Tuesday, December 29, 2009

Inspirasi Kehidupan : Jangan Bersedih!



Bismillah…

MEMORI 1430H/2009???
Pantas masa berlalu 1430H telahpun kita tinggalkan begitu juga bakal menyusul tidak lama lagi 2009, pastinya banyak memori manis, suka dan duka yang dilalui. Yang bujang kini dahpun berkeluarga, yang berdua mungkin sudah bertiga menimang cahayamata , yang dulunya berhempaspulas dengan buku, nota, tugasan , pembentangan bergelar pelajar kini sudahpun bergelar graduan menggenggam segulung ijazah…dan mungkin juga ada dikalangan para sahabat yang diuji sebaliknya dugaan, cabaran yang hadir tanpa diduga kehilangan insan yang tersayang yang disebabkan kematian, musibah penyakit, perpisahan, penceraian dan yang pastinya juga ramai yang mungkin diduga dengan tempias-tempias bahang kegawatan ekonomi yang mungkin sahaja membuatkan kehidupan atau mungkin juga rumahtangga berkocak seketika…

CABARAN, MASALAH VS ESCAPISME
Itulah kehidupan yang takkan pernah terpisah daripada cabaran, kesemuanya melibatkan transisi dan menuntut penyesuaian dalam menanganinya. Kesabaran, keikhlasan, kekuatan, kejujuran, displin dan semangat juang yang tinggi dalam mengharungi liku-liku perjalanan ini. Tidak dinafikan tanpa kemudi iman, ilmu dan kesedaran untuk lebih bertanggungjawab dan amanah dengan pilihan dan tindakan yang dilakukan dalam mengharungi masalah dan cabaran ini mungkin sahaja boleh menjebakkan insan secara tidak langsung menjadi ‘lapangan syaitan’ mempermainkan diri. Mungkin juga tanpa disedari memberi akses PERCUMA laluan syaitan memperkotakkan diri. Hemm…bagaimanatu??? Dibayangi memori kesal, sedih, duka, benci, marah, putus asa, takut, malu…dan sebagai penyelamat @ escapisme lempar salah ujian mahupun masalah yang melanda adalah BERPUNCA pada sipolan dan si polan…atau mungkin juga ‘menidakkan’ masalah yang hadir dengan membiarkan tanpa kesedaran atau usaha untuk memperbaikinya.Seribu satu macam cara untuk LARI daripada masalah…lari dan lari dan lari tapi hakikatnya kesejahteraan yang ingin digapai semakin hilang…semakin pudar… malah dari hari sehari kemelut kekusutan makin bertambah dan berserabut dibuatnya, KENAPA yer…BAGAIMANA keadaan macamnie boleh berlaku???

KENAPA SUKAR???
Soalan yang BIJAK!!!Kejujuran, keberanian, keikhlasan…untuk merubah! Itulah SEBAHAGIAN KUNCINYA…KEBENARAN dari dalam DIRI untuk menikmati KEBAHAGIAN yang diingini…KESEJAHTERAAN…KETENANGAN…KEBERKATAN…KEREDHAAN….inilah antara RESEPI untuk meneruskan kesinambungan meneroka 1431H mahupun 2010 yang lebih indah, harmoni dan menakjubkan!...Sayangi diri , menerima setiap ujian dan cabaran yang dihadirkan dengan penuh REDHA dan BERANI berhadapan dengan kenyataan…realistik…dan HOLISTIK dalam melakukan TRANSFORMASI yang diiingini…MERAWAT DIRI YANG TERLUKA…MENERUSKAN PERJUANGAN MENGGAPAI IMPIAN…InsyaAllah sesungguhnya tiada yang mustahil andai diri kita membenarkannya!

Sesungguhnya MUSUH paling ganas dalam dunia ini bukannya orang lain tetapi DIRI KITA sendiri. Teringat saya akan pesanan guru saya SEJAHTERA itu bermula dari dalam diri kita…A GOOD RELATIONSHIP WITH YOU!!! Yes “YOU”…kehidupan takkan mampu menikmati indah, manis dan harum jika kita tidak mampu menikmati hubungan yang cemerlang dan baik dengan diri sendiri…Spritually healthy, emotionally healthy and mentally healthy …yang akhirnya membawa kepada KESEJAHTERAAN FIZIKAL nyata…dalam kehidupan yang dijalani. Hubungan yang harmoni, sejahtera dalam konteks dengan Allah, manusia khususnya insan-insan yang kita sayangi dan persekitaran kita…
Sesungguhnya HIDUP terlalu singkat untuk diisi dengan perkara-perkara yang menyakitkan…yang suram, sedih, dendam, benci, marah…Setiap daripada kita BERHAK untuk menikmati BAHAGIA, KEJAYAAN ataupun apa sahaja yang diidamkan…dan tahukah anda SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN BERHAK UNTUK MEMBANTU ANDA???The answer again is YOU!!! There’s one person in this world can make YOU happy and that person is definitely is YOU…

RESOLUSI TAHUN BARU???
Pastinya azam , impian ingin menikmati kehidupan 1431H mahupun 2010 lebih baik dari semalam. bukan? Nak kaya, nak sihat, nak anak, nak isteri, nak kereta, nak rumah…nak bahagia, nak pangkat atau mungkin ada yang NAK KURUS????Ahaa! Azam yang masih di’carryforward’ dari tahun ke setahun gara-gara belum mampu terlaksana…hemm…Jangan khuatir! Jangan putus asa nantikan jawapannya dalam pembongkaran EKSKLUSIF bagaimana interaksi dalaman pengaruh stress, emosi dan terapi minda dalam menjayakan impian langsing anda…semuanya BAKAL eksklusif dibawakan bagi ‘subscriber’ http://anizanwar.com so jumpa di sana!!!

MY WISH…
May you have enough happiness to make you sweet, enough trials to make you strong, enough sorrow to keep you human, enough hope to make you happy, and enough money to buy you gifts
~ “HADIAH “dari Klinik Sukses yang akan membantu penerokaan KEAJAIBAN, KEHEBATAN DAN KEINDAHAN JUGA PENAWAR DARI DALAM DIRI yang dihadiahkan Ilahi dalam setiap insan dalam menjayakan impian yang dihajati .Mudah-mudahan Allah mempermudahkan pertemuan kita, insyaAllah!
May Allah bless us with a beautiful journey 1431H and 2010 ahead …life full with RAHMAT & BERAKAH…further great iman, great health, great happiness and of course great wealth, insyaAllah…Ameen Ya Rabbal Alamin!

Tiada siapa yang HEBAT…kecuali DIA diatas sana…tiada siapa yang sempurna namun dalam KETIDAKSEMPURNAAN itu sama-sama kita terokai KEINDAHAN & KEAJAIBAN ALLAH…untuk sama-sama kita saling lengkap-melengkapi, ingat-memperingati antara satu sama lain ke arah melewati kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni dalam konteks hubungan dengan diri sendiri, orang lain dan lebih utama dari itu tentunya PEMILIK YANG AGUNG itu iaitu Allah swt...

P/S : Dapatkan TIPS-TIPS INSPIRASI KEHIDUPAN & EBOOK EKSKLUSIF YANG MEMBONGKAR RAHSIA AURA, PERSONALITI DAN PENYAKIT SECARA PERCUMA dengan mendaftar di http://anizanwar.com

Salam Inspirasi & Rahmat!

No comments: