Thursday, January 14, 2010

Dahsyatnya Doa Part 1

Glitter Words
[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

Bismillah,

DOA & HARAPAN BUAT ANAK YANG DIKASIHI
Bertemu lagi musim persekolahan 2010 telahpun bermula.Pelbagai persediaan kelengkapan pastinya berikan buat putera dan puteri yang tersayang. Besar sekali harapan ibubapa yang mengharapkan anak yang dikasihi mencipta kejayaan bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi juga kehidupan seluruhnya. InsyaAllah bukan sahaja bahagia dan berjaya di dunia tetapi juga berkekalan hingga ke akhirat dan sesungguhnya juga DOA dari anak-anak yang soleh inilah SAHAM ibubapa yang menjadi bekal apabila pulang dijemput Ilahi.

JANGAN DIPANDANG SEPI…
Dalam sibuk-sibuk memberikan PERSEDIAAN yang bersifat lahiriah jangan
sesekali dipandang sepi peranan doa, sokongan, kasih sayang dan menghidup RUH iman mereka yang mendaulatkan Allah dalam aturcara kehidupan mereka. Pentingtu!Bahkan PALING PENTING sebenarnya maklum sahaja tuntutan dunia hari ini terkadang boleh membuatkan para ibu mahupun bapa terleka mengejar kemewahan, wang ringgit, pangkat. Masa yang ada banyak diisi dengan memenuhi tuntutan
kerjaya dan hubungan social…HATI-HATI dengan perangkap syaitantu! Dikhuatiri sibuk mencari dunia SAHAM AKHIRAT yang satunie lupa nak disemai…lupa nak ditanam…risikotu!

IKHTIBAR KEHIDUPAN…DAHSYATNYA DOA!
Pentas kehidupan menyaksikan banyak ikhtibar...baru-baru saya berkesempatan membaca buku Dahsyatnya Doa Ibu. Memang dahsyat! Memang tepat sekali JANJI ALLAH keredhaan Allah berada di dalam di dalam keredhaan ibubapa , jika ibubapa tidak redha dikhuatiri terkadang jalan sukar ditemui anak-anak dalam mencipta kejayaan mahupun membina kesejahteraan dan kebahagiaan yang dicari. Keramat doa ibubapa ini hebat, DOA mereka laju macam roket tiada tapisan! Maka rebutlah hati ibubapa...raihlah perhatiannya mudah-mudahan mereka mendoakan YANG TERBAIK buat kita.
Secara jujurnya itu jugalah yang saya pelajari, tidak dinafikan segelintir masalah yang hadir ke sesi , ada bersangkutan dengan hubungan dengan ibubapa. Baru-baru ini saya dihadirkan dengan satu lagi kes yang sangat MENARIK PERHATIAN saya…HIKMAH UNTUK DITELADANI ~ betapa pentingnya mendoakan keturunan yang mendirikan solat dan menjadikan Islam dan memburu keredhaan Allah sebagai matlamat kehidupan. Kisahnya ujian seorang ibu yang pening kepala dan hamper sahaja putus harapan dengan tingkahlaku dan akhlak anaknya…anak yang punya potensi tidak tahu mana silapnya akhirnya tegah melakukan perkara yang tidak pernah terfikir oleh ibubapa. Dan apabila diterokai hatinya memang kering…kering bagaimana? Hati si anak seolah tiada deria dan perasaan apabila melihat kesusahan dan kesedihan hati ibu dan bapa yang tercalar akibat tingkah dan sikapnya. Kenapa jadi begini? Apabila diselidiki rupa-rupanya ada hubungkait dengan hubungan dengan Allah, dalam usia yang sudah menjengah alam dewasa bila diajukan bagaimana dengan solat? Katanya solat dan hubungan dengan Allah baginya tidak penting ada yang lebih penting mahu dibereskan…seolahnya memenuhi masa dengan kawan-kawan, mencari keseronokan lebih penting. Solat hanya sesekali ikut mood nak buat…buatlah, kalau rasa tak nak buat tak perlu nak buat jika hanya sekadar tempelan kepura-puraan menipu diri sendiri mahupun ibubapa. Wahh! Baru saya mengerti memang PENINGlaa si ibu dibuatnya….lelah dibuatnya!Nauzubillahminzalik…

DOA TULUS DAPAT MENGELAKKAN INDIVIDU DARIPADA DIBAHLULKAN!
Dan dari situ saya belajar…sememangnya peranan DOA sangat penting bukan sahaja bila dah terantuk baru nak terngadah tetapi lebih advance dari itu setiap detik…setiap saat DOAKANLAH YANG TERBAIK untuk diri sendiri, ibubapa, anak-anak dan keturunan agar MENDIRIKAN DAN MEMELIHARA SOLAT! Penting sekali jangan lupa mudah-mudahan dengan doa tulus yang dipanjatkan pada Ilahi dapat memelihara diri kita begitu insan-insan yang kita kasihi daripada mudah terjeremus dalam perangkap syaitan yang durjana. Hati yang lalai dan jauh dari Allah takkan tenang…bila hati kotor…tidak tenang syaitan akan lebih mudah MEMBAHLULKAN diri manusia mengikut perangkapnya…Itu yang hati jadi kering, kontang…hitam apa juga nasihat, peransang, teguran pastinya sekadar mencurah air ke daun keladi. Dan PALING DIKHUATIRI hati ibu mahupun bapa yang tercalar akan LEBIH MEMUDARATKAN kehidupan anak tadi kerana setiap kepercayaan, kata-kata, lontaran minda ibubapa adalah DOA dan gelombang yang dicerap dengan baik oleh alam dan Allah swt…Maka untuk itu, disini juga INGATAN DAN PERKONGSIAN untuk kita semua agar lebih ikhlas, suci hati dan bersangka baik dengan setiap ujian Allah dan YANG PASTI ikhtibar hari ini JANGAN LUPA MENDOAKAN YANG TERBAIK untuk insan-insan yang kita kasihi terutamanya dalam kupasan kali ini…zuriat yang kita kasihi!

KUASA DOA…
Mudah-mudahan DOA kita mampu menjadi PENYELAMAT, PENAWAR DAN PENCETUS KEJAYAAN, KEGEMILANGAN, KESEJAHTERAAN, KEHARMONIAN dan tidak lupa pastinya iringan REDHA & RAHMAT ILAHI serta KESELAMATAN darINYA mengiringi setiap detik dan langkah…untuk diri kita, ibubapa dan insan-insan yang dikasihi…pasangan, putera, puteri dan saudara Islam seluruhnya.Begitu HEBAT peranan dan penangan DOA boleh mengubah realiti insan…

Ingin mengetahu dan menelusuri RAHSIA KEAJAIABAN KUASA DOA, SAINS MINDA dan bagaimana pengaruh kepercayaan minda atau Law Of Attraction mengesani kehidupan dan cara mengubahnya? Temui saya dalam pembongkaran eksklusif Life Coaching Program Klinik Sukses!
Tarikh : 30hb Januari 2010
Masa : 10pagi hingga 5.30petang
Lokasi : Nur Qudrah Holistic Solutions, Sec. 18, Shah Alam
Bayaran : RM280
Dapatkan info lanjut dan PREVIEW percuma di http://kliniksukses.anizanwar.com

Relief…Make Peace…Enjoy and RE-LIVE your journey… Jangan sesekali berputus asa atas rahmat Allah!!!…DIA MAHA BERKUASA…DIA MAHA AGUNG…setiap
detik-setiap saat keajaiban TERUS berlaku…KUNCI KEBENARAN
DALAM DIRI UNTUK MENIKMATI TRANSFORMASI…I’ve been, I’ve
SEEN…MasyaAllah…LOVE ALLAH…LOVE LIFE…LIVE LIFE ~ LIFE CAN BE
PHENOMENAL FOR US IN MAGNIFICENT WAY…Unsangkarable…tiada
yang mustahil jika Allah mengizinkanNYA…

TEROKAI KEINDAHAN…NIKMATI KEAJAIBAN…temui anda di dalam Klinik Sukses… !
Jumpa Lagi!

Salam Rahmat ;
Pn Aniz Hj Anwar
EFT Practitioner
Counsellor/Therapist
YM : nizwar75
H/P : 012-3915362

Subscribe & dptkan Ebook RAHSIA AURA & INSPIRASI KEHIDUPAN percuma di http://anizanwar.com
Personal Life Coaching KLINIK SUKSES di http://kliniksukses.anizanwar.com

Wednesday, December 30, 2009

Your Happy Marriage May Keep Your Blood Pressure Healthy – A New Study



Your happy marriage may help keeping your blood pressure healthy. This is what a new study has articulated. According to the new study, marriage is really beneficial forblood pressure.

The study involving 204 married people and 99 single men and women of about 20-68 (average age 31) years old found that most of the singles – 89% – had never been married; none was living with a partner. The married people had been married for eight year.
In the study, the researchers including Julianne Holt-Lunstad, PhD, of Brigham Young University’s psychology department found that the participants wore a blood pressure monitor that tracked their blood pressure around the clock for 24 hours. They also rated their marital satisfaction in a survey.

The researchers found that happily married people had the better blood pressure the Singles, who ranked at second. However, the unhappily married had the worst blood pressure of those three groups.

The study also recognized a healthy social network was a plus for singles’ blood pressure. However that didn’t match the blood pressure advantage of being happily married. Of course, the other factors, such as diet, exercise, smoking, and stress – also affect blood pressure. Those factors count for everyone, single or married, happy or not.

Published in the Annals of Behavioral Medicine, the new study establishes close relation between blood pressure and marriage. However, the study is not meant to describe every single or married person’s blood pressure. The study was published in the March 20, 2008.

Ahaaa…does this mean people whose is having high BP have problem with their marriage???He he he…ho ho…empunya diri ada JAWAPANNYA…anyway macam-macam faktor sebenarnya selain masalah komunikasi, masalah kewangan, hubungan kekeluargaan…memenuhi komitmen kehidupan boleh sahaja menjadi penyebab kepada ganguan KEFUNGSIAN TUBUH individu. Hemm ini juga sebahagian kupasan interaksi pendaman emosi dan bebanan fikiran dan impaknya terhadap SIGNAL TUBUH yang dibincangkan di dalam ebook dan juga Klinik Sukses…Life Coaching program yang ditawarkan.

So to those who are having MARITAL PROBLEMS …fix your marriage before it is too late or your BP go upstairs tak turun-turun…bahayatu! Sebetulnya bukan sahaja YANG SUDAH BERKAHWIN yang masih single perlu menguruskan stressnya dengan baik, ye tak? The BEST approach…untuk menikmati kembali KESIHATAN TUBUH DAN FIZIKAL YANG SEJAHTERA adalah menangani masalah POKOK yang dihadapi dan di dalam situasi ini..’the marriage problem it self’…selain berusaha secara perubatan...Kaedah PENAWAR DIRI yang simply semulajadi…dimana menangani TERUS isu atau permasalahan yang menganggu fikiran atau emosi individu!Ramai yang pastinya terlepas pandang tentang KEPENTINGAN KESEJAHTERAAN EMOSI & MINDA…hanya dengan memiliki ‘teknologi dalaman’ yang sejahtera mampu menzahirkan kesihatan tubuh yang sihat & cergas…Lebih bahagia, lebih ceria dan insyaAllah lebih inovatif dan kreatif dan berdaya saing menguruskan cabaran dan komitmen dalam kehidupan…LOVE LIFE…LIVE LIFE!

Love & Peace!

Tuesday, December 29, 2009

Inspirasi Kehidupan : Jangan Bersedih!



Bismillah…

MEMORI 1430H/2009???
Pantas masa berlalu 1430H telahpun kita tinggalkan begitu juga bakal menyusul tidak lama lagi 2009, pastinya banyak memori manis, suka dan duka yang dilalui. Yang bujang kini dahpun berkeluarga, yang berdua mungkin sudah bertiga menimang cahayamata , yang dulunya berhempaspulas dengan buku, nota, tugasan , pembentangan bergelar pelajar kini sudahpun bergelar graduan menggenggam segulung ijazah…dan mungkin juga ada dikalangan para sahabat yang diuji sebaliknya dugaan, cabaran yang hadir tanpa diduga kehilangan insan yang tersayang yang disebabkan kematian, musibah penyakit, perpisahan, penceraian dan yang pastinya juga ramai yang mungkin diduga dengan tempias-tempias bahang kegawatan ekonomi yang mungkin sahaja membuatkan kehidupan atau mungkin juga rumahtangga berkocak seketika…

CABARAN, MASALAH VS ESCAPISME
Itulah kehidupan yang takkan pernah terpisah daripada cabaran, kesemuanya melibatkan transisi dan menuntut penyesuaian dalam menanganinya. Kesabaran, keikhlasan, kekuatan, kejujuran, displin dan semangat juang yang tinggi dalam mengharungi liku-liku perjalanan ini. Tidak dinafikan tanpa kemudi iman, ilmu dan kesedaran untuk lebih bertanggungjawab dan amanah dengan pilihan dan tindakan yang dilakukan dalam mengharungi masalah dan cabaran ini mungkin sahaja boleh menjebakkan insan secara tidak langsung menjadi ‘lapangan syaitan’ mempermainkan diri. Mungkin juga tanpa disedari memberi akses PERCUMA laluan syaitan memperkotakkan diri. Hemm…bagaimanatu??? Dibayangi memori kesal, sedih, duka, benci, marah, putus asa, takut, malu…dan sebagai penyelamat @ escapisme lempar salah ujian mahupun masalah yang melanda adalah BERPUNCA pada sipolan dan si polan…atau mungkin juga ‘menidakkan’ masalah yang hadir dengan membiarkan tanpa kesedaran atau usaha untuk memperbaikinya.Seribu satu macam cara untuk LARI daripada masalah…lari dan lari dan lari tapi hakikatnya kesejahteraan yang ingin digapai semakin hilang…semakin pudar… malah dari hari sehari kemelut kekusutan makin bertambah dan berserabut dibuatnya, KENAPA yer…BAGAIMANA keadaan macamnie boleh berlaku???

KENAPA SUKAR???
Soalan yang BIJAK!!!Kejujuran, keberanian, keikhlasan…untuk merubah! Itulah SEBAHAGIAN KUNCINYA…KEBENARAN dari dalam DIRI untuk menikmati KEBAHAGIAN yang diingini…KESEJAHTERAAN…KETENANGAN…KEBERKATAN…KEREDHAAN….inilah antara RESEPI untuk meneruskan kesinambungan meneroka 1431H mahupun 2010 yang lebih indah, harmoni dan menakjubkan!...Sayangi diri , menerima setiap ujian dan cabaran yang dihadirkan dengan penuh REDHA dan BERANI berhadapan dengan kenyataan…realistik…dan HOLISTIK dalam melakukan TRANSFORMASI yang diiingini…MERAWAT DIRI YANG TERLUKA…MENERUSKAN PERJUANGAN MENGGAPAI IMPIAN…InsyaAllah sesungguhnya tiada yang mustahil andai diri kita membenarkannya!

Sesungguhnya MUSUH paling ganas dalam dunia ini bukannya orang lain tetapi DIRI KITA sendiri. Teringat saya akan pesanan guru saya SEJAHTERA itu bermula dari dalam diri kita…A GOOD RELATIONSHIP WITH YOU!!! Yes “YOU”…kehidupan takkan mampu menikmati indah, manis dan harum jika kita tidak mampu menikmati hubungan yang cemerlang dan baik dengan diri sendiri…Spritually healthy, emotionally healthy and mentally healthy …yang akhirnya membawa kepada KESEJAHTERAAN FIZIKAL nyata…dalam kehidupan yang dijalani. Hubungan yang harmoni, sejahtera dalam konteks dengan Allah, manusia khususnya insan-insan yang kita sayangi dan persekitaran kita…
Sesungguhnya HIDUP terlalu singkat untuk diisi dengan perkara-perkara yang menyakitkan…yang suram, sedih, dendam, benci, marah…Setiap daripada kita BERHAK untuk menikmati BAHAGIA, KEJAYAAN ataupun apa sahaja yang diidamkan…dan tahukah anda SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN BERHAK UNTUK MEMBANTU ANDA???The answer again is YOU!!! There’s one person in this world can make YOU happy and that person is definitely is YOU…

RESOLUSI TAHUN BARU???
Pastinya azam , impian ingin menikmati kehidupan 1431H mahupun 2010 lebih baik dari semalam. bukan? Nak kaya, nak sihat, nak anak, nak isteri, nak kereta, nak rumah…nak bahagia, nak pangkat atau mungkin ada yang NAK KURUS????Ahaa! Azam yang masih di’carryforward’ dari tahun ke setahun gara-gara belum mampu terlaksana…hemm…Jangan khuatir! Jangan putus asa nantikan jawapannya dalam pembongkaran EKSKLUSIF bagaimana interaksi dalaman pengaruh stress, emosi dan terapi minda dalam menjayakan impian langsing anda…semuanya BAKAL eksklusif dibawakan bagi ‘subscriber’ http://anizanwar.com so jumpa di sana!!!

MY WISH…
May you have enough happiness to make you sweet, enough trials to make you strong, enough sorrow to keep you human, enough hope to make you happy, and enough money to buy you gifts
~ “HADIAH “dari Klinik Sukses yang akan membantu penerokaan KEAJAIBAN, KEHEBATAN DAN KEINDAHAN JUGA PENAWAR DARI DALAM DIRI yang dihadiahkan Ilahi dalam setiap insan dalam menjayakan impian yang dihajati .Mudah-mudahan Allah mempermudahkan pertemuan kita, insyaAllah!
May Allah bless us with a beautiful journey 1431H and 2010 ahead …life full with RAHMAT & BERAKAH…further great iman, great health, great happiness and of course great wealth, insyaAllah…Ameen Ya Rabbal Alamin!

Tiada siapa yang HEBAT…kecuali DIA diatas sana…tiada siapa yang sempurna namun dalam KETIDAKSEMPURNAAN itu sama-sama kita terokai KEINDAHAN & KEAJAIBAN ALLAH…untuk sama-sama kita saling lengkap-melengkapi, ingat-memperingati antara satu sama lain ke arah melewati kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni dalam konteks hubungan dengan diri sendiri, orang lain dan lebih utama dari itu tentunya PEMILIK YANG AGUNG itu iaitu Allah swt...

P/S : Dapatkan TIPS-TIPS INSPIRASI KEHIDUPAN & EBOOK EKSKLUSIF YANG MEMBONGKAR RAHSIA AURA, PERSONALITI DAN PENYAKIT SECARA PERCUMA dengan mendaftar di http://anizanwar.com

Salam Inspirasi & Rahmat!

Thursday, December 17, 2009

Inspirasi Maal Hijrah & Transformasi




Inspirasi Maal Hijrah & Transformasi ~ New Life Begin...

Bismillah…

Kehidupan dan perjuangan takkan pernah terpisah daripada menempuh pelbagai onak dan cabaran. Selagi namanya kita HIDUP kita pasti akan diuji yang membezakannya hanyalah isu tetapi PERJUANGAN memerdekakan diri, mengutip HIKMAH memberi MAKNA pada suka duka perjalanan yang ditempuhi tetap sama, diakui sememangnya bukan mudah bukan dan bukan juga sukar…memberi MAKNA PENUH MURNI pada warna-warni pengalaman yang dilewati.

Mungkin bagi yang SUDAHPUN melepasi FASA KRISIS @ ZON GELAP mampu menarik nafas kelegaan namun yang masih terus bergolak, berjuang…konflik…dilemma saban waktu melingkari diri semoga TIPS INSPIRASI ini membantu perjuangan kalian dalam menyahut PENGHIJRAHAN MURNI lebih-lebih lagi sempena MAAL HIJRAH 1431 ini.

RAHMAT HARI INI…

Kerjaya RAHMAT ini memberi saya kesempatan mengutip HIKMAH dan PENGAJARAN yang TERSENDIRI dan sangat beharga sesungguhnya…saya belajar tentang tingkahlaku manusia ada yang menyentuh perasaan, sedih, suka, gembira tak kurang juga pelik dan kelakar kadangtu. Begitu juga diri saya sendiri…UJIAN & CABARAN pengalaman diri guru-guru dan rakan-rakan sangat-sangat saya HARGAI. Terima kasih pada semua yang pernah hadir dalam kehidupan saya dan mengajar saya tentang HIDUP. INI SEMUA adalah KEINDAHAN yang CUKUP SEMPURNA dalam mewarnai kehidupan andai kita seandainya kita menjadikan ia aspirasi. Kehidupan merupakan PROSES PEMBELAJARAN…dan DISITU JUGALAH sebenarnya PEMBELAJARAN LANGSUNG TERUS ~ DIRECT daripada Allah swt. Daripada alam kanak-kanak menjengah alam remaja, dewasa , usia emas dan semua ini melibatkan TRANSISI juga PERUBAHAN dalam perjalanan insan. Dan disinilah ujian-ujian serta cabaran mula diteroka…tambah pula hidup di dalam dunia akhir zaman yang serba mencabar. Serba canggih, serba HIGH TECH dan paling serba-serbi juga tak kena gaya mudah terperangkap dengan STRESS. Kenapa yer?

INSPIRASI PENGHIJRAHAN MURNI & TRANSFORMASI…

Itu jugalaa yang SERING MENJADI PERSOALAN di awal waktu meneruskan pengajian saya. Tetapi setelah terjun dalam dunia realiti ini sedikit sebanyak satu persatu persoalan saya temui jawapannya. Antaranya :

i) Jika kembali pada perspektif Islam UJIAN & CABARAN dalam kehidupan merupakan tanda kasih Allah pada hambaNYA dan BERSYUKURLAH kita antara insan TERPILIH mendapat perhatian Ilahi. Maka jangan sia-sia INGATA, HADIAH dan PERHATIAN Allah ini, jika hari ini Allah uji dengan hanya mencampakkan sebutir batu untuk INGATAN jangan pula disia-siakan sehingga Allah murka campakkan BATU MENGHEMPAP diri..lagutu bimbang sekali Allah murka…marah tempatnya di neraka beristirehatnya…Nauzubillahminzalik!

ii) Ada pelbagai isu yang dikenalpasti yang SERING MENYEBABKAN TRANSFORMASI @ PENGHIJRAHAN yang cuba dilakukan melalui JALAN SUKAR yang PALING KETARA adalah “KEBENARAN DARI DALAM DIRI UNTUK BERUBAH” ~ ramai yang tersangkut di sini adatu berpuluh-puluh tahun lamanya. Bukan mudah untuk BERLAKU JUJUR dengan diri sendiri rupanya…di hati mungkin lain, di bibir mungkin lain dan di minda juga lain…teknologi dalaman yang namanya emosi, minda & spiritual kurang harmoni. Apabila keadaan ini berlaku ingin berubah tetapi sebahagian DIRI tidak membenarkannya HIDUP harus sahaja menjadi MEDAN PEPERANGAN DIRI yang menakutkan, mengerikan, meletihkan dan melemaskan…ada di antara sahabat dalam fasa ini???Natijahnya, individu cenderung MEMBENCI DIRI SENDIRI…inilah sakit yang tidak Nampak hanya yang melaluinya sahaja tahu betapa peritnya melalui pengalaman ini. Emm…JANGAN BAZIRKAN WAKTU…membiarkan diri terperangkap amat merugikan…hidup sangat singkat sebenarnya untuk diisi dengan KONFLIK sebegini, kalian juga BERHAK untuk menikmati BAHAGIA, SEJAHTERA, KETENANGAN sama seperti insan-insan lain di luar sana!

iii) Dan TIDAK KURANG JUGA saya kenalpasti RAMAI YANG TERPERANGKAP dalam LAPANGAN MEMORI SILAM yang mungkin baginya MENYAKITKAN…perasaan benci, terluka, marah, KESAL, sukar memaafkan, berdendam…selalukan kita dengar ayat ini… “memaafkan mungkin mudah tetapi untuk melupakan tidak sama sekali”…adakah KEADAAN seperti ini OK???Soalan yang BAIK sekali…sebenarnya KURANG OK…sebabnya masih ada nada yang kurang harmoni di dalamnya…parut luka masih terasa…masih aku terasanielaa kesannya yang KURANG OK ini dibawa bersama-sama meneruskan perjalanan…inilah “excess baggage” yang akan membuatkan hidup terasa kurang adil, suram, kelam, PENAT sangat…LETIH…haa inilah juganya peranan minda separa sedar..law of attraction yang bakal mengesani kehidupan seterusnya! Jangan tak tahu…INILAH KEAJAIBAN yang saya temui…ini AFFIRMASI MINDA juganie sebenarnya tetapi affirmasi minda yang negatif…kesannya tak nampak boleh memudaratkan diri

iv) Memori silam gagal dalam pengajian, putus cinta, putus tunang, derhaka pada ibubapa, kahwin lari, berzina…childhood isu seperti anak yang tidak diinginkan…tereksiden, pilih kasih, pencabulan, rogol, mangsa penceraian…melalui pengalaman penderaan emosi dan mental, trauma lazimnya mempunyai kecenderungan memiliki SIFAT KRITIK DIRI yang tinggi.Dengan lain perkataannya juga KURANG BERSYUKUR dan KURANG REDHA dengan ujian dan cabaran yang dihadirkan…

v) Konsekuennya…PENERIMAAN KENDIRI @ SELF ACCEPTANCE tu mungkin kurang dan TIADA. Inilah antara PRA SYARATNYA untuk PENGHIJRAHAN sebenarnya…
a) Perlu dimulai dengan MENYAYANGI & MENGHARGAI DIRI SENDIRI
b) Menerima ujian dan cabaran yang dihadirkan Allah dengan PENUH REDHA ~ bila self acceptance dah ada barulah insyaAllah KESEDARAN..INSIGHT ~ celik akal akan muncul
c) Bila CELIK AKAL dah muncul insyaAllah mudahlah nak bereskan perjalanan seterusnya BERTANGGUNGJAWAB atas kehidupan yang dilalui…STOP BLAMING others…TAKE INCHARGE …RESPONSIBLE…orang lain TIDAK BOLEH MENOLONG KITA HANYA DIRI KITA SENDIRI SAHAJA…
d) IKHLAS, JUJUR, AMANAH DAN ISTIQAMAH dalam usaha mengecapi PENGHIJRAHAN @ TRANSFORMASI DIRI yang diimpikan…jangan sesekali MENSABOTAJ DIRI…
e) NIKMATILAH “HIDUP” sayangi diri..sayangi insan-insan di sekeliling kita…HARGAI setiap detik dan ruang dalam kehidupan ini dan BERSYUKUR!
e) Dan RAHSIA AJAIB & PALING POWER juga adalah ~ letakkanlah paksi PENGHIJRAHAN @ TRANSFORMASI ini kerana Allah…KITA BERANI MELAKUKAN KOREKSI DIRI menuju PENGHIJRAHAN MURNI ini atas platform memburu pengiktirafan dan keredhaanNYA bukan atas nama manusia…nak berubah kerana suami, isteri, nak berubah kerana ibubapa, nak berubah kerana girlfriend…tunang dan sebagainya…bukan apa takut-takut mudah terperangkap menjadi lapangan syaitan mempermainkan diri. Itu yang mungkin bila diuji dengan perpisahan , kegagalan dan sebagainya terus kecundang…merosakkan diri…SIAPA YANG RUGIK???Sendiri jugak membenarkan diri dibahlulkan dek spesis bertandukkan…Nauzubillahminzalik! Itu yang kita tak nak…

Tapi JIKA KITA MELETAKKAN PENGHIJRAHAN MURNI ini atas platform Allah juga ISLAM yang kita cintai…ingin sejahtera di dunia dan berehat dengan tenang di akhirat…PASTI penemuan dan perjalanan ini akan lebih TERUJA, HEBAT, MANIS ,INDAH DAN LANCAR kita lewati…

Sampai berjumpa lagi…dapatkan TIPS-TIPS dan INSPIRASI KEHIDUPAN PERCUMA dengan mendaftar di http://anizanwar.com
~ Enjoy! Zakat ilmu dari saya…mudah-mudahan bertambah keberkatannya & jangan lupa panjang-panjangkannya…ilmu pinjaman tiada hakcipta terpelihara sama-sama kita kongsikan pahalanya…insyaAllah.

MY WISH FOR YOU...

May Allah bless us with beautiful journey ahead…full of RAHMAT & BERAKAH…further great IMAN, HAPPINESS, HEALTH & WEALTH…dan pastinya tidak lupa semoga Allah mengiring PENGHIJRAHAN MURNI para sahabat yang dikasihi…Ameen..InsyaAllah

Love & Gratitude…
Aniz Hj Anwar
Millennium Counselor ~ http://anizanwar.com
YM :nizwar75
H/P : 012-3915362

Wednesday, December 16, 2009

Salam Maal Hijriyah 1431...




Salam semua…

Pantas masa beredar…diam tak diam kini TAHUN BARU tiba lagi. Apa RESOLUSI AZAM sempena Maal Hijrah tahun ini? Azam tahun lepas dah tercapai? Apapun jangan khuatir…jika ada yang masih belum diizinkan Ilahi tidak usah bersedih. YAKIN & PERCAYALAH sesungguhnya Allah lebih tahu apa YANG TERBAIK untuk hambaNYA.Dan percayalah setiap yang pahit itu pasti manis & harumnya akan menyusul, ini bukan saya yang berkata tetapi JANJI ALLAH!

Maka TERUSKANLAH merayu, meminta YANG TERBAIK untuk kehidupan yang dilewati, insyaAllah yang datang juga nanti pasti YANG TERBAIK juga! Jangan eksyen dengan Allah…rugik nanti pening lalat dibuatnya…Hee pening lalat takpe juga boleh jumpa saya, insyaAllah saya boleh “HEAL”kan dengan EFT ~ tak perlu bersemuka ONLINE pun boleh!

SESI KAUNSELING & THERAPHY KINI LEBIH MUDAH BERSAMA KLINIK SUKSES…My Blissful Journey Of Life…I LOVE! ~ http://www.anizanwar.com``

The “JOY” of sharing…kongsikan RAHMAT Allah dengan berkat ilmu, pengalaman serta penerokaan yang dipinjamkan…mudah-mudahan sama-sama kita dapat MERAIH KASIH DAN PERHATIAN ALLAH ~ SEJAHTERA DI DUNIA BEREHAT DENGAN TENANG DI AKHIRAT nanti…Amin..InsyaAllah.

Semoga kedatangan Maal Hijrah pada tahun ini akan membuka seribu rahmat dan penerokaan kehidupan yang lebih indah dan bermakna untuk perjalanan yang bakal ditempuhi. Namanya kita manusia kita takkan lepas daripada cabaran dan ujian Ilahi…ibarat mencari emas suhu kepanasan yang tinggi diperlukan untuk melihat ketulenan emas itu begitu jugalah metaphor kehidupan kita ini ~ diuji Allah untuk melihat KEASLIAN & KETULENAN kita , di mana selayaknya kita tempatkan. Dan jangan lupa juga STRESS juga BAGUS sebenarnya dengan ada faktor tekanan barulah happening…thrill hidup bahkan ada DAYA TOLAKAN yang membawa kita ke TERUS ke hadapan dan menikmati kehidupan YANG LEBIH INDAH sebenarnya! Tak percaya…cuba reflekskan pengalaman di sekitar para sahabat mungkin ada yang pernah putus cinta, gara-gara putus cinta dikhianati tetapi kini telahpun bertemu dengan suami sekarang, gara-gara musibah penyakit yang dilalui kini kenal erti kasih sayang ibubapa mahupun adik-beradik serta saudara mara, gara-gara gagal temuduga kini menyambung pelajaran hee sayalaatu tapi dah tinggal HARI INI DALAM SEJARAH…dan HARI INI gara-gara ujian namanya PENGALAMAN/ MEMORI kita telahpun menikmati HIKMAH, MANIS, INDAH & HARUMNYA perjuangan melalui keperitan, pahit maung, suka duka “HADIAH ALLAH” itu…

Sesungguhnya Allah itu ADILkan? Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih…Maha Penyayang…Maha Pengampun…so why losing hope???Miracles happen everyday! Jika Allah boleh mentadbir alam ini dengan begitu indah, teliti dan teratur sekali takkan DIA tidak bisa menguruskan satu isu kecil dalam diri hambaNYA so all we have has to do is keep on asking!

Bytheway MIRACLES not only happen everyday but is also every second…every minutes ..every hour in our life!Never perasan one haa …cuba Allah suruh jantungtu mogok sebentar hemm…haru-biru harus hee naik BIRU dibuatnya…gara-gara kurang oksigen. So sama-samalah kita syukuri nikmat Allah untuk setiap detik, setiap saat dalam kehidupan ini…Remember dalam siri yang lepas…KUASA DOA dan kali ini MAAL HIJRAH…jangan lupa mendoakan PENGHIJRAHAN YANG MURNI atas platform Allah untuk insan-insan yang di sayang! InsyaAllah kehidupan pasti akan lebih manis dan indah!Tak percaya cubalah…betapa MAGNIFICIENT @ AJAIBNYA peranan doa dalam kehidupan…yang terpisah bersua kembali, yang berdendam, iri, benci, marah bertaut kasih kembali, yang gagal kini BERJAYA, yang sedih kini GEMBIRA…kan hebattu kuasa doa so JANGAN SIA-SIAKAN “SENJATA” @ PENAWAR ini mudah-mudahan kehidupan akan lebih harmoni, sejahtera dalam REDHA ILAHI!

May Allah bless us with further GREAT IMAN, HEALTH, HAPPINESS & WEALTH! And of course LIFE with full of RAHMAH & BERAKAH ahead…I LOVE!!!Ameen...InsyaAllah

Love & Peace....
Aniz Hj Anwar
D’ ONLINE Therapist ~ http://www.anizanwar.com

Friday, December 11, 2009

Perspektif : Kepentingan Pemilihan Kerjaya & Kehidupan

Bismillah…

Salam buat para sahabat yang dikasihi, terima kasih kerana TERUS SETIA mengikuti titipan ilmu tanpa suara ini. Kali ini insyaAllah kita akan berkongsi tentang kepentingan ANALISIS KERJAYA dalam kehidupan. Dah lama saya ingin menulis tentang ini lebih-lebih lagi dah ramai klien yang minta saya kongsikan…alhamdulillah malam ini bila si kecil sudah enak di ulit mimpi indah bolehlaa ibu berkarya…memanjang ILMU pinjaman Allah…sama-sama kita berkongsi RAHMATNYA…insyaAllah.

Kaunseling kerjaya merupakan salah satu CABANG UTAMA dalam pengajian sarjana saya, seronok sebenarnya bila mengaji bab kaunseling dan kerjaya…banyak sekali RAHSIA DIRI yang bakal kita singkap sebenarnya. Itulah KEISTIMEWAAN ilmu Allah yang namanya kaunseling kerjaya dimana meneroka elemen-elemen yang mungkin tak pernah kita sedar mahupun orang putih cakap NOTICED…tapi insyaAllah dalam PENEROKAAN KEINDAHAN ini para sahabat akan melihat sendiri POTENSI DIRI yang mungkin kalian sendiri tidak pernah sedar ataupun tahu. Inilah ISTIMEWANYA ~ biasanya RAHSIA empunya diri tahu tapi RAHSIA yang satunie empunya diri sendiri TIDAK TAHU…hemm itu YANG SERONOK NAK TAHU, betul tak? Sebabnya RAHSIA DIRI tetapi EMPUNYA DIRI pun tak tahu…macam misterilaa pulakkan…haa itulah yang adventurenya!Sebelumtu kita ikuti KISAH BENAR ini….paparan tentang perkaitan KERJAYA DAN KEHIDUPAN…penting kerjayanie jangan anggap tak penting kenapa saya nyatakan begitu…sebabnya para sahabat perasan tak berapa JAM sehari masa dihabiskan di pejabat berbanding di rumah yang lazimnya balik rumah untuk berehat, bersihkan diri, makan dan TIDUR, yang JAGA/SEDAR tak tidurnya sekitar 3 hingga 5 jam bayangkan kalau KERJAYA itu yang kurang gemar, kurang suka…haa…inilah FAKTOR yang boleh mengakibatkan individu LEBIH CENDERUNG terjebak dengan STRESS sebenarnya. Hari-hari kena MENGADAP KERJA yang tak suka…tambah pula diuji dengan dihadapkan dengan peel manusia yang tak suka haruslaa…lagik feninnn dibuatnya yer itu yang demam, batuk, selsema, sinus berbulan-bulan ulang-aliklaa ke klinik tak juga baik-baik sebabnya EMOSI, FIKIRAN STRESS ~ tubuh asidic dan menikmati impaknya hingga kefungsian tubuh serta imunisasi turut terjejas…macam mana nak baikkantu? Hemm senang saja…perlukan ILMUlaa…

JOM CHECK THIS OUT ~ Testimoni BERANI HIDUP! “ALIVE”…Ya HIDUP! Nikmati “HIDUP”! Hoyeah..hoyeah…syukran!

Teringat saya kisah Saqinah, lepas SPM beliau sebetulnya tidak tahu untuk meneruskan pengajian dalam bidang apa…sekitar awal 90-an kesedaran kepenting kaunseling kerjaya di sekolah masih kurang menyerlah…dan ditakdirkan dengan minat dan potensi dalam pengajian sosial sains di peringkat SPM Saqinah meneruskan pengajian dalam bidang hartanah dan kalau nak tahu inipun sebetulnya atas PILIHAN ayahandanya juga bukan cinta dan minat pertamanya. Jauh dalam diri Saqinah beliau menyintai dan minat dalam bidang psychology dan kaunseling tapi disebabkan kurang pendedahan serta pengetahuan…maka Saqinah teruskan juga pengajian Ijazah Sarjana Mudanya…Nak cakap tak seronok , SERONOK juga belajar bidangnie apatidaknya belajar tentang macam mana nak jadi kaya…menguruskan kewangan dengan pelaburan hartanah…walaupun pelaburan hartanah besar modalnya tetapi PULANGANNYA juga lumayan! Dan bukan itu sahaja LEBIH MENYERONOKAN lagi menjadi KEWAJIPAN setiap pelajar IPTA tempat Saqinah belajar mewajibkan setiap pelajar tanpa mengira agama & bangsa mengikuti pembelajaran tentang peradaban manusia, tamadun Islam, Wahyu…teologi yang melibatkan berbilang agama dan budaya serta kepentingan teknokrat Islam. Kuliah ini memberi Saqinah kesedaran bahawasanya ISLAM itu cukup INDAH…CUKUP HEBAT DAN CANTIK SEKALI…barulah Saqinah mengerti bahwasanya SEKULARISME itu menyesatkan sebenarnya memisahkan agama dengan kehidupan…dan akibatnya kehidupan menjadi pincang. Ramai guru-guru hebat yang Saqinah temui antaranya Allahyarham Dr Azhari Husin, Encik Ishamudin ~ Al-Fatiha buat mereka semoga ruhnya dicucuri rahmat, Pn Wan, Ustaz Ahmad , En Razani , Dr Hakim dan ramai lagi . Namun perjalanan insan siapa menduga Saqinah graduasi di saat ekonomi gawat akibatnya temuduga demi temuduga untuk jawatan bersesuaian dengan pengajian gagal dan rezeki akhirnya berpihak pada Saqinah di bidang perakaunan dan pentadbiran…mujurlah latarbelakang kewangan membantu. Tapi DI SEBALIK HIKMAH kegagalan temuduga serta bekerja dalam bidang yang bukan benar-benar disukai mengandungi RAHSIA DAN PENGAJARAN yang tersendiri…HEBAT SEKALI ALLAH MENGATURNYA. Walaupun bekerja dalam syarikat yang kecil tapi suasananya sangatlah ‘menyenangkan’…is A GIFT from Allah! Saqinah dapat menyambung …menyambung apatu? Ya Menyambung CINTA PERTAMANYA ~ kaunseling & psychology yang diminati sejak dari bangku sekolah lagi…walaupun waktu itu sudah bergelar isteri, ibu dan CABARAN LEBIH HEBAT…namun MINAT mengatasi segalanya!

Dan YANG PALING BERMAKNA mengubah persepsi Saqinah tentang kehidupan dan cara beliau MELIHAT DIRI SENDIRINYA adalah dengan mengikuti kuliah Kaunseling Kerjaya dan Analisis Personaliti. Pada usia 27 tahun ketika itu BARU Saqinah TAHU yang bahawasanya beliau mempunyai BAKAT KEPRIHATINAN SOSIAL serta nilai kebajikan yang tinggi, BAKAT CIRI KONVENSIONAL yang menitikberatkan kekemasan, berperaturan, struktur serta PALING MENGEJUTKAN Saqinah tidak pernah sekali Saqinah sangka…pendek kata UNSANGKARABLE adalah BAKAT ENTERPRISING..keusahawanan dalam dirinya…apatidaknya memang tak menjangka apatah lagi bila mengingatkan kegilaan MLM yang sibuk mencari downline…mencari mangsa untuk KESELESAAN pangkat dan wang ringgit pemimpin atasan membuatkan Saqinah tak berminat pada perniagaan inikan pula nak menjual barang jawabnya KIRIM SALAM sajalaa…itulah persepsi negatif Saqinah suatu ketika dahulu…

Tapi ITULAH pentadbiran dan kehebatan Allah mengatur rencana hambaNya dalam alergic dengan MLM, berniaga perlu melayan karenah pelanggan tanpa sedar…sebenarnya…tidak disangka sama sekali Allah tunjukkan YANG DULUNYA Saqinah tak suka MLM akhirnya dia menjadi salah seorang orang kuat MLM di internet yang tak pandai menjual barang akhirnya pandai pulaktu menjual produk meletup-letup bukan sedikit tanpa kedai hanya laman blog zamantu sales bulanan sekitar RM20K hingga RM50K sebulan…tapi yang PELIKNYA Saqinah betul-betul tak tahu apa-apapun tentang MLM, jualan trading dan sebagainya YANG BELIAU tahu dia nak tolong orang…nak tolong para isteri, wanita, rakan-rakan harmoni, sejahtera rumahtangga dengan pengambilan produk-produk yang dibawakan disamping menambah pendapatan. Itulah kehidupan…pengajarannya JANGAN BENCI apa yang kita tidak suka siapa satu hari nanti diri dihadapkan dengan laluan yang alergictu….ibarat makanan, jangan dicaci hidangan orang lain jika hari ini kita makan ikan parang jangan pula alergik …benci dengan juadah orang lain yang makan ikan kembung siapa tahu esok lusa kena makan ikan kembung…

Dan PENGAJARANNYA juga buat baru yang ingin mengasah BAKAT ENTERPRISING mudah sahaja..nawaitu kena jaga, insyaAllah jika ikhlas, jujur…mencari keredhaan Allah bukannya nak menganiaya orang atas tiket kepentingan diri insyaAllah rezeki pasti Allah akan permudah dan lapangkan…disamping JANGAN LUPA ALLAH,,,bersedekah, insyaAllah lagik banyak REZEKI datang nanti… Hee para sahabat nak tahu SIAPA Saqinah…Saqinah itu adalah SAYA sebenarnya dari tahun 2003 hingga 2007.

Saqinah atau lebih dikenali Aniz Hj Anwar @ nizwar75…sebut sahaja produk apa yang tidak dijualnya…hee orangjer saya tak jual. Sejujurnya saya mengasah BAKAT ENTERPRISING ini setelah meneroka ilmu kaunseling kerjaya…BENAR SEKALI ILMU ITU PELITA HIDUP. Pesan Luqman Hakim…”Tuntutlah ilmu anakku jika kamu fakir ilmu itu menjadi hartamu namun jika kamu KAYA ianya akan menjadi PERHIASAN DIRIMU…indah sekali perjalanan & ikhtibar ini sesungguhnya”…Di sebalik ujian, cabaran SAYA BERTEMU DAN MENIKMATI ”JAWAPAN” kepada persoalan diri saya selama ini.Apabila diperhalusi ciri keusahwanan sememangnya DEKAT dengannya saya…belah ibu, belah bapa memang ada darah berniaga. Dan sebetulnya juga SAYA MENYAHUT CABARAN sebenarnya sebelum terjun dalam dunia realiti kaunseling melalui internet serta bakat enterprising yang diasah saya menjadikan IANYA satu platform untuk mengkaji perlakuan manusia dan mengapplikasikan ILMU yang saya terokai dalam bidang kaunseling…bijak bukan? 2 dalam 1 infact lebih lagi saya nikmati…ukhwah, persahabatan, kenalan…ilmu, pengalaman, kematangan yang sebenarnya BANYAK membantu menjadikan SAYA hari ini. Manakala NAK TAHU kenapa pula dan bagaimana Saqinah jatuh cinta dengan kaunseling ini…nantikan coretan akan datang

Tunggu…

Sehingga jumpa lagi dalam CORAT-CORET KERJAYA & KEHIDUPAN…

Salam Rahmat!

Pn Aniz Hj Anwar

Millennium Therapist…I LOVE!!! Subhanallah…TQ Allah for the Blissful journey..

http://anizanwar.com

Thursday, December 10, 2009

Kuasa Doa Dan Kepentingannya Dalam Kehidupan Part 1

Bismillah...

Multiple Roles
Salam Rahmat buat para sahabat yang dikasihi, lama kiranya saya tidak menitip bicara ilmu tanpa suara. Sebetulnya jari jemari ini rindu sekali untuk menarikan bicara tanpa suaranya. Namun kesibukan bergelar ibu, isteri, kaunselor a.k.a therapist terkadang membataskan segalanya lebih lagi sekarangnie cuti sekolah satu lagi ROLE ditambah jadi guru tuisyen, time inilah kesempatan terbaik untuk menyediakan anak-anak dengan persediaan untuk pengisian bagi kemasukan kelas akan datang. Begitulah kelazimannya semasa cuti persekolahan panjang inilah, saya cuba membantu anak-anak menghabiskan syllabus untuk kelas akan datang.Pesan abah ilmu yang diajarkan sendiri oleh ibu mahupun bapa pada anak-anak itu lebih berkat, memangpun walaupun ada waktunya memang mencabar minda & kesabaran tetapi banyak HIKMAH yang kami pelajari . Mudah-mudahan ILMU yang diajarkan dengan penuh kasih sayang anak-anak dapat mencerapnya dengan jelas & baik.Hemm..bukan mudah nak merendahkan IQ setanding mereka demi kasih proses asimilasi perlu dilakukan agar mereka menjadi anak yang pintar dan cemerlang mengikuti proses pembelajaran di sekolah kelak. Inilah sebahagian detik-detik terindah sebenarnya menghabiskan waktu yang berqualiti dengan anak-anak memberi mereka pengisian YANG TERBAIK untuk dunia dan akhirat. TERASA PUAS DAN SYUKUR bila melihat kecemerlangan anak-anak dengan pengorbanan, kasih sayang serta pengisian dan titipan ilmu juga doa yang diberikan. Mudah-mudahan mereka menjadi anak-anak yang soleh dan solehah yang mampu memertabatkan syiar Islam di akhir zaman.

KUASA DOA DAN KONTEKS HUBUNGAN DENGAN PEMILIK
Bukan mudah sesungguhnya memegang melaksanakan KONTRAK & AMANAH bergelar ibu mahupun ayah. Tuntutan proses pendidikan serta pengisian dalam memberikan YANG TERBAIK agar tidak dipersoalkan di akhirat cukup sudah membuatkan setiap detik dan waktu untuk terisi. Dalam pada itu juga KUASA DOA jangan sesekali dipinggirkan, itu juga pesan abah. KUASA DOA sangat penting dalam kehidupan. Rentetan GAYA HIDUP, perubahan arus kemodenan hari ini tidak dinafikan membuatkan individu lebih sibuk dan cenderung dengan kesibukan duniawi...komitmen kerjaya, kewangan, kehidupan seringkali menyebabkan matlamat akhir memburu keredhaan Allah tersasar. Bila konteks hubungan dengan PENCIPTA serta PEMILIK AGUNG itu kurang terbina, kurang terjalin maka harap maklumlaa konsekuennya kehidupan tidak menjadi SURPRISE kalau haru-biru, huru-hara. HASILNYA kehidupan bakal menjadi ‘lapangan syaitan’ mempermainkan dan memperdayakan manusia yang leka, lalai dan ANGKUH...itupun Allah masih sayang lagi sebetulnya diberikan UJIAN untuk kembali mengingatinya kalau tidak mungkin saja dibiarkan KUFUR DALAM NIKMAT atau TERUS HINA DALAM UJIANNYA...Nauzubillahminzalik. Contoh paling mudah dalam kehidupan berumahtangga dan berkeluarga, konflik , masalah, huru-hara saban waktu datang menguji. Pernah terdetik kenapa suasana sebegini berlaku???Antara faktor yang dominan adalah KUASA DOA DALAM KEHIDUPAN itulah juga yang saya kupas dalam program LIFE COACHING KLINIK SUKSES, betapa penting SENI BERDOA untuk dipelajari kerana apa? Jawapan PALING MUDAH, semua yang kita kehendaki dalam kehidupan ini melibat HAJAT, CITA-CITA, HARAPAN dan IMPIAN. Dan sebagai manusia lebih lagi yang beragama Islam konteks hubungan dengan Allah dan SENI “MEMINTA”...MEMOHON dengan PEMILIK AGUNG ini perlu dipelajari dan diamalkan agar berupaya membantu proses membina kesejahteraan dan kebahagian hidup di dunia dan langsung terus di akhirat kelak...

KONSEKUEN TANPA ILMU & SENI BERDOA
Tanpa ilmu dan pengetahuan SENI BERDOA...doa harian mungkin saja menjadi RITUAL BIASA tanpa hadir ruh di dalamnya. Skrip doa hanya sekadar bacaan di bibir, di hati tetapi tidak di minda makanya dari segi VISUAL MINDA lazimnya akan meroaming ke lain...contoh mudah ketika solat zuhur di pejabat...selesai solat kita berdoa...Ya AllahYa Tuhanku murahkanlah rezekiku, bahagiakanlah rumahtanggaku tetapi VISUALISE...GAMBARAN MINDA yang hadir mungkin sahaja kerja yang menanti di meja, laporan yang perlu siapkan, meeting dan sebagainya . Haa...itu belum lagi saat TERTEKAN, stress dengan pasangan, majikan. rakan sepejabat, ibubapa, adik beradik, mahupun beban kewangan dan sebagainya...Mohon lain pd Allah yang tergambarnya lain pula...contoh minta bahagia tapi yang tergambar derita..’air mata’ dendam, marah, benci...abih camno memanglaa PACKAGE DOA tidak lengkap sempurna ibaratnya sampai kat pintu langit kenalaa BOUNCE balik...doa tidak diangkat para malaikat sebab PACKAGE takda cukup. Inilah yang terkadang hasilnya HIDUP SEAKAN BERKONFLIK...BERPERANG DI RELUNG YANG SAMA...ada yang ambilmasa 2 minggu, 2 bulan , 2 tahun, 20 tahun untuk SEMBUH MAHUPUN BERUBAH. KENAPA CEPAT, KENAPA LAMBAT yer? Pernah terfikir...jawapannya...YOU! YOU HOLD THE “KEY”.
FASA KRISIS ~ Stress, depressi & emotional blockage.
Seringkali juga hasrat serta impian hati ingin menikmati bahagia seperti orang lain tapi diri seakan tidak berdaya dan berkeyakinan berupaya memilikinya. Andai itu yang dilalui..HATI-HATI! Jangan terpedaya dengan perangkap syaitan...JATUH CINTA PADA PEPERANGAN DALAM DIRI DAN KESAKITAN...TENGGELAM DALAM KONFLIK SERTA MEMORI SILAM yang mungkin menguasai diri, bukan begitu Allah inginkan kita berfungsi dalam kehidupan.

THE SECRET ~ TO MAKE YOU HAPPY
Jangan salahkan orang lain jika hidup dirasakan DERITA...anda YANG MEMILIHNYA!Nak tahu RAHSIANYA...there is ONLY one person that can make U HAPPY...and that person is YOU!!! YES IS YOU!!! YOU YANG BERHAK MEMILIH YANG TERBAIK UNTUK DIRI YOU YANG TERSAYANG...bukannya orang lain yang mencorakkannya untuk you...TAKE RESPONSIBLE! Amanah dan bertanggungjawab dengan pilihan dan tindakan yang dilakukan...Stop blaming others!Remember...Allah tidak pernah zalim malah seringkali diri sendiri juga yang menzalimi diri dengan jalan dan tindakan yang dipilih!
RESEPI “MERAWAT DIRI” DAN TRANSFORM
Dan tidak lupa RESEPI PENTING untuk merawat diri...HEAL...menjayakan TRANSFORMASI DIRI yang diidamkan adalah KENALI DIRI, BERLAKU JUJUR DAN JANGAN SESEKALI MENSABOTAJ DIRI...dan letakkan paksi semua ini kerana Allah swt....mencari keredhaanNYA...memburu pengiktirafanNYA bukan sekadar menggaburi mata dengan memburu pengiktirafan si polan dan si polan yang namanya manusia, insyaAllah YAKIN DAN PERCAYALAH Allah pasti bersama-sama anda mengiringi perjuangan indah ini! ANDA PASTI TIDAK AKAN KECEWA...buah tangan yang manis daripada KEKASIH AGUNG INI PASTI MENGIRINGI SETIAP DETIK PERJALANAN, percayalah!!!Saya telah menyaksikan banyak KEAJAIABAN serta KEINDAHAN dalam proses perjuangan para sahabat yang dikasihi, sememangnya ALLAH ITU MAHA ADIL...dihadirkan cabaran, dihadirkan ujian DIA juga hadirkan PENAWAR serta jalan penyelesaiannya...sebab itu juga seringkali kita diketemukan...bahkan hari ini anda terbaca artikel ini juga bukan secara kebetulan atau saja-saja tetapi atas izin dan perhatian KASIHNYA di atas sana...kalian mencari Allah menjawab dan insyaAllah kita dipertemukan tidak kira sama ada secara MAYA mahupun BERSEMUKA semuanya atas izinNYA juga. Apa yang saya panjangkan di sini adalah sebahagian titipan RAHMAT dan KASIH ALLAH untuk hambaNYA, besar harapan saya kejujuran serta RAHMAT ini dapat menyuntik INSIGHT ~ CELIK AKAL, membawa keberkatan, keharmonian, ketenangan, kebahagian juga keredhaan Ilahi buat yang mencarinya...mengisi kemakmuran dalam ruang hayat izin Ilahi.

Tiada siapa yang HEBAT…kecuali DIA diatas sana…tiada siapa yang sempurna namun dalam KETIDAKSEMPURNAAN itu sama-sama kita terokai KEINDAHAN & KEAJAIBAN ALLAH…untuk sama-sama kita saling lengkap-melengkapi, ingat-memperingati antara satu sama lain ke arah melewati kehidupan yang lebih sejahtera dan harmoni dalam konteks hubungan dengan diri sendiri, orang lain dan lebih utama dari itu tentunya PEMILIK YANG AGUNG itu iaitu Allah swt...

Yang baik itu datangnya dr Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri, jutaan maaf saya pohon andai penulisan saya menyentuh emosi anda!!!(Trigger back all the pain, sadness, grieving, anger, resentment, anxiety,trauma, rejection, seperation and etc...)

Salam harmoni & sukses selalu;
Pn Aniz Hj Anwar
EFT Practioner
Counsellor/Therapist