Tuesday, March 4, 2008

Catatan Peribadi Part 2

KUASA DOA, MEDITASI ISLAM (QIAMULAIL) & SAINS MINDA

Imbas kembali 2006...selepas kejayaan melalui pahit getir ujian...Pernah saya termenung selepas solat di atas tikar sejadah...

"Aku ucap SYUKUR YA ALLAH atas kurniaanMU...nikmat kesihatan, keluarga bahagia dan pelbagai lagi...disebalik kejayaan, disebalik kelegaan ini....terdetik saya bertanya...aku akui hidup ini satu ujian...dalam nada gusar dalam pertanyaan...apa agaknya UJIAN ENGKAU selepas ini Ya Allah...dan pertanyaan itu akhirnya terjawab...December 2006, ibu yang dikasihi didiagnose mengidap kanser paru-paru peringkat ketiga...."

Satu lagi UJIAN HEBAT kami lalui...bukan mudah untuk berhadapan dengan kenyataan yang kita akan kehilangan insan yang tersayang...tika bila, dimana...bila-bila masa beliau akan dijemput pulang...Hari-hari yang saya lalui amat mencabar...berkejaran mengahdiri kuliah, mengikuti INTERNSHIP..menegndalikan kes-kes klien, merawat ibu...menyelesaikan tugasan rumahtangga...perniagaan yang dahulunya meriah mulai mencatatkan penurunan....tapi TEKAD UNTUK MEMBAHAGIAKAN ORANG TUA TIDAK PERNAH LUNTUR....itulah rahsianya...keikhlasan untuk memberikan yang terbaik...pintu rezeki menegndalikan bengkel dan seminar memberikan imbuhan tidak kurang hebat...tambah lagi ILMU PENGURUSAN KEWANGAN YANG LEBIH PRAKTIKAL SAYA TEROKAI...

REDHA...MAKANAN BAGI SEBUAH KEJAYAAN ADALAH CABARAN..
Tapi saya tidak pernah merungut....ALLAH UJI AKU SEBAB ALLAH SAYANG AKU...ALLAH DAH BAGI PINJAMKAN AKU ILMU...MAKA JIKA AKU TIDAK DIUJI HARUS BAGAIMANA AKU KETAHUI TAHAP & KEMAMPUAN AKU...CABARAN ADALAH MAKANAN BAGI SEBUAH KEJAYAAN...LAGIPUN DAH BANYAK SUDAH NIKMAT ENGKAU YANG AKU AMBIL YA ALLAH...AKU REDHA ATAS UJIAN INI...
Memang benar...JIKA TIDAK KERANA BANTUAN ALLAH YG CUKUP BERKUASA...DAN HEBAT...saya kira saya sudah lama berbaring sebelah ibu...biar penat fizikal tapi tidak penat emosi...impaknya cukup hebat... KRN ALLAH SWT...untuk ibu yg disayangi aku harus kuat....Pesan rakan-rakan, para sahabat...aniz jangan nangis depan mak nanti lagi dia sedih dan susah hati!...But again in kaunseling I've learn we have to let go...tak boleh surpress kan feeling...so bagaimana saya COPE???

HOW DO I COPE WITH STRESS???
Jalan paling INDAH...BOOSTER PALING HEBAT!!! Kembali pada Allah...setiap malam walaubagaimana letih sekali pun dating saya dengan Allah di 1/3 malam ada WAJIB...MasyaAllah...disinilah saya MELALUI KEAJAIBAN ALLAH...kuasa doa yang sangat hebat...baru saya TERINGAT tentang kajian yang dilakukan dalam bidang PERAWATAN ALTERNATIF...
ada banyak..reiki, aromatheraphy, bio feedback,herba, chealation, ozone tehraphy, dan macam-macam lagi....TAPI TAHUKAH ANDA...RANKING YANG MANA PALING HEBAT & POWER DALAM PROSES PENYEMBUHAN???Guess what???
1) Kuasa solat & doa
2) Meditasi
3) Visualise

Dan alhamdulillah KETIGA-TIGA KONSEP INILAH INTIPATI SAYA membantu arwah ibu berjuang berhadapan dengan kanser…Ingat lagi waktu awal kami dimaklumkan tentang penyakit ibu…Doktor hanya memberi harapan yang ibu HANYA MAMPU BERTAHAN 2 BULAN SHJ…alhamdulillah dengan izin Allah, arwah ibu mampu bertahan hampir setahun…MALAH SESIAPA YANG MENGENALI BELIAU…juga berekesempatan menziarah beliau komen mereka tidak nampak raut wajah beliau sedang menderita sakit…wajahnya cukup redup, tenang, cekal, sabar…sejuk mata memandang...tasbih jarang sekali lekang dari tangan beliau...teman beliau adalah zikrullah. Walaupun sedang sakit masih lagi mampu bercerita, berbual…menasihati…berkongsi ilmu dan pengalaman buat pesakit-pesakit yang menjalani rawatan bersama abah…Ustaz Anwar. Ramai yang kagum dengan ketabahan dan kecekalan beliau…sudah ditakdirkan beliau dijemput pulang genap pada tarikh lahir beliau yg 61 tahun…kami redha…kerana kami telah memberikan YANG TERBAIK untuknya…

PENGALAMAN MANIS...
Banyak PENGALAMAN YANG BEHARGA yang saya kutip sepanjang merawat ibu…antara yang PALING MANIS adalah melewati rahmat dan perhatian Allah…walaupun ujian cukup hebat tapi segala urusan dipermudahkan…MasyaAllah diketemukan dengan para sahabat yang banyak membantu…segala urusan berjalan lancar tanpa banyak halangan…cth saya sendiri waktu yg sama perniagaan mulai mencatatkan penurunan kerana kebanyakan masa saya terlalu sibuk dgn kuliah dan tanggungjawab merawat ibu serta kebajikan keluarga & rumahtangga.Tapi alhamdulillah dari sudut kewangan dilorongkan pertemuan mengendalikan bengkel. Pulatu para Pensyarah dan Supervisor yang sangat memahami…namun ini bukan alasan untuk saya meraih simpati mereka…komitmen & tanggungjawab sebagai pelajar sehabis baik saya berikan…dan hasilnya alhamdulillah saya pun tidak sangka dengan cabaran yg cukup hebat…CGPA yang dicatatkan jauh beza langit dengan bumi berbanding 2nd class upper masa 1st degree dahulu…


Ingat lagi saya tidak berkesempatan mengikuti SESI CERAMAH BAGI PERSEDIAAN MENJALANI COMPREHENSIVE EXAM krn menemankan arwah ibu menjalani chemo di SJMC…Penasihat Akademik sendiri mencadangkan agar saya menangguhkan CE saya khuatir saya tidak dapat memberikan tumpuan dan gagal…TAPI SAYA KATAKAN TIDAK," I WANT TO SIT FOR THIS EXAM"…(Saya YAKIN DOA IBU & AYAH antara energy paling hebat dalam mengiringi perjuangan saya)

Hari pertama menjalani CE, beliau mendekati saya ketika menjawab peperiksaan…soalan pertama beliau…Dr Halimahtun (I really admired ketulenan & keikhlasan beliau sbg pendidik & kaunselor, I wish I could be as sharp & excellent counselor like her…born to be a counselor komennya bila anak murid memujinya)…How’s your mother? Alhamdulillah, terima kasih atas sokongan & doa Dr…sambil saya meneruskan menjawab soalan peperiksaan.

Yah...yang happy go lucky...
Pembantu rumah yg ketika itu bertugas untuk beberapa bulan pula cukup ikhlas….happy…jenis yang lurus bendulnie….tak tahu nak marah, tak tahu nak merungut…baik orangnya…datang dia nak menyanyi kang dia menyanyilaa sambil menyiapkan kerjanya...Sepeninggalan saya menghadiri kuliah, menjalani internship beliau dan abah yang menemankan ibu…rapat dengan arwahnya…kadang-kadang sama-sama kita orang berbaring sebelah ibu sambil berborak …Pastu kih..kihh…ketawa bersama.
Teringat kisah Yah…beliau tinggal di kawasan pendalaman & kebetulan rupa-rupanya di Indonesia jarang sekali nampak org India apatah lagi African/Nigeria dsbgnya…Nak dijadikan cerita saat pertama berjumpa dgn BLACK @ Pak Itamnie kat Pudu Raya…Yah merasa pelik…tanya Yah pada sahabatnya… “Kot sudah terbakar masih hidup lagik ya”…Ampun!!!…fikir Yah, Pak Itamnie rentung…kulitnya hitam sebab terlibat dgn kebakaran….Ketawa kami bertiga….kih..kih…kih…Yah, yah..kamunie sememangnya lurus orangnya…Samayah namanya orang Madura, selalu yg didengar orang Madura ini keras, banyak peel dsbgnya…tapi alhamdulillah tidak pula ianya terjadi pd kami…bila kami kongsikan pengalaman kami dengan rakan-rakan…juga Nurse Kak Devi di SJMC…komennya.“Memanglaa makcik…keluarga makcik baik-baik so Tuhan pun tolong makcik kasi jumpa orang yang baik-baik”…Tengok anak makciknie setia menemankan makcik kat sini (apatidaknya hampir 13 hari di SJMC, ala-ala bercuti dlm wad...temankan ibu, bersihkan ibu, ambilkan wudhu dan selalunya waktu Zuhur, Asar, Maghrib & Isyak kami sekeluarga akan berjemaah dengan abah di dalam wad) Yerker ha ah…alhamdulillah, syukur...

8 tahun Yah & suami, menanti cahayamata…selalu dia mengurut belakang ibu…pas Yah urut ibu dah jadi kelaziman ibu akan pegang perut Yah….InsyaAllah Yah, makcik doakan hajat Yah nak ada baby moga diperkenankan Allah….Alhamdulillah…hampir 5 bulan Yah menjadi pembantu kami…bulan April 2007 Yah berhenti kerana…tak larat mabuk hamil , suaminya tak percaya…Kegirangan…Pelik…gamaknya, fikirnya Yah tak larat…malas di rumahnya, moody, sensitive sebab mengada-ngada…bila dah disahkan mengandung barulah suaminya lega & percaya.

Saat inilah adalah antara waktu yang paling mencabar saya terpaksa menyiapkan laporan internship, mengulangkaji pelajaran utk menduduki CE…mengendalikan kerja-kerja rumahtangga…merawat ibu…hanya Allah Yang Tahu Hebat Cabaran Yang Dilalui…
Teknologi SAINS MINDA saya manfaatkan dalam melontar hajat…selain solat 5 waktu, ibadah sunnah…waktu-waktu memasak, mengulangkaji pelajaran…tidurkan anak….SAYA GAMBARKAN…saya lulus dlm CE….naik pentas mengambil SARJANA saya..tayangan video @ mental picture ini yg selalu saya mainkan…sambil berusaha & mengulangkaji pelajaran. Dan memohon restu & doa ibu juga ayah dalam perjuangan akhir menyiapkan SARJANA saya…iaitu menduduki CE.(Ramai di kalangan pelajar yg takut nak menduduki CE…komen mereka pelajar eksyenjer berani redah CE, tak kena gaya ibarat menyerah diri untuk dipenggal kepala…tapi detik hati saya sedikit tidak gentar kerana saya PERCAYA …ALLAH ADA BERSAMA SAYA…SAYA MENUNTUT ILMU KRNNYA…SAYA MENGEJAR SARJANA KRNNYA…UNTUK SAYA KEMBALIKAN UTK KEMAKMURAN & KESEJAHTERAAN UMMAH…bukannya sekadar memburu pengiktirafan manusia semata-mata…

ALHAMDULILLAH...DOA IBU DIPERKENANKAN..
Alhamdulillah saya berjaya, Cuma sayang sekali KEJAYAAN ini tidak dapat saya kongsikan dengan ibu…ibu pulang mengadap Ilahi pd 1hb Ogos 2007, saya mendapat khabar LULUS CE pada 17hb Ogos 2007…Tanggal 28hb Ogos 2007, SESI KE 11…alhamdulillah impian saya untuk menggenggam SARJANA dimakbulkan Allah…mujurlah saya sesi pertama yg naik ke pentas…khuatir benar sebelum itu bukan apa….khuatir air mata SYUKUR, GEMBIRA, SEDIH ini tumpah tidak tertahan-tahan...saat itu masih lagi dalam suasana GRIEVING….Ingat lagi selepas naik ke pentas saya menghantar SMS pada dua orang lelaki PALING SAYA SAYANGI dalam hidup saya ..pada abah dan pada suami…mengucapkan rasa syukur, terima kasih yg tidak terhingga atas pengorbanan, pengertian, sokongan, doa yang tidak pernah putus menyokong perjuangan saya…

Dan hari ini…PENAWAR & KEAJAIBAN PERJUANGAN…RAHSIA KEJAYAAN "INILAH" YANG SAYA BAWAKAN UNTUK PARA SAHABAT YANG INGIN DIBANTU…YANG MASIH TERCARI-CARI…YANG MASIH BUNTU...KELIRU MENCARI JALAN KELUAR...

InsyaAllah izinkan kami di Nur Qudrah mengiringi pencarian anda…izinkan kami di Nur Qudrah membantu anda…

Setiap penyakit ada penawarnya
Setiap masalah ada penyelesaian
Setiap konflik ada keharmonian di belakangnya

Begitu jugalah kehidupan ini..disebalik kepahitan pasti akan menyusul manis yang dinantikan...bila dan dimana...KITA BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMBENARKANNYA...KERANA KUNCI KEBAHAGIAN,KETENANGAN, KEJAYAAN ITU SEBENARNYA ADA DALAM DIRI KITA...

BAGAIMANA CARANYA???Tidak dapat tidak , kita HARUS TUNDUK & ZUHUD SERTA KEMBALI kepada PENTADBIR...PENGUASA YANG MAHA HEBAT...IAITU ALLAH SWT..InsyaAllah DIA PEMILIK AGUNG SEBAGALANYA...bila DIA KITA MULIAKAN..bila DIA KITA UTAMAKAN...InsyaAllah jalan keluar akan lebih menyerlah sinarnya malah dipermudahkan segala urusan dan cabaran yang dilewati..
.
DENGAN GARAPAN SERENTAK PEMANTAPAN EMOSI, MINDA DAN SETERUSNYA, INSYAALLAH KEKUATAN YANG SELAMA INI MENGHILANGKAN DIRI AKAN TERBIT & HADIR SEMULA DISITU...Apapun perlu diingatkan jika YANG SATU DI ATAS SANA DILUPAKAN NESCAYA....BINGGUNG JADINYA...BERANI, IKHLAS, JUJUR...BERJUANG MEMBURU PENGIKTIRAFANNYA...InsyaAllah anda akan bertemu dengan KEAJAIBAN DAN KEMANISAN YANG DICARI-CARI SELAMA INI...Senjata, persiai, aset dan obor juga kompas PALING BEHARGA...berjaya menawan musuh paling ganas dalam dunia ini iaitu DIRI SENDIRI...

Dan tanpa disedari KETIGA-TIGA ASET BEHARGA INI YG ADA DALAM SETIAP DALAM DIRI KITA...KUASA DOA/SOLAT, MEDITASI (TAFAKUR) & SAINS MINDA YANG SUNGGUH HEBAT...UNSUR ISLAM YG SANGAT DEKAT KITA TAPI JAUH SEBAB KITA SENDIRI MEMINGGIRKANNYA...SEJAK LAHIR DAH BUID IN , ALLAH BEKALKAN CUMA MUNGKIN TIDAK MENEROKA...TIDAK DIUJI KITA TERLEPAS PANDANG TENTANG KEHEBATAN & KEAJAIBANNYA...

Kuasa Penawar itu ada dalam diri kita...CUMA...disebabkan TERDIDIK BERFIKIR SECARA TERPISAH KITA MENJADI KURANG KREATIF UNTUK MELIHATNYA SBG AGEN/ALAT/MEDIUM YANG SAMA UNTUK MENJAYAKAN IMPIAN...

Disokong dengan pengisian kuliah yang saya lewati...bidang perawatan alternatif Islam yang menjadi sebahagian darah daging saya, saya jadikan ianya senjata juga aset beharga melewati hari-hari mencabar ini...

Tidak dinafikan sekularisme PENJAJAH...urusan duniawi dan ukhrawi ditarikan secara terpisah tanpa kita sedari...MINDA KITA JADI KURANG KREATIF DALAM MENJARING MAKLUMAT...haa! dalam TEKNOLOGI SAINS MINDA saya bertemu jawapan...kenapa hidup manusia adakalanya ....ada ketikanya ibarat layang-layang terputus tali, kenapa???

Sebab TALIAN HAYAT DENGAN ALLAH berada di bahagian otak kanan...maka bila Allah ditidakkan bagaimana nak hadir UMMPHH...hidup tapi tak hidup...LIFE TAPI TAK LIVE...tidak ada JIWA @ SOUL meneruskan hari-hari di dunia..semalam,esok, lusa dan selamanya samajek...DOA TAPI TIDAK @ KURANG HADIR...maka IMPAKNYA impian & hajat pun jadilaa...tergantung-gantung...banyak guna OTAK KIRI yang memegang perkara-perkara yang bersifat physical..nampak...logik ..sehingga kita TERLUPA....ada KUASA YANG LEBIH HEBAT...dan KEYAKINAN TENTANG KUASA YANG HEBAT INI...di sebelah otak kanan...disebabkan dah terbiasa guna OTAK KIRI....otak kanan pun berehatlaa dengan LENANYA....

Bagaimana INGIN MENGEJUTKAN OTAK KANAN DARI LENANYA...

Jangan LEPASKAN PELUANG MENYERTAI KLINIK SUKSES...berminat sila hubungi Pn Aniz di 012-3915362 @ email ke nqalpha43@yahoo.com. HANYA 10 PESERTA DIHADKAN UTK SETIAP SESI...LEBIH TUMPUAN...LEBIH EKSKLUSIF...

"We at NQ would like to grow in wisdom with those who wants to grow with us"

JUmPA AnDA Di KliNIk SUkSES....

Maklumat Lanjut Sila Lawati :
http://kliniksukses.blogspot.com

Salam Ukhwah ;

Pn Aniz Hj Anwar ~ 012-3915362 /YM: nizwar75

Master Science In Counselling

Counsellor / Therapist

Nur Qudrah Holistic Solution

No comments: