERUNG untuk menyakiti dan mengguris perasaan masing-masing.Ahaaa! Lihat kembali ADAKAH INI YANG ANDA MAHU ANAK-ANAK ANDA TELADANI???Inikah so call kebahagian alam perkahwinan dan pengabaian serta kezaliman yang ingin anda WARISKAN kepada anak-anak yang dikasihi...fikirkan kembali!!!ANDA, PASANGAN ANDA SERTA ANAK-ANAK LAYAK UNTUK BAHAGIA...tapi bagaimana??? # Dalam kes sebegini pasangan dibantu untuk melepaskan segala tekanan, bebanan dan kekecewaan silam dengan MEMILIH UNTUK MEMAAFKAN PASANGAN mereka. Dengan teknik serta kompetensi seorang Kaunselor yang bertauliah dan berpengalaman ISU SEBEGINI bukanlah sesuatu isu yang remeh atau sukar untuk dibantu penyelesaiannya tetapi ADA SATU SYARAT iaitu individu atau pasangan itu harus ikhlas, berani dan jujur untuk mencapai redha Allah swt. Setiap yang berlaku ada HIKMAH yang tersembunyi , dengan kerendahan hati mengakui sifat kehambaan yang selayaknya diuji untuk dinilai di sisi Allah swt siapalah kita hambanya untuk hidup menyimpul dendam, kebencian dan keras hati...sememangnya BAHAGIA, KASIH SAYANG serta SENTUHAN KASIH ILAHI akan terhalang dengan personaliti negatif akibat terpedaya dengan hasutan dan huru hara syaitan laknatullah. # Perlu DIINGATKAN adalah sesuatu yang mustahil untuk hidup dengan harmoni, berkasih sayang sekiranya diselubungi dengan semalam yang sulit lagi memedihkan...kesakitan dan bebanan emosi suatu wabak penyakit yang merbahaya ~ sakit yang tidak nampak tetapi cukup untuk mengesani kehidupan yang dijalani! Jangan biarkan semalam mendukacita kehidupan ANDA hari ini dan akan datang...Make Peace & Heal...You can HEAL if you want too!Life Is Too Precious... 3. Usah Bertangguh Untuk Mendapatkan Rawatan mahupun Bantuan Profesional Ya tidak dinafikan khidmat kaunseling di Malaysia masih lagi jauh ketinggalan berbanding di kebanyakan negara-negara maju. Keperluan bantuan profesional masih lagi dianggap sesuatu yang MEMALU dan MENAKUTKAN lebih-lebih lagi dalam mengambilkira keadaan individu yang diuji dengan dilema ataupun konflik. Rata-ratanya masih lagi diselubungi BIMBANG dan RAGU akan "CAKAP-CAKAP ORANG LAIN...Pandangan ataupun perspektif masyarakat apabila seorang individu pergi mendapatkan bantuan kaunseling malah tidak kurang juga yang beranggapan SAYA SIHAT, SAYA OK, SAYA BUKAN SAKIT JIWA sehingga perlu berjumpa dengan kaunselor. Saat diuji, individu memerlukan seseorang untuk sekurang-kurangnya berkongsi masalah dengannya ; ada insan yang bertuah masih punya ibu atau ayah, adik beradik, sahabat yang ikhlas dan sudi membantu.Tetapi tidak semua yang takdir hidup sebegitu ada yang ibu atau ayah sudah pergi meninggalkan mereka , ada pula sudah berusia tidak selayaknya dibebani dengan masalah hidup anak-anak, ada pula adik beradik masing-masing sibuk dengan kisah dan hidup serta masalah masing-masing, rakan pula..OH NO!!! Saya ada BOSS besar di pejabat takkan nak cerita masalah saya dengan staff atau rakan sekerja...malulah saya.Tapi dalam masa yang sama isu yang dialami makin hari makin parah...nak buat kerja pun tak tenteram, produktiviti kerja saya terganggu, komunikasi dengan pasangan serta anak-anak turut terkesan dan paling menyedihkan hati anak-anak pula menjadi mangsa kemarahan dan kekecewaan saya.Ahaa! Di sinilah peranan seorang kaunselor profesional boleh membantu. # Perlu diingatkan "Counseling Is A Talking Cure" In shaa Allah bercerita dengan mereka yang arif dan pakar mampu membawa klien atau individu untuk lebih memahami, mendalami dan menyayangi diri sendiri dengan MEMILIH PENUH SEDAR...Saya perlu berubah, saya sayangkan diri saya, keluarga saya, rumahtangga dan kehidupan saya seluruhnya 4. Betulkan MENTAL PICTURE! Ini sebahagian KATA KUNCI yang saya temui sepanjang eksplorasi kerjaya saya sebagai Kaunselor Perkahwinan. Rata-rata pasangan hadir mempunyai MENTAL PICTURE yang kabur atau kurang jelas ke arah mana alam perkahwinan atau rumahtangga serta keluarga mereka INGIN DIBAWA. Sedangkan perkara ASAS ini perlu dipasak dan ditanamkan sedari awal lagi sebelum pasangan memilih untuk berkahwin. Sebuah ikatan perkahwinan adalah untuk MENCARI KEREDHAAN ALLAH...MENJEJAK JANNAH! Sebagai individu Muslim impian dan CITA-CITA PALING BERMAKNA adalah dapat menatap wajah Allah swt di syurgaNya akhirat nanti maka untuk itu juga MENTAL PICTURE UNTUK KE JANNAH harus dimulai dengan diresapi dengan TAKUTKAN ALLAH SWT. In shaa Allah dengan berpandukan PETA AJAIB ini diiringi dengan RUH untuk mentaati Allah swt, membahagiakan Allah swt In shaa Allah tiada suatu cabaran atau masalah pun yang mustahil untuk diatasi mudah-mudahan KASIH SETIA ALLAH yang selalu mendengar setiap sahabat mahupun pasangan yang membaca entri atau nukilan ini mampu memilih KOREKSI dan kembali memperhebatkan Allah dan mencintai syurgaNya. # Selalu saya mengingatkan klien-klien saya malah diri saya juga kita ini bukan hamba siapa-siapa..kita bukan hamba suami...kita bukan hamba isteri...kita bukan hamba ibubapa kita...kita bukan hamba anak-anak kita...kita bukan hamba kerjaya kita...kita bukan hamba kemewahan, pangkat dan harta kita TETAPI KITA ADALAH "HAMBA ALLAH"!!! Dengan meyakini dan menghayati konsep kehambaan ini In shaa Allah akan selalu menjadikan kita manusia yang selalu MENGAWASI DIRI agar mampu meletakkan setiap amanah, tanggungjawab itu pada peranan dan hak yang harus diberikannya bukan yang celaru...bukan yang keliru!!Kalau MASIH juga KELIRU...Tuntut ILMU!! In shaa Allah CAHAYA yang akan membahagiakan menyinari diri dan insan tersayang ...jangan pernah takut, lelah atau putus asa untuk belajar dan belajar...hanya dengan jalan ilmu mampu membantu diri menghampiri kesempurnaan dan kebaikan yang diredhai Allah...In Shaa Allah! ================================================================== BERMINAT UNTUK MENDAPAT TEMUJANJI SESI KAUNSELING PERKAHWINAN ??? ================================================================== YURAN KONSULTASI BERKUATKUASA APRIL 2014 ======================================== Sesi Secara Online : 1jam 30 min @ RM150 shj Sesi Secara Bersemuka Individu : 1jam 30min @ RM180 shj Sesi Secara Berpasangan (Spilt & Join Session): 2jam 30min jam @ RM300 shj Bayaran Boleh Dikemukakan Kepada : Maybank A/C : 162218337759 (Noraniza Binti Anwar) Enail : nurqudrah786@gmail.com Lokasi Klinik Kaunseling : Seksyen 7, Shah Alam. Waktu Operasi : Isnin - Sabtu (10.30pg - 4.30ptg) (Sesi di luar waktu pejabat juga boleh diaturkan atas persetujuan bersama) Sila maklumkan kepada saya MASA dan TARIKH yang dipilih sejurus pembayaran dilakukan. Diingatkan HANYA BAYARAN YANG LENGKAP sahaja akan dislotkan untuk sesi temujanji bagi mengelakkan individu yang TIADA KOMITMEN DIRI membuat temujanji palsu. Didoakan semoga para sahabat semua akan terus dilimpahi rahmat serta kasih sayang yang membahagiakan, mendamaikan dan memimpin serta mendekatkan kita dengan syurgaNya...sesungguhnya segala yang baik itu datang daripada Allah manakala yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri. PS : Untuk TIPS dan INSPIRASI jangan lupa SUBSCRIBE ~ http://kliniksukses.anizanwar.com/ksoptin/

Tuesday, October 26, 2010

Rawat KESEDIHAN HATI dgn Emotional Freedom Technique





Bismillah...

Apa khabar para sahabat yang dikasihi Allah? Semoga SEJAHTERA, CERIA & BAHAGIA mendengar BERITA GEMBIRA ini. Sesungguhnya ALLAH ITU MAHA ADIL DIA HADIRKAN UJIAN & CABARAN dan sesungguhnya DIA juga hadirkan PENAWAR & SOLUSI dalam mencari penyelesaiannya.Insyaallah bagi yang ingin menikmati KEINDAHAN...INSPIRASI...PENAWAR mudah-mudahan Allah akan berikan "KELAPANGAN HATI, MASA, TENAGA dan WANG RINGGIT" untuk menikmati hadiah PENAWAR dariNYA menerusi perjelajahan murni Life Coaching Klinik Sukses, insyaAllah

Menyambung bicara tanpa suara ini...ujian dan cabaran dalam kehidupan datang silih berganti. Dan tidak dinafikan TANPA ILMU, TANPA MAKLUMAT dan PENGETAHUAN serta KEBERANIAN DIRI "lekatan memori silam" seringkali membelenggu diri. Kehidupan ibarat tidak lepas dari bayangan sendu, kecewa, terkilan, BENCI, marah, dendam dan PALING MENCABAR sebenarnya "MEMAAFKAN DIRI SENDIRI". Kealpaan serta kebodohan diri yang diambil kesempatan...dikhianati, dicalar kepercayaan diri, dizalimi dan dilukai menyebabkan proses penyembuhan secara TOTAL sukar dinikmati.

Hasilnya hidup akan dilengkari dengan kehadiran "permusuhan di dalam diri" dan keadaan ini akhirnya akan mewujudkan suasana membina "permusuhan" di kalangan insan-insan di sekeling kita. Inilah MEKANISME PSIKOLOGI yang hadir di dalam hidup insan-insan yang menderita "SAKIT". "Sakit Hati" yang tidak kelihatan...sakit hati tidak mengapa lagi....insyaallah BOLEH SAHAJA DIRAWAT dgn pantas, mudah dan paling penting sangat BERKESAN dengan KEAJAIBAN Emotional Freedom Technique yang digarap semula menggabungjalin hubungan dengan PENCIPTA tunggak untuk menikmati kesejahteraan serta kebahagian diri. Insyaallah BERITA GEMBIRA...realiti indah...impian diri mampu nikmati DENGAN SATU SYARAT individu itu sendiri membenarkan DIRINYA untuk SEMBUH, BAHAGIA, BERJAYA dan SEJAHTERA seperti insan-insan yang hebat di sekeliling anda.

TIADA ALASAN LAGI untuk menamatkan penderitaan ini!!! Sayangi diri sendiri , jatuh cinta dengan diri ANDA...harmoni dengan diri sendiri inilah RAHSIA mengecapi langkah pertama..."REVOLUSI DIRI YANG INDAH" yang mana seringkali ramai di kalangan daripada kita terlepas pandangg!!!...CHANGE FROM WITHIN YOU CAN BRING CHANGE TO OTHERS...insyaAllah!

Jangan biarkan "KESAKITAN" yang anda DERITAI mengundang padah dan mudarat dalam perjalanan anda! Pencapaian kerjaya terjejas, hubungan rumahtangga berantakan tidak harmoni, sesama insan bermusuh semuanya seakan serba tidak kena, masalah kewangan makin menghimpit dengan rezeki yang dirasakan begitu sempit dengan hutang yang melilit, kegagalan dan kekecewaan datang silih berganti...semuanya bagaikan tiada penghujung!. Ketahuilaa KEINDAHAN, KASIH SAYANG, KEBAHAGIAN, KESEJAHTERAAN dan KEJAYAAN akan hanya meluncur laju tanpa sekatan jika individu mampu mencapai KEREDHAAN YANG TOTAL Maksud saya TOTALLY SELF ACCEPTANCE!!!

JUJUR...menikmati keredhaan sepenuh hati bukan sekadar mainan bibir atau kepura-puraan diri. Hati BAHAGIA dan SEJAHTERA, Minda & Ruhani juga sejahtera insyaAllah akan membawa kelangsungan FIZIKAL DIRI NYATA YANG HEBAT. Materi dan kemewahan yang menyaluti diri, keanggunan dan kejelitaan wajah...kemachoan diri yang segak ibarat jejaka idaman Malaya adakalanya TIDAK AKAN MAMPU MENIPU DIRI YANG KURANG SEJAHTERA, TIDAK HARMONI...Semua keindahan materi, kekayaan, pangkat, harta dan kejayaan harus sahaja pembohongan yang sangat sulit dan akhirnya amattttt...amattt MELETIH & MENYAKITKAN...Jangan sesekali biarkan KEPURAAN & KESAKITAN menjadi pembohongan yang menyesakkan...DON'T EVA LET THE FAKE OF YOU TAKE IN CHARGE OF YOUR LIFE...ibarat komen saudara Sham dalam..SAVE YOUR LIFE..LIVE YOUR LIFE! Sesungguhnya KEHIDUPAN ini begitu BAHAGIA untuk diraikan setiap hari!!!
Kalian ingin BANGKIT SEMBUH, BAHAGIA dan SEJAHTERA??? Kalian yang memegang KUNCI itu!!! Temui saya dalam eksplorasi INDAH mencari BAHAGIA & PENAWAR di dalam Life Coaching Klinik Sukses :
Tarikh : 7hb Nov 2010
Masa : 10.00pg - 5.30ptg
Lokasi : Nur Qudrah Holistic Solution, Seksyen 18, Shah Alam
Yuran : RM280 shj
Tempat adalah TERHAD kepada 6 peserta setiap SESI, sila sahkan kehadiran anda dengan MENDAFTAR sebelum 1hb Nov 2010 dengan melayari ~ http://kliniksukses.anizanwar.com

Terokai RAHSIA...Temui KEINDAHAN di dalam perkongsian RAHMAT Klinik Sukses!!! Jumpa anda 7hb Nov di dalam perkongsian RAHMAT ...insyaallah!.

P/S : Jangan lupa ingin menikmati TIPS, INSPIRASI dan JADUAL TERKINI Life Coaching Klinik Sukses secara EKSKLUSIF terus ke mailbox anda, sila SUBSCRIBE ~ http://kliniksukses.anizanwar.com


Salam Rahmat!

Aniz Hj. Anwar
Kaunselor/ Therapist
Pengamal EFT
HP: 012.391.5362
http://anizanwar.com


Terokai RAHSIA - Temui KEINDAHAN bersama Life Coaching di
http://kliniksukses.anizanwar.com

Daftar dan dapatkan inspirasi langsing di http://rxlite.anizanwar.com

Rahsia TERAPI AIR ~ http://rxwater.anizanwar.com

Wednesday, September 29, 2010

Relax Jap...Don't Despair & Lost Hope...

Mukjizat Air Sebagai Penawar & PERAKAM DOA Yg Hebat...



AURA HEBAT…ANDA HEBAT!!!Bagaimana ingin memiliki AURA DIRI YANG HEBAT…TEMUI KEAJAIBAN PENJEJALAHAN KEINDAHAN INI DI DALAM THE ALL NEW RX WATER…ANDA PASTI TERUJA!

~ Memetik kata-kata semangat ILHAM INDAH PENCETUS TEKNOLOGI HEBAT ini Dato’ Dr. Noordin Darus :

“Well done, sungguh meyakinkan dan nampak profesional serta ikhlas. harap yg lain dapat belajar. dan praktikkan selalu. Ini REZEKI ALLAH YANG TIDAK BOLEH DIDUSTAI SESIAPAPUN. InsyaAllah BUKTI-BUKTI ini boleh meningkatkan lagi peluang utk mereka yg baru nak berjinak dgn rxWater/17 supaya lebih confident utk bersaing di pasaran”

~Mudah-mudahan KEIKHLASAN, KEJUJURAN, INSPIRASI membawa RAHMAT Allah kepada dunia, kita diberikan KESEJAHTERAAN YANG LEBIH GEMILANG, KEJAYAAN YANG LEBIH GEMILANG , KEMULIAAN YANG LEBIH GEMILANG, KEKAYAAN YANG LEBIH GEMILANG DAN KEHARMONIAN YANG LEBIH GEMILANG…semuanya berpaksikan keredhaan Allah dalam setiap langkah ini! Mudah-mudahan menggalas amanah sebagai khalifah di bumi Allah dapat kita berikan dengan cemerlang demi ksejahteraan hidup di dunia dan kerehatan yang kekal di akhirat nanti! Amin Ya Rabbal Alamin…

The HEALING BLESSING WATER from Allah…walau kita jauh dari tanah suci tapi MasyaAllah energy Rx 17 dan All New Rx Water hampir sama menyamai AURA air zam zam…inilah BUKTI KASIH SAYANG ALLAH sebenarnya! MasyaAllah…

Catatan Rahmat : Testimoni & Protege Klinik Sukses...




Alhamdulillah!Sebhgn lagi CATATAN KEINDAHAN & KASIH SAYANG ALLAH. Stunning RAHMAT Sesi Theraphy EFT@ Klinik Sukses has bring her back 2 LIFE. 2 thn menderita sakit misteri, hilang pekerjaan, rumahtangga bergolak, histeria, lemah longlai tidak bermaya untuk meneruskan kehidupan, TELAH berkerusi roda, disyaki mengidap kanser ovari, Doktor meramalkan beliau bakal lumpuh tapi KEKUASAAN & RAHMAT ALLAH mengatasi segalanya.Telusuri KEAJAIBAN insan bertuah Nieney ~ http://sihat-cergas2u.blogspot.com/

Ikuti REFLEKSI suka duka penjelajahan murni beliau….

Saya menanggung penderitaan selama lebih 2 tahun. Terlalu sukar bagaimana saya mahu menceritakan apa sakit yang sebenarnya kerana pada awalnya apabila ke doktor, doktor mengesahkan saya sihat dan tidak ada apa-apa sakit. Tetapi apa yang peliknya semakin hari saya menjadi semakin tidak kenal diri saya, tidak tahu apa yang berlaku di sekeliling saya hingga mengabaikan tugas saya sebagai seorang isteri, ibu, anak, pekerja dan juga masyarakat. Saya umpama ORANG GILA dan hanya memikirkan MATI SAHAJA! Saya juga tidak boleh melihat wajah bekas suami saya walaupun cuma mendengar namanya! Ada satu perasaan benci sebencinya pada dirinya sehingga mendengar suaranya pun saya boleh PUTUS NAFAS!Para perawat Islam menyatakan sakit saya ini disebabkan SIHIR! Wallahu’alam…

Bekas suami dan keluarga saya tidak jemu-jemu mencari PENAWAR untuk “SAKIT MISTERI” saya sehinga serata pelosok bumi ALLAH ini mereke jelajah bagu menyembuhkan diri saya. Mana tidaknya, dari seorang yang berjiwa kental, tabah, lemah lembut saya bertukar kepada seorang yang lemah, tidak mampu kenal diri sendiri. agresif dan hanya tahu mengamuk. Menurut cerita ibu saya dunia saya waktu itu CUMA makan dan tidur sahaja!

Sehingga saya dibuang kerja dari sebuah syarikat pengurusan lapangan terbang dan saya hilang jawatan dan sumber pendapatan sebanyak RM4K sebulan kerana saya tidak ada surat doktor yang boleh membuktikan saya sakit dan tidak boleh kembali bekerja. Saya semakin sakit sehingga penyakit ZAHIR mula muncul.
Pada awalnya saya merasakan nyeri di bahagian bawah perut sebelah kiri dan lama-kelamaan sakit itu semakin sakit sehingga seluruh sebelah kiri badan saya merasa kebas hingga saya tidak mampu berjalan sejauh walau sejauh 5 meter! Apabila terasa mahu ke tandas bukan yang sepatutnya keluar tetapi DARAH YANG BANYAK UMPAMA AIR PAIP YANG MENGALIR KELUAR HINGGA SAYA PITAM!

Sudah banyak klinik yang saya pergi dan doktor membuat ultrasound tetapi tidak ada apa-apa yang kelihatan, doktor suspect saya kemungkinan mendapat KANSER OVARI dan mahu saya pergi segera ke hospital utuk membuat MRI. Doktor juga menyatakan sekiranya saya lambat mendapatkan rawatan lanjut saya BERKEMUNGKINAN AKAN LUMPUH SELURUH SEBELAH KIRI BADAN SAYA! Tetapi apakan daya saya tidak punya cukup duit untuk ke hospital dan saya tidak putuus-putus berdoa semoga ALLAH SWT memberi petunjuk supaya saya boleh mengurangkan rasa sakit ini dan meneruskan hidup saya tanpa perlu ke hospital buat sementara waktu.

Alhamdulillah.. sesungguhnya ALLAH sentiasa mendengar doa dan rintihan hambaNya dan menemukan saya dengan kenalan lama saya iaitu PN. ANIZ HJ. ANWAR. Pada mulanya saya cuma mahu mendapatkan khidmat kaunseling dan terapi darinya supaya saya lebih tabah untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal mendatang dan lebih kuat sekiranya benar saya akan LUMPUH SEBELAH KIRI BADAN SAYA.

Pelbagai rintangan dan halangan yang saya hadapi untuk berjaya bertemu dengan PN. ANIZ HJ ANWAR sehingga saya hampir putus asa dan TIDAK MAHU LAGI HIDUP! Akhirnyanya dengan berkat kesabaran dan doa yang tidak putus saya berjaya juga bertemu dengan beliau. Alhamdulillah.. MAHA BESAR KUASA ALLAH SWT… Setelah mendapatkan kaunseling, terapi dan menjalani EFT saya terus SEMBUH 100%!

(Sesungguhnya inilah BUKTI KESAKSIAN KEKUASAAN & KEBERADAAN KASIH SAYANG ALLAH…Hamparan ILMU & RAHMAT ALLAH SANGAT LUASSSS & EFT sebhgnnya yg telah diolah pendekatannya bersesuaian dgn belief system seorg Muslim yg seharusnya meletakkan kebergantungan kpd Allah, menerima setiap ujian yg hadir dgn penuh KEREDHAAN dan BERANI BANGKIT & BERTANGGUNGJAWAB utk meneruskan kehidupan ~ membenarkan KESEJAHTERAAN, KEBAIKAN, KEINDAHAN serta KEJAYAAN mengiringi perjalanan… memang menakjubkan…few minutes all the emotional pain & trauma simply VANISHED & GONE…Kerjaya sebagai Kaunselor/Therapist & Life Coach kini lebih mudah dan TERUJA dengan KEPANTASAN TEKNOLOGI PENYEMBUHAN EFT)

* Emotional issue does bring impact to physical symptom. Inilah KEBENARAN sebahagian cacatan perjalanan insan, sebahagian besar kes-kes mahupun masalah kesihatan yang mendapatkan RAWATAN di hospital melibatkan isu berkaitan stress, depressi dan segelintirnya gangguan metafizik. Untuk mengatasi dan mendepani CABARAN ini amat perlu usaha yang HOLISTIK yang menggarap penekanan pemulihan diri aspek emosi, minda, spiritual serta fizikal. InsyaAllah bersama Klinik Sukses keindahan khazanah & POTENSI DIRI ini akan dibongkar…Pengurusan Stress, Kehebatan MEDITASI ISLAM, Peranan MINDA & Kehidupan, KEAJAIBAN PENAWAR ALAM…GELOMBANG BUMI + AIR dll akan dibawakan perkongsian dalam usaha merwat diri…bangkit dan sembuh menuju TRANSFORMASI DIRI dan seterusnya mencipta REVOLUSI DIRI YANG GEMILANG, insyaAllah…

Apa yang menariknya Pn. Aniz telah memberi hadiah 5 botol RX17 dan meminta saya mencuba keistimewaan AIR ini. Saya juga telah membeli RXTRA atas cadangan beliau. Alhamdulillah.. dengan izin ALLAH SWT satu KEAJAIBAN telah berlaku setelah saya meminum 1 BOTOL Rx17 dan 2 kali RxTRA! SAYA TELAH BOLEH BERJALAN SEPERTI BIASA DAN MAMPU MENAHAN RASA SAKIT PERUT YANG SAYA TANGGUNG SEKIAN LAMA INI!

Selain dari itu juga saya merasakan DIRI SAYA UMPAMA BAYI YANG BARU DILAHIRKAN PUTIH DAN SUCI SEPERTI SEHELAI KAIN PUTIH! TIDAK ADA LAGI RASA BENCI KEPADA SESIAPA SAHAJA TERMASUK KEPADA BEKAS SUAMI SAYA! SAYA SUDAH BOLEH MENDENGAR ORANG MENYEBUT NAMA BEKAS SUAMI SAYA DAN SAYA JUGA SUDAH BOLEH MELIHAT WAJAH DAN BERCAKAP DENGAN BEKAS SUAMI SAYA TANPA ADA PERASAAN BENCI DAN DENDAM! ALHAMDULILLAH.. SYUKUR KEPADA ALLAH…
Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi… saya telah menemui PENAWAR SAKIT ZAHIR DAN BATIN yang saya tanggung selama ini! KESEMUA ELEMEN ROHANIAH YANG TERKANDUNG DI DALAM AIR RX17 SAYA NIKMATI DENGAN PENUH BAHAGIA KINI… SEKARANG SAYA ADALAH SEORANG HAMBA ALLAH SWT YANG :

* SIHAT WALAFIAT
* CERIA DAN BERTENAGA
* PENGASIH DAN PENYAYANG
* BERSYUKUR
* TENANG
* PEMAAF
* PENYABAR
* BERANI
* IHKLAS
* BERTANGGUNGJAWAB
* BERDISIPLIN
* RAJIN DAN BIJAKSANA
* BERISTIQAMAH

Saya sendiri benar-benar dapar merasakan PERUBAHAN BESAR dalam diri saya dan MEMANG BENAR Rx17 dapat MEMBANTU KITA MEMBANGKIT SISTEM-PENYEMBUHAN-SEMULAJADI @ SELF-HEALING-SYSTEM (SHS) di dalam diri kita. Selama ini saya tidak pernah tahu bahawa dala kita ada SHS ini yang mana selama ini kita TIDAK BERI PELUANG UNTUK BERFUNGSI DENGAN BERKESAN DAN SEPENUHNYA.

Sememamgnya amat MENAKJUBKAN kerana di dalam Al-Qurqn sendi ALLAH SWT adalah menyebut tentang AIR SEBAGAI PENAWAR PENYAKIT!
Firman Allah s.w.t.
Dan kami ciptakan dari air sesuatu yang hidup ( al Anbia’ : 30 )

Khasiat Air
Apabila kita renungkan berpuluh-berpuluh ayat Quran tentang air, kita akan terpegun bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap oleh manusia. Islam adalah agama yang paling sinonim dengan air. Menyucikan najis, bersembahyang , memegang Quran, mandi hadas dan mandi jenazah; semua itu dengan menggunakan air.
Tubuh manusia memang 75% terdiri daripada air. Otak 74.5%. darah 82% air. Tulang yang mampat pun mengandungi 22% air. Air diproses di tubuh meneruskan pesanan kepada air di otak dan pembuluh darah. Dengan izin Alah, pesanan tadi akan dilaksanakan oleh tubuh tanpa kita sedari.

Rasulullah s.a.w. bersabda,
Air zam-zam akan melaksanakan pesanan dan niat orang yang meminumnya.
Sesiapa meminumnya untuk kenyang, dia akan merasa kenyang. Sesiapa yang meminumnya untuk kesembuhan penyakit, dia akan sembuh.

NIENEY MANOR
phone: 019-2051240 / 017-3609937
email: nieneymanor@yahoo.com
http://sihat-cergas2u.blogspot.com/