Wednesday, October 28, 2009

Kehamilan, Fitrah Insan & Keajaiban ...

Pengalaman Bergelar Ibu...

Pengalaman bergelar ibu dan melalui proses kehamilan merupakan antara saat yang terindah dalam kamus seorang wanita. Namun cabarannya juga tidak kurang hebat...lebih-lebih di saat-saat hujung kehamilan. Adakalanya nak tidur pun tak selesa...bagi saya sendiri yang dipilih untuk menikmati perhatian KEKASIH YANG AGUNG itu turut juga melalui fasa-fasa cabaran tersebut.

Dengan masalah anemia, kesihatan tubuh sememangnya terasa agak lemah dan mudah sangat rasa letih dan tak larat. Emm..itu yang berehat diam tak diam hampir 6 bulan juga , hanya kes-kes intervensi dan kes susulan sahaja saya bantu gara-gara kesihatan diri yang tidak menentu.

Dan bila direnungkan antara PENAWAR DIRI @ SELF HEALING yang diusahakan sepanjang kehamilan itu adalah mendekati Allah melalui amalan2 sunnah...tahajud, mengaji dan zikir. Rasa-rasa badan macam tidak selesa...tak larat yang amat sangat saya akan mintakan suami mahupun anak mainkan alunan Surah-Surah Suci Al-Quran...barulah rasa tenang dan selesa...PELIK???Macam mana yer proses ini berlaku...satu persoalan suatu ketika dahulu pernah bermain di minda saya...tapi hemm...Allah itu MAHA MENDENGAR...HEBAT SEKALI!!!Hari ini DIA temukan saya jawapannya...dalam dok surf di you tube saya bertemu dgn video klip ini...KETARA sekali tanpa alunan surah suci serba tak kena babytu...kejap sana, kejap sini...seolah-olah merunsing...tak duduk diam....namun bila sahaja Ayat Suci Allah dimainkan...barulah tenang dan YANG MENAKJUBKAN posture baby juga turut berubah....seolah-olah BERSUJUD! Betapa INDAH & HEBATNYA ciptaan dan PENTADBIRAN Allah...Bila direnungkan sebenarnya ~ begitu jugalaa konteks kehidupan kita di dunia hati takkan mampu menikmati ketenangan yang abadi jika kita jauh dari Allah...Maka sudahkan terang lagi bersuluh....RAIHLAH PERHATIAN ALLAH, insyaAllah ketenangan...kebahagian yang dicari pasti akan dihadirkan...

Ingat lagi waktu saya di Labour Suite, dengan tasbih di tangan...dok berzikir mulut tak lepas menahan sakit...apake namanya mesin yang dok detect jantung babytu...nurse cakap baby saya asyik tidur...hemm, sekarang baru saya faham....baby saya bukan tidur tapi menghormati...tenang...bersujud pd Allah bila di bibir dan hati ibunya tidak lepas mengingati Allah...Siap nurse berpesan ajak baby borak-borak...soh kejutkan baby...supaya baby dapat tolong diri dia untuk melihat dunia...Alhamdulillah, Muiz anak yang baik , mendengar kata...akhirnya jam 1.13pm 15 Jan 2009 seperti yang dijanjikan Muiz selamat lahir ke dunia...LIHATLAA DUNIA!!!

Melayan si comel membesar di depan mata merupakan detik yang terindah dalam kamus hidup saya...dah penat-penat melayan tugasan seharian kerjaya & rumahtangaa...Mengadap keletah dan pandai dia, sejuk hati! Inilah antara KESYUKURAN saya hari ini...alhamdulillah masih diberi nafas untuk menikmati keindahan dan anugerah Ilahi bergelar ibu...dan menyaksikan MUKJIZAT DAN KEAJAIBAN ILAHI...

Hemm...tepat sekali! MIRACLES HAPPEN EVERYDAY...perhaps bukan sahaja setiap hari sebetulnya setiap detik!...So why losing hope...GRATITUDE!!!

"Gratitude unlocks the fullness of life. It turns what we have into enough, and more. It turns denial into acceptance, chaos into order, confusion into clarity.... It turns problems into gifts, failures into success, the unexpected into perfect timing, and mistakes into important events. Gratitude makes sense of our past, brings peace for today and creates a vision for tomorrow" CELEBRATE LOVES...MY LOVE...MY GRATITUDE...MY LIFE!!!I LOVE!!!Subhanallah...




Salam Rahmat!
Pn Aniz Hj Anwar
Life Coach ~ http://kliniksukses.anizanwar.com

Monday, October 26, 2009

EFT ~ Stress & Testimonial (Dilema Perkahwinan & Jantung Berdebar)

Bismillah,

Salam hormat buat para sahabat yang dikasihi tak lupa pada juga pada para sahabat moderator yang memberikan laluan untuk perkongsian ilmu. Terima kasih kerana terus setia, mudah-mudahan kita akan beroleh HIKMAH, manfaat dan keberkatan insyaAllah untuk perkongsian kali ini.

STRESS VS KEHIDUPAN
InsyaAllah untuk SIRI akan datang ini saya akan memfokuskan kepada perkongsian EFT atau lebih tepat Emotional Freedom Technique dalam menangani masalah stress, kemurungan, penyakit dan seangkatan dengannya. Menunaikan JANJI saya yang tertunda juga sebenarnya…sebelum Raya tempoh hari. Banyak dalam siri artikel saya sebelum ini yang mengupas tentang PENGARUH STRESS DAN KEHIDUPAN malah bagi rakan-rakan yang telahpun mendapatkan ebook PERCUMA saya di http://anizanwar.com pastinya dapat melihat secara lebih jelaskan…bagaimana sebenarnya PENGARUH STRESS, PENDAMAN EMOSI, PERSONALITI member kesan langsung kepada kefungsian tubuh manusia. (Bagi yang masih belum mendapatkannya lagi…dipersilakan mendapatkannya segera sebelum tawaran ditutup hujung bulan ini). Begitu besar impak ‘inner technology’nie ~ interaksi dalaman yang sejahtera insyaAllah membantu kefungsian tubuh yang sihat dan sejahtera…dan begitulah sebaliknya.

STRESS DAN PEMANGSA
Bercerita tentang PENGARUH STRESS…memang menstresskan ek ….He he he, tak nak ingat masalah lagik pulak tambah teringat lebih-lebih lagi dalam zaman ekonomi yang serba mencabar…komitmen pinjaman bank, perbelanjaan bulanan itu belum tambah lagi cabaran-cabaran sekeliling komitmen kerjaya, perniagaan dan sebagainya. He he he inilah yang tak kena gayanya VOLUME lemah lembut, gemalai boleh tukar NYARING dan membengitkan…pantanglaa salah ataupun silap sket tak kena gaya apa yang adajer boleh disambar menambat anak-anak yang tidaklaa berapa salah dapat hanger, hanger dapat rotan..rotanlaa ~ kasihan anak-anak ingatkan depa akan berubahlaa emm tak takde maknanya kadang lagi rebel adalaa. Tengok pasangan pun harus macam singa lapar ~ ini bukan akak yang kata kekawan yang story. Ada pulak kadang adik ataupun parents pun boleh jadi jugak jadi mangsa…He he he macamtulaa kekawan kalau dalam keadaan TEKANAN…STRESS dan di luar kawalan memang ala-ala PEMANGSA memang mencari mangsajer kerjanya…NASIBLAAA ~ ketakutan dibuatnya insan-insan di sekeliling. Itu yang kadang kat umah mati kutu kat luar umah itu dia…AKULAH RAJA…RAJA GOPAL…Nauzubillahminzalik. Bagi para sahabat yangs edang teruji, diuji berada dalam FASA STRESS bagaimanalaa NAK MENGUBAH SUASANA & IKLIM yang kurang harmoni sebeginikan? Huru-hara hidup dibuatnya…sesaklaa nafas haa inilah yang tahu-tahunya batuk, demam, selsema berpanjangan…berbulan-bulan idaklah baiknya pie jumpak Dr…pie Klinik tidak jugak kurangnya…segala macam ubat & petua dicuba….Haa bagi para sahabat yang dibawah KLASIFIKASI begini haa…SONANGjo nak ubeknya….kasi settle..kasi HARMONI itu “ROOT ISU”…tak kiralaa baru putus tunang ker, ilang pekerjaan ker, masalah budget lari ker, baru lopeh bercorai ko…kena hamuk dengan boss ker ~ kasi PEACE itu isu yang menstresskan diri….insyaAllah eloklaa nantitu SIHAT terus…tak caya….cubalaa…Macam mana nak cuba ..alahai!Takkan buat tak roti …malehlaa akak nak ceeto…Sendirilaa tau…dok diam jo depan laptop ko pc…ONLINE TEHRAPHY EFT, insyaAllah berehhh!
Tak percaya???Jom kita check this out…TESTIMONIAL FRESH FROM THE OVENnie..dah lama benor tak recap…byk lagi sebenarnya mana yang sempatlaakannext timelaa buat buku plak ~ MIRACLES from kekawan yang telah menikmati KEINDAHAN EFT. DITEGASKAN SEGALA PAPARAN ADALAH ATAS IZIN PIHAK KLIEN UTK TUJUAN IKHTIBAR KEHIDUPAN & INSPIRASI DAN SEGALA PAPARAN ADALAH MENGGUNAKAN NAMA SAMARAN SEMATA-MATA BAGI MELINDUNGI DIGNITY & KERAHSIAN PIHAK KLIEN. (Maka bagi bakal2 klien tak perlu bimbang sebenarnya BAGI YANG MEMILIH UNTUK BERAHSIA & TIDAK INGIN BERKONGSI mudah shj dalam inventori/kontrak nanti tandakan shj pada bahagian “TIDAK IZINKAN PEKONGSIAN”, mudah bukan? Takyahlaa nak pening dok terpikir satu dunia tahu kisah haku…kalah celebrititu….hakikatnya MEKANISME BELA DIRI sebenarnya…bagi excuse ~ hati-hati don’t fall in LOVE with ur miserables, troubles, nightmare & emotional pain @ trauma ~ ilang nikmat hidup orang kata…tak bestkan!

1) Kak Celine : Dilema Rumahtangga & Stress Yang Terpendam

aniz anwar: seblm aniz akhiri mungkin Celine ingin berkongsi tentang pengalaman Celine..secara kesimpulannya..silakan!
Kak Celine nor: K.Celine rasa cukup tenang dan hilang segala kemarahan yg akak simpan 3 hari yg lalu aniz…Sebenarnya dah lama akak sabar dan bertahan hamper 11 tahun sudah dengan harapan abang akan berubah tapi takperlah ini bahagian akak…akak pasrah kini dah tak tertanggung rasanya.Mudah2an istiharah dgn Al-Quran nanti akan menjawab arah tuju kami.
Kak Celine nor: maha suci allah.....dia beri jln...akak rasa lega..Allah maha hebat...dan aniz perantaraannya
Kak Celine nor: aniz jadik penyampainya
aniz anwar: Subhanallah!
Kak Celine nor: Rasa bersyukur tak terucap aniz
Kak Celine nor: betapa indah dan betapa pengasih dan penyayang
Kak Celine nor: allah pada hambanya
Kak Celine nor: alhamdulillah
Kak Celine nor: terimakasih yg tak terhingga aniz
Kak Celine nor: memberi dan menemukan jln pada akak
Kak Celine nor: itu baru sikit yg akak rasa
Kak Celine nor: belum yg lain lagik
aniz anwar: hemm...so much to discover...new life begin..insyaAllah..perjalanan yg sungguh indah sesuunguhnya...
aniz anwar: aniz juga ucap syukur pd Allah atas izinNYA aniz dpt membantu sahabat yg memerlukan...this is WHAT I’ve been looking for..the JOY of giving!
aniz anwar: insyaAllah kita akan bertemu lagi
Kak Celine nor: alhamdulillah
Kak Celine nor: insyallah
aniz anwar: do update me when akak ready...
Kak Celine nor: so sebelum aniz pegi
..
Kak Celine nor: ada tip nak bagi ketika nak buat istikharah
Kak Celine nor: adab berdoa dan memohon kpd allah
aniz anwar: relaz...
aniz anwar: pilih satu kecenderungan hati
aniz anwar: dan PASRAHKAN SEGALANYA PD ALLAH...
Kak Celine nor: baik lah
aniz anwar: dr keputusan ini nanti barulah DIATURKAN STRATEGYnya...
Kak Celine nor: insyallah
aniz anwar: insyaAllah yg kita BURU ADALAH REDHANYA...
Kak Celine nor: amin
aniz anwar: jodoh kalian sgt tepat sebenarnya saling lengkap melengkapi
aniz anwar: namun kehidupan juga harus adil utk diri sendirikan..
Kak Celine nor: benar aniz
aniz anwar: moga KEPUTUSAN ini akan membuka tabir rahsia & HIKMAHnya
Kak Celine nor: amin…Terima kasih sekali lagi aniz..



Pn Jemilah : Jantung Berdebar-debar dan berdegup kencang sejak 3 tahun lalu.
Merupakan ibu kepada 2 orang cahayamata, anak sulong daripada 4 orang adik beradik. Pn Jemilah telah menjalani rawatan di hospital kerajaan dan hasil pemeriksaan beliau tidak mengalami sebarang masalah kesihatan yang serious namun disebabkan pengaruh pendaman emosi dan tekanan yang dilalui dikenalpasti antara factor penyumbang kepada masalah jantungnya yang berdegup laju hasil ujikaji stress yang dijalankan pihak hospital. Hampir 3 tahun Pn Jemilah bergantung kepada ubat , memang diakui Pn Jemilah kurang selesa malah beliau juga sedia maklum akan kesan langsung ubat-ubatan ini, Dan Alhamdulillah atas perkongsian rakan sejawat beliau menjalani rawatan EFT bersama saya…Rupa-rupanya ada satu isu besar yang menganggunya…kes sebegini pernah Abah kendalikan mujurlah saya dapat belajar dari situ, hasil penerokaan pendekatan HOLISTIK diketengahkan untuk membantu Pn Jemilah…Setiap kali ingin beribadah beliau sering diganggu oleh gambaran Salib, Gereja dan Paderi…rupa-rupa lebih 5 tahun sudah ‘gambaran ini’ menganggu hidupnya. Mujurlah dalam pada itu Pn Jemileh kuat dan tabah menempuhnya…dan kecekalan, kesabaran beliau untuk terus bertahan akhirnya doa beliau dijawab Allah…Kami bertemu sebenarnya bukan sekadar kebetulan atas PENTADBIRAN KASIHNYA RAHMAN DI ATAS SANA…Alhamdulillah dengan ilmu dan hamparan yang dipinjamkanNYA dapat saya membantu seorang lagi sahabat yang selama ini berperang dengan diri sendiri…Sebetulnya tak sampaipun beberapa minit less then 5 minutes YANG LAMANYA hamper satu jam lebih adalah proses penerokaan…Nah! Lihat disitu…Allah itu Maha hebatkan…Kalau DIA izinkan …sekelip mata…Yes! Sekelip mata mampu dipulihkan…Ada juga yang bertanya selepas ini, Pn Aniz ada tak ‘masalah ini’ akan menganggu kembali…Jujur jawapan saya ini bahagian masing2 tapi mengikut pemerhatian dan pengalaman saya JARANG SEKALI ianya akan menganggu kembali…kalaupun ada hanya sekelis pandang…ianya takkan mampu menganggu hingga ke tahap kritikal paling jauh pun sekitar bacaan 2 shj (dgn skala 0 ~ tidak stress & 10 ~ paling stress dan dgn skala 2 kalaupun ada dtg menganggutu kiranya kacanglaa BISA dibereskan sendiri). Dan pastinya juga doa dan harapan saya Pn Jemilah akan menikmati kehidupan baru yang LEBIH BAHAGIA, TENANG & SEJAHTERA selepas ini lebih-lebih lagi dalam ibadah.

• Sebetulnya ramai sudah testimonial EFT yang member maklumbalas, dengan pengetahuan EFT dan rawatan juga sesi theraphy yang dijalani mereka LEBIH MENIKMATI kemanisan beribadah. Kenapa ek? Hemm..mudah shj kawan-kawan EFT nie sebenarnya ibarat PENAPIS yang menapis sebarang kotoran dan pencemaran…so RASIONALnya apabila banyak kotoran a.k.a isu-isu stress yang menganggu ~ emosi negatif spt sedih, benci, dendam, marah, kecil hati, kesal, rasa bersalah, tidak memaafkan org lain, buntu, risau, bimbang…dsbgnya dan apabila ‘unusr negatif’ ini dibereskan…maka BERSIHLAH MINDA…BERSIHLAH HATI…mudahlaa mencapai TENANG & FOKUS untuk apajua misi & tanggungjawab yang bakal dilaksanakan begitu jugalah dengan ibadah.

• EFT ~ Knowledge how to dispute/filter EMOTIONAL TOXIN…ibarat system penapis air..haa EFTnie cam ghitulaa…tahu tak kekawan emosi negatif dan segala kedarak negatif yang dimpan ini BAHAYA…bahaya macam mana …LAW OF ATTRACTION…lontaran minda, monolog diri yang negatif boleh merosakkan molekul air dan juga makanan yang kita jamah, telan. Dan disinilah nanti ianya juga boleh mengesani MEROSAKKAN kefungsian tubuh kita. Hemm…nampaktu bukan sekadar perlu berbelanja lebih nak dapatkan SISTEM PENAPIS AIR yang cangggih-canggih tapi…TAPI kekawan nak SEJAHTERA, SIHAT, AMAN & BAHAGIA dalam ertikata yang sebenar…FILTER SISTEM DALAMAN {UN PERLULAH CANGGIH untuk menapis segala unsure negatif, pencemaran yang merosakkan…inilah analogy EMOTIONAL FREEDOM TECHNIQUE! Simple bukan??? Dan yang PALING BEST…ianya sangat-sangat mudah, PANTAS dan berkesan mudah dipelajari siapa sahaja…

Bagi yang ingin MENCARI PENAWAR DIRI...mengubat hati yang terluka, runsing, bimbang, keliru...mahupun MENIMBA ILMU PENGETAHUAN berkongsi KEINDAHAN & KEAJAIBAN hamparan Ilahi dalam kehidupan insan dengan displin ilmu berkaitan Personaliti, Tingkahlaku Manusia, Pengurusan stress, Emotional Freedom Technique, Kuasa Doa, Meditasi dan Sains Minda...temui saya dalam Klinik Sukses pada 31hb Oktober 2009...
Izinkan saya mengiringi transformasi impian anda, mudah-mudahan sama-sama kita beroleh berakah dan manfaat bukan sahaja di dunia tetapi insyaAllah berkekalan hingga ke akhirat...itupun yang saya cari sebenarnya...touch every one heart with JOY & INSIGHT!...This is My BLISSFUL Journey, indeed!I LOVE!!!

Can't wait to hear your next SUCCESS story kekawan!

May you have enough happiness to make you sweet, enough trials to make you strong, enough sorrow to keep you human, enough hope to make you happy, and enough money to buy you gifts!!! ~ Salah satu GIFTtu….from Klinik Sukseslaa he he he… Ho ho ho...
See you in Klinik Sukses, insyaAllah!

Bengkel EFT, Meditasi, Kuasa Minda & Doa :
Tarikh : 31hb Oct 2009
Masa : 9.30pg ~ 5ptg
Tempat : Nur Qudrah Holistic Solution, Sec. 18, Shah Alam
Yuran : RM240 shj
Info lanjut sila lawati http://kliniksukses.anizanwar.com



Peace & May Allah Bless You…
http://kliniksukses.anizanwar.com

Thursday, October 22, 2009

LAW OF ATTRACTION , CERAPAN MINDA & POLA KEHIDUPAN

Bismillah...

Apa khabar, para sahabat? Semoga ceria, bahagia & sejahtera hendaknya dalam peliharaan Allah swt, insyaAllah. Bertemu kita lagi yer untuk terus berkongsi HIKMAH, moga-moga beroleh manfaat yang penuh murni dan MAKNA dalam siri kali ini...Jika siri-siri artikel saya yang lalu banyak saya kongsikan betapa PENTINGNYA mengetahui teknik dan cara yang tepat untuk melontar hajat dan doa kerana APA JUA YANG KITA KEHENDAKI DALAM KEHIDUPAN KITA ADALAH IMPIAN, HAJAT, CITA-CITA & HARAPAN, betul tak? Maka dengan ILMU YANG JELAS tentang tertib tentang melontar hajat ataupun doa ini dapat kita ‘pakarkan’…maka mudahlaa hidup kita, insyaAllah kehidupan akan lebih sejahtera dan membahagiakan dan yang penting disini dalam redha Allah supaya hati tenang sejahtera di dunia berehat dengan aman di akhirat nanti, ini yang kita nak CARI sebenarnya, bukan begitu? Duit banyak pun hati tak tenang, tidak bahagia tak syok jugak…betul tak? Hemm sebab itu jugalah amat penting di sini untuk kita mengetahui bagaimana pula ceritanya PERANAN KUASA MINDA atau lebih dikenali Law Of Attraction dalam menjayakan kehidupan yang kita ingini…kita “attract” perkara-perkara yang positif, harmoni dan yang murni dalam redha Allah sahaja. Emm…seronok sebenarnya ‘mengaji’ babnie…

POLA KEHIDUPAN VS CERAPAN MINDA
Pernah para sahabat mendengar peribahasa "Sudah jatuh ditimpa tangga"...sudahlaa jatuh kena plak ditimpa tangga..kasihan bukan? Agaknya bagaimana keadaan ini boleh terjadi? Tak nak GEMUK tapi yang datangnya semakin MERIAH pusat penternakan lemak di dalam tubuh...diet bagai nak rak tapi kg yang turun aiseyman...tak sampai 2 kg...frustnya, hee kekawan pernah mengalaminya? Atau nak sangat periksa nombor 1, result periksa nak A belaka tapi alamak hai…sipi pun takde…tidakpun bersemangat nak menikah tapi dok kawan-kawan putus…ada pulak takde siapa pulak masuk meminang...toksahkan masuk meminang bayang-bayang meminang pun tak nampaknie apa cerita...kenapa yer??? Tak kurang juga kisah yang bersemangat nak berniaga bagus tu, syabas punya bakat enterprising terpendam....beriya-iya mengatur strategy bisnes, menyusun pelaburan dan perniagaan...promosi sana...promosi sini tapi hasilnya...Aduyai! Letihnyaaaa...keciput shj...dan akhirnya kehidupan yang dijalani ibarat air yang hanyut mengikut arus gitu...ibarat pokok mahupun lalang yang dibuai angin ke kanan dan ke kiri ...Macam robot tanpa deria dan emosi...tak tahu nak buat apa…macam takde MAKNA dah hidupnie…TAKDE "LIFE..." dok lalujerlaa…dan hasilnya kehidupan akan berlegar di relung yang sama…INGIN BERUBAH TAPI KEMAMPUAN, KEYAKINAN UNTUK MENGUBAH KEHIDUPAN itu macam tiada daya, kurang daya…tidak yakin dengan POTENSI DIRI yang dimiliki untuk berubah. Dan akhirnya putus asa dan menyerah kalah…zahirnya kehidupan sama seperti insan-insan yang lain tetapi hati di dalamnie macam ada jer yang tak beres…macam ada yang tak syokklaa…macam tak suker…macam tak berapa nak hepi orang kata.

Ahaa NAK TAHU RAHSIANYA???...Ada kaitan dengan minda kita...lebih tepat lagi CERAPAN MINDA kita. Macam yg saya nyatakan dalam artikel-artikel yang lalu...OUR THOUGHT CREATE REALITY...hasil didikan dan fitrah manusia lazimnya lebih mencerap unsur negatif berbanding positif maka di sepanjang perjalanan kehidupan itu pula...manusia cenderung untuk melihat dan MENILAI hanya yang LOGIK dan BERSIFAT NYATA sahaja sedangkan yang menghasilkan yang NYATA itu adalah peranan minda di bawah sedar kita. Hasil cerapan minda separa sedar yang melalui pelbagai suka duka perjalanan...diterjemahkan HASIL itu dalam bentuk NYATA hari ini...berdasarkan pemikiran kita juga sebenarnya.Sebab itulah…NILAIAN POSITIF ibarat baja yang akan menyuburkan kehidupan kita manakala yang NEGATIF tanpa disedari pula ibarat racun yang membunuh individu dalam senyap…

MEMBINA KESEJAHTERAAN DIRI DAN KEHIDUPAN, harus dari mana???
Nah! Dapat lihatkan rasional BAGAIMANA ingin menikmati kehidupan yang harmoni, sejahtera, bahagia dan penuh keterujaan maka JAWAPANNYA kenalaa dibereskan aspek dalaman itu dulu. Inilah yang dinamakan 'inner technology' kesejahteraan aspek emosi, spritual dan minda ini mampu membawa PENZAHIRAN KESEJAHTERAAN dalam realiti kehidupan ...fizikal. Bukan sahaja aspek kasih sayang, kekeluargaan, kesihatan, kerjaya, kewangan, sahabat, rakan taulan malah apa juga yang diinginkan...

Bagaimana caranya??? Mudah sahaja...LOVING ONESELF & SELF ACCEPTANCE..mengakui dengan RENDAH HATI kelemahan dan kekhilafan diri. Kita SAYANGKAN diri kita...REDHA menerima ujian dan cabaran yang dihadirkan dan BERANI JUGA IKHLAS melakukan KOREKSI DIRI atas platform mencari pengiktirafan Allah...bukannya manusia semata-mata.
TIPS TRANSFORMASI…
1) BERTANGGUNGJAWAB ATAS PILIHAN YANG DILAKUKAN DALAM KEHIDUPAN KITA (Stop blaming others...take incharge to your life)
2) Membenarkan DIRI untuk menikmati kesejahteraan & impian yang diidam-idamkan...
3) Sedia memberi KOMITMEN...
4) JUJUR dan ISTIQAMAH dalam usaha yang dilakukan dalam menjayakan transformasi..
InsyaAllah warna-warni kehidupan yang suram, kelam selama ini mampu bertukar menajadi nostalgia yang penuh murni..penuh makna dan PENUH HIKMAH!

Itulah warna-warni dan MELODI KEHIDUPAN...yang membuatkan kehidupan ini HIDUP sebenarnya! Cuma sebagai INGATAN... ingin MENIKMATI HIDUP YANG BAHAGIA DAN MENENANGKAN??? Mudah shj… stop asking LOUSY QUESTION...U ask LOUSY question ..U'll gel LOUSY answer and of course this will lead a LOUSY LIFE..Hemm..mudah bukan...ingin mengetahui BIMBINGAN LANJUT tentang strategy menguruskan kehidupan serta menangani isu-isu stress seharian serta menjayakan TRANSFORMASI CEMERLANG...???AMANAH PADA DIRI SENDIRI...JANGAN PULA MENSABOTAJ DIRI SENDIRI …SAYANGI DIRI SENDIRI SEBELUM ANDA MENYAYANGI ORANG LAIN...InsyaAllah ini akan membuat kehidupan ANDA lebih bermakna dan DIHARGAI! InsyaAllah...bagaimana saya INGIN lalui dan bereskan semua yang terpendam nie???Mudah sahaja!!!

Temui saya di Klinik Sukses...menerusi perkongsian penuh murni..penuh rahmat yang bakal melancarkan lagi transformasi impian para sahabat yang dikasihi!InsyaAllah…
Looking forward to hear your next hapiness, success, love , abundance a lot of more!
Much more MIRACLES to come to you THIS is a GIFT from Allah...satu peluang & ruang untuk menjayakan transformasi impian . Kenapa saya katakan begitu? Para sahabat berdoa mencari PENAWAR mengubat diri dan hari ini ditemukan jalan dan penawarnya, mengapa perlu bertangguh lagi, mengapa harus tidak adil pada diri sendiri?Kesejahteraan itu harus dibina dari dalam, insyaAllah bila ‘dalaman sejahtera’ walau hebat mana jua cabaran yang hadir anda akan rasa kuat, tenang dan SEJAHTERA!...Jangan sia-siakan anugerah dan perhatian yang telah Allah kirimkan...Izinkan saya bersama mengiringi penyembuhan dan pencarian serta KUNCI TRANSFORMASI anda! Mudah-mudahan Allah permudahkan pertemuan kita…insyaAllah.

Bengkel Klinik Sukses :
Tarikh : 31hb Okt 2009
Masa : 9.30pg ~ 5.00ptg
Tempat : Shah Alam

Info lanjut sila lawati http://kliniksukses.anizanwar.com, raikan KEHIDUPAN ini dengan perkongsian murni dan penuh makna bersama saya…sama-sama kita terokai KEINDAHAN ILAHI dalam kehidupan insan menerusi Bengkel EFT, Meditasi dan Sains Minda & Kuasa Doa.

Salam Rahmat & Sukses Selalu;
Aniz Hj Anwar
http://kliniksukses.anizanwar.com

Thursday, October 15, 2009

EFT ~ Stress & Migrane

Bismillah…

Salam Rahmat buat semua…Apa kabar? Semoga sihat sejahtera hendaknya…nak hujung-hujung Syawal pastinya masih ramai lagi merai dan dirai dengan rumah terbuka yer…Begitu juga saya disini…Ahad lalu sibuk meraikan saudara-mara, para sahabat dan kenalan abah dan mama untuk Majlis doa selamat dan Rumah Terbuka Aidil Fitri... Seronok pula maklum dah lama tak meraikan tetamu dulu waktu arwah mak ada almost every month makan besar meraikan kawan-kawan…tapi itu dulu time ligat bermlm dan bisnes online…Hee skang pun bisnes tapi lain sket..bisnes MENDENGAR YANG SETIA…saya dibayar untuk khidmat professional mendengar dan membantu memberi INSIGHT, CELIK AKAL…dan KEYAKINAN menghadapi cabaran kehidupan disamping meberi makna & hikmah pada memori-memori yg dilalui. insyaAllah.

Apapun antara YANG MENYERONAKKAN juga adalah kesempatan untuk meluangkan masa bersama-sama adik-adik baru saya. Jadi kak long kepada 8 orang adik beradik di bawah saya…Meriahkan dari anak tunggal hemm amik..sekali 8 haa Allah berikan..SPECIAL GIFT. Seronok anak-anak apatidaknya dilayan oleh pakcik dan makciknya. Alhamdulillah, dengan izin Allah kalinie abah dapat lagi menunaikan ibadah haji menemankan mama..tak sangka pula secepat ini..bakal bertolak pd penerbangan keempat hari kedua..21 Oct…sunyi laa sedikit anak-anak tanpa gurau senda atoknya…kalau tidak atok..wanma…Semoga mereka yang dikasihi dan para sahabat, saudara mara yang menunaikan haji tahun ini mendapat haji mabrur hendaknya…Terpelihara kesihatan dan kesejahteraan diri dalam rahmat Allah sentiasa…Selamat pergi dan selamat kembali…Amin…Amin..Ya Rabbal Alamin…

InsyaAllah kali ini kita akan menyambung kembali sebenarnya JANJI SAYA YANG TERTUNDA sebelum Syawal yang ingin berkongsi lanjut tentang KEAJAIBAN EFT..TEKNIK SELF HEALING yang mengupas kuasa penyembuh di hujung jari anda…Peringatan yer..di hujung jari bukan di tapak tangan!...Teknik SELF HEALING yang sangat mudah, ringkas, PANTAS dan praktikal boleh dipelajari oleh siapa sahaja…walaupun anak kecil. Macam yang pernah saya kongsikan dalam artikel-artikel saya yang lalu…selain FAKTOR PEMAKANAN, GAYA HIDUP DAN PENCEMARAN…salah satu factor utama yang boleh mengancam KESIHATAN dan menganggu immunisasi tubuh adalah STRESS yang dilalui…

FAKTOR-FAKTOR STRESS
Bila menyentuh tentang isu STRESS…rasanya ada manfaatnya untuk saya bawakan factor-faktor yang boleh membawa tercetusnya STRESS. Antaranya adalah :
i) Pengaruh Personaliti ~ ada individu yang fitrahnya yang jenis pendiam dan memendam, ada pula yang panas baran tak kurang juga yang sukar untuk menerima pandangan atau kritikan orang lain, pemalu yang teramat, kurang keyakinan, takut…pendek kata macam-macam jenis personality boleh menyebabkan stress…lazimnya yang memiliki ‘kekuatan dalaman’ yang kurang sejahteralaa…
ii) Pengaruh luaran ~ external factor…dimana stress yang berpunca pada orang luar mungkin juga majikan, pasangan, anak, adik, suami , jiran, rakan …
iii) Stress Yang DIkumpul ~ inilah yang mana skrip-skrip serta insiden yang mungkin meruntun hati disimpan…rasa marah, benci, geram, dendam, kesal…yang disimpan di sepanjang perjalanan hidup insane…ada! Malah ramai saya kira dibawah kategori ini sama ada sedar atau pun tidak…

Dan RAHSIA DIRI INI SEJAHTERA…SIHAT dalam erti kata yang lebih holistic adalah dengan melakukan SEMAKAN SEMULA….ada tak di sepanjang kehidupan ini membuatkan hati kita kurang tenang, kurang sejahtera lebih-lebih lagi bila mengingatkan nostalgia atau memori lama…Hemm..walaupun ianya sekadar MEMORI tapi IA HIDUP???Kerna bila kita TOLEH ke belakang ada emosi yang bermain disitu…MEMORIES BURIED ALIVE NEVER DIES…yang PALING DITAKUTI…bila ada konflik dan peperangan hati yg bermain di situ…kurang sejahtera…inilah salah satu factor yang menyulitkan penerokaan perjalanan kehidupan yang LEBIH INDAH sebenarnya…nak-nak kalau ada dendam, benci semuatu…kerana sebenarnya individu yg berdendam ini SEDANG MENGGALI 2 lubang kubur…bukan 1…memudaratkan diri sendiri…memusnahkan kesejahteraan diri…Cuma bezanya..BUNUH DIRI cara yang tidak Nampak…bunuh diri juganie…he he he, never prasan haaa?Harinie baru prasan…terima kasihlaa Ya Allah sebab dilorongkan baca artikel nie…

This is INDEED my blissful journey of life I’m treasured…sharing!..Sharing means CARE..I DO CARE FOR MY MUSLIM Frens…kita adalah bersaudara!....

iv) Transition In LIFE ~ contohnya pengantin baru, kerjaya baru, baru bergelar ibu dan bapa…baru pencen…pendek kata semuanya BARU..adakalanya dunia baru ini juga boleh menjadi kejutan …perlukan sedikit masa dan ruang utk proses penyesuaian…disinilah persefahaman, tolak ansur serta kerjasama juga pengertian diperlukan oleh pihak yang terlibat.

Itulah antara FAKTOR yg boleh menyebabkan STRESS. Dan menyentuh pasal STRESS seringkali juga masalah KESIHATAN DAN KETIDAKSELESAAN yang diadukan oleh pihak klien adalah…SAKIT KEPALA, MIGRANE, TAK BOLEH TIDUR, SELSEMA…DEMAM…emm…ini kesan langsung yang biasa apabila dalam keadaan STRESS. So bagi YANG LUAR SANA sekiranya ada symptom yang disebutkan ini…INGIN MERAWATNYA?? Mudah shj…selain BERIKHTIAR dengan pengambilan ubat-ubatan serta amalan pemakanan yang sihat adalah kembali MENGURUSKAN “HIDDEN ISU” yg belum beres…boleh jadi ianya masalah putus cinta, dilemma , konflik perkahwinan, overload tugasan…kerjaya…beban kewangan tatau apa shj…Bagaimana ingin menguruskannya…Langkah 1 ) Ketenangan diri…tapi itulah CABARANNYA…bagaimana nak tenang kalau dalam tidur sampai termimpi…hemm inilah petandanya…tiba masa untuk MERAWAT DIRI! Terokai teknik EFT sebagai alat penyembuhan secara semulajadi…PANTAS, RINGKAS DAN BERKESAN…mungkin siapa tahu…komentar kebanyakan klien saya yang kini TIDAK LAGI memerlukan ponstan, panadol untuk menangani migrane mahupun sakit kepala MENJADI komentar BERMAKNA buat anda di luar sana…tak percaya? Saksikan VIDEO KLIP ini…STUNNING EFT...One minute wonder…






Perkongsian lanjut…dapatkan PREVIEW PERCUMA Klinik Sukses di http://kliniksukses.anizanwar.com

Terokai WAJAH BARU transformasi impian anda bersama saya…

Jumpa saya di dalam Klinik Sukses….

Monday, October 12, 2009

Doa Boleh Mengubah Taqdir

Petikan Perkongsian dr sahabat .

Dalam sebuah hadits Nabi shollallahu 'alaih wa sallam menjelaskan bahwa taqdir yang Allah ta'aala telah tentukan bisa berubah. Dan faktor yang dapat mengubah taqdir ialah doa seseorang.



Bersabda Rasulullah shollallahu 'alaih wa sallam: "Tidak ada yang dapat menolak taqdir (ketentuan) Allah Ta'ala selain do'a. Dan Tidak ada yang dapat menambah (memperpanjang) umur seseorang selain (perbuatan) baik.." (HRTirmidzi 2065)



Subhanallah…! Betapa luar biasa kedudukan do'a dalam ajaran Islam. Dengan do'a seseorang bisa berharap bahwa taqdir yang Allah ta'aala tentukan atas dirinya berubah. Hal ini merupakan sebuah berita gembira bagi siapapun yang selama ini merasa hidupnya hanya diwarnai penderitaan dari waktu ke waktu. Iaakan menjadi orang yang optimis. Sebab keadaan hidupnya yang selama ini dirasakan hanya berisi kesengsaraan dapat berakhir dan berubah. Asal ia tidak berputus asa dari rahmat Allah Ta'ala dan ia mahu bersungguh-sungguh meminta dengan do'a yang tulus kepada Allah ta'aala Yang Maha Berkuasa. "Katakanlah: "Hai hamba-hamba- Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah Ta'ala mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserahdirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)." (QS Az-Zumar 53-54)



Demikianlah, hanya orang yang tetap berharap kepada Allah Ta'ala saja yang dapat bertahan menjalani kehidupan di dunia betapapun pahitnya taqdir yang ia jalani. Ia akan senantiasa menanamkan dalam dirinya bahwa jika ia memohon kepada Allah Ta'ala dalam keadaan apapun, maka derita dan kesulitan yang ia hadapi sangat mungkin berakhir dan bahkan berubah. Sebaliknya, orang yang tidak pernah kenal Allah ta'aala dengan sendirinya akan meninggalkan kebiasaan berdo'a dan memohon kepada Allah Ta'ala. Ia akan terjatuh pada salah satu dari dua bentuk ekstrimitas. Pertama, ia akan mudah berputus asa. Atau kedua, ia akan lari kepada fihak lain untuk menjadi sandarannya demi merubah keadaan. Padahal begitu ia bersandar kepada sesuatu selain Allah Ta'ala, termasuk bersandar kepada dirinya sendiri, maka pada saat itu pulalah Allah Ta'ala akan mengabaikan orang itu dan membiarkannya berjalan mengikuti situasi dan kondisi yang tersedia. Sedangkan orang tersebut dinilai sebagai seorang yang mempersekutukan Allah Ta'ala dengan yang lain. Berarti orang tersebut telah jatuh ke dalam kategori seorang musyrik...!



"Dan Tuhanmu berfirman, "Berdo`alah kepada-Ku, niscaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." (QSAl-Mu'min 60) Dan yang tidak kalah pentingnya bahwa seorang muslim tidak boleh pernah berhenti meminta kepadaNya, karena sikap demikian merupakan suatu kesombongan yang akan menjebloskannya ke dalam siksa Allah Ta'ala yang pedih.



Maka Rasulullah shollallahu 'alaih wa sallam bersabda: "Barangsiapa tidak berdo'a kepada Allah Ta'ala, maka Allah Ta'ala murka kepadaNya." (HR Ahmad 9342)



Saudaraku, janganlah berputus asa dari rahmat Allah Ta'ala. Bila anda merasa taqdir yang Allah Ta'ala tentukan bagi hidup anda tidak memuaskan, maka tengadahkanlah kedua tangan dan berdo'alah kepada Allah Ta'ala. Allah Ta'ala Maha Mendengar dan Maha Berkuasa untuk mengubah taqdir anda. Barangkali di antara do'a yang baik untuk diajukan sebagai bentuk harapan agar Allah Ta'ala mengubah taqdir ialah sebagai berikut: "Ya Allah, perbaikilah agamaku untukku yang mana ia merupakan penjaga perkaraku. Perbaikilah duniaku yang di dalamnya terdapat kehidupanku. Perbaikilah akhiratku untukku yang di dalamnya terdapat tempat kembaliku. Jadikanlah hidupku sebagai tambahan untukku dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah matiku sebagai istirahat untukku dari segala keburukan." (HR Muslim4897)