Friday, April 3, 2009
Anugerah Dari Kehilangan ~ Catatan Pengasas KS
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat rakan-rakan yang sudi mengikuti bicara tanpa suara ini…
SEPI ITU INDAH…
Lama saya menyepi diri daripada menitip coretan …buat yang menelefon , menghantar sms mahupun email ingin mendapatkan bantuan mahupun khidmat nasihat , jutaan maaf dipinta Pn Aniz dalam bercuti buat seketika. Diam tak diam hampir 6 bulan juga saya merehatkan diri dari komitmen bergelar kaunselor. Dalam ‘percutian’ itu pelbagai ilmu, pengalaman…suka duka…pahit manis saya terokai…(ala-ala bertapa gitu mempertajamkan ilmu & skill) dan YANG PASTI BILA SAYA RENUNGKAN KEMBALI...KINI SEMUANYA ITU ”MANIS & INDAH ” BELAKA...
So semalam 1hb April saya kembali memulakan tugasan secara rasminya…Pasti ada yang bertanya kenapa cuti lama sangat…alahan ‘buatan orang’ sebenarnya…(hee…tapi bukan buatan orang sebarangan…buat suspenjerkan …buatan cik abg roommate tercinta…alahan mengandung ) Jika ada rakan-rakan yang pernah mengikuti penulisan saya pasti kalian teringat kisah perjuangan saya membantu arwah ibu bertarung dengan kanser...Hari ini hampir 2 tahun berlalu, Allah mengirimkan hadiah yang cukup manis & hebat pengganti…penawar kerinduan saya pada arwah ibu…”New khalifah has arrived”…Muiz Hakiem were born last 15th January 2009 at SJMC…Kalau dulu rasanya tersenyum pun tak sampai energynya ke mata tapi hari ini senyuman dan kegembiraan itu terpancar dari hati dan bersinar di mata…ala-ala orang di lamun cinta ….Syukur alhamdulillah…
DEALING WITH GRIEVING
Sebagai manusia biasa…tipu jika saya katakan bergelar kaunselor saya tidak terkesan dengan ujian dan cabaran Allah …Satu ketika dulu, mengendalikan kes klien yang terlibat dengan perpisahan, kematian, kehilangan merupakan isu biasa bagi saya…rupa-rupanya bila saya sendiri berhadapan dengan ujian itu…kehilangan insan tercinta bergelar ibu…cukup hebat cabarannya. Sebahagian semangat saya hilang entah ke mana…bukan tidak menerima ketentuan Ilahi tetapi kekosongan yang dahulunya ‘diisi’ oleh ibu kini tiada lagi. Selaku anak tunggal, saya banyak berkongsi…apa saja…ibulah pula berperanan sebagai kaunselor buat saya…Kata semangatnya, gurau senda…redup wajahnya menjadi penghibur dan penawar buat saya berhadapan dengan cabaran…
TERKENANG SEMASA DAHULU…
Renung kembali…lewat beberapa tahun yang lalu (Flashback…macam slumdog millionairelaa plak ek)…Sesungguhnya apa juga cabaran yang hadir insyaAllah saya tidak gentar melewatinya … dengan hanya 3 jam setiap hari tidur (itupun kadang tak lena dalam kepala teringat assignment, tempahan pelanggan, melayan ragam si manja dsbgnya) mengejar komitmen bergelar pelajar, ibu, isteri ,anak, kerjaya dan menyahut sunnah Rasul…berniaga secara online waktu itu cukup membuatkan hidup saya cukup TERUJA & tercabar dari segi kemampuan mental & fizikal. Tetapi rupa-rupanya, cukup berbeza UJIAN Allah apabila kita diduga yang kita bakal kehilangan insan yang dikasihi…ianya benar-benar meruntun emosi HANYA MUNAJAT PADA ALLAH…sumber kekuatan saya…serta sokongan rakan-rakan & saudara-mara. Namun dalam langkah yang tak pasti itu, saya diketemukan dengan PELBAGAI MUKJIZAT ALLAH…KEHEBATAN KASIH ILAHI dan tak lupa ILMUNYA yang cukup luas antaranya…Peranan sains minda ~ gelombang minda & kehidupan dan kuasa doa serta meditasi dari perspektif sains & Islam…”Setiap ingatan saya dan doa saya waktu menjaga ibu pasti tidak lepas…”YA ALLAH YA TUHANKU BERIKANLAH KAMI KESEMPATAN UNTUK MELEWATI HARI-HARI YANG INDAH & CERIA BERSAMA”…Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar…hampir setahun bersama ibu melewati perjuangan melawan kanser hari-hari terakhirnya diwarnai dengan kasih sayang, perhatian, hilai tawa…gurau senda…ahli keluarga, para sahabat dan yang pastinya cucu-cucu ibu yang keletah dan bijaksana umpama pelawak setiap hari…membuatkan hari kami cukup meriah dan manis untuk dikenang.
ANUGERAH DARI KEHILANGAN
WoW!!! Allah is REALLY GREAT!!!Banyak MIRACLES Allah dan hadiahNYA yang saya nikmati walaupun diuji dengan ujian yang cukup hebat bagi saya.Antara yang PALING BERMAKNA adalah sarjana saya…waktu mengambil Comprehensive Exam ibu sanggup berjaga malam…gagahkan diri untuk solat tahajud & hajat untuk saya sedangkan dengan kemampuan fizikalnya yang terbatas dan masalah pernafasan dan paru-paru beliau, beliau gagahkan juga untuk anak yang dikasihi. DOA BELIAU jugalah saya berjaya…Ingat lagi waktu itu Penyelia saya tidak membenarkan saya mengikuti CE pada tahun tersebut (memang sah trait DEGIL dalam diri saya kuat…memang itupun yang sepatutnya ada dalam diri setiap insan yang ingin berjaya…tapi dalam bahasa yang lebih cantik & sopan adalah KETEGASAN DIRI memburu impian) kerana bagi pandangannya dikhuatiri isu ibu menganggu perhatian dan tumpuan saya maklum sahaja ambil CEnie umpama menyerah diri untuk dipancung…maklum juga 53kredit hours punya ilmu harus dijawab dalam masa 2 hari (kalau bab ulangkaji baca buku hemm…satu almari pun rasanya macam tak cukup, punyalaa banyak nak dibaca). Lebih menggerunkan kebarangkalian untuk LULUS hanya sekitar 30% -40%…takke mencabar…itu tak masuk lagi dalam masa yang sama mengendalikan kes-kes internship dan tugasan lain. Tapi kata-kata semangat dari ibu dan ayahlah menguatkan hati saya…Nyata taruhan dan perjuangan saya tidak sia-sia. TIKET DOA SAYA WAKTU ITU…”Demi jihadMU yang ku buru…demi kebaikan yang ingin ku sampaikan untuk memakmurkan bumiMu…Ya Allah berikanlah aku kejayaan yang cemerlang”…Tiketnya memburu pengiktirafan Allah, alhamdulillah DIA makbulkan doa saya. Dan yang PALING BEST juga kini saya didedahkan olehNYA tentang ilmu yang berkaitan dengan STRESS , EMOSI dan HUBUNGKAITNYA DENGAN PENYAKIT. Saya juga kini LEBIH PRIHATIN tentang soal kesihatan dan pemakanan. Dan sesungguhnya ini semua insyaAllah HADIAH ALLAH untuk menyediakan diri saya agar lebih kompetensi dalam profesion saya & menjadi sahabat yang bukan sahaja mampu menjadi pendengar yang baik tetapi juga therapist yang baik…khususnya dalam menangani STRESS, DEPRESS, GRIEVING dan seangkatan dengannya…
BODY CHEMICAL REACTION VS EMOTION
Lazimnya bila berada dalam keadaan stress, depressi serta emosi yang tidak stabil tubuh akan menghasil kimia yang menyebabkannya mengalami gangguan (physical symptom spt sakit kepala, sinus, demam, tekanan darah tinggi, stiffneck, insomnia, eczema, mastitis, ketidakstabilan hormon dan sebagainya…)Haa! Yang bahayanya jika EMOSI TADI tidak dibereskan dengan baik mahupun dirawat ianya mampu merosakkan DNA dan akhirnya menyebabkan penyakit-penyakit yang kronik berkampung….inilah emperikal sains perubatan terkini di Barat hasil dari penerokaan saya. (Nak tahu selanjutnya nantikan artikel-artikel akan datang…bagaimana ‘hidden issue’ menyebabkan individu terjebak dengan penyakit)
ANUGERAH PALING BERMAKNA…
Dalam banyak-banyak ANUGERAH itu juga…pastinya YANG PALING MAHAL DAN PALING BERMAKNA…adalah kehadiran permata hati ketiga saya Muiz Hakiem dalam kehidupan keluarga kami…Cabaran mengandung untuk zuriat ketiga agak mencabar…emm! Bila diimbas kembali penerokaan saya dan apa yang terjadi pada saya…(dealing with loss & grief juga emotion vs physical symptom) ada KEBENARANNYA…tubuh saya memberikan SIGNAL tentang tahap emosi saya …Mengandung kali ini saya mengalami anemia…tahujerlaa bila darah dah kurang..immunisasi tubuh pun terjejas, tubuh terasa lemah, mudah letih malah hampir sebulan kena batuk dan selsema…back to the nature amalkan softgel virgin oil…minum air…kuasa niat, doa , munajat dan alpha mind….alhamdulillah…sihat…Tak sangka juga Allah menjawab doa saya…Pinta saya…Jadikanlah kami bukti kesaksian keindahan, kesempurnaan dan keAgungan agama Islam MU yang maha suci...Menitis air mata saya…Masya Allah, Allah menjawabnya menerusi Muiz Hakiem…telinga Muiz ada kalimah Allah…MasyaAllah…Sekali lagi Allah tunjukkan BUKTI KESAKSIAN KEHEBATAN & KASIH SAYANGNYA…itu baru sebahagian cerita…InsyaAllah tak sabar rasanya ingin menerima SURPRISE, HADIAH SERTA MIRACLES daripada Allah swt…lagi …lagi...lagi... lagi…dan lagi....
SENI BERDOA...
When U ask…U have to belief…and insyaAllah of course…PASTI Allah akan memakbulkannya…U’ll surely received the ‘Gif’…that’s what Ive been thru…tapi sayangnya dalam konteks masyarakat hari ini malah kes-kes yang dikendalikan…hasil pemerhatian saya…acapkali yg diinginkan individu pun terkadang tidak pasti…tambah pula bila minta (berdoa) tidak yakin dan tidak ‘hadir’ so agaknya macam mana Allah nak bagi…Package GELOMBANG ALPHA tak lengkap…seni berdoa pun mungkin tiada disitu…jadi agak sukarlah sedikit perjalanan menuju impian…Emm…berdoa pun kena ada seni tau…ada RAHSIANYA…Al-Qur’an sendiri sudah mengupasnya…Empirikal study science hari ini membuktikan kehebatan mukjizat Al-Qur’an itu…Cuma kita terkadang menidakkannya…bila dibelenggu ujian & cabaran...
Dan insyaAllah ILMU, PENGALAMAN JUGA KEJUJURAN INILAH yang akan saya bawakan untuk kemakmuran dan kesejahteraan semua yang mendambakannya di luar sana.Tiada siapa yang HEBAT…kecuali DIA diatas sana…tiada siapa yang sempurna namun dalam KETIDAKSEMPURNAAN itu sama-sama kita terokai KEINDAHAN & KEAJAIBAN ALLAH…untuk sama-sama kita saling lengkap-melengkapi, ingat-memperingati antara satu sama lain…
Sememangnya dengan peningkatan usia dan komitmen yang bertambah, cabaran yang datang juga pasti tidak kurang hebatnya…apapun insyaAllah sekurang-kurangnya dengan ILMU yang memberi penekanan KEPENTINGAN KESEIMBANGAN & KESEJAHTERAAN EMOSI, SPIRITUAL, MENTAL & FIZIKAL dapat menyediakan kita agar dapat menjalani kehidupan dengan lebih bahagia & harmoni dalam konteks hubungan dengan Allah mahupun manusia serta dunia & ruang fiskalnya. InsyaAllah, lebih panjang umur kita dapat berbuat kebajikan serta mengutip pahala buat bekal di akhirat nanti.Amin…insyaAllah.
Sesungguhnya ILMU ITU SANGAT PENTING...tak kisahlaa ilmu apapun bagi saya kerana hanya dengan ilmu insyaAllah dapat memagari kita dari melakukan dosa dan maksiat...Dan insyaAllah juga dengan adanya ILMU dapat menjadi OBOR yang menyuluh perjalanan hidup kita di dunia ini...Moga dengan ILMU kehidupan akan lebih sejahtera di dunia dan lebih utama dari itu...di akhirat yang kekal.
Sehingga jumpa lagi…salam kemakmuran dan sukses dari saya…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment