Thursday, March 27, 2008

Inspirasi...Mencari Kaya???

Salam buat semua...

Berikut adalah sebahagian catatan pengalaman saya dlm MENCARI KAYA...semoga ianya mampu dijadikan IKHTIBAR & PANDUAN...buat yang mencari & ingin dibantu izinkan NQ bersama mengiringi anda dlm KEJAYAAN mencari kaya yang diredhai Allah...

Ikuti KLINIK SUKSES...bagaimana KEAJAIBAN KUASA DOA, MEDITASI ISLAM & SAINS MINDA yg dikupas dr akar umbi...perpsektif kaunseling, Islam dan TEKNOLOGI SAINS MINDA...semua ASET INI ADA DLM SETIAP DR KITA...cuma mungkin kurang ilmu...tidak meneroka, tidak nampak kita telepas pandang ASET HIKMAH ini...

Setiap kita punya kelebihan yang Allah bekalkan..kepelbagaian dan keistimewaan yang ada sama-sama kita saling lengkap-melengkapi dlm perjalanan kita memakmurkan bumi Allah dan mengutip pahala dlm perjalanan pulang...

TINTA NUR QUDRAH..."MENCARI KAYA"...bersama KLINIK SUKSES Nur Qudrah kita telusuri bersama...RAHSIA-RAHSIA & KUNCINYA...

HIDUP SATU PERJUANGAN..PERJUANGAN PERLUKAN STRATEGY...DAN STRATEGY MEMERLUKAN ILMU...teringat pesan ayah saya dlm program kuliah bersama Ustaz Tunggul Wahidin masatu saya kecil lagi dlm Darjah 2 sampai sekarang saya ingat...tuntutlah ilmu waimah ilmu mencuri sekalipun tapi bukannya utk kita jadi pencuri tapi agar kita LEBIH HATI-HATI supaya tidak menjadi mangsa pd pencuri...

ILMU ALLAH INI SANGATTT LUAS..sama-sama kita terokai...

Tinta Nur Qudrah ~ “Mencari Kaya”

Mencari kaya…suatu topik yang saya kira kira cukup menarik untuk kita renungi dan kupas bersama. Tertarik saya petikan kisah yang dipaparkan oleh Chef Li dalam bukunya Jutawan Senyap. Pesan gurunya…

“Tidak salah untuk kita mencari kaya…tetapi apa yang lebih penting untuk “diapakan” kekayaantu yang LEBIH UTAMA.Kekayaan itu sendiri adalah makhluk Allah, yang tunduk kepada Allah azzawajalla yang MAHA KAYA.Maka kamu mahu jadi hamba kaya atau hamba Allah???”

“Nah..Justeru yang kamu harus cari ialah Allah swt dahulu. Pencipta dan pemilik kekayaan. BUKAN TERUS mencari kekayaan yang dimiliki Allah!! Kerana Dia yang MAHA KAYA yang memiliki segala sesuatu di alam semesta ini. Kekayaan yang kamu cari HANYALAH SEBUTIR ZARAH dari alam ini”

“Kalau kamu sudah bertemu Allah swt kamu boleh minta apa saja termasuk kekayaan kerana kekayaan itu sendiri adalah makhluk yang diciptakan dan dimiliki sepenuhnya oleh Allah swt.”

Ada orang memerah otak siang dan malam mencari kekayaan tetapi masih terus dalam kemiskinan…Ada pula orang yang kelihatan tidak bekerja keras tapi masih punya waktu untuk keluarga, masih punya waktu bermasyarakat, masih punya waktu untuk beribadah dan bersolat di masjid tapi hidupnya mewah dan hartanya melimpah ruah”…

Renung-renungkan sejenak rakan-rakan???...Apa yang kita cari sebenarnya dalam hidup ini.

Alhamdullillah sering berdampingan dengan ibubapa, aniz dan suami selalu diperingatkan tentang keutamaan mencari KASIH & REDHA ALLAH….Memang benar sekali perjalanan usia, kehidupan terlibat dalam perniagaan sedikit-sebanyak membantu membentuk kematangan, celik akal juga keinsafan buat kami suami isteri. Antara RAHSIA PENTING UNTUK BERJAYA & CEMERLANG DALAM HIDUP ADALAH KITA KENAL DIRI KITA DAN KITA KENAL ALLAH. Itulah resepi kejayaan yang ayahanda tercinta menjadi HALWA TELINGA kami setiap hari…

Tips-tips pengisian pemantapan berlandaskan pendekatan Islam menerusi amalan wajib dan sunnah juga amalan ayat-ayat suci dari Al-Quran yang penuh dengan rahsia juga hikmahNYA diperturunkan buat kami. InsyaAllah dalam ruang yang terhad ini aniz kongsikan sebahagian amalan yang telah menjadi sebahagian pakaian kami seharian dalam membina keberkatan rezeki. Alah bisa tegal biasa….amalan yang dikira sunnah menjadi satu kewajipan buat kami seisi keluarga, alhamdulillah dan syukur kami panjatkan atas limpahan rahmat dan izinNYA untuk kami beribadat…syukur…syukur…syukur.

Kami juga percaya taufik, hidayah juga kekuatan mempraktiskan mukjizat dan rahsia Allah ini bukan boleh dijual beli…ianya RAHSIA ALLAH & REZEKI MASING-MASING…milik Allah Yang Maha Berkuasa, syukur sekiranya kita antara insan terpilih dikalangan hambaNYA. Aniz mendoakan semoga dengan secebis garapan tinta ilmu yang dibawakan berjaya memberi celik akal, peringatan juga keinsafan terhadap kehidupan yang kita lalui, semoga rakan-rakan bertemu dengan MAKNA KEHIDUPAN YANG ANDA CARI….

Antaranya amalan yang membantu membina keberkatan dalam mencari rezeki :

I) Solat berjemaah
II) Solat Dhuha
III) Solat Tahajud
IV) Puasa
V) Membaca Surah Al-Waqiah, Yassin, Al-Mulk, Al-Hasyr, Cahaya Nabi
VI) Dzikirullah spt selawat, tasbih dll
VII) Tak lupa sedekah dan amal jariah.

Alhamdulillah tepat sekali janji Allah selangkah kita rapat padaNYA seribu langkah DIA berlari mendapatkan kita. LETAKKANLAH ALLAH DAN RASUL DI HATI KITA NESCAYA SEISI DUNIA DIBERIKAN MELEBIHI APA YANG KITA HAJATI…Itulah sebahagian pengalaman yang kami lalui….

Antara yang perlu ditekankan juga disini KEJUJURAN, KEIKHLASAN & KEBERANIAN KITA UNTUK MUHASABAH DIRI….berani dan jujur untuk melakukan KOREKSI DIRI…Kaji kekuatan dan kelemahan diri. Banyakkan bertaubat dan dzikurullah, mohon dan munajatlah pada Allah agar diberikan kekuatan, kelancaran dan kesempurnaan dalam aturcara harian mencari redhanya. Hindari sifat tamak, buruk sangka, dengki, iri hati, sombong, ujub dan bangga diri.

Limpahan nikmat rezeki berupa ilmu, kemewahan, kesihatan, pangkat, darjat dan sebagainya bukanlah suatu tiket untuk kita terus alpa dan leka akan suruhan Allah tetapi JADIKANLAH IA SUATU PERINGATAN DAN IKHTIBAR UNTUK KITA AGAR LEBIH ZUHUD….BERSYUKUR DAN MENGINGATI ALLAH SELALU…bawalah resmi padi semakin berisi makin ia tunduk ke bumi, nescaya limpahan kasih dan rahmat Allah akan hadir dalam bentuk yang lebih berlipat-ganda lagi.


CARILAH PENGIKTIRAFAN ALLAH SWT SEBAGAI AGENDA UTAMA KITA DAN BUKANNYA PENGIKTIRAFAN MANUSIA. InsyaAllah kita akan bertemu dengan kekuatan yang murni dan sejati. Dan percayalah “SENJATA INI” sekiranya anda temui cukup menjadi bekal pelayaran duniawi yang serba mencabar….iaitu rahsia mengenal diri dan mengenal Allah. InsyaAllah tidak mudah untuk kita terpedaya dengan hasutan juga tipu daya dunia dan syaitan sangat licik. Dugaan tetap hadir tapi kita lebih bijak, tangkas dan mudah menanganinya.

Petikan dalam buku TRILOGY JUTAWAN SENYAP juga turut menyentuh…tentang jiwa yang merdeka serta penekanan menjauhi pergantungan dengan meminjam untuk membesarkan perniagaan terutamanya dengan bergolok-bergadai meminjam dengan pihak bank. Unsur riba’ yang wujud sekiranya tidak ditangani dengan bijak harus sahaja menjerat diri. Pesan Kiai Muhidin dalam buku ini…

“Kalau mahu selamat…meminjamlah dari bank yang paling besar, pemurah dan adil iaitu bank milik Allah swt. Tidak perlu penjamin dan cagaran dan tidak perlu membayar balik.Cukup dengan memulangkan sedikit sebagai zakat.”

Dalam buku ini juga menyebut Pak Kiai amat terhutang budi kepada kedua ibubapa dan beberapa orang sahabat yang sanggup menangis bersama waktu beliau ditimpa kesusahan. Benar sekali…antara rahsia penting untuk membina keberkatan rezeki….NIATKANLAH :
1) Untuk Allah dan Rasul….demi Islam yang kita cintai
2) Untuk ibubapa tercinta yang menghadirkan kita ke dunia ini
3) Untuk diri kita
4) Untuk keluarga
5) Untuk ummah dan saudara Muslim yang lain

Rezeki yang Allah limpahkan tidak semuanya HAK kita, di dalamnya ada hak-hak orang lain yang wajib kita berikan maka tunaikanlah ia sebagai satu amanah. Bersedekah, membayar zakat insyaAllah bukan sahaja mampu menjadi pendinding api neraka malah menjadi pemangkin kepada rezeki yang lebih berlipat ganda. Selain itu juga sedekah yang kita berikan mampu menjadi penghalang terhadap musibah yang akan berlaku.

Semoga paparan ilmu yang dibawakan memberi manfaat, pengajaran dan makna baru terhadap kehidupan yang dilaluii. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah swt manakala yang kurang sempurna itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.


Salam Ukhwah;
Aniz Hj Anwar ~ 6/7/2006


AL-FATIHAH BUAT ALLAHYARHAMMAH BONDA HAJJAH HALIMAH BINTI FATIMAH...doa bonda, didikan dan kasih sayang bonda merupakan sebahagian INSPIRASI MENERUSKAN PERJUANGAN & JARIAH ini....

Moga tenang berehat di sisi Allah swt...Amin Ya Rabbal Alamin...

27/3/2007

No comments: