Thursday, April 9, 2009

MERUNGKAI MISTERI PERSOALAN ANDA???

Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

Bismillah,

Tahukah anda???~ 70% ~ 90% were self-complaint related stress
Alhamdulillah bersambung lagi bicara ilmu kita paginie…dalam artikel yang lalu ada saya janjikan tentang sedikit kupasan perkaitan stress dan kesannya terhadap immunisasi tubuh. Mengikut kajian yang telah dilakukan hampir 70% hingga 90% penyakit yang dirawat di hospital merupakan symptom yang bersangkutan dengan pengaruh stress terhadap individu. Cuma mungkin di Malaysia “KEBENARAN” penemuan ini mungkin agak taboo dan takut untuk diakui…kerana lazimnya bila menyentuh tentang stress mahupun masalah berkaitan EMOSI seringkali dikaitkan dengan masalah kejiwaan atau lebih tepat lagi masalah berkaitan kesihatan mental…(itu sebhgn prejudis pandangan segelintir masayarakat…ibaratnya I’m OK , You’re not OK…hakikatnya dalam diri were having private war…bertelingkah senantiasa…hidup dirasakan tidak aman, tidak selamat, marah, sedih, geram, bercelaru, dendam, kesal dan macam-macam lagi). Andai EMOSI ini yang membayangi hidup kalian…hati-hati dikhuatiri jika tidak dikawal, jika tidak dirawat mahupun dibereskan dengan baik ianya boleh mengundang mudarat pada kesejahteraan emosi, fizikal dan akhirnya membawa kepada hilangnya makna HIDUP…Nauzubillahminzalik…jangan jadi macamtu…

Ada skandal dengan diri sendiri???
In order to succeed in LIFE , it is VERY VERY IMPORTANT TO HAVE A GOOD RELATIONSHIP WITH YOU!!!Yes!!! U kena ada ‘hubungan’ dgn diri U…ramai tak perasankan…lazimnya dok sibuk bercerita tentang relationship with others….HAKIKATNYA RELATIONSHIP WITHIN U…inilah YANG PALING MUSTAHAK….kalau tidak…tak syokkk hidup!! Cuba anda bayangkan…jika anda dikehendaki menghabiskan masa dengan orang yang anda tidak suka selama 1 hari, orang yang anda benci…dan orang itu adalah diri anda sendiri…bayangkan bagaimana jam anda berlalu pada hari tersebut….Tentunya rasa amatlah teruknya…kerana ‘orang yang anda benci ini” sentiasa mengekori anda…Saya tahu ada ramai diluar sana melalui ‘fasa-fasa membenci diri sendiri sebegini’kan Cuma malu atau takut untuk mengakuinya dengan jujur hati, betul tak???Takpe jangan malu , jangan segan….kita serupa (ala-ala lagu headwindtu) tapi itu semua suatu ketika dahululaa…pada zaman dahulukala…belum mengaji dan belum cukup diuji lagi masatu…Pelbagai ragam manusia yang berada dalam fasanie ada yang benci, takut dan tak mahu tengok cermin hanya kerana tidak suka melihat dirinya sendiri...So kalau berhiastu macam mana? Pernah saya ajukan pada klien, jarang tengok cermin Pn kalau tengokpun cepat-cepat…sebab saya tak suka tengok diri saya!!!Saya memang tak suka tengok cermin…memang tak suka beria sungguh beliau memaklum KETIDAKSUKAANNYA. Sayang sekali, bukankah kamu ini sebahagian bukti keindahan ciptaan Allah…kamu cantik & manis orangnya apa yang kurangnya kamu??Aju saya… (Inilah sebhgn lakaran kehidupan, perjalanan suram yang dilalui menyebabkan individu bermusuh dengan dirinya sendiri)…Apapun…SEBENARNYA ADA HIKMAH DI SEBALIK SEMUA INI…TRANSFORMASI YANG DIINGIN INSYAALLAH MAMPU DICAPAI ANDAI INDIVIDU TERSEBUT MEMBENARKAN DIRINYA!!!SESUNGGUHNYA KUNCI KEBAHAGIAN…KUNCI KEJAYAAN ITU ADA DI DALAM DIRI INDIVIDU ITU SENDIRI…

Harmoni Dalam Kehidupan Vs Memori Silam

Untuk melewati kehidupan yang SEJAHTERA bukan sahaja memerlukan kita mempunyai hubungan yang harmoni dan baik dengan diri sendiri begitu juga dengan insan-insan di sekitar kita. Bercerita tentang insan-insan itu BUKAN SAHAJA DALAM EPISOD HARI INI TETAPI JUGA MEMORI-MEMORI SILAM KITA!!! Namun apa yang berlaku, apabila melalui transformasi usia dan semakin dewasa kita melalui cabaran dan ujian yang berbeza…seringkali ianya melibatkan interaksi kita dengan orang lain, hubungan kita dengan orang lain. Dan adakalanya dalam perjalanan inilah berlakunya…insiden-insiden yang mengguris hati…perpisahan, penolakan, kegagalan, penganiayaan, penderaan, pencabulan, musibah, kecelakaan dan sebagainya. Dan rentetan insiden mahupun peristiwa itu tadi LAZIMNYA meninggalkan kesan yang amat mendalam ada yang positif dan tak kurang juga ada yang negative.Seringkali juga isu/konflik atau pendaman itu timbul melibatkan hubungan kita dengan individu yang signifikan dengan kita…ibubapa, ahli keluarga, pasangan , teman karib, kekasih dan sbgnya. Haa! EMOSI yang tercetus dari insiden inilah jika tidak dibereskan dengan baik boleh mengakibat pendaman…dan kesannya jangka masa panjang bakal mempengaruhi kondisi tubuh individu. (InsyaAllah dalam artikel akan datang kita akan sentuh BAGAIMANA EMOSI YANG TERPENDAM MEMPENGARUHI PENYAKIT...kalau sedih sakit apa yang datang, kalau marah sakit apa yang singgah, kalau self-esteem issues sakit apa yang singgah dan lain-lain, tak percaya…Perhatikan di persekitaran kita…pasti anda bertemu dengan LIVING PROOF tersebut)

Bagaimana mengurus emosi???
So bagi yang bertanya BAGAIMANA SAYA NAK URUSKAN EMOSI YANG TERPENDAM…rasa geram, marah, benci, dendam, kesal, sedih…dah bertahun-tahun saya bawa emosi ini bersama-sama saya…letih sungguh dahnie dok mengangkut ke sana ke mari, ntah berapa tan dah nie…InsyaAllah babnie bolehlaa saya Bantu tapi PRA-SYARAT untuk dibantu anda sendiri ingin dibantu…anda sendiri ingin berubah…ingin bahagia…inginkan ketenangan…inginkan kesejahteraan…BENARKAN DIRI ANDA!!! Jujur dan berani melakukan KOREKSI DIRI atas platform kerana Allah dan tidak lupa KOMITED DALAM PERJUANGAN TRANSFORMASI ANDA Kerana apa???Bagi individu yang tidak mempunyai hubungan yang baik dengan dirinya....individu ini boleh diklasifikasikan sbg EMOTIONAL ILL...ini yang patut dirawat. (Sakit biasa pegi jumpa Doktor…sakit emosi takkan nak pergi jumpa Pakar Jiwa…ohh! Ngerinya kang orang cakap aku sakit jiwa @ mental plak...inilah stigma yg lazimnya berlaku...toksah dok takut tak kisahlah jumpa pakar jiwa ker kaunselor ker Ustaz ker orang alim ker yang penting SAKIT itu mampu dirawat dengan baik )

Apa bezanya mendapatkan rawatan drpd pakar-pakar tersebut???
Mungkin ada yang bertanya apa bezanya berjumpa dengan PAKAR-PAKAR yang disebutkan...bersama Pakar Jiwa individu akan dibantu dengan kaedah theraphy serta ubatan lazimnya anti-depresi (ada yang kurang selesa disini krn dikhuatiri wujud kebergantungan kpd ubatan yg lazimnya mempunyai unsur pengaruh dadah sedangkan akar umbi masalah tidak beres), manakala Ustaz mahupun ulamak & orang alim insyaAllah sekiranya ada unsur yang melibatkan gangguan jin, iblis, syaitan , sihir sbgnya moga unsur ini boleh dibersihkan dari menganggu individu itu tadi manakala kaunselor pula (bergantung juga pada kompetensi masing-masing) lazimnya individu atau klien seharusnya dibantu agar memahami proses awal punca & bagaimana sumbangan klien menyebabkan masalah tercetus dan memberi KEYAKINAN kpd klien tadi mereka mampu mengatasi & merawatnya...klien harus punya KESEDARAN UNTUK LEBIH BERTANGGUNGJAWAB ATAS PILIHAN & TINDAKANNYA...bukannya orang lain!!!Cuma mungkin sedikit keunikan, keistimewaan di NQ...bab masalah emosi, stress, gangguan metafizik dsbgnya insyaAllah boleh dirawat di bawah satu bumbung mengikut kepakaran masing-masing ~ bidang kaunseling insyaAllah dibantu oleh saya selebihnya yang lain dibantu oleh ayahanda saya Ustaz Anwar) . Penekanan HOLISTIK menyentuh kepentingan memelihara kesejahteraan emosi, spiritual, minda insyaAllah berupaya membawa kpd kesejahteraan fizikal inilah yang akan diterokai keindahannya bersama klien & pesakit di NQ. Dan sesungguhnya KEINDAHAN & KEAJAIBAN itu ada di dalam setiap dari kita Allah dah siapkan bekalannya Cuma melewati ujian & cabaran tanpa bimbingan dan panduan...kunci itu hilang pudar suram, berkarat, menyorok, terselit, terendam...terpendam ntah dimana...

Adakalanya sebahagian symptom penyakit, tak dinafikan memang ada unsur gangguan tapi itu semua ada baiknya untuk tidak dikaji buat pening kepalajer sebabnya bukan kita nampakpun...anggap sahaja ujian yang hadir ini KIFARAH dari Allah swt...Allah sayang kat kita...insyaAllah ini lebih menenangkan...moga-moga insyaAllah doa akan LEBIH MUSTAJAB. Yang penting AURA DIRI harus dimantapkan...agar kubu ini tidak mudah ditembusi atau diceroboh oleh spesis jahanam itu.

Apapun bagi yang dilanda isu emosi yang bercelaru dan seangkatan dengannya dan memudaratkan diri dalam sedar dan tidak, sesungguhnya bukan itu caranya Allah inginkan kita berperanan. Sebagai KHALIFAH dimuka buminya kita berperanan dan bertanggungjawab terhadap :
i) Menyempurnakan diri sendiri
ii) Menyempurnakan masyarakat
iii) Menyempurnakan dunia fisikal yang merangkap dimensi ruang dan masa

Nak bagi syaitan bersorak gumbira lagi???
BILA INDIVIDU TERUS LARUTAN MEMBENARKAN ”KEMUDARATAN” MEMBELENGGU DIRINYA...Haa...ini akan hanya membuatkan...those devil much....much...more happier then you ever imagine...Yahoooo!! Aku bisa membuatkan hidup manusia lebih kalutttt....dan huru-hara...bersuka-ria...bersorakan spesis bertanduknie. So buat apa nak kasi can kan setan gondolnie...berteriak gumbira atas kemusnahan kita...ilang akal apa (tangnielaa selalu nafsu mendapat pertolongan drpd diri kita sendiri...bukankah Allah dah kirimkan package nikmat fakulti akal....nikmat iman...ilmu mengapa tidak diterokai ASET ini???Mengapa tidak dimanfaatkan POTENSI DIRI yang ada...JAWAPANNYA...???Hemmm...renung-renungkan sejenak...anda sendiri tahu jawapannya...WE HAVE A CHOICE...infact various choice....kita yang perlu BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP DIRI KITA BUKANNYA SEKADAR MEKANISME BELA DIRI...BERMACAM HELAH...UNTUK TERUS BERADA DI DALAM COMFORT ZONE...MAHUPUN TERUS LEMPAR TUDUH PADA ORANG LAIN...DALAM PERJALANAN HIDUP ANDA???...Ye tak yer jugak kan...”Eventhough I sabatoge my self before this, but now I choose my self to allow succeed”...kita ada pilihan!!!Kita bertanggungjawab atas pilihan kita...and STOP COMPLAINT or BLAMING OTHERS...it’s your life...it’s your choice!!!

Kuncinya....
Sesungguhnya PILIHAN , KUNCI , KEBENARAN untuk menikmati kebahagian, untuk menikmati ketenangan, untuk menikmati kejayaan itu ada di dalam diri anda!!!Jangan benarkan terus-terusan syaitan itu terus memperlekeh mahupun memusnahkan hidup anda seterusnya (sah-sah ramai spesis syaitan dan keturunan mereka geram dgn saya arinie ~ hee, tak dapek den nak menolong ko syaitan menyampaikan dakwah, ingat-memperingati, memakmurkan bumi Allah ini dah memang PROFESIONALISME aku..janji aku pada Allah...ko pergilaa main jauh-jauh ek) Moga-moga, insyaAllah artikel ini mampu memberikan celik akal (insight) untuk sama-sama kita BERUBAH menuju destinasi yang lebih diredhai Allah....

Tidak dinafikan ramai juga dikalangan kita yang mampu menikmati kejayaan, mampu menikmati apa sahaja yang diinginkan...tetapi bilamana bab ”relatinship with U” kurang beres...bab relationship with others tu kurang harmoni ada pendaman emosi...ada lekatan (fixation) kehidupan bakal kurang harmonis...kurang sejahtera...itu yang kadang duit berkepuk, kereta menjalar berpuluh bijik...rumah banglo bertingkat-tingkat...isteri cantik, suami hendsome, anak pandai...dan sebagainya tapi hidup kurang syokkk...serba tak kena, serba tak selamat...dan serba-serbi lagilaa. Hidup tak sama dengan orang lain yang hidup gumbira macam staf di pejabatnya...kerani akaunjek ..gaji dalam RM1500jek dok plak kat rumah flat.... tetapi SEJAHTERA & HARMONI hidupnya dalam konteks hubungan manusia dan dgn Allah sesungguhnya.(ini cth)

Tubuh ~ Signal Stress Level Anda???
Apapun rakan-rakan semua...selagi hidup selagi itu ada cabaran...ada masalah...apapun yang menjadi MASALAHNYA bagaimana kita nak bereskan masalah itu dengan bijaksana agar dapat meminimunkan tempias stress atau lebih cantik dihindari. Bukan apa kita tidak mahu tekanan ini yang lama-kelamaan mengundang symptom-symptom yang tidak diingini...salah satunya kesan fizikal...sakit sana...sakit sini. Sesungguhnya TUBUH ANDA MAMPU MEMBERI SIGNAL DENGAN BAIK TENTANG KONDISI STRESS LEVEL anda...tak percaya...cuba reflekskan kembali perjalanan anda, pasti anda bertemu dengan ”KEBENARAN” ini...stress mengesani kesihatan tubuh individu.

Apa yang diharapkan, matlamat saya agar sama-sama kita dapat berwaspada...peringatannie utk diri saya juga sebenarnya jangan benarkan stress membawa energy negatif berkampung di dalam diri. .InsyaAllah ada masa nanti kita cerita pula tentang bagaimana STRESS mengesani kita tanpa disedari...tungguuu....

Mencari Jawapan???...
Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut dan mendalam pengaruh emosi, stress dalam kehidupan serta bagaimana MENGATASINYA...bagaimana PERSONALITI individu terbentuk( RAHSIA MENGENAL DIRI), bagaimana menangani stress dan merawat physical symptom SENDIRI...(di hujung jari anda shj dgn menggunakan teknik emotional acupuncture, alpha mind, meditasi Islam, kuasa doa & sains minda)...bagaimana memanfaatkan POTENSI MINDA & DOA dalam menjayakan impian serta teknik mencapai gelombang yg tepat dlm seni berdoa. Ingin mencari jawapan KENAPA SAYA DAH BELAJAR MIND POWER...tapi tak power...power pun...tak capai pun matlamat saya???Ingin TAHU BILA ANDA TELAH PULIH ATAU TRANSFORM ??? InsyaAllah semua persoalan ini bakal anda temui jawapannya di NQ...temui saya di Klinik Sukses (Module 1) pada 25hb April 2009 (Sabtu)...Moga pertemuan...dan perkongsian ini nanti membawa lembaran baru ke arah kehidpan yang lebih sejahtera, harmoni dan diredhai oleh Allah swt...Amin...IsnyaAllah...

Tiada siapa yang HEBAT…kecuali DIA diatas sana…tiada siapa yang sempurna namun dalam KETIDAKSEMPURNAAN itu sama-sama kita terokai KEINDAHAN & KEAJAIBAN ALLAH…untuk sama-sama kita saling lengkap-melengkapi, ingat-memperingati antara satu sama lain ke arah melewati kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni dalam konteks hubungan dengan diri sendiri, orang lain dan lebih utama dari itu tentunya PEMILIK YANG AGUNG itu iaitu Allah swt...

Yang baik itu datangnya dr Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri, jutaan maaf saya pohon andai penulisan saya menyentuh emosi anda!!!(Trigger back all the pain, sadness, grieving, anger, anxiety, rejection, seperation and etc...)

Pendaftaran Klinik Sukses (Module 1) kini dibuka...
Tarikh : 25hb April 2009 (Sabtu)
Masa : 9.45pg hingga 5.30ptg
Lokasi : Nur Qudrah Holistic Solution, Sec. 18 , Shah Alam.
Bayaran : RM200 (Rebet khusus ditawarkan buat pelajar dan ibu tunggal)

Info lanjut sila lawati http://kliniksukses.blogspot.com atau hubungi Pn Aniz di 012-3915362.

No comments: