Friday, December 11, 2009

Perspektif : Kepentingan Pemilihan Kerjaya & Kehidupan

Bismillah…

Salam buat para sahabat yang dikasihi, terima kasih kerana TERUS SETIA mengikuti titipan ilmu tanpa suara ini. Kali ini insyaAllah kita akan berkongsi tentang kepentingan ANALISIS KERJAYA dalam kehidupan. Dah lama saya ingin menulis tentang ini lebih-lebih lagi dah ramai klien yang minta saya kongsikan…alhamdulillah malam ini bila si kecil sudah enak di ulit mimpi indah bolehlaa ibu berkarya…memanjang ILMU pinjaman Allah…sama-sama kita berkongsi RAHMATNYA…insyaAllah.

Kaunseling kerjaya merupakan salah satu CABANG UTAMA dalam pengajian sarjana saya, seronok sebenarnya bila mengaji bab kaunseling dan kerjaya…banyak sekali RAHSIA DIRI yang bakal kita singkap sebenarnya. Itulah KEISTIMEWAAN ilmu Allah yang namanya kaunseling kerjaya dimana meneroka elemen-elemen yang mungkin tak pernah kita sedar mahupun orang putih cakap NOTICED…tapi insyaAllah dalam PENEROKAAN KEINDAHAN ini para sahabat akan melihat sendiri POTENSI DIRI yang mungkin kalian sendiri tidak pernah sedar ataupun tahu. Inilah ISTIMEWANYA ~ biasanya RAHSIA empunya diri tahu tapi RAHSIA yang satunie empunya diri sendiri TIDAK TAHU…hemm itu YANG SERONOK NAK TAHU, betul tak? Sebabnya RAHSIA DIRI tetapi EMPUNYA DIRI pun tak tahu…macam misterilaa pulakkan…haa itulah yang adventurenya!Sebelumtu kita ikuti KISAH BENAR ini….paparan tentang perkaitan KERJAYA DAN KEHIDUPAN…penting kerjayanie jangan anggap tak penting kenapa saya nyatakan begitu…sebabnya para sahabat perasan tak berapa JAM sehari masa dihabiskan di pejabat berbanding di rumah yang lazimnya balik rumah untuk berehat, bersihkan diri, makan dan TIDUR, yang JAGA/SEDAR tak tidurnya sekitar 3 hingga 5 jam bayangkan kalau KERJAYA itu yang kurang gemar, kurang suka…haa…inilah FAKTOR yang boleh mengakibatkan individu LEBIH CENDERUNG terjebak dengan STRESS sebenarnya. Hari-hari kena MENGADAP KERJA yang tak suka…tambah pula diuji dengan dihadapkan dengan peel manusia yang tak suka haruslaa…lagik feninnn dibuatnya yer itu yang demam, batuk, selsema, sinus berbulan-bulan ulang-aliklaa ke klinik tak juga baik-baik sebabnya EMOSI, FIKIRAN STRESS ~ tubuh asidic dan menikmati impaknya hingga kefungsian tubuh serta imunisasi turut terjejas…macam mana nak baikkantu? Hemm senang saja…perlukan ILMUlaa…

JOM CHECK THIS OUT ~ Testimoni BERANI HIDUP! “ALIVE”…Ya HIDUP! Nikmati “HIDUP”! Hoyeah..hoyeah…syukran!

Teringat saya kisah Saqinah, lepas SPM beliau sebetulnya tidak tahu untuk meneruskan pengajian dalam bidang apa…sekitar awal 90-an kesedaran kepenting kaunseling kerjaya di sekolah masih kurang menyerlah…dan ditakdirkan dengan minat dan potensi dalam pengajian sosial sains di peringkat SPM Saqinah meneruskan pengajian dalam bidang hartanah dan kalau nak tahu inipun sebetulnya atas PILIHAN ayahandanya juga bukan cinta dan minat pertamanya. Jauh dalam diri Saqinah beliau menyintai dan minat dalam bidang psychology dan kaunseling tapi disebabkan kurang pendedahan serta pengetahuan…maka Saqinah teruskan juga pengajian Ijazah Sarjana Mudanya…Nak cakap tak seronok , SERONOK juga belajar bidangnie apatidaknya belajar tentang macam mana nak jadi kaya…menguruskan kewangan dengan pelaburan hartanah…walaupun pelaburan hartanah besar modalnya tetapi PULANGANNYA juga lumayan! Dan bukan itu sahaja LEBIH MENYERONOKAN lagi menjadi KEWAJIPAN setiap pelajar IPTA tempat Saqinah belajar mewajibkan setiap pelajar tanpa mengira agama & bangsa mengikuti pembelajaran tentang peradaban manusia, tamadun Islam, Wahyu…teologi yang melibatkan berbilang agama dan budaya serta kepentingan teknokrat Islam. Kuliah ini memberi Saqinah kesedaran bahawasanya ISLAM itu cukup INDAH…CUKUP HEBAT DAN CANTIK SEKALI…barulah Saqinah mengerti bahwasanya SEKULARISME itu menyesatkan sebenarnya memisahkan agama dengan kehidupan…dan akibatnya kehidupan menjadi pincang. Ramai guru-guru hebat yang Saqinah temui antaranya Allahyarham Dr Azhari Husin, Encik Ishamudin ~ Al-Fatiha buat mereka semoga ruhnya dicucuri rahmat, Pn Wan, Ustaz Ahmad , En Razani , Dr Hakim dan ramai lagi . Namun perjalanan insan siapa menduga Saqinah graduasi di saat ekonomi gawat akibatnya temuduga demi temuduga untuk jawatan bersesuaian dengan pengajian gagal dan rezeki akhirnya berpihak pada Saqinah di bidang perakaunan dan pentadbiran…mujurlah latarbelakang kewangan membantu. Tapi DI SEBALIK HIKMAH kegagalan temuduga serta bekerja dalam bidang yang bukan benar-benar disukai mengandungi RAHSIA DAN PENGAJARAN yang tersendiri…HEBAT SEKALI ALLAH MENGATURNYA. Walaupun bekerja dalam syarikat yang kecil tapi suasananya sangatlah ‘menyenangkan’…is A GIFT from Allah! Saqinah dapat menyambung …menyambung apatu? Ya Menyambung CINTA PERTAMANYA ~ kaunseling & psychology yang diminati sejak dari bangku sekolah lagi…walaupun waktu itu sudah bergelar isteri, ibu dan CABARAN LEBIH HEBAT…namun MINAT mengatasi segalanya!

Dan YANG PALING BERMAKNA mengubah persepsi Saqinah tentang kehidupan dan cara beliau MELIHAT DIRI SENDIRINYA adalah dengan mengikuti kuliah Kaunseling Kerjaya dan Analisis Personaliti. Pada usia 27 tahun ketika itu BARU Saqinah TAHU yang bahawasanya beliau mempunyai BAKAT KEPRIHATINAN SOSIAL serta nilai kebajikan yang tinggi, BAKAT CIRI KONVENSIONAL yang menitikberatkan kekemasan, berperaturan, struktur serta PALING MENGEJUTKAN Saqinah tidak pernah sekali Saqinah sangka…pendek kata UNSANGKARABLE adalah BAKAT ENTERPRISING..keusahawanan dalam dirinya…apatidaknya memang tak menjangka apatah lagi bila mengingatkan kegilaan MLM yang sibuk mencari downline…mencari mangsa untuk KESELESAAN pangkat dan wang ringgit pemimpin atasan membuatkan Saqinah tak berminat pada perniagaan inikan pula nak menjual barang jawabnya KIRIM SALAM sajalaa…itulah persepsi negatif Saqinah suatu ketika dahulu…

Tapi ITULAH pentadbiran dan kehebatan Allah mengatur rencana hambaNya dalam alergic dengan MLM, berniaga perlu melayan karenah pelanggan tanpa sedar…sebenarnya…tidak disangka sama sekali Allah tunjukkan YANG DULUNYA Saqinah tak suka MLM akhirnya dia menjadi salah seorang orang kuat MLM di internet yang tak pandai menjual barang akhirnya pandai pulaktu menjual produk meletup-letup bukan sedikit tanpa kedai hanya laman blog zamantu sales bulanan sekitar RM20K hingga RM50K sebulan…tapi yang PELIKNYA Saqinah betul-betul tak tahu apa-apapun tentang MLM, jualan trading dan sebagainya YANG BELIAU tahu dia nak tolong orang…nak tolong para isteri, wanita, rakan-rakan harmoni, sejahtera rumahtangga dengan pengambilan produk-produk yang dibawakan disamping menambah pendapatan. Itulah kehidupan…pengajarannya JANGAN BENCI apa yang kita tidak suka siapa satu hari nanti diri dihadapkan dengan laluan yang alergictu….ibarat makanan, jangan dicaci hidangan orang lain jika hari ini kita makan ikan parang jangan pula alergik …benci dengan juadah orang lain yang makan ikan kembung siapa tahu esok lusa kena makan ikan kembung…

Dan PENGAJARANNYA juga buat baru yang ingin mengasah BAKAT ENTERPRISING mudah sahaja..nawaitu kena jaga, insyaAllah jika ikhlas, jujur…mencari keredhaan Allah bukannya nak menganiaya orang atas tiket kepentingan diri insyaAllah rezeki pasti Allah akan permudah dan lapangkan…disamping JANGAN LUPA ALLAH,,,bersedekah, insyaAllah lagik banyak REZEKI datang nanti… Hee para sahabat nak tahu SIAPA Saqinah…Saqinah itu adalah SAYA sebenarnya dari tahun 2003 hingga 2007.

Saqinah atau lebih dikenali Aniz Hj Anwar @ nizwar75…sebut sahaja produk apa yang tidak dijualnya…hee orangjer saya tak jual. Sejujurnya saya mengasah BAKAT ENTERPRISING ini setelah meneroka ilmu kaunseling kerjaya…BENAR SEKALI ILMU ITU PELITA HIDUP. Pesan Luqman Hakim…”Tuntutlah ilmu anakku jika kamu fakir ilmu itu menjadi hartamu namun jika kamu KAYA ianya akan menjadi PERHIASAN DIRIMU…indah sekali perjalanan & ikhtibar ini sesungguhnya”…Di sebalik ujian, cabaran SAYA BERTEMU DAN MENIKMATI ”JAWAPAN” kepada persoalan diri saya selama ini.Apabila diperhalusi ciri keusahwanan sememangnya DEKAT dengannya saya…belah ibu, belah bapa memang ada darah berniaga. Dan sebetulnya juga SAYA MENYAHUT CABARAN sebenarnya sebelum terjun dalam dunia realiti kaunseling melalui internet serta bakat enterprising yang diasah saya menjadikan IANYA satu platform untuk mengkaji perlakuan manusia dan mengapplikasikan ILMU yang saya terokai dalam bidang kaunseling…bijak bukan? 2 dalam 1 infact lebih lagi saya nikmati…ukhwah, persahabatan, kenalan…ilmu, pengalaman, kematangan yang sebenarnya BANYAK membantu menjadikan SAYA hari ini. Manakala NAK TAHU kenapa pula dan bagaimana Saqinah jatuh cinta dengan kaunseling ini…nantikan coretan akan datang

Tunggu…

Sehingga jumpa lagi dalam CORAT-CORET KERJAYA & KEHIDUPAN…

Salam Rahmat!

Pn Aniz Hj Anwar

Millennium Therapist…I LOVE!!! Subhanallah…TQ Allah for the Blissful journey..

http://anizanwar.com

No comments: